|
[Tempatan]
"RM800 Je Apa Masalah Kau?"-Pensyarah Berlagak Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Laptop
[Copy link]
|
|
scorpionkiki replied at 31-3-2022 03:12 AM
Dlm hal ni yg buruk nama ialah UItm...mangsa keadaan
Takleh bayangkan HEP sana kacau pasal isu ni naik sampai menteri mintak penjelasan. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 31-3-2022 11:04 AM
Yusuf bin Saiful Azmi Chung tersenyum sinis dengan telemarketer data peribadi MySajat keputihan te ...
Dalam segala seriousnya perbalahan disini tiba2 terselit your komen...mmg mengekek i gelak |
|
|
|
|
|
|
|
kesian la kat pensyarah tu..niat die mgkin nak motivasikan dgn kaedah riverse saikoloji..pasni tobat die lantakkan je student2 die...xyah dibantu..lantak melingkup..habes reputasi pensyarah ni..silap2 kene tarik balik gelaran ass prof tu
|
|
|
|
|
|
|
|
knp dlm banyak2 post, post aku je di ban mod Xim..?
Xim sayang aku ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bila sudah bakarja nanti dia menipu majikan pula kata nenek dah mati lah, kakak dah mati lah, mak sepupu kawan dah mati lah |
|
|
|
|
|
|
|
manusia ni mmg complicated dgn selective mindset nya...
my hasben kelate kalau sembang adik beradek pun aku mung jer
|
|
|
|
|
|
|
|
gen sekarang kalau kata lembik ada yg marah
i pernah kena campak assignment hehehe
time tu sedih jer.. tapi i tak kan buat benda yg sama cam "guru" i tuh |
|
|
|
|
|
|
|
adeqbun replied at 31-3-2022 11:15 AM
kesian la kat pensyarah tu..niat die mgkin nak motivasikan dgn kaedah riverse saikoloji..pasni tob ...
adik i cikgu. … dia pegang rotan 50sen bukan utk sebat students pun. just pegang nak jadikkan pointer kat whiteboard. Aleh2 1 hari tu ppd dtg lawatan, tak memasal adik i kena tindakan tatatertib atas kesalahan memiliki rotan 50sen sejak drp peristiwa tu, dia mmg lantakkan aje student2 heshe… baru memiliki dah kena tindakan tatatertib… plus sekolah heshe pun ada kes parents saman cikgu , i pun lupa kes apa. yg kesiannya masuk court bagai , tak sampai seminggu lepas cikgu tu menang kes, cikgu tu meninggal (sakit kanser) . memang sekolah heshe kebykan cikgu lantakkan aje murid nak jadi apa… tak berani sentuh you… apa la nak jadik dgn masa depan bangsa & negara |
|
|
|
|
|
|
|
zuri154 replied at 31-3-2022 08:47 AM
Dia dah pencen rasanya kot. Pastu disambung secara kontrak. Pernah jmp lecturer yg dah pencen teta ...
Posting sblm ni akak baca ada yg kata her depth knowledge in that area tu yg buatkan UiTM ni hire prof ni walau dh pencen....which is i rasa bagus la sbb certain subjek/area.....,better hire org yg ada knowledge dlm area tu utk mengajar
Mmg Bodoh la UiTM kalo nk tamatkan kontrak dia hanya sbb nak beking budak jantan penipu B40....... kalo nk mengajar,cari la pengajar yg banyak ilmunya. Ilmu, the wisdom yg priceless.
|
|
|
|
|
|
|
|
duit bantuan mesti habis buat beli kasut,pakaian ni mamat ni...aku sokong prof tu cuma cara dia agak menyakitkan hati bila dia mcm tak kisah pun mamat ni kata parent dia dah meninggal..
|
|
|
|
|
|
|
|
dgn statement MPP yg x terkawal nya...
harap UiTM ambik iktibar...
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak cadangkan Narbasiti yuaitiem ambail saja pelajar itu untuk mengajar..
MPP pun naik sekali nampaknya. keji
|
|
|
|
|
|
|
|
Xpa la dia maki hina pelajar miskin, asalkan hatinya baik, busuk2 pon melayu kita jua. |
|
|
|
|
|
|
|
manjang EL sedara mara mati....
|
|
|
|
|
|
|
|
MPP itu yang sungguh kelakar, bukan siasat apa apa terus keluar statement
akak harap majikan di malaysia berhati2 jika mahu penganbil palajar dari narbasiti yang banyak cawangannya di nusantara ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu video 'B40'-pensyarah, penuntut sudah mengharmonikan keadaan
Nazarali Saeril
Kuala Lumpur: Dua perkara sudah dipersetujui oleh Pengurusan Eksekutif Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkaitan isu 'komputer' dan 'B40' membabitkan pensyarah kontrak serta penuntut iaitu tiada tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan atau kontraknya dibatalkan.
Menerusi surat 'Laporan Kronologi' isu video tular membabitkan pensyarah UiTM Cawangan Perak, Prof Ts Dr Roshana Takim dan seorang daripadanya penuntutnya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat berkenaan semalam, selepas kedua-dua pihak dipanggil bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan itu terbabit.
Untuk rekod, surat tiga muka surat berkaitan keputusan berkenaan tular di media sosial hari ini.
"Pihak pengurusan UiTM melalui mesyuarat pengurusan eksekutif UiTM bertarikh 30 Mac 2022 boleh mengambil salah satu pilihan keputusan berikut:
a. Tidak mengambil apa-apa tindakan kerana pensyarah dan pelajar yang terlibat telah bertemu dan berbincang dan mengambil keputusan untuk mengharmonikan keadaan.
b. Menamatkan kontrak pensyarah ini yang telah diperbaharui pada 15 Mac 2022 di mana pihak UiTM boleh menamatkan lantikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan tawaran.
"Namun keputusan UiTM bergantung kepada nasihat dari Kementerian Pengajian Tinggi," kata surat berkenaan.
Berdasarkan surat yang tular itu juga, pengurusan UiTM mengarahkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) ke UiTM Cawangan Perak Kampus Sri Iskandar bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang isu terbabit semalam.
Ia mengatakan, proses kenal-pasti penuntut serta kesahihan video yang tular itu dibuat jam 10.30 pagi semalam, di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Perak.
Ia membabitkan lima penuntut dan hasil temu bual itu, kumpulan penuntut itu mengesahkan video berkenaan (insiden itu) berlaku ketika kuliah minggu kelapan pada semester Oktober 2021 hingga Februari 2022 bagi mata pelajaran 'Construction Economic and Islamic Finance' (BCT633) yang diajar oleh Prof Ts Roshana Takim.
Turut serta pada pertemuan itu ialah Roshana sendiri.
Berdasarkan surat itu juga, maklumat penuntut terbabit turut didedahkan yang mana bapanya dikatakan tidak bekerja atas sebab yang tidak dapat dipastikan.
Ibunya pula masih ada dan bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.
Kakak penuntut terbabit baru menamatkan pengajian dan sudah bekerja manakala adiknya masih menuntut di UiTM Rembau, Negeri Sembilan.
"Penuntut terbabit pula didapati menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti kuliah secara atas talian kerana komputer peribadinya tidak dibawa bersama ke kampus.
"Penuntut terbabit juga sudah lulus pada peperiksaan lalu, termasuk bagi kod kursus BCT633.
"Video berkenaan juga bukan direkod dan ditularkan oleh penuntut terbabit sebaliknya dirakam dan dikongsikan oleh pihak lain sehingga tular. Penuntut juga tidak bersetuju sama sekali atas tujuan video terbabit ditularkan," katanya.
Menurut surat itu, pertemuan membolehkan pihak berkaitan mendapatkan gambaran jelas isu yang ditularkan.
Ia juga membolehkan pihak berkenaan mendapat perspektif lebih jelas daripada pihak yang terbabit dalam isu berkenaan.
"Pertemuan juga dapat mengharmonikan situasi pihak-pihak yang terbabit dalam isu ini," katanya.
Disiarkan pada: Mac 31, 2022 @ 11:12am |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 31-3-2022 11:26 AM
Akak cadangkan Narbasiti yuaitiem ambail saja pelajar itu untuk mengajar..
MPP pun naik sekali na ...
Ya..harap UiTM lantik je la presiden MPP atau budak jantan pemalas penipu tu jd pensyarah tu untuk mengajar subjek tu.
Moga2 dgn adanya lantikan pensyarah baru di kalangan budak2 TikTok ni akan membuatkan UiTM jd ranking no.1 selevelllll dgn Oxbridge dan Ivy League |
|
|
|
|
|
|
|
dorang ni mmg selalu jadi pilihan utama bila apply intership / protege ...
upgrade as contract staff...
serap permanent...
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, siapakah "IHAK LAIN" itu??
|
|
|
|
|
|
|
| |
|