con't... ~Menang marah Edad dan katanya Edad kena jaga sikit si Luisa supaya tidak menggoda Carding. Edad kata Luisa tak akan berbuat begitu kerana Luisa tak suka pun pada Carding. Menang kata selama ni Luisa dah menipu Edad dan memang mereka sedang bercinta sebab Menang terserempak dengan mereka dan si Carding dan Luisa dah mengaku. Menang kemudian kata kalau Luisa nak kaya cepat pun jangan gunakan anak dia, kalau tidak Edad akan menyesal nanti. Edad sungguh terkejut. ~Edad sungguh dan sampai saja di rumah, dia terus suruh Totoy bawak adik-adiknya pergi keluar berjalan-jalan. Si Edad naik atas rumah terus dia bongkar barang-barang Luisa. Tomas kata kenapa dengan Edad tapi Edad tunjukkan surat dari Carding yang menunjukkan selama ini si Luisa berkawan dengan Carding. Tomas kata Luisa dah remaja dan biasalah remaja sekarang bercinta. Tapi Edad kata adakah biasa bagi Luisa menipu mereka dan itu Edad tak dapat terima. Tomas kata apa pun tunggu saja penjelasan dari Luisa. . ~Si Peping pula bertanya kenapa tiba-tiba ibu mereka naik angin. Nene kata mesti ada kaitan dengan kedatangan Mimi ke rumah tadi. Tiba-tiba si Jojo nampak Totoy dan dia terus mengajaknya join main basketball. ~Edad masih lagi marah dengan Luisa. Tomas kata boleh ker percaya cakap Menang tu tapi kad yang dijumpa Edad membuktikan segalanya. Dia hendak keluar cari Luisa tapi Tomas kata kasihanilah Luisa dan jangan marah dia di depan orang ramai. Edad kata it depends and jangan bagi dia nampak Luisa dengan Carding. Edad terus keluar diekori Tomas. ~Di tempat permainan basketball, Jojo mulakan pergaduhan dengan pemain lelaki kerana dia menipu. Totoy cuba tenangkan tapi pemain tu kutuk Jojo. Totoy naik angin lalu pemain itu ditumbuknya. Akibat itu, tangan dia bengkak. Dia mintak diri untuk cari ais for his sore hands. ~Di kedai Saling, Luisa bersedia untuk pulang ke rumah tapi sempat berjumpa dengan Carding. Luisa kata baik mereka jangan berjumpa buat masa ni. ~Peping tanya Jojo how come she can play basketball very well. Jojo kata bukan setakat main basketball, tapi benda-benda lain pun dia boleh buat sebab lepas ibu bapa dia meninggal, Diego yang mengajar dia segalanya. Peping juga suruh Jojo berpakaian seperti Saling kerana Saling pandai bergaya. ~Luisa berjalan pulang dalam keadaan ketakutan tetapi malang dia terserempak dengan Edad dan Tomas. Edad kata mereka lebih baik berbincang di rumah. Luisa kecut perut. Sampai dirumah, Edad yang memang tengah angin terus menyoal Luisa. Luisa tak dapat jawab soalan Edad. Edad kata, kalau dia tak boleh jawab, biar Edad yang jawabkan. Adakah Luisa sedang bercinta dengan Carding? Luisa jawab ya dan terus penampar Edad singgah di pipi gebu Luisa. Edad naik angin yang melampau langsung dia tak beri peluang pada Luisa jelskan perkara sebenar. Edad juga menarik bracelet yang diberi Carding dan dua beranak tu bergaduh. Luisa insist yang dia 'mahal na mahal si Carding' tapi Edad kata Luisa tak paham makna cinta. Carding hanya berpura-pura saja mencintai Luisa. Edad tambah marah kerana masa Edad tanya Luisa tak mengaku apa-apa. (nak bagi tau macam mana Puan Edad oi, hang tu kira nak naik angin jer). Tomas cuba tenangkan Edad and finally dia kata Luisa tidak boleh keluar rumah lagi selepas ni. Luisa menangis sambil dipeluk Tomas. ~Si Carding pulak mundar-mandir sampai Saling naik . Dia risau memikirkan Luisa dan Saling kata jangan pergi sa bahaynya takut dia akan menambah masalah Luisa lagi. kemudian Saling nampak Totoy datang dan Saling tanya bagaimana Luisa. Totoy kata Luisa tak der di rumah dan minta beli ais sambil sempat memandang sinis ke arah Carding. ~Malam itu, Totoy tanya kenapa ate Luisa tak makan sekali. Edad kata selama ini Luisa telah menipu mereka kerana menjalinkn hubungan cinta dengan Carding. Totoy kemudian bawa makanan untuk Luisa, tapi sempat lagi dia bersyarah pada Luisa mengenai tindak tanduk lLuisa pada Carding. Luisa kata si Carding tidak memaksa dia cuma dia memang mencintai Carding sejak mereka kecil lagi. Totoy kata nanti bil Luisa tak der di depan Carding, barulah Luisa tahu perasaan itu bukan cinta sebenarnya. (amboi) ~Totoy beritau Edad yang Luisa tak nak makan. Edad kata jangan bagi angin dia naik lagi. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu dan Tomas buka. Rupanyer si Carding. Carding datang nak beritahu perkara sebenar tapi malang nasib dia kena marah bertubi-tubi dengan Edad dan Totoy. Tomas kata eloklah Carding datang kemudian sehingga keadaan reda. Carding tak puas hati lalu menjerit nama Luisa sambil berkata Luisa. Luisa yang berada di bilik sambil memegang bracelet putus pemberian Carding.
[ Last edited by HeavenLeigh at 24-1-2007 11:44 AM ] |