|
[Jenayah]
(VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg
[Copy link]
|
|
Ok, dah refer balik dah kat depan...perbicaraan bulan april akan diadakan 2 hari (26-27 april), bulan mei 3 hari (14-16 Mei)...
hhmmm, dari Ramadhan lepas bawak ke Ramadhan tahun ni dah kes ni, and dah almost setahun arwah pergi...al fatihah, semoga arwah tenang d sana... |
|
|
|
|
|
|
|
chikumanis replied at 12-4-2018 01:58 PM
me pernah tengok some1 yg berpangkat, kena saman..sbelum masuk court beri statement, org bawahan s ...
Masuk bilik audit kena soal siasat sorang2 pun dh rasa nk tercirit.. Apatah lg kandang pertuduhan kt mahkamah |
|
|
|
|
|
|
|
nadie90 replied at 28-3-2018 02:44 PM
 ...
Xde viral pun kat pesbuk? Sbb nak pilihanraya ke.. Dorang filter x baginkeluar cita ni??plszz plss someone viralkannn kea ni!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar nak tunggu OKT tu bagi keterangan.. tunggu lah nasib korang! Mak bapak dorang pun takde hati buat muka tak bersalah je masing2.. cuba anak korang yg kena, menggelupur tak cukup tanah agaknya nak saman mak bapak farhan kan |
|
|
|
|
|
|
|
huishhhh...kandang tertuduh tu dah mcm kandang badi...
|
|
|
|
|
|
|
|
it's true even bukan semua nya. sebab pegi jumpe doc muda yg clinic swasta siap main game and phone sambil cakap dengan PT. kalau yg tua2 details gila dia explain sampai kita bole paham.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap sgt esok & lusa ada forummer yg pi hadiri perbicaraan so that boleh update di sini |
|
|
|
|
|
|
|
Weekend lepas baru perasan ada thread ni.
Pelan2 backlog walaupun ada yg dah didelete..dapatla sikit2...tq lil tolong buka thread ni...setiap kali lalu depan de centrum tu mesti teringat kat arwah...
Hari ni ada perbicaraan lagi kan? |
|
|
|
|
|
|
|
ketapi_panjang replied at 26-4-2018 07:48 AM
Weekend lepas baru perasan ada thread ni.
Pelan2 backlog walaupun ada yg dah didelete..dapatla siki ...
Hari ni & esok
Harap sgt ada yg pi & boleh update kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
bulan 3 punya kita dapat update dari adik arwah..harini family arwah tak dapat datang..kalau takde forumer pegi harini,, kita dapat info dari paper aje laaa |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa yeke. hope adik arwah blh cerita kan hal dlm mahkamah nti. jgn laa senyap je. takut lama2 org lupa psl kes ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Adik arwah pun x pegi harini |
|
|
|
|
|
|
|
superdodol replied at 26-4-2018 12:22 PM
Adik arwah pun x pegi harini
Esok baru family Allahyarham hadir
Risaunya alahai hati coz takut thread ni tenggelam tanpa sebarang update
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.facebook.com/bhonline/posts/10156240559620600 |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks for the link...
Apo niiii....i dont feel good when read it...hmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
KulitKayuManis replied at 26-4-2018 08:36 PM
Thanks for the link...
Apo niiii....i dont feel good when read it...hmmm
katanya ada vidoe cctv kat klinik tu.. n doctor tu setuju dengan salah orang pegum OKT ... |
|
|
|
|
|
|
|
tu la....masih sihat katanya dalam cctv...hmmm..weird.....
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, dia ada bertanya kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain sama ada mempunyai alahan terhadap ubat-ubatan ketika mangsa mendapatkan rawatan di kliniknya, Mei tahun lalu.
Pegawai Perubatan Klinik As-Salam di Bandar Baru Bangi, Selangor, Dr Azfar Hussin, 34, berkata, dia bagaimanapun tidak membuat catatan mengenainya dalam rekod rawatan.
Dalam keterangannya Azfar berkata, ketika rawatan kali pertama diberikan kepada Zulfarhan pada 27 Mei 2017, dia memberikan antibiotik "Augmentin" serta satu suntikan yang mengandungi dua ubatan iaitu "Voltaren Ampoule" dan "Maxalon" bagi kecederaan melecur yang dihadapinya.
Sementara itu pada rawatan kali kedua pada 31 Mei 2017, dia memberikan suntikan yang sama dan antibiotik "Zinnat" kepada Zulfarhan.
Menurutnya, pada 1 Jun 2017, rakan Zulfarhan ada menghubungi klinik dan memberitahu mangsa muntah-muntah dan buang air besar, bagaimanapun ketika ditanya peguam, Zamri Idrus adakah perkara itu tanda mangsa mengalami alahan kepada ubat, Azfar menjawab dia tidak pasti.
Azfar berkata demikian pada perbicaraan kes bunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman.
Dalam kes itu, enam penuntut iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali, didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di Bilik 04-10, Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM, di antara jam 4.45 pagi dan jam 5.45 pagi, 22 Mei tahun lalu.
Pertuduhan terhadap mereka yang semuanya berusia 22 tahun itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Mereka bersama 13 penuntut lain turut didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.
Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Terdahulu, merujuk pada video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ditayangkan di mahkamah, Azfar bersetuju dengan cadangan peguam Amer Hamzah Arshad bahawa Zulfarhan dalam keadaan sedar dan boleh berjalan sendiri apabila di bawa ke klinik oleh rakan-rakannya pada 27 Mei 2017.
Berdasarkan rakaman itu, Azfar turut bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Zulfarhan tidak berada dalam keadaan kritikal dan mampu membuat keputusan sendiri.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. |
|
|
|
|
|
|
|
whattttt!!
kali pertama tu pun da teruk kena iron kan?
how come dr ni boleh ckp mcm tu
stress betul bace berita ni
xde ke leak cctv ni kat memana? |
|
|
|
|
|
|
|
hurmmm cam tak caye je arwah blh jln sdri. hbs tu dorg ni nak kata arwah meninggal sbb kesalahan arwah ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|