CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sepitsiput

[All About Gegarvaganza] Gosip Mosip & Throwback di sini

 Close [Copy link]
Post time 20-11-2014 02:27 AM | Show all posts
DARSITA posted on 20-11-2014 02:19 AM
Tang mana sedapnya suara mamat tu Sky? berslang mcm Shiela majid. Hishhh!!

nadia mmg hancus l ...

mmat tuh sedap lah skit dr nadia hauk neh..

bijik butir tak paham si nadia neh nyanyi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 08:00 AM | Show all posts
Debaran Gegar Vaganza

Oleh Nor Akmar Samudin
[email protected]

Selagi namanya pertandingan, debaran pasti terasa.

Begitulah perasaan yang dialamai peserta pertandingan Gegar Vaganza yang terdiri daripada penyanyi berpengalaman iaitu Mamat Exist, Rahmat Mega, Hasnol, Fazli Zainal, Sam Innuendo, Ayai Ilusi, Haleeda, Nadia, Shima, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.

Program itu yang mula bersiaran Ahad lalu di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135) menampilkan mereka yang sudah banyak pengalaman dalam industri muzik tanah air.

Namun bagi menyemarakkan lagi gelanggang seni suara, barisan penyanyi yang terpilih untuk beradu suara dalam program itu sudah bersiap sedia untuk menyahut cabaran dalam pertandingan itu dengan rasa bangga dan bersemangat.

Bagi mereka, rakan artis yang bertanding sama bukanlah saingan malah saling menyokong demi meneruskan kegemilangan industri muzik.

Jika sebelum ini ada di antara mereka menjadi juri pertandingan, kini persembahan nyanyian mereka pula akan diadili juri profesional seperti Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Atas dasar semangat profesionalisme yang tinggi, semua penyanyi tidak langsung rasa berkecil hati atas kritikan yang diberikan.

Setiap minggu, pihak produksi menyediakan tema dan pada minggu kedua Ahad ini, temanya ialah penyanyi idola di mana semua peserta yang akan berentap nanti akan menyanyikan lagu yang dipopularkan penyanyi yang menjadi pujaan mereka.

Pertandingan yang berkonsepkan penyingkiran, pada minggu pertama sudah pun menyingkirkan penyanyi Hasnol. Bermula Ahad ini ada 11 lagi penyanyi yang bakal berentap.


Menurut Fazli, penyertaannya dalam Gegar Vaganza menimbulkan banyak pertanyaan kepada peminatnya berikutan pengalamannya yang masih cetek berbanding peserta lain.

"Mulanya Astro menawarkan kepada Nassier Wahab untuk menyertai pertandingan ini, tetapi disebabkan dia ada komitmen lain, dia mencadangkan nama saya kepada Astro. Saya pula menerima pelawaan mereka kerana pada saya tanpa mengira usia, saya gembira untuk menyahut cabaran dalam pertandingan ini.

"Saya dapat belajar daripada 'otai-otai' ini dan ia juga pendedahan yang bagus untuk saya yang baru saja keluar dengan single terbaru berjudul Sehingga Ke Syurga yang mana lagu itu menjadi tema sebuah drama di TV3.

"Tak banyak sikit debaran mesti ada, apatah lagi peserta diadili Ramli MS dan Khadijah Ibrahim. Ramli MS kalau tak 'kena' dia kritik saja, tak kisah kita dah popular atau apa. Kecut perut juga dibuatnya," katanya.

Fazli juga menyifatkan pertandingan ini amat positif kerana daripada terlalu mengagungkan artis dari luar lebih baik menaikkan semula artis lama yang masih ada bisanya.

Ahad ini, Fazli akan menyanyikan lagu penyanyi idolanya, Datuk Sudirman Arshad berjudul Jauh Di Sudut Hati.

Rahmat Mega pula berkata, dari sudut nyanyian dia tidaklah gugup seperti ketika dia menyertai pertandingan kala muda-muda dulu cuma dia bimbangkan apabila juri menilai ketika dia menyanyikan lagu sendiri.

"Waktu persembahan biasa, tersilap lirik tak mengapa, tetapi kalau sudah ada juri depan mata apabila kita nak menyanyikan lagu sendiri pun terasa gugup. Malulah kalau juri kritik.

"Apapun pertandingan ini sangat positif kerana ia memberi ruang kepada artis lama seperti saya untuk muncul semula di televisyen. Ada penganjur yang sudah lupakan saya panggil semula. Sekarang banyak syarikat korporat yang menjemput artis lama untuk membuat persembahan dan dengan menyertai pertandingan ini, ia membuka laluan rezeki untuk saya dan penyanyi lain.

"Artis sekarang ramai dan jika tak muncul di televisyen, orang dengan mudah akan melupakan kita," katanya.

Minggu ini, Rahmat akan menyanyikan lagu daripada band rock idolanya, Europe iaitu The Final Countdown. Bagi Sharifah Zarina Wan Hassan pula, pada mulanya dia tidak yakin untuk menyertai Gegar Vaganza kerana perlu berada dalam kalangan penyanyi berpengalaman.

"Namun selepas saya fikirkan dengan semasak-masaknya, bagus juga saya menyahut cabaran pertandingan ini dan kebetulan ia tidak mengganggu jadual saya yang lain. Ia juga peluang yang bagus untuk saya meraih publisiti semula," katanya, yang berharap dapat sampai ke final.

Hadiah lumayan

Gegar Vaganza menyediakan hadiah lumayan untuk juara iaitu RM100,000 berserta trofi. Naib juara pula akan memenangi hadiah wang tunai RM30,000, pemenang ketiga dan keempat pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM15,000 dan RM5,000. Mereka juga diberikan trofi.

Program ini turut menggabungkan dua pengacara mantap, pelakon dan pelawak popular, Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai hos program sepanjang lapan minggu bersiaran.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan Astro Ria sebagai saluran hiburan utama, mereka membawakan program ini yang dijadikan testimoni saluran itu dalam menawarkan program hiburan beraneka format khusus untuk tontonan ramai.

"Berdasarkan pemerhatian kami, kelompok sasaran penonton kami amat cenderung kepada program yang berkonsepkan realiti dan pertandingan. Pengalaman Astro dalam menerbitkan program seumpama ini seperti Akademi Fantasia, Kilauan Emas, Ceria Popstar dan sebagainya juga sudah terbukti berjaya memikat hati penonton.

"Menerusi Gegar Vaganza, mereka bukan saja berpeluang mengembalikan zaman kegemilangan, malah boleh menggunakan platform yang disediakan untuk meningkatkan daya keyakinan, kesungguhan serta keazaman di samping berhibur menerusi program ini," katanya.

Nasib peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh juri yang dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan peserta berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Selain Ramli dan Khadijah sebagai juri tetap, Gegar Vaganza akan turut menjemput tiga juri jemputan yang terdiri daripada Mamat Khalid, Salih Yaacob dan Nash Lefthanded untuk turut menjayakan program ini secara bergilir-gilir pada setiap minggu.



Credits: hmetro.com.my Last edited by achik2009 on 20-11-2014 08:06 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Motip dah announce hasnol terkuluar?
Hmetro ni adeban sgt kekdahnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2014 08:22 AM | Show all posts
achik2009 posted on 20-11-2014 08:00 AM
Debaran Gegar Vaganza

Oleh Nor Akmar Samudin

aiyooo..motif harian metro pecah lobang?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 08:24 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 20-11-2014 08:22 AM
aiyooo..motif harian metro pecah lobang?

kann?...alang2 dah pecah lobang baik bagi tau sapa finalis sekali....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2014 08:26 AM | Show all posts
LAGU TUGASAN MINGGU 2


TEMA: IDOLA



FAZLI ZAINAL - JAUH DI SUDUT HATI (SUDIRMAN)

NADIA - TAKKAN TERPISAH (BLACK HANIFAH)

SHIMA - BISIKAN HATI (RAFEAH BUANG)

ADILLA IDRIS - CURIGA (NING BAIZURA)

IFA RAZIAH - AKHIRNYA KINI PASTI (ANITA SARAWAK)

HALEEDA MAZLIN - KU MOHON (SHEILA MAJID)

RAHMAD TOHAK - FINAL COUNTDOWN (EUROPE)

SAM INNUENDO - ALL OF ME (JOHN LEGEND)

MAMAT - KAMELIA (SWEET CHARITY)

HASNOL -

SHARIFAH ZARINA -

AYAI ILUSI -

Last edited by sepitsiput on 20-11-2014 08:29 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-11-2014 08:30 AM | Show all posts
achik2009 posted on 20-11-2014 08:24 AM
kann?...alang2 dah pecah lobang baik bagi tau sapa finalis sekali....

itulah masalah klu program rakaman... kesian hasnol...dah tua2 baru nak comeback

takpelah, kt rumah dia dah ada 1 trofi klef treble AJL yg dah berusia sebaya Aman AF tu....cukuplah buat kenang2 an... klu nk banding dgn fazli zainal, heols lg bernasib baik
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 20-11-2014 07:26 AM
LAGU TUGASAN MINGGU 2

TEMA: IDOLA

Shima nyanyi lagu ASLI chuols..m versatiled sangat!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2014 08:39 AM | Show all posts
beta_carotene posted on 20-11-2014 08:38 AM
Shima nyanyi lagu ASLI chuols..m versatiled sangat!!

keroncong la ... xde lah asli mana pun.

teaser sikit suara shima nyanyi lagu2 tradisional ... first verse

Last edited by sepitsiput on 20-11-2014 08:42 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2014 08:41 AM | Show all posts
Antara artis yang bakal memeriahkan malam
AIM21 ialah SonaOne & Joe Flizzow, Sleeq,
Hazama, Dayang Nurfaizah, Haleeda, Ayai
Ilusi,
Nidji, Aisyah Aziz, Awi Rafael, One
Nation Emcees dan Akim Ahmad.

AIM21 disiarkan secara langsung dari Dewan
Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) juga menampilkan Adibah Noor, Aliff
Aziz, Alyah, Amar Baharin, Amyra Rosli dan
beberapa selebriti popular lain sebagai
penyampai anugerah.


bayang2 finalis ke?

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 20-11-2014 07:39 AM
keroncong la ... xde lah asli mana pun.

teaser sikit suara shima nyanyi lagu2 tradision ...

Motif jaki dgn SHIMA ??

Alang2 versatile pls bagi lagu chandelier hurkeh!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
espri6006 posted on 19-11-2014 06:44 AM
Maya - matahari ada 2-3 gak lagu best dalam album pertama dia dulu spt matahari, diari biru atau d ...

tengah cari lagu2 theyol kat yourtube..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:01 AM | Show all posts
bangkai la metro ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:03 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 20-11-2014 08:39 AM
keroncong la ... xde lah asli mana pun.

teaser sikit suara shima nyanyi lagu2 tradision ...

ya Allah..sayu aku dgr lagu ni
meronta2 hati nak balik kg..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:05 AM | Show all posts
Mamat....hehehe rooting for him...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:16 AM | Show all posts
Syd posted on 19-11-2014 06:11 PM
alhamdulillah
dia ketemu suami yang baik

kan..laki dia pon leh tahan gak hemsem..berlakon pon best..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 09:26 AM | Show all posts
skymania posted on 20-11-2014 02:27 AM
mmat tuh sedap lah skit dr nadia hauk neh..

bijik butir tak paham si nadia neh n ...

Itu pun Ramli MS kata seksi. Sepatah haram die sebut iols tak paham. Mcm xnak bukak mulut jek. Lagi sedap budak-budak karaoke nyanyi lagu dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:39 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 20-11-2014 08:30 AM
itulah masalah klu program rakaman... kesian hasnol...dah tua2 baru nak comeback

takpelah ...

Kak @sepitsiput bape umur Aman AF yea
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:53 AM | Show all posts
baru ketemu kembali benang ini... haha... ade yg ok ade yg hauk gak konsert 1st...

nadia nyanyi sepatah haram ape pon i tak faham... setakat ni yg ok ayai la~
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:56 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 20-11-2014 08:26 AM
LAGU TUGASAN MINGGU 2

TEMA: IDOLA

sharifah zarina nyanyi lagu - hati lebur jadi debu( hetty koes endang)

perghhh..shima nyanyi lagu klasik..sedap plak lagu tuh....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.660195 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list