|
Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini? {Part 2}
[Copy link]
|
|
Canada's largest quake since 1949 rattles B.C. coast, triggers tsunami fears
No major damage has been reported in British Columbia after the province’s coastline was walloped with a 7.7-magnitude earthquake, the strongest tremor to hit Canada in more than 60 years.
The quake prompted a number of tsunami warnings along the province’s coast, but all were called off early Sunday morning.
The U.S. Geological Survey said the magnitude 7.7. earthquake struck B.C. just after 8 p.m. PT Saturday, at a depth of 17 kilometres centred 139 km south of Masset in the Haida Gwaii region.
Rumbling was felt as far inland as the Metro Vancouver area.
No major damage or injuries have been reported as a result of the earthquake, which was followed by several aftershocks, the first of which had a magnitude of 5.8.
Read more: http://www.ctvnews.ca/canada/can ... 13869#ixzz2Abf63Uty |
|
|
|
|
|
|
|
dina_alea posted on 30-10-2012 05:46 PM
ada org share kat FB link gambar2 US kena langgar superstorm Sandy, on mon 29th oct.
http://news. ...
masyaALLAH.. dasyatnya Sandy ni. Adakah ini antara salah satu lagi tanda-tanda bumi akan sampai ke penghujung? Allahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
lama sis andria tak jenguk kan? |
|
|
|
|
|
|
|
magpie5672 posted on 31-10-2012 08:01 AM
lama sis andria tak jenguk kan?
mocit tgh sibuk duk prepare..mocit plak dah siap? |
|
|
|
|
|
|
|
ombak_rindu posted on 31-10-2012 07:36 AM
masyaALLAH.. dasyatnya Sandy ni. Adakah ini antara salah satu lagi tanda-tanda bumi akan sampai ke ...
Ini belah east US kan... khabarnya earthquake+tsunami pulak dijangka belah west....sbgmana yg Razhar tulis... prepare saja, jadi tak jadi lain kira.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam all. As many of you may have already known, unsur2/elemen2 bumi sudah pun semakin mula memperlihatkan taringnya. Baru2 ini unsur angin dan air sudah melanda Amerika dengan taufan Sandy dan banjir besar. Jabatan Meteorologi Malaysia sudah meramalkan bahawa akan ada banjir besar di 5 buah negeri2 di Malaysia, antaranya Johor, Sabah & Sarawak. Menurut 'sumber dalaman', MUNGKIN kali ini banjir akan lebih teruk berbanding tahun2 sebelumnya, malahan ada kemungkinan bandar2 besar akan tenggelam. Mungkinkah KL juga tidak terkecuali? Jika dituliskan dengan mata pena, pasti ramai yg akan mentertawakannya. Tapi itu hak anda. Sama ada untuk percaya, atau mentertawa. Namun satu perkara penting yg ingin saya kongsikan bersama, yg telah dikongsikan kepada saya, ialah, kita semakin berada di Penghujung sebuah Permulaan... The end, of a BEGINNING. Yes, it is just the beginning...
For those who like to argue in this thread, i seriously pity you. For those who are genuinely looking for the truth, prepare your mental and spiritual much more than foods or lodging. In the end, it's your mental and spiritual condition that will help you the most, Insya Allah... all the best, friends....
Wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
NEW YORK TENGGELAM
NEW YORK - Sekurang-kurangnya lebih 84 terkorban (setakat jam 9 malam tadi) apabila Taufan Sandy membawa angin kuat dan hujan lebat di timur laut Atlantik membadai New York, Amerika Syarikat (AS), awal pagi semalam.
Presiden Barack Obama mengisytiharkan darurat di Bandaraya New York dan Massachusetts selepas menerima laporan lebih 250,000 rumah bergelap di Manhattan dan paras air mencecah lebih lima meter.
Jurucakap Gabenor New York, Andrew Cuomo, Rich Azzopardi berkata, dua maut di New Jersey, seorang masing-masing di Connecticut, Virginia dan Carolina, manakala lima terbunuh di New York termasuk seorang lelaki dihempap pokok ketika berada di dalam rumahnya.
“Ribut memusnahkan ratusan kediaman dan bangunan serta lebih lima juta penduduk terputus elektrik,” katanya.
Jurucakap hospital NYU Langone, Lisa Greiner berkata, 200 pesakit dipindahkan selepas elektrik terputus.
“Kami pindahkan kesemua pesakit ke hospital New York selepas akses telefon turut terputus,” katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg mengesahkan pasukan keselamatan menerima lebih 10,000 panggilan kecemasan 911 setiap setengah jam.
“Kami nasihatkan mereka supaya menggunakan panggilan 911 bagi tujuan ancaman nyawa sahaja,” katanya.
Menurutnya, bekalan elektrik di Brooklyn dan Manhattan dipotong bagi mengelakkan kebakaran.
Ribut itu membawa kelajuan angin mencecah 144 kilometer sejam. - CNN
Sinar Harian
Last edited by andria on 31-10-2012 04:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
PerkembanganTaufan Sandy Yang Melanda Pantai Timur Amerika Syarikat
WASHINGTON: Berikut adalah perkembangan Taufan Sandy yang telah melanda pantai Timur Amerika Syarikat khususnya New York:
> 50 buah rumah telah musnah terbakar di kawasan Queens, bandar New York berpunca daripada renjatan elektrik;
> Tujuh buah terowong kereta api bawah tanah di New York telah dibanjiri air - iaitu kejadian terburuk dalam sejarah 108 tahun perkhidmatan tersebut. > Sekurang-kurangnya 12 orang telah dilaporkan terbunuh di enam buah negeri.
> Taufan Sandy mengekalkan kelajuan angin pada tahap 130 kilometer sejam sepanjang ia melanda New York - menenggelamkan bahagian rendah Manhattan dan memutuskan bekalan elektrik di sebahagian besar bandar tersebut.
> Air laut melimpah sehingga ke Sungai Hudson.
> Hospital New York University terpaksa memindahkan pesakit ke hospital lain selepas ia terputus bekalan elektrik termasuk bekalan bantuan dan sokongan.
> Virginia Barat, Maryland dan Utara Carolina dilanda salji lebat selepas Taufan Sandy bertembung dengan angin sejuk dari Kanada.
> Sebahagian bandar besar di pantai Timur Amerika seperti Boston, New York, Philadelphia, Baltimore dan Washington dijangka lumpuh selepas Taufan Sandy menjejaskan pengangkutan dan kemudahan awam.
> Replika kapal perang HMS Bounty sebagaimana yang digunakan dalam sebuah filem Hollywood lakonan Mel Gibson karam dibadai Taufan Sandy di Utara Carolina.
> Laporan media massa Amerika menganggarkan sekurang-kurangnya enam juta isi rumah keputusan bekalan elektrik sejak Isnin.
> Kawasan pantai di Maryland, Delaware, Massachusetts dan Long Island, New York hampir kesemuanya ditenggelami air.
> Pasaran Saham New York dan Nasdaq, pasaran kewangan terbesar dunia buat pertama kalinya sejak Taufan Gloria pada tahun 1985 menghentikan urusniaga bagi membolehkan laporan terkini tentang Taufan Sandy disiarkan.
> Presiden Barack Obama memendekkan kempen pilihan raya di Florida dan segera kembali ke Washington untuk menguruskan bantuan segera kepada mangsa.
> Seorang lagi calon presiden dari Parti Republican, Mitt Romney turut membatalkan kempennya pada Isnin dan Selasa.
> Beribu penerbangan domestik dan antarabangsa terpaksa dibatalkan.
> Kos kerugian daripada badai Taufan sandy ini dianggarkan bakal mencecah AS$20 bilion.
Busuk
Last edited by andria on 31-10-2012 04:24 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Angkasawan lihat Sandy dari angkasa lepas
IMEJ satelit yang dirakamkan kelmarin menunjukkan taufan Sandy di luar pantai timur Amerika Syarikat.
CAPE CANAVERAL, Florida - Taufan Sandy yang membawa kemusnahan besar di pantai timur Amerika Syarikat (AS) dapat dilihat dari angkasa lepas.
Komander Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), Sunita Williams semalam menyatakan dia dan seorang kru lain dapat melihat lingkaran besar Sandy semasa ia mendekati pantai timur itu.
Keluarga Sunita tinggal di New England dan dia membuat pemerhatian dengan teliti di wilayah tersebut.
Taufan Sandy itu melanda New York kelmarin sehingga mengakibatkan hampir keseluruhan bandar raya tersebut tenggelam.
Seramai 18 orang mati di tujuh buah negeri termasuk Kanada.
Kematian itu akibat dihempap pokok, rumah runtuh, terkena serpihan yang berterbangan dan renjatan elektrik.
Taufan itu tiba di New Jersey malam kelmarin dengan kelajuan angin 130 kilometer sejam.
Lebih enam juta penduduk terputus bekalan elektrik dari Carolina ke Ohio.
Sementara itu, kempen pilihan raya presiden terpaksa ditangguhkan selama seminggu.
Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan antara calon parti Republikan, Mitt Romney yang juga bekas gabenor Massachusetts dengan Presiden AS, Barack Obama.
Taufan itu juga menyebabkan sistem tren bawah tanah di bandar raya New York mengalami kerosakan teruk dalam tempoh 108 tahun.
"Ia akan menjadi salah satu rekod," kata Naib Presiden Kanan Consolidated Edison, John Miksad.
Beliau menyatakan, lebih 670,000 pelanggan syarikat itu yang tidak mendapat bekalan elektrik akibat taufan tersebut di bandar raya New York. - Agensi
Kosmo
Last edited by andria on 31-10-2012 04:24 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
andria posted on 31-10-2012 02:50 PM
Salam all. As many of you may have already known, unsur2/elemen2 bumi sudah pun semakin mula memperl ...
fuh..u are still alive.... |
|
|
|
|
|
|
|
andria posted on 31-10-2012 04:21 PM
Andria... so so glad to read your postings.
|
|
|
|
|
|
|
|
andria posted on 31-10-2012 02:50 PM
Salam all. As many of you may have already known, unsur2/elemen2 bumi sudah pun semakin mula memperl ...
sis...kita bersedia mnghadapi hari hari sukar...selbihnya kita tawakkal pada yg Esa.. |
|
|
|
|
|
|
|
intanku posted on 31-10-2012 09:40 PM
sis...kita bersedia mnghadapi hari hari sukar...selbihnya kita tawakkal pada yg Esa..
setakat duk sebut tawakal..mana boleh jadi? seharus nya berusaha dengan mencari tempat selamat...ada lagi 30 hari..sempat lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
sapa nak join gerombolan aku? |
|
|
|
|
|
|
|
razhar posted on 31-10-2012 09:51 PM
sapa nak join gerombolan aku?
Bro Razhar bukak survival membership ke? wah... nak ikut.
|
|
|
|
|
|
|
|
razhar posted on 31-10-2012 09:51 PM
sapa nak join gerombolan aku?
I dah ada tempat... dah simpan 1 guni beras, garam 2 bungkus, gula 5 bungkus, sardin 10 tin besar, paracetamol 50 bijik, tent untuk 4 orang (4 seasons), ubi kunyit, haliia, arang 2 bungkus, minyak masak 2 botol besar, anak ayam 10 ekor (tp tak tau mana jantan, mana betina) dan beberapa biji benih ( beli dari tanamsendiri.com)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|