CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .

  [Copy link]
Post time 26-10-2010 02:35 AM | Show all posts
Yang lebih pelik adalah dalam sekutu harun din ni menekankan bab sanad tapi mereka melupakan bab mengamalkan isi kandungan hadis sebaliknya mereka menghalalkan amalan orang kafir guna garam untuk hilangkan gangguan jinsyaitan, sedangkan dalam ayat-ayat Quran dan hadis-hadis sahih bukan itu cara yang di tunjukkan Allah dan RasulNya
blastoff Post at 24-10-2010 10:35


Bro blastoff ..gua ada terjumpa sepotong hadis, mungkin bro boleh nilai ianya sahih atau tidak ...hadis ini perihak dalil guna garam ..bukan dalam memasak makanan tetapi  dalam rawatan islam .. diriwayatkan oleh al-Tabarani dengan isnad yang hasan daripada Ali bin Abi Talib menyatakan: (terjemahannya).. Nabi SAW telah disengar oleh seekor kala jengking ketika baginda SAW sedang solat.Sebaik sahaja selesai solat, baginda  bersabda :Semoga Allah melaknat kala jengking tersebut". Kemudian baginda SAW meminta dibawakan air dan garam lalu baginda SAW mengusapkan pada tempat yang disengat dengan membaca Surah al-Kafirun,al-Falaq dan an-nas ...

dalam facebook pun ada .. mat salleh ...bro expert lagi .. http://www.facebook.com/topic.php?uid=102379513137102&topic=44
Salt Water Treatment (To expel dark energies out the body): The benefits of salt has been highlighted in the hadith, it has been reported that the Prophet SAW said, “Salt is the master of your food. God sent down four blessings from the sky – fire, water, iron and salt” (Ibn Maja). And also because of the healing properties that are contained in salt, Prophet SAW has used it for treating poison’s, Tabarani in As-Saghir has related a tradition on the authority of Hadrat Ali, saying: “One the Holy Prophet was stung by a scorpion during the Prayer. When the Prayer was over, he remarked: God’s curse be on the scorpion: it neither spares a praying one, nor any other. Then he called for water and salt, and started rubbing the place where the scorpion had stung with salt water and reciting Qul ya ayyuhal-kafirun, Qul Huwa Allahu ahad, Qul a’udhu bi-Rabbil-falaq and Qul a’udhu bi-Rabbin-nas, along with it.”

Satu lagi Bro, geng2 darussyifa nie mereka ada pakai daun bidara ..mcm mana tu .. khurafaat atau tak ? Gua pun pening lah tolong cerita sikit ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2010 09:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 26-10-2010 09:59
Tuduhan "dipercayai Harun din adalah pengamal tareqat naqsyabandi".  Merujuk kepada pos zikir-zikir rekaan dalam pos Blastoff #984.  Tuduhan ini akan berterusan selagi tidak dibuktikan harun din bukan pengamal tareqat.  Kami tidak menuduh anda pengikut Harun Din  atau pengikut tareqat naqsyabandi.  Dari awal anda begitu gigih mempertahankan tuduhan terhadap Harun Din, kerana itu saya minta anda terus memberi jawaban.
kupia Post at 25-10-2010 16:41


Salam...

Saudara kupia, kita bukan baru di forum ni. Walaupun kita berselisih pendapat tentang perkara tertentu, tetapi banyak persamaan kita dalam berdakwah.

Saya bukan saja-saja nak pertahankan Harun Din kerana sebab-sebab tertentu. Saya mempertahankan seorang Islam dari DIHINA secara TIDAK PATUT. Nak label syirik, khurafat, sesat, ahli sihir........ ini perlukan kajian terperinci.
   
Tak kira siapa, kalau seseorang itu dituduh SESAT sedangkan hujjah tidak menampakkan sedemikian, maka saya tak malu nak pertahankan, tak kiralah dia Dr Asri ka, Sheikh Bin Baaz ka.... ataupun Ahli Sufi yang haqq.

Merujuk kepada pos zikir-zikir rekaan dalam pos Blastoff #984


Ini dia:
MuhamadunNabiyullah
MuhamadunHabibullah
Alaihisolatullah
AllahHaq
AllahHayu
YaaQayyum

Saya dapati yang di atas adalah singkatan 'link zikr' yang di-link-kan kepada AUDIO MP3, dan yang lengkapnya lihat apa yang ditulis di web Darussyifa sendiri:
http://www.darussyifa.org/Asas10Pertama_Iss1.php

Saya dapati tiada asas untuk menyesatkan kalimah zikir yang tertera dalam web Darussyifa, yang didapati dalam Al-Quran dan Sunnah.

Laa ilaha illallah - Muhammadun Rasulullah
Laa ilaha illallah - Muhammadun Nabiyullah
Laa ilaha illallah - Muhammadun Habibullah

TIADA yang sesat.
Tiada Tuhan Melainkan Allah. Muhammad Rasul Allah. Muhammad Nabi Allah. Muhammad Kekasih Allah. INI BENAR dan INI AQIDAH ORANG ISLAM.

Laa ilaha illallah Muhammad Rasulullah 'alaihi Solatullah
INI BENAR. Ke atasnya Solawat Allah, yakni Allah bersolawat ke atas Nabi (Al-Quran Surah Al-Ahzab, ayat 56)

Kalimah: Haqq, Hayy, Qayyum termasuk dalam nama-nama Allah (Asma ul Husna).
Rujuk Surah Ta-Ha ayat 114, Al-Mukminun ayat 116 untuk kalimah Al-Haqq
Rujuk ayat Kursi, Surah Al-Baqarah ayat 255 untuk Al-Hayy dan Al-Qayyum

وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِہَا

Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu (Al-A’raf, 180)


Saudara, saya lihat ramai orang zaman sekarang ni bermudah-mudah nak sesatkan orang lain, tetapi ilmu tak seberapa. Berhati-hatilah kita supaya tidak terjerumus termasuk dalam orang yang jahil.


WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 09:36 AM | Show all posts
Reply 1002# mnm77


    semoga Allah membantu usaha anda memerangi kebathilan dan semoga puak2 ni dikurniakan taufik dan hidayah

dia ingat senang nk minta ampun menuduh org yg baik2 apa lagi ulama.. memfitnah! lg maha hebat dosanya.

nk bc kitab tafsir x mau dok sini lama2
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 10:20 AM | Show all posts
Allah yarhamuk MNM77

Moga Allah bantu kita untuk tidak mudah menyesatkan org lain...

Hanya Allah yang paling layak memberi hukuman...

Kita pendakwah bukan penghukum...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 02:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by bekasanakyatim at 26-10-2010 14:58

Salam,

Setelah 41 pages perdebatan dlm thread ni, perdebatan oleh sdr mnm77 dan dibantu oleh insan2 pendakwah berhemah yang lain
mendapat 75%.

Manakala pembuka thread bernama blastof dan dibantu oleh pengikut2nya , saya bagi 25%.

Percent ini berdasarkan pendpt peribadi bergantung kpd:

1. Kesabaran berhujjah
2. Dalil yg dikemukakan
3. Tidak ujub
4. Tidak sum'uah
5. Teknikal serta tektikal dlm berdakwah...
6. Tidak memperlekehkan hujjah org lain dgn kata2 budak main gitar tepi jln spt
    kata2 "kuang..kuang..kuang" dlm menyampaikan ilmu...mcm budak baru masuk kolej aje...


Sekian, teruskan mnm77 & kawan2 lain membantu menentang manusia yg terpinggir dgn hujjah2nya suka menyesatkan org lain aje kijenya sambil copy paste menda yg sama ke hulu ke hilir....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 07:23 PM | Show all posts
Bro blastoff ..gua ada terjumpa sepotong hadis, mungkin bro boleh nilai ianya sahih atau tidak . ...
saripdolbatu3 Post at 26-10-2010 02:35 AM



   aku pun tak faham bagaimana hadis tentang penggunaan garam ini untuk menghilang bisa binatang boleh diqiyaskan untuk menghalau hantu syaitan? Ada sapa2 boleh terangkan......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2010 12:25 AM | Show all posts
Reply 977# blastoff

"Sanad" dan "face to face" merupakan ajaran tariqat naqshabandi , di pelopori oleh syeikh nazim haqqani yang percaya semua pengikutnya kena membayangkan dia di hadapan mereka ketika berzikir agar boleh face to face , sampaikan apabila mulut berzikir " Allah" pun minda kena membayangkan wajah syeikh di depan.   


Syeikh Ibnu Abi Daud Al Hanbali :

Di dlm kitabnya Tuhfatul 'Ibad berkata, maksudnya " Dan tanda benarnya kemahuan dan cita2 murid itu ialah pengantungan hatinya dgn gurunya dan tenggelam/karamnya (pandangan mata hatinya) di dlm musyahadah terhadap syeikhnya itu semasa gurunya hidup atau mati sehingga ia tidak memandang seseorg yang lain drpd gurunya itu...

Maka bila telah sah atau benar pandangan itu bagi murid maka berpindahlah pandangan itu kpd sifat Al Jamal Al Sir Madiah Allah yang mana tidak akan dapat disaksikan kecuali oleh ahli makrifah billah. Sifat tersebut itu TIDAK akan dapat disaksikan oleh org yg BEBAL, yg JAHIL dan yg dikuasai oleh nafsu syahwat yg sentiasa mendorong untuk berbuat jahat, yg dungu yg sedikit pon tidak ada unsur kerohanian.

Bab2 membayangkan wajah syeikh ni bole rujuk kitab Ar Rahmatul Habitah karangan Syeikh Hussin Ahmad Ad Dussari, Assyariat Wal Thoriqah karangan Syeikh Muhammad Zakaria Al Kandahlawi, Midarijul Haqiqah karangan Syeikh Ibrahim Hilmi Al Qhadiri dan juga Assyahid Hassan Al Bana di dldm kitab Al Makthurat yg disusun oleh anak lelaki beliau iaitu Ahmad Saiful Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 10:14 AM | Show all posts
Reply 1004# mejik
Reply 1005# bekasanakyatim
Reply 1003# sunsuria3

Salam... sahabat-sahabat dan rakan-rakan sekalian termasuklah yang 'silent reader'....

Terima kasih atas doa, dorongan, sokongan dan nasihat demi perpaduan dan kebaikan untuk semua.... yang utama adalah NIAT kita. Kalau niat kita ikhlas, nescaya akan terbit amal-amal yang ikhlas.

Semoga Allah terima usaha kita ke arah kebaikan, dan semoga Allah mengampuni saya bagi segala kesilapan saya dalam menyampaikan.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2010 11:22 AM | Show all posts
Bagus ni......Tabur garam halau hantu ni cara kristian. Allah dah terangkan cara2 jauhi hantu/setan  ...
penyo. Post at 22-10-2010 22:17


Bro ~ gua confuse/pening .. kalau kan di kata ikut cara orang kristian ..kita mengundi di pilihan raya .. zaman nabi dulu tak ada ..adakah kita ini juga melakukan khurafat ?


Boleh tak sesiapa jawab bro blastoff yang lebih arif pun di alu alu kan ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 11:52 AM | Show all posts
Reply 1009# saripdolbatu3



mengundi tak jatuh bab khurafat sebab ia tidak melibatkan hal ghaib.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 10:30 PM | Show all posts
i am watching tv3, kisah ust sarhan di terengganu cuba mengubati gadis misteri yg sering dilarikan jin
ada garam kasar dlm pinggan...dia terjumpa bungkusan kecil warna hitam...atas rumah adik balkis...dlmnya ada botol kecil yg dlm nya ada kaca, serbuk lada hitam dan...lupa..dia siram dgn cuka.sambil baca ayat qursi...berasap bungkusan tu dan isi2nya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 11:27 PM | Show all posts
Salam...

Kebetulan secara tak sengaja saya pun tertengok rancangan di TV3 tentang ilmu alam ghaib.

Kisah Ustaz Sharhan Shafie merawat gadis yang selalu diculik Jin. Di akhir rawatan tu ditunjukkan ustaz tersebut melemparkan garam kasar ke pokok2 di sekitar rumah gadis tu. Dan juga garam kasar yang dijampi ditabur di sekeliling rumah untuk memagar kawasan rumah.

Sebelum tu ustaz tu menjelaskan Jin yang kacau tu bukan calang-calang Jin. Di akhir rancangan ustaz tu cerita pasal Jin kelas 1, yakni Ifrit yang kuat. Disampaikan juga kisah dari Al-Quran tentang kesanggupan Ifrit untuk ubah sebuah istana yang besar.

Dengarnya, sebelum ni pun dah ada rawatan pakai garam, tapi tak berkesan. Tapi kalini, dikatakan setakat ni dah tiada gangguan. Kalau sebelum ni pakai garam tak berkesan, kenapa ustaz sharhan tu masih guna garam? Tentunya ada kaedah rawatan yang boleh memberi kesan, bersama zikir, ayat al-Quran dan keyakinan kepada Allah, bukan hanya main lempaq-lempaq garam saja.

Harap janganlah lagi menyesatkan individu-individu tertentu kerana tak jumpa dalam al-Quran dan Hadith kaedah rawatan gangguan Jin dengan guna garam. Kalau nak sesatkan juga, sila berlaku adil, jangan main sebut nama sorang tu saja.

Sesiapa yang masih mahu mensyirikkan kaedah guna garam sebagai rawatan gangguan Jin, eloklah buat bantahan kepada TV3, dan secara rasminya patut menyuarakan hal ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Isu ni rasanya dah jadi isu NASIONAL. 1 Malaysia dah tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 11:53 PM | Show all posts
sy dh dgr Ust ni kat radio ikim khamis lps tu tunggu episod mlm ni

dia juga ada tls buku x silap 70 cara utk mengelak dari gangguan Jin

buku utk jadi perawat Islam

Dan kisah Adik Balqis ni juga secara detailnya

semoga kita semua di bwh lindunganNya
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 09:13 AM | Show all posts
Reply 1007# salikin
Maka bila telah sah atau benar pandangan itu bagi murid maka berpindahlah pandangan itu kpd sifat Al Jamal Al Sir Madiah Allah yang mana tidak akan dapat disaksikan kecuali oleh ahli makrifah billah. Sifat tersebut itu TIDAK akan dapat disaksikan oleh org yg BEBAL, yg JAHIL dan yg dikuasai oleh nafsu syahwat yg sentiasa mendorong untuk berbuat jahat, yg dungu yg sedikit pon tidak ada unsur kerohanian.


Ahsantum!!

Ada perkara yg kita taktau, rujuklah pd yg tau...


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling hampir dengan darjat Kenabian adalah ahli ilmu. Ahli ilmu menunjukkan kepada manusia apa yang dibawa oleh Rasul. Ahli jihad pula berjuang dengan pedang mereka membawa apa yang dibawa oleh Rasul”. Baginda s.a.w juga bersabda yang bermaksud: “Pada hari kiamat tinta ulama ditimbang dengan darah syuhada”.



Berlindunglah kita dgn Allah dr golongan yg ditutupkan pintu hati dr kebenaran, firman Allah yg maksudnya :

“Allah telah metrikan hati mereka” (7:2),
“jadikan mereka pekak dan adakan tutupan atas pandangan mereka” (47:23)
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 09:34 AM | Show all posts
Reply  saripdolbatu3



mengundi tak jatuh bab khurafat sebab ia tidak melibatkan hal ghaib.
ussopp Post at 27-10-2010 11:52


Salam tuan..

Jgn cakap semborono jer tuan..maksud khurafat bukan mcm tu..ia bukan hanya melibatkan hal ghaib jer, hal nyata jugak ada khurafat..

Khurafat ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam

Pendekata, khurafat nih adalah bidaah dholalah karohah, perkara baru yg Nabi Muhammad SAW tak buat , yg diada-adakan sehingga boleh merosakkan akidah, syariat dan akhlak org Islam.


Jd, kalu mengundi tu bidaah, tp kalu tak merosakkan akidah, syariat dan akhlak dinamakan bidaah hassanah...bidaah yg boleh diterima pakai. Begitulah murninya ahli sunnah wal jamaah menetapkan sesuatu hukum.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 09:58 PM | Show all posts
Reply 1014# baghal


Syaidina Ali Karamullahu Wajhah telah menjelaskan 10 kelebihan orang yang berilmu

1.Pewaris para Nabi
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis " Orang-orang yang berilmu adalah pewaris para nabi" (diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi) , hadis daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah SAW, " sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu pengetahuan, Allah akan menganugerahkannya jalan ke syurga" (riwayat Imam Muslim)

2.Pengawal yang setia
Syaidina Ali berkata, "kita terpaksa menjaga harta kekayaan yang ada pada kita. semantara ilmu pula bertindak sebaliknya, ia sentiasa menjaga dan mengawasi kita"

3. Banyak kawan
Kata Ali," para hartawan mempunyai ramai musuh, sama ada yang dikenali atau tidak. Sedangkan org yang berilmu mempunyai ramai kawan"

4. Dimuliakan orang
Sabda Rasulullah SAW,  daripada Anas r.a, "ilmu pengetahuan itu menambahkan mulia dan meninggikan taraf seorang hamba kepada raja." (riwayat Abu Naim)

5. Ilmu tidak boleh dicuri
Ilmu hanya akan hilang dengan cara kematian. Sabda Rasulullah SAW dlm hadis , " Bahawa Allah swt tidak akan mencabut ilmu daripada manusia yang dianugerahkanNya. Tetapi ilmu itu akan pergi dengan perginya (meninggal dunia) orang-orang yang berilmu itu." (riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

6. Tidak pernah habis
Tidak seperti harta yang akan habis semakin hari ia digunakan. apabila diajukan soalan kepada yang cerdik pandai, "Apakah barang yang boleh disimpan lama?" jawab mereka, " Iaitu barang-barang yang apabila kapal kamu tenggelam, maka ia akan berenang bersama kamu, iaitu ilmu yang kamu miliki."

7. Menyinari jiwa
Lukman al Hakim berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, duduklah bersama orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati dengan Nur Hikmah (sinar ilmu) seperti menghidupkan bumi dengan hujan dari langit"

Penjelasan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At Tabrani daripada Abu Hurairah, " Sesorang yang berilmu adalah lebih sukar bagi syaitan menipunya berbanding seribu orang abid (ahli ibadah)

8. Tiada terbatas, sentiasa bertambah

9. Taat kepada Allah SWT
Firman Allah, " Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambanya hanyalah ahli-ahli ilmu" (Surah Al-Fathir: 28)

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abdil Birri, " Orang yang berilmu itu merupakan kepercayaan Allah di muka bumi"

Akhirnya ingatlah pesanan Rasulullah SAW ini, "Sesungguhnya amal yang sedikit tetapi disertai dengan ilmu tentang Allah adalah bermanfaaat. Sedangkan amal yang banyak yang disertai dengan kejahilan tentang Allah tidak akan bermanfaat"


Yang ini aku kata "Biasanya Orang yang takde Ilmu suka sesatkan org".....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2010 10:34 PM | Show all posts
Reply 1016# salikin


    conclusionnya carilah ilmu walau hingga ke liang lahad...english said learning is a never ending proses..learning is a part of someone's development

saya tak tau orang lain but for me sentiasa nak cari ilmu..cuti bulan posa and syawal, semester break.. rasa jiwa kosong..tanpa pengisian ilmu..alhamdulillah this week resume kelas

tanda seseorang itu semakin beriman ialah semakin banyak ilmu nya..qoute dari kata2 ustad abu hassan din
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 08:46 AM | Show all posts
Reply 1017# sunsuria3

conclusionnya carilah ilmu walau hingga ke liang lahad...

kalu dah sampe liang lahat mane nak cari ilmunya kaklong oiii!dah xbernyawe..pegi liang lahat pun org usung...apehe!lak nak cari ilmu dah tare2 itu...

saya tak tau orang lain but for me sentiasa nak cari ilmu..cuti bulan posa and syawal, semester break.. rasa jiwa kosong..tanpa pengisian ilmu..alhamdulillah this week resume kelas

ade aku kesahhh.....

tanda seseorang itu semakin beriman ialah semakin banyak ilmu nya..


camne lak kalu org kapior yg banyak ilmu...?tu nak kate depe tu beriman jgk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 08:55 AM | Show all posts
Reply 978# blastoff
ok, ini blog sorang ustaz yang dok ceramah ke hulu ke hilir bab hadis bersanad , tapi ustaz ni pengikut taksub syaikh Hisham Kabbani yang merupakan ketua tarikat naqshabandi di Amerika dan deputy pada syaikh Nazim Haqqani pengasas tarikat naqshabandi !


ehh!ni dah lari tajuk niii!tread ni kite bincang pase kurafat gune garam'..bukannya pase tarikat'..nak bincang pase tarikat diminte bro blassoff...ehh!bukan bro la!..cik kak blckassoff bukak tread pase tarikat yek!....jgn mareeee....kalu mare nanti teman rembeh ngan garam...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 09:04 AM | Show all posts
Reply 1012# mnm77

Dengarnya, sebelum ni pun dah ada rawatan pakai garam, tapi tak berkesan. Tapi kalini, dikatakan setakat ni dah tiada gangguan. Kalau sebelum ni pakai garam tak berkesan, kenapa ustaz sharhan tu masih guna garam?


tu..mike yg dengor"...teman dengor lain plak!..sebelum tu depa p'gune garam bukit...tu yg tak bekesan tu,sebab jin tu berasal dari bukit..jin tu dah biase gune garam bukit dlm masakan seharian,jadi jin tu dah xkesah...almaklum le alah bise tegal biase..
manekale ustaz sharhan tu gune garam kasaq...tu yg berkesan tu..yg teman dengor camtule...jgn mare ekh!gurau je...mike ni serius sgt le...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.244045 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list