|
Nicki_Meow replied at 1-3-2015 05:29 PM
Adoiyyaiii. Camna boleh terbalik lak susun perkataan?
Dah betulkan...
Itu perkataan bahasa melayu urban ke klasik? Bunyi mcm perkataan maghfirah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Klasik rasanya. Aku refer kamus dewan. Ejaannya Makhfi, bukan maghfi.
Maghfirah bahasa arab = ampun / keampunan.
|
|
|
|
|
|
|
|
wah ayat ko...menakjubkan!
geletak???
|
|
|
|
|
|
|
|
ermmm.. mcm tak sesuai pulak tergeletak guna utk kertas/benda bukan hidup...
sebab benda bukan hidup sah2 la kaku kan kan kannn kecuali digerakkan oleh benda hidup..
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh? Aku rasa okay kot. Dah tergeletak tu = tak bergerak. Benda kan tak bergerak. Ke camna?
|
|
|
|
|
|
|
|
Di bilik air, Qi termenung memerhatikan wajahnya di cermin. Beberapa pekerja Alpha Tech yang keluar masuk tidak diendahkan. Ada yang memandangnya dengan pandangan semacam. Ada yang bahasa tubuh mereka menunjukkan yang mereka ingin menegur tapi akhirnya, berlalu begitu saja. Sudahnya, dia ditinggalkan sendirian di situ.
Apa kena dengan aku ni? Nafas ditarik panjang. Sungguh, dia tidak tahu mengapa dengan mudah dia luntur kesabaran tadi. Mujur Kumar datang tepat pada waktu. Kumar yang menyabarkan dia supaya tidak bertindak mengikut perasaan. Jika tidak, entah apa yang terjadi. Silap-silap, surat amaran dapat dalam tangan. Tetapi, kadang-kadang rasanya bagus juga dapat mengajar si Rafi itu sekali-sekala.
Qi melepaskan nafas kasar. Paip air dibuka lalu dia menakung air dengan tapak tangan. Mukanya dibasuh berkali-kali.
“You okay, bro?” Bahunya ditepuk. Qi berpaling ke arah empunya suara. Kumar tersenyum nipis ke arahnya sambil berpeluk tubuh.
“Aku okay.” Qi menarik nafas dan kemudian, membasuh mukanya lagi sebelum menutup paip air. Kemudian, dia menuju ke tepi dinding lalu menarik keluar beberapa helai tisu. Mukanya dilap sehingga kering. Tisu dibuang ke dalam tong sampah. Kemudian dia berpaling pada Kumar lagi.
“What?”
“Kau stress sangat ke?” Soal Kumar. Memang dia sudah sedia maklum dengan sikap Qi yang pelik semenjak dua ini. Adakalanya terlalu pendiam, kadang-kadang over-excited. Tapi tadi, pertama kali sebenarnya dia melihat Qi benar-benar melepaskan baran sehingga Rafi pun jadi tergamam. Jangankan Rafi, dia sendiri pun jadi terkejut.
“Stress?” Qi terfikir-fikir sebelum menjawab. “Kind of.” Sambungnya beberapa saat kemudian. Lebih baik dia mengaku begitu saja. Alasan paling logik yang Qi rasa kerana dia sendiri tidak punya alasan yang konkrit mengapa dia bertindak begitu tadi. Tekanan yang dia rasa bukan sekadar berkaitan dengan kerja. Tetapi juga dengan semua mimpi-mimpi anehnya yang sehingga kini, masih kekal misteri tanpa jawapan.
Selain itu, ada satu perkara yang dia simpan sendiri, tidak mahu meluahkan kepada sesiapa kerana bimbang di tuduh gila. Dia sebenarnya terlalu ingin untuk kembali semula ke Amariya. Dia mahu bertemu lagi dengan Syakilla. Tapi, dia tak akan mampu menjejaki Amariya tanpa pautan misteri itu. Sudah beberapa hari, pautan itu tidak muncul.
Qi pandang semula ke cermin. Biasan gadis bermata bak helang itu hadir. Qi memejamkan mata seketika. Dia tahu, itu hanyalah mainan perasaan.
“Qi.” Panggil Kumar. Reaksi Qi membimbangkan. Mata Qi terbuka. Bayangan Syakilla hilang.
“Rileklah, bro.” Kumar berkata lagi. Qi hanya membalas dengan senyum seadanya.
“Presentation kau pukul berapa?”
Qi melihat jam. “Pukul 10.” Kumar angguk.
“Shall we?” Kumar mengajak untuk kembali ke pejabat.
“Kau pergi dululah.” Balas Qi. Dia masih mahu bersendirian.
“Sure?” Kumar masih lagi serba-salah mahu meninggalkan Qi. Keadaan Qi padanya kelihatan kurang stabil.
“Yup.”
“Okay.” Kumar mengalah. “Good luck for your presentation.” Ucap Kumar.
“Thanks bro.”
Kumar berlalu. Qi kembali memandang wajahnya di cermin.
Fokus Qi, fokus.
Wajahnya dibasuh untuk sekian kali. |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku pernah baca penulis guna perkataan tergeletak utk refer kepada tubuh badan... ikan...
nak menggambar benda hidup itu sudah kaku tidak bergerak..
entah lahh.. pemahaman aku ja laa.. heh heh heh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkinlah.
Tapi aku beberapa kali jugak jumpa tergeletak digunakan untuk benda.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lima minit kemudian, Qi kembali ke meja kerja. Dia perasan ada beberapa mata yang memandang ke arahnya. Semacam saja. Terasa rimas apabila menjadi perhatian tapi Qi mengekalkan wajah selamba. Buat tak peduli pada yang memandang. Lantaklah. Suka hatilah nak pandang macam nak telan pun. Bukan luak, iya tak? Matanya berlaga dengan mata Mat Noh. Mat Noh senyum sahaja sambil mengangkat kening. Qi turut membalas senyum sambil mengangkat tangan kanan. Ianya sebagai isyarat yang dia sudah 'okay' dan buat masa ini, tidak mahu berbincang apa-apa. Mat Noh angguk dan meneruskan kerjanya.
Kerusi di tarik lalu punggungnya dilabuhkan ke situ. Nafas ditarik untuk menenangkan fikiran. Berkali-kali dia mengingatkan diri supaya fokus. Tumpuan seratus-peratus perlu diberikan untuk sesi pembentangan nanti. Jadi, dia perlu melupakan beberapa perkara yang tidak penting sekarang ini. Kertas-kertas nota yang bersepah atas meja dicapai lalu disusun mengikut aturan. Setelah kertas notanya tersusun rapi, Qi memerhatikan pula komputer ribanya. Kata laluan dimasukkan. Sistem sekuriti untuk Tresna Bank diteliti buat kali terakhir.
Qi memandang jam tangan. Sudah menunjukkan pukul 9:30 pagi. Dia perlu beredar sekarang untuk ke bilik mesyuarat di tingkat dua. Kertas nota dimasukkan ke dalam fail. Komputer ribanya akan turut diangkut sekali. Sempat Qi memerhatikan diri sendiri, untuk memastikan yang dia kelihatan kemas.
"Hai Qi."
Ceria suara yang menyapa. Qi mengangkat muka. Terjongol wajah Rabiatul dihadapannya. Qi tersenyum.
"Hey. Apa yang jadi tadi? I dengar, you dengan Rafi bergaduh? Betul ke you nak tumbuk Rafi?" Soal Rabiatul, serius. Qi senyum sumbing. Pantas saja berita itu tersebar. Dia yakin, sebentar nanti soalan yang sama akan ditanya oleh Puan Azlina. Qi mengeluh.
"Tiada apa-apa. Aku cuma hilang kawalan diri. Mulut Rafi terlalu lancang menuduh aku yang bukan-bukan."
Rabiatul ketawa sambil menutup mulut. Qi terpinga-pinga. Lucu sangat ke ayat yang dia tuturkan tadi?
"Kenapa kau ketawa begitu? Apa yang lucu?"
"Kenapa tiba-tiba you bercakap macam orang zaman purba ni?" Tawa Rabiatul masih terhambur. Qi ternganga dan kemudian, menggelengkan kepala. Terasa malu sendiri. Untuk seketika, dia terkeliru. Menyangkakan yang berdiri di hadapannya ini adalah Teja, bukan Rabiatul. Come on, Qi. Focus! Berang dengan diri sendiri. Tumpuannya masih belum mencapai tahap seratus-peratus.
"Anyway, you punya presentation pukul 10 kan?" Tawa Rabiatul masih bersisa.
"Iya."
"Good luck." Ucap Rabiatul.
"Terima kasih, Tejjjjj....Abby." Qi pandang Rabiatul dan senyum. Rabiatul turut tersenyum dengan kening terangkat. Merasa pelik.
"Saya pergi dulu." Tidak berlengah lagi. Qi terus berlalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
haihh my beloved sister, rajin mengupdtenya...suka. |
|
|
|
|
|
|
|
Qi memasuki bilik mesyuarat di tingkat dua itu. Para penilai masih belum menghadirkan diri. Yang ada hanyalah Kamal yang bekerja sebagai technician. Kamal dia lihat sedang menggodek-godek mesin projektor yang terletak ditengah-tengah bilik mesyuarat.
"Qi." Sapa Kamal. Qi senyum saja. Komputer riba dan fail diletakkan di atas meja berdekatan.
Mesin projektor telah dihidupkan. Kini Qi perlu menyambungkan mesin tersebut pada komputer ribanya. Dan lain-lain persediaan untuk membuat pembentangan. Sekali lagi, terasa ada rama-rama yang berterbangan dalam perutnya. Sekejap kecut, sekejap kembang. Rasa memulas pun ada. Kepala pula terasa pening-pening.
"Kau okay ke, Qi?" Soal Kamal dengan kening berkerut.
"Okay...okay." Qi terangguk-angguk. Kamal tidak bertanya lagi. Hanya melakukan kerjanya dengan senyap.
Di layar putih dihadapan bilik, telah tertera paparan dari komputer riba milik Qi. Gambar Megatron sedang tidur terlentang mengundang tawa kecil dari Kamal.
"Anak aku pun suka kucing." Kata Kamal.
"Oh."
Perbualan mereka tentang kucing tamat disitu. Malah, mereka langsung tidak berbual apa-apa lagi. Melihatkan Qi yang seperti serba tak kena, menyebabkan Kamal mematikan niat untuk bersembang. Setelah menyudahkan kerjanya, Kamal meninggalkan bilik mesyuarat itu.
Qi menyemak nota kertas. Rasa gugupnya menjadi-jadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Iskkk.. aku rasa Qi ni.. penilai belom masuk, die dah pengsan dulu dlm bilik tu |
|
|
|
|
|
|
|
gugup angin kus kus dah sampai...agaknya terkucil kut..
|
|
|
|
|
|
|
|
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Di muka pintu, tiga orang penilai sudah muncul. Encik Ramlan dan Encik Mokhtar, masing-masing dari bahagian berjawatan Pengurus dari bahagian Sales serta Puan Charmaine, salah seorang Pengurus Projek. Dan sudah pasti, Puan Azlina tidak terkecuali.
"How are you, Qusyairi?" Puan Charmaine menyapa mesra.
"Fine." Qi cuma mampu menjawab sepatah sahaja.
Ketiga-tiga mereka mula mengambil tempat duduk masing-masing sambil berbual-bual sesama sendiri. Puan Azlina pula, melangkah ke arah Qusyairi.
"Qusyairi."
"Iya...Puan?"
"I've heard what happen between you and Rafi in the office this morning." Suara Puan Azlina sangat serius, namun nadanya diperlahankan. Tidak mahu menarik perhatian para penilai yang ada.
"Puan...saya..."
"Saya tak nak dengar penjelasan awak, sekarang. But I want to see you in my office after this presentation."
"Err...hhmmm. Baik puan." Qi mengeluh.
"Sekarang ni, tolong bagi tumpuan. Do not let me down."
Qi telan air liur dan angguk. Puan Azlina berlalu dan mengambil tempat di sebelah Puan Charmaine. Qi menghela nafas untuk menenangkan diri.
"Anytime when you are ready, Qusyairi." Ujar Puan Charmaine memberi isyarat. Dia tersenyum sedikit.
Qi mengangguk. Dia memandang seketika nota kertas di tangan. Komputer riba dihampiri lalu Qi mencari fail untuk pembentangan sistem sekuriti. Tangannya sedikit terketar-ketar menekan tetikus.
TRESNA INTERACTIVE SECURITY SYSTEM
Tajuk itu mula terpapar pada layar putih. Kemudian, Qi memandang ke depan. Wajah para penilai dan Puan Azlina yang beriak serius itu menambahkan keresahannya.
"Assalamualaikum. Selamat Pagi." Ucap Qusyairi. Salam dan ucapannya bersambut. Qi menarik nafas.
"My name is Qusyairi. Today, I would like to..."
Qi terasa rama-rama yang berterbangan dalam perutnya semakin ligat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hai Es.
Ada idea, ada masa, boleh lah hapdet banyak. Idea takdak, masa takdak, tu yg hapdetnya sebulan sekali jadinya...
Thanks sebab sabar menunggu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berpeluh-peluh uols....
|
|
|
|
|
|
|
|
siyesly.. kalo pengsan.. sedor2 dah kat amariya.. xyah tekan pautan segala
pastu jaga balik.. alih2 dah kat atas katil kat sepital
|
|
|
|
|
|
|
|
eh..kayak gini kok rupanya Qi??
Oh tidak...mau aku pengsan kaluk ginik kayaknya..
sakitnya tuh di sinik...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|