“Tak payahlah... Memang dah nak rosak. Lagi pun lappy zaman universiti. Dah sampai masa beli baru.” Aku memberi alasan.
“Mana boleh. Gambar-gambar kenangan kita kat dalam tu.”
“Aku copy baliklah dari kau.” Masih lagi aku cuba mengelak.
“Tapi gambar-gambar kita zaman sekolah aku tak simpan. Aku ingat nak copy dari kau.” Serba-salah sungguh aku dengan permintaan Dona. Kalau aku serahkan kepada Rahul, sudah tentulah nanti dia akan melihat kesemua gambar-gambar aku itu.
“Atau kau memang sengaja tak nak simpan gambar-gambar kenangan kita tu? Nanti kalau aku dah tak ada, baru kau nak menyesal.”
“Dona!” Dona selalu menjadikan kematian sebagai umpan untuk mendapatkan persetujuan aku. Dalam apa saja perkara aku selalu tewas dengan alasan itu.
Sempat bebola mataku mereling ke wajah Rahul. Lelaki itu hanya memandang aku tanpa sebarang riak. Sukar bagiku mentafsir apa yang berada di mindanya ketika ini.
********** Last edited by ladyFinger12 on 3-4-2013 10:55 AM
|