|
[V76] ALL ABOUT FATTAH AMIN - ☆☆☆ Fattah Amin ( No 85 ) 100 ASIAN HEARTTHROBS 2
[Copy link]
|
|
Koleksi FattasticRaya ni mcm collab dgn Fazbulous ke? Gaya Fattah ms bg ucapan tu mcm tu lah kan.
Anyhow, I am so happy & proud that Fattah keluarkan koleksi sendiri dari jadi model for some other brands. I mean dah bertahun dia gayakan utk org lain, it’s great that now dia ada label sendiri. Of course the risk is there - every business has its own risk kan, and IMO, this kinda business is much better than biz MRP dia tu .
Fly higher Fattah!
P/S : Suka tgk the button at the pocket... maybe jadi Fattastic signature kot  |
|
|
|
|
|
|
|
MentariSenja replied at 6-4-2019 04:12 PM
Tulah ...ngeri kaka...tapi FA kan cool..bukan bbnu hati rapuh yg sibuk block org kat ig
Fattah kan professional, lagi TV3 dah upkan kat ig dia yg Fattah promo tu... I’m sure dia pergi. Lagipun skrg dia tgh shooting utk slot Samarinda kan. Kalaupun ada cubaan nak buat mcm apa yg pernah asstro buat kat dia, sure dia dah serik sbb dah dua kali dia kena kan  |
|
|
|
|
|
|
|
qwerty02 replied at 6-4-2019 06:37 PM
Koleksi FattasticRaya ni mcm collab dgn Fazbulous ke? Gaya Fattah ms bg ucapan tu mcm tu lah kan.
...
Yes mmg collab dgn Fazbulous sbb dia thank faz, abg fhaez n team faz yg organize today's event.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fattah x ada comment apa apa ke? |
|
|
|
|
|
|
|
qwerty02 replied at 6-4-2019 06:37 PM
Koleksi FattasticRaya ni mcm collab dgn Fazbulous ke? Gaya Fattah ms bg ucapan tu mcm tu lah kan.
...
Mami pun sama... this is sthg better for him compared to Mrp.. rasa Mrp tu lebih pd org lain nye idea.. not FA kot.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Mamisally replied at 6-4-2019 07:30 PM
Yes mmg collab dgn Fazbulous sbb dia thank faz, abg fhaez n team faz yg organize today's event..
Aah baru tgk igs Fattah repost org record dia berucap. Dia terang2 sebut collab dgn Fazbulous.
Actually sbg permulaan ni, collab mcm ni lagi elok kan, start small. Lagipun platform dah ada; dia boleh letak the collection kat butik Fazbulous dan jual kat Fazbulous.com. So in shaa Allah kalau berjaya nanti, dia boleh adakan Fattastic brand on its own or terus collab dgn Fazbulous ke kan. Either way I pray Allah will ease everything for them  |
|
|
|
|
|
|
|
Mamisally replied at 6-4-2019 07:48 PM
Mami pun sama... this is sthg better for him compared to Mrp.. rasa Mrp tu lebih pd org lain nye i ...
Yes, also because if i’m not mistaken before this mrp tu mmg dah ada, under zawara kan, then Fattah became the shareholder (though i dont know how much of it yg dia pegang la) and CEO.
Buat jenama baju (although collab with Fazbulous as a start) l makes more sense for Fattah, i suppose sbb dia dah biasa jadi duta dan model utk AA kan, some more Faz pun ada biz dlm bidang ni, so better lah buat JV mcm ni.
Suka sgt tau! Mmg one of the things yg i terfikir nak tgk dia buat sejak i mula follow dia  |
|
|
|
|
|
|
|
Kancilkering replied at 6-4-2019 07:40 PM
Fattah x ada comment apa apa ke?
Ada juga kot. Of course wartawan akan serbu juga dia sbb this is his product juga. Hope everything goes well  |
|
|
|
|
|
|
|
qwerty02 replied at 6-4-2019 07:55 PM
Yes, also because if i’m not mistaken before this mrp tu mmg dah ada, under zawara kan, then Fatt ...
Lama dah tnggu Fattah keluarkan produk baju Melayu dia sendiri bawah nama dia.. Koleksi warna dan kain nampak kemas dan mahal.. Gud luck Fattah on your new adventure... Moga terus murah rezeki...
|
|
|
|
|
|
|
|
Good luck fattah. Semoga terus maju dlm bisnes. |
|
|
|
|
|
|
|
Kancilkering replied at 6-4-2019 07:40 PM
Fattah x ada comment apa apa ke?
Ade tu fattah bg komen pasal ffm tuh |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 6-4-2019 09:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
☆☆☆ Statement from FA ☆☆☆
KUALA LUMPUR: Aktor, Fattah Amin, menegaskan kemunculannya sebagai penyampai trofi pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-30, minggu lalu, adalah atas permintaan penganjur.
Justeru, beliau berasa ralat apabila dimaklumkan kemunculan di pentas bagi penyampaian trofi Anugerah Khas Juri adalah membabitkan pemenang FFM terdahulu.
Fattah turut berkata, kontroversi yang timbul tidak lebih daripada fitnah dan dia sendiri tidak mengenakan sebarang syarat bagi kemunculan pada mana-mana majlis.
“Semestinya saya berasa ralat dan terkesan apabila diberitahu mengenai gandingan penyampai bagi kategori itu adalah bekas pemenang FFM sebelum ini. Saya sama sekali tidak tahu menahu, sebaliknya sekadar memenuhi tanggungjawab atas permintaan penganjur.
“Beberapa minggu sebelum majlis, dimaklumkan kehadiran saya mengikut kontrak sebagai ‘trigger’ bagi memberikan elemen kejutan. Malah, saya juga tidak dimaklumkan mengenai kategori yang memerlukan saya naik ke pentas.
“Saya menganggap isu ini sebagai fitnah kerana saya tidak pernah meletakkan syarat, apatah lagi untuk tampil sesuka hati. Walaupun belum cukup lama berada dalam industri ini, saya tahu tindakan sebegitu adalah tidak profesional,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi lebaran, Fattastic Raya, di sini hari ini.
Terdahulu, isterinya, Nur Fazura, menyangkal dakwaan konon penampilannya dan Fattah sebagai penyampai trofi pada FFM lalu adalah atas permintaan peribadi, selain menjadi syarat yang perlu dipenuhi penganjur.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri, pula menafikan dakwaan pihaknya bersetuju menampilkan Fattah bersama Fazura di pentas ketika penyampaian trofi terbabit.
“Jika apa yang berlaku ini adalah perancangan pihak Astro (penyiar), mereka harus bertanggungjawab dalam hal ini. Saya mohon mereka dapat memberikan jawapan secara bertulis kerana kami ada bukti mengatakan FINAS memang tidak tahu menahu mengenai elemen kejutan dinyatakan itu,” kata Idham kepada BH Online.
Menurut Fattah, sebagai selebriti, dia pasti terkesan dengan isu yang timbul kerana ia mencalarkan imej dan kredibiliti dirinya.
“Namun, saya akur dengan lumrah kehidupan sebagai anak seni. Perkara sebegini adalah sesuatu yang perlu saya tempuh.
“Permulaan saya dalam industri juga bukan dengan cara yang mudah. Pelbagai kritikan dan kecaman diberikan, namun ia menjadikan saya lebih matang. Saya pasti dugaan Allah ada hikmahnya,” kata Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bila bc statement fattah.. Tekesan nya dia dan Redha nya lah dia dgn apa yg jd.. InsyaAllah ada hikmah besar.. |
|
|
|
|
|
|
|
'Isu di FFM30 tak patut dibangkitkan' - Fattah Amin
Ridzuan Abdul Rahman
[email protected]
“DAKWAAN mengatakan saya memandai-mandai naik atas pentas dan tak ikut format penganjur adalah fitnah semata-mata.”
Itu kata pelakon popular Fattah Amin susulan kontroversi empat penjuru membabitkan dia dan isterinya Fazura, Datuk Hans Isaac, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Astro.
Ia tercetus berikutan kemunculannya bersama Fazura bagi menyampaikan trofi Anugerah Khas Juri dalam Festival Filem Malaysia ke- 30 (FFM30) baru-baru ini, yang dikatakan tidak menghormati penyampai lain iaitu Hans dan Maya Karin serta mengejutkan Finas.
Fattah berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawab seperti permintaan Astro dan segala-galanya termaktub dalam kontrak.
“Saya hanya buat kerja seperti yang diminta mereka. Saya diminta oleh penganjur dengan disertakan kontrak sebagai penyampai anugerah pada malam itu. Surat itu ada nama penuh saya menyatakan tugas yang perlu dibuat saya dan saya ada menandatangani surat itu,” katanya.
Menurutnya, urusan antara Finas dan Astro biarlah diselesaikan sesama mereka dan dia tidak boleh masuk campur.
“Begitu juga hal Fazura dengan Hans, saya tak boleh masuk campur dan bagi kenyataan. Cuma, saya nak jelaskan tak mungkin seseorang artis nak ‘main langgar’ protokol masuk tv. Itu tak masuk akal. Tak logik juga jika nak katakan saya pandai-pandai meminta tampil atas pentas dengan Fazura,” katanya.
Fattah mengakui isu ini tidak patut dibangkitkan dan dia kesal dengan apa yang berlaku.
“Sudah tentu saya dan Fazura kena ke depan untuk mempertahankan diri apabila isu ini tular. Lagipun bukan kami yang terlebih dahulu buka cerita ini.
“Selebihnya saya serahkan kepada pengurusan saya untuk ambil tindakan susulan,” katanya ketika ditemui pada pelancaran koleksi baru raya keluarannya, Fattastic Raya di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.
source: https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... gkitkan-fattah-amin |
|
|
|
|
|
|
|
Nana8 replied at 6-4-2019 09:26 PM
Bila bc statement fattah.. Tekesan nya dia dan Redha nya lah dia dgn apa yg jd.. InsyaAllah ada hikm ...
Ayat last dia tu kan.. Bukan mudah dia nak bermula dalam industri sgt lah dia terkesan.. Yerlah tak habis2 lagi ker nak cari kesalahan dia.. Strong yer Fattah dan Faz.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tulisan metro nmpk fattah sgt firm.. Pttla astro lmbt nk kluar statement rpnya ada kontrak antara dorg.... You go man  |
|
|
|
|
|
|
|
Nana8 replied at 6-4-2019 10:06 PM
Tulisan metro nmpk fattah sgt firm.. Pttla astro lmbt nk kluar statement rpnya ada kontrak antara d ...
Susahlah astro nak konar sbb dah bertandatangan kan |
|
|
|
|
|
|
|
Chuols xde ke sesape nak post video fazzy suruh hans reveal whatapps tu?
Iolss xpandai nk post video interview budiey / igers tu
Iols tasabarr nk tgk forumer yg kutuk fattah/ fazzy |
|
|
|
|
|
|
| |
|