CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jelita

[V45] ~ ALL ABOUT NUR FAZURA ~ FOREVER FAZBULOUS ~

 Close [Copy link]
Post time 2-4-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenolen replied at 2-4-2019 10:38 PM
Allahu...depa bising2 pasal kelayakan FA jadi penyampai anugerah...sedih betul la mentaliti mcm nie. ...

Isu nya kat sini ialah tak layak jadi penyampai anugerah? Tak layak naik stage ffm?

Masalahnya katanya last minute disuruh naik n sempat berlatih skrip. Seperaisss kekonon. Katalah kan, abdul menolak utk naik last minute tu, tetaplah dia jugak kena hencap. Sbb diva n x ikut arahan suruh naik. Kesimpulannya, buatlah apa pun tetap kena. Kesian sungguh lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2019 10:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
eely_shana replied at 2-4-2019 10:45 PM
Isu nya kat sini ialah tak layak jadi penyampai anugerah? Tak layak naik stage ffm?

Masalahnya ...

Pelikkan.. Banyak benda lain yg boleh dipersoalkan.. Sekrang tengah tunggu respon astro jer nak tgk alasan dia kenapa dia ubah saat akhir.. Fattah memang ada dalam senarai cuma mereka tak puas hati Fattah diminta naik sekali dengan Faz.. Benda kecik pun dah jadi besar..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
CikJah87 replied at 2-4-2019 11:08 PM
Pelikkan.. Banyak benda lain yg boleh dipersoalkan.. Sekrang tengah tunggu respon astro jer nak tg ...

Ni yg mami panas hati ni.. benda kecik je pun.. tp respond mcm lah sthg yg menyebabkan majlis tergendala ke hape.. haishh..!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenolen replied at 2-4-2019 10:38 PM
Allahu...depa bising2 pasal kelayakan FA jadi penyampai anugerah...sedih betul la mentaliti mcm nie. ...

Tulah kan.. pd mami memalukan je benda cam ni pun nak dibesarkan.. sape penggiat seni n wartawan yg x puas hati tu? Thn depan bglah depa plak bg award ye..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom kita sama-sama undi Fazzy dan Fattah, buktikan pada mereka mereka yang berkenaan bahawa Fazzy dan Fattah masih lagi ramai peminat, dengan cara ini kita boleh menunjukkan sokongan kita, lebih-lebih lagi dengan apa yang berlaku sekarang ni, walaupun mungkin setengah dari kita kadang-kadang terasa berat untuk mengundi anugerah ini termasuklah kaka sendiri tetapi hanya dengan cara ini kita boleh menunjukkan sokongan kita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2019 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesiapa yang nak tengok madu dari ig live Vee  hari tu sila ke ig igers, dia orang dah upkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
CikJah87 replied at 2-4-2019 11:08 PM
Pelikkan.. Banyak benda lain yg boleh dipersoalkan.. Sekrang tengah tunggu respon astro jer nak tg ...

Ntah apa2 kan. Isu naik stage pun nk gaduh. Yg busuk nama fattah n fazura jugak. Netizen, haters, skuad bawang n batu api bertepuk tangan dgn riangnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2019 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum selamat pagi. Moga yg baik2 untuk Kita semua
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by love_warrior at 3-4-2019 12:36 AM

Hans persoal Fazura dedah mesej kepada umum
Sudirman Mohd
[email protected]


“TIDAK ada keperluan untuk saya minta maaf secara terbuka. Lagi pula, saya hanya mesej dia (Fazura) secara peribadi atas dasar kawan.

“Bagi saya, kalau bukan dia yang buka atau mulakan, isu ini tidak akan timbul. Mungkin dia suka kontroversi seperti ini,” kata Datuk Hans Isaac susulan kenyataan media dikeluarkan syarikat Univesal Music yang mewakili pasangan Fazura dan Fattah Amin.

Hans ketika dihubungi berkata, dia kesal dan terkejut apabila perkara itu sampai ke pengetahuan pihak media sedangkan ia tidak dibincangkan secara terbuka kepada umum.

Malah Hans yang juga pemenang kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-19 menerusi filem Buli Balik hanya akan meminta maaf sekiranya dia benar bersalah.

“Apa saya mesej Fazura antara saya dengan dia. Saya sudah berkawan dengan dia lebih 18 tahun. Saya terkejut dan terkilan apabila pagi ini wartawan semua tahu perkara ini.

“Yang mana saya tak pernah bincang perkara ini dengan sesiapa pun kecuali mesej dengan Fazura iaitu mengenai perasaan saya pada malam FFM ketika menyampaikan anugerah itu.

“Saya tanya sebab sudah diberitahu barisan penyampai adalah yang pernah menang FFM. Sedangkan suaminya tidak. Cuma diberitahu ia satu kejutan. Bagi saya apa yang kejutannya? Apa istimewanya mengenai kejutan itu. Kalau cakap fasal Brad Pitt, barulah kejutan. Berbaloilah juga,” katanya kepada Harian Metro.

Hans berkata, Fazura sepatutnya memberitahu pihak produksi sekiranya betul dia tidak selesa berada di pentas bersamanya atau Maya Karin.

“Saya naik ke pentas, tidak tahu mereka akan naik bersama. Kalau tahu, saya takkan naik bersama. Sebab saya fikir ini antara pasangan atau apa?

“Saya akan cakap pada penganjur, saya takkan naik. Ibaratnya saya dengan Maya macam pasangan. Apa ini? Saya pun ada jenama sendiri,” katanya.

Menurutnya, begitu juga dengan FFM yang ada jenama tersendiri dan bukan ingin mengatakan jenamanya lebih lebih bagus daripada orang lain.

“Tapi, kita ada jenama sendiri. FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) memegang jenama itu. Itu hak industri kita. Syarat sudah diletakkan.

“Dalam mesej itu, saya cakap pada Fazura, kalau tidak selesa di pentas dengan saya atau Maya pada malam itu, beritahu awal. Kalau betul ia berlaku, kita okey, kita boleh ubah,” katanya.

Hans berkata, dia ada menghantar mesej kepada Fazura pagi ini bagi mendapatkan penjelasan kenapa perkara itu boleh sampai ke pengetahuan umum.

Katanya, dia menghantar mesej kepada Fazura pagi tadi bertanyakan kenapa perkara itu keluar pada media, sedangkan apa yang dibincang hanyalah antara mereka berdua dan bukannya untuk diberitahu pada umum.

“Dia sudah keluarkan nama saya dan minta buat permohonan maaf terbuka. Sedangkan saya tak buat sidang media, tulis di laman sosial atau bincang isu ini dengan sesiapa.

“Sebenarnya perkara ini keluar daripada dia. Nak mohon maaf terbuka kenapa? Dia yang memulakan isu ini.

“Saya beranggapan, kalau bukan dia yang buka isu ini, ia takkan timbul. Saya rasa dia tak faham apa yang sedang dilakukan. Itu pendapat peribadi saya pada dia. Saya tahu apa saya cakap. Tapi, dia tak balas mesej saya. Sudah tentu dia tidak balas,” katanya.

Hans juga menegaskan dia tidak akan meminta maaf secara terbuka seperti dituntut.

Menurutnya, dia cuma bertanya, sebab ramai rakan artis tanya macam mana suami dia boleh naik sehinggakan ada yang bercakap mereka menang pun tidak boleh naik.

Malah katanya, ada juga artis bercakap, tidak perlu menang tapi kahwin pun boleh naik pentas, seolah senang saja.

“Kalau saya ada buat salah, sidang media atau apa saja mengenai perkara ini, mungkin kalau saya salah, saya akan cakap. Saya tak ada masalah untuk mengaku salah.

“Tapi buat masa sekarang saya tak buat apa-apa salah. Saya cuma memberitahu perasaan saya dan mewakili orang lain. Bukan saya buat kenyataan pada umum. Dia yang melanggar hak saya sekarang sebab keluarkan perkara ini,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Play victim la ko hang isehak..wlwpn mesej personal still org berckp jgk lmbt laun.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
yunayuni replied at 3-4-2019 09:08 AM
Play victim la ko hang isehak..wlwpn mesej personal still org berckp jgk lmbt laun.

Sakitnya hati baca statement 'kalau ada bradd pitt baru kejutan"
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
NuriSwiss replied at 2-4-2019 04:07 PM
Sesiapa yang nak tengok madu dari ig live Vee  hari tu sila ke ig igers, dia orang dah upkan

Td iols nangis, pastu tgk gmbr tu balik jd sejuk dah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
eely_shana replied at 3-4-2019 01:10 AM
Sakitnya hati baca statement 'kalau ada bradd pitt baru kejutan"

Now baru fhm igs scha tu. Wow! Retis sendu nak tumpang limelight gak. Ops sorry
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
eely_shana replied at 2-4-2019 10:20 AM
Laaahhh... Pelik iols baca ayat terakhir kaka coyyyy... Ingtkan apa benda pulokkk kapal terbang me ...

Omg. Kutub utara tu eely!!! Hahaha. Bila fikir balik, heols kayu kot dlm tu. Ekspresi muka dok maintain nak nmpk macho. Hahaha! Funny plak bila terkenang
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 3-4-2019 09:36 AM
Omg. Kutub utara tu eely!!! Hahaha. Bila fikir balik, heols kayu kot dlm tu. Ekspresi muka dok mai ...

Anak mak sgt dlm kuks tu. Dalam sephia baru power. Dialog "abang sayang phia' kat dalam penjara tu iols terngiang2 sampai skrg. Kiranya dia pernah juga mewarnai zaman persekolahan iols yg buat iols masih teringat smpai skrg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenolen replied at 2-4-2019 02:38 PM
Allahu...depa bising2 pasal kelayakan FA jadi penyampai anugerah...sedih betul la mentaliti mcm nie. ...

Keji kan statement persoalkan kelayakan tu? Wow sgt. Mmg masuk syurga terus agaknya kalau dh dpt trofi tu. Dpt berdiri atas stage tu kira dh mcm lintas titian ke syurga lah kot ibaratnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 2-4-2019 10:15 AM
kalau Faz jalan sepuluh tapak kaki belakang Hans pun ada gak yg komen
" apa perasaan Fattah tgk b ...

Hahahaha! Betul sgt weh
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
coyote_ugly0911 replied at 2-4-2019 09:34 AM
Br nk siasat??? Dh berbakul2 taik cirit d lempor kt fazzy n abdul.. ko bgn tdo lmbt sgt keee hap ...

Iols bantah ye kaka. Iols x berkenan nak tgk muka dia on my screen. Katup terus kalau dia mai. Hahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
eely_shana replied at 3-4-2019 01:40 AM
Anak mak sgt dlm kuks tu. Dalam sephia baru power. Dialog "abang sayang phia' kat dalam penjara tu ...

Iols suka giler nasha dlm tu. Menjadi giler watak teraniaya dia. Iols sampai rasa nak masuk tv baling suami sheols dgn bauksit (tp dulu iols nak baling batu laa, kecik2 mana tahu psl bauksit term tu kan). Ekekeke!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 10:39 PM GMT+8 , Processed in 1.969110 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list