CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 6-2-2013 10:52 AM | Show all posts
Salam,

Video ni ada penerangan tentang 'mahram tumpang' pada minit 3:39.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2013 11:03 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 6-2-2013 10:52 AM
Salam,

Video ni ada penerangan tentang 'mahram tumpang' pada minit 3:39.

wsalam haji... bagos tepek video tu. dpt juga tambah ilmu. nih nk kena tunjuk kat suami nanti.


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 11:37 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 6-2-2013 10:37 AM
Assalamu'alaikum wbt

Maaf, nak lontarkan soalan nakal pepagi ni. Kalau kita guna 'mahram tumpang' ...

saya ada pegi kursus umrah di pejabat Andalusia melaka sabtu lepas
ustaz yg memberi ceramah ada menerangkan mengenai tumpang mahram ni

ni contohla ....masa kat epot jeaddah nanti  ada pegawai saudi yg akan bertanya kepada jemaah wanita siapa mahramnya...jemaah wanita ni pun tunjuk jari pada jemaah lelaki yang beratur di belakangnya...padahal jemaah wanita tu tak kenal pun jemaah lelaki tersebut..ni dah namanya menipu...pergi kesana niat baik nak mengerjakan ibadat umrah tapi dimulakan dengan perbuatan menipu..menipu tu kan berdosa.


menjawab soalan nakal en msaad tak?















Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 12:05 PM | Show all posts
alisya05 posted on 6-2-2013 11:37 AM
saya ada pegi kursus umrah di pejabat Andalusia melaka sabtu lepas
ustaz yg memberi ceramah ada m ...

hehehe... ada jugk betulnyer nie.

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 01:48 PM | Show all posts
InsyaAllah saya akan pergi pada 11/02 nanti. Direct ke Madinah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 02:24 PM | Show all posts
Dulu TA ada guna nama saya untuk mereka yg menumpang mahram. Time tu saya gi dgn ibu/ayah saya. Saya tidak diberitahu TA berkenaan ini. Masuk saudi takde masaalah. Bila time balik, saya dah check-in bersama ibu/ayah saya. Kemudian nama saya di announce di PA system suruh saya balik ke immigation point. Satu airport dengar oooo. 'Mahram' saya tersangkut kat immigation tanpa saya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2013 03:04 PM | Show all posts
transporter posted on 6-2-2013 02:24 PM
Dulu TA ada guna nama saya untuk mereka yg menumpang mahram. Time tu saya gi dgn ibu/ayah saya. Saya ...

Haji, sama lah dalam rombongan akak. Masa pergi tak ada masalah sebab semua dah sedia maklum kena beratur kat imigresen sama sama mahram tapi time balik TA tak inform pun kat semua jemaah kena que sama2 mahram. Nak balik kan yang tumpang mahram dah lupa sama dia punya mahram lah he he, tiba tiba mahram dah lepas keluar yang tumpang mahram kena tahan. Apa lagi berkejar lah memanggil nama mahram.



Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 03:15 PM | Show all posts
Semasa saya pergi tahun 2011, dua kali TA tel saya minta jadi MAHRAM JADIAN kepada 2 orang jemaah anak beranak daripada Melaka. Saya tolak untuk jadi mahram tumpang / mahram jadi-jadian sebab tidak mahu bersubahat MENIPU kedutaan Arab Saudi untuk mendapatkan visa. Alasan saya ialah, "Kita hendak mengerjakan umrah dan minta ampun kepada Allah SWT atas segala dosa dan berharap agar umrah kita mendapat ganjaran baik daripada-Nya. Masakan saya tergamak pula menipu SEBELUM menjejakkan kaki ke tanah suci - kalau macam tu, awal-awal lagi saya sudah kantoi." Praappp! Pihak TA letakkan telefon dengan kasar - marah sebab saya tidak mahu berkerjasama dalam melakukan kemungkaran. Yes, macam itu punya TA pun ada.

Last-last dua orang jemaah tersebut pergi juga dan ditempatkan dibilik yang berhampiran dengan kami.Seat dalam kapal terbang pun dekat-dekat (sebelah isteri saya). Saya tak tahu siapa yang sanggup menjadi mahram tumpang kepada mereka. Atau adakah saya dijadikan 'mahram tumpang' tanpa pengetahuan saya sendiri? Wallahu aklam. Muyskil, musykil. Then adalah cerita kejadian yang berlaku di Bir Ali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2013 03:22 PM | Show all posts
alisya05 posted on 6-2-2013 11:37 AM
saya ada pegi kursus umrah di pejabat Andalusia melaka sabtu lepas
ustaz yg memberi ceramah ada m ...


Nak beri berapa markah ni? Dapat A+
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 03:30 PM | Show all posts
transporter posted on 5-2-2013 11:21 AM
Senarai Jemputan Umrah 2013 - InshaAllah

Alhamdulilah, ramai shbt2 kita di forum.cari gi umrah tahun ni ye

moga2 dipermudahkan sepjg berada disana

sapa yg dah pergi, eluk sharekan pglman tu di sini utk manafaat & kebaikan bsama

sonok sngt dengar cerita2 umrah korang, teringat kenangan disana satu ketika dulu

dan terdetik nak ke sana lagi

* Tn Hj Mohd Saad Hamid (msaadhamid@blogspot.com / blog umrah terhangat di Malaysia ) pun dah ada disini

  nnti kita cuba jemput Haji Arshad (hajiarshad@blogspot.com / Mutawif perseorangan di Mekah) utk jengah ke sini sekali-kala

bagi berkongsi pengalaman, insyaallah.

(zuraidiali@blogspot.com, faizmin@blogspot.com)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 03:33 PM | Show all posts
aily posted on 6-2-2013 03:04 PM
Haji, sama lah dalam rombongan akak. Masa pergi tak ada masalah sebab semua dah sedia maklum kena  ...
Apa lagi berkejar lah memanggil nama mahram.
               Kena kejar takpe lagi. Famous sekejap lah saya kat airport Jeddah nama kena announce beberapa kali
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 03:57 PM | Show all posts
AAX kan dah bukak route ke jeddah.. asal nye td saya google2 nak mencarik lokasi atm al rajhi di mekah dan madinah.. lps tu terjumpa satu website ni.. dia ada senarai kan beberapa perkara yg kita patut beri perhatian kalau nak gi umrah sendiri ni.. maksud nye beli tiket, pastu arrange ground handling sendiri gitu.. saya copy paste utk maklumat bersama ye.. kredit pada haji iqbal (http://iqbalsafwan.com/)

********************
Jemaah Umrah Runcit – Tip Yang Perlu Diketahui4

February
Assalamualaikum wbt.

Kemunculan AirAsia X dalam Industri Umrah bermula musim 2013 ini menyebabkan ramai yang memasang impian untuk menunaikan Umrah dengan tambang Murah. Maka akan wujudlah Jemaah Umrah Runcit iaitu jemaah yang pergi ke tanah suci dalam kumpulan kecil antara 2 orang ke atas. Biasanya jemaah runcit ini terdiri dari sepasang suami isteri atau bersama anak-anaknya atau boleh jadi seorang diri sahaja. Sebelum bercadang untuk menjadi Jemaah Umrah Secara Runcit ini, jemaah harus memahami terlebih dahulu beberapa perkara penting supaya tidak timbul masalah semasa berada di tanah suci.

   

Seperti yang saya maklumkan dalam entry terdahulu, sebelum membeli tiket AirAsia, pastikan dahulu tarikh pilihan kita. Jangan beli tiket jika tarikh berlepas dalam bulan Syawal keatas. Sia-sia sahaja kerana visa Umrah telah ditutup pada masa itu kerana sudah memasuki bulan Haji. Memanglah harga tiket pada tarikh berkenaan terlalu murah. Saya amat bersimpati dengan seorang bakal jemaah bersama ibunya yang telahpun membeli tiket AirAsia X yang tarikh berlepas jatuh dalam bulan Syawal. Nak tolong pun tak boleh sebab memang visa Umrah tidak dibuka. Ada yang kata guna “calling visa”. Visa jenis ini ialah jemputan dari rakan atau saudara mara di Arab Saudi yang menjemput kita ke Arab Saudi. Biasanya visa jenis ini untuk ahli perniagaan ataupun Jemputan menghadiri Seminar dan event di Arab Saudi. Jika boleh pun, nasib ibunya pula bagaimana ? Tak kan ibunya ada jemputan atas urusan perniagaan dan sebagainya ?

Sebenarnya tidak banyak agensi travel yang berminat menguruskan Jemaah Umrah runcit ini. Ini kerana selain untung yang sedikit, urusannya pula agak rumit dan leceh sedikit. Ya la, adalah lebih baik dan ekonomik menggaji seorang Petugas menjaga jemaah yang ramai ( 1 bas misalnya) daripada menjaga seorang dua jemaah. Dan kita kena bersedia dengan Kos Ground Handling yang lebih tinggi sedikit jika mahu menjadi Jemaah secara Runcit ini.

Mengapa kosnya jadi tinggi ?

Pertama, ialah kos pengangkutan. Bagi jemaah yang ramai, kos pengangkutan adalah rendah kerana kos sewaan bas dikongsi dengan jemaah yang ramai. Tetapi jika jemaah runcit, kos sewaan GMC ataupun Van dikongsi sesama mereka. Jika jumlah ahli seramai 6 orang, pasti kosnya lebih rendah berbanding jika ada 2 orang jemaah sahaja. Maknanya semakin sedikit bilangan jemaah, semakin tinggi kos pengangkutannya. Tetapi jika mahu lebih jimat, jemaah boleh sewa sahaja Teksi untuk membawa ke destinasi yang dihajati. Sewa teksi dari airport Jeddah ke Madinah baru sekitar SR500 sahaja (boleh dikongsi sesama Jemaah Runcit). Masalahnya bolehkah kita berkomunikasi dengan mereka? Rata-rata orang di sini tidak tahu berbahasa Inggeris.

Kedua, keperluan Mutawwif. Bagi jemaah yang tidak biasa menunaikan Umrah, khidmat Mutawwif amat diperlukan. Mutawwif ini akan bersama dengan jemaah dari Madinah menuju ke Makkah, membantu jemaah “check in” hotel Makkah dan membimbing jemaah untuk melakukan ibadah Tawaf dan Saie Umrah. Tanpa mutawwif pasti perjalanan akan menjadi sukar dan mungkin bermasalah. Bagi jemaah yang sudah biasa, mungkin khidmat Mutawwif ini tidak diperlukan. Jemaah boleh menaiki teksi dari Madinah menuju ke Makkah dan terus menuju ke hotel destinasi. Dan jemaah juga boleh terus melaksanakan Tawaf dan Saie Umrah secara sendiri tanpa dibantu Mutawwif.

Ketiga, soal makanan. Jemaah runcit harus menerima hakikat tiada Catering yang sanggup menyediakan makanan untuk mereka kerana jumlah mereka yang sedikit. Tak berbaloi kata mereka. Kecuali jika semasa mereka di sana, di hotel penginapan mereka sudah ada khidmat catering syarikat lain yang mungkin jemaah boleh memohon untuk tumpang sama dengan bayaran yang dipersetujui. Jika di Madinah, jemaah boleh ambil pakej “Fullboard” iaitu sewa bilik termasuk makan sekali. Atau jemaah bersetuju untuk tidak terlalu “concern” soal makan kerana makanan boleh didapati di banyak kedai semasa di sana. Makan aje la asal boleh alas perut. Cuma harga makanan di sini jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.

Keempat. standard hotel dan jarak dengan masjid ? Harga sewaan bilik hotel di Makkah ada yang serendah SR300 untuk 1 malam sehingga ada yang mencecah lebih dari SR1000 bergantung kepada standard dan jarak hotel dengan masjid. Jika mahu jimat dan budget rendah serta sanggup berjalan kaki ulangalik ke masjid pada jarak 600-800 meter dari hotel, boleh memilih hotel yang murah. Tetapi jika mahu selesa beribadah, mudah untuk ulang alik ke masjid dan punya budget, boleh ambil hotel bertaraf bintang yang terletak di laman Masjidil Haram. Hotel-hotel ini pun ada beberapa kategori, yang mengadap Masjidil Haram (Haram View) pasti lebih tinggi dari jenis yang “city view”. Mahu Fullboard (sewa bilik termasuk makanan) pun boleh atau sewa bilik sahaja pun boleh.

Kelima, program Ziarah di tanah suci. Biasanya jemaah secara berkumpulan, program ziarah memang telah diatur dengan menaiki bas dan Mutawwif akan memberi ceramah dan penerangan mengenai sejarah tempat-tempat yang dilawati. Berbeza pula bagi jemaah secara runcit. Boleh jadi tiada program ziarah di tanah suci. Dan jika mahu diadakan Program ziarah di tanah suci, jemaah akan dibawa menaiki kenderaan yang disewa bersama ahli rombongannya sahaja. Mungkin kurang “ummph” kerana bilangannya yang sedikit. Manakala bagi ziarah Muzium Haramain pula memang tidak boleh. Ini kerana hanya jemaah yang menaiki bas sahaja dibenarkan untuk membuat lawatan di sana. Jika jemaah runcit mahu, satu cara yang boleh ialah dengan meminta izin untuk menumpang mana-mana Rombongan Bas yang mahu ziarah di Muzium tersebut.

Justeru sebelum bercadang menjadi Jemaah Umrah Secara Runcit ini fahami terlebih dahulu corak pengendalian di tanah suci supaya tidak timbul masalah yang boleh menyebabkan salah menyalah dengan agensi travel yang berkenaan. Jemaah kena faham apa bidang yang di”cover” dan apa yang tidak. Dan yang pasti layanan di tanah suci pasti tidak sama dengan jemaah berkumpulan. Sebaiknya tanya dahulu dengan agensi yang berkenaan mengenai bidang dan tanggungjawab agensi semasa di sana nanti.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 04:02 PM | Show all posts
TUKANGKEBUN posted on 6-2-2013 03:30 PM
Alhamdulilah, ramai shbt2 kita di forum.cari gi umrah tahun ni ye

moga2 dipermudahkan  ...
* Tn Hj Mohd Saad Hamid (msaadhamid.blogspot.com / blog umrah terhangat di Malaysia ) pun dah ada disini

  nnti kita cuba jemput Haji Arshad (hajiarshad.blogspot.com / Mutawif perseorangan di Mekah) utk jengah ke sini sekali-kala bagi berkongsi pengalaman, insyaallah.

                Dan tidak ketingalan haji_one dengan blog beliau di sini.

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 08:38 AM | Show all posts
stroberi79 posted on 6-2-2013 03:57 PM
AAX kan dah bukak route ke jeddah.. asal nye td saya google2 nak mencarik lokasi atm al rajhi di mek ...

Assalamu'alaikum wbt

Di Makkah, ATM ar-Rajhi ada di hadapan Bin Dawood (dekat dengan Hilton) dan di Tingkat 1 bangunan Zam-Zam Tower. Sebenarnya kita boleh keluarkan wang di mana-mana mesin ATM di Makkah dan Madinah asalkan ada tanda MEPS kat mesin tu.

Semoga bermanfaat. Wasalam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 08:57 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 6-2-2013 03:15 PM
Semasa saya pergi tahun 2011, dua kali TA tel saya minta jadi MAHRAM JADIAN kepada 2 orang jemaah an ...

Then adalah cerita kejadian yang berlaku di Bir Ali.
Kejadia apa tu Tn Haji?
Kongsikanlah pengalaman Tn Haji dgn kami kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 10:17 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 6-2-2013 03:15 PM
Semasa saya pergi tahun 2011, dua kali TA tel saya minta jadi MAHRAM JADIAN kepada 2 orang jemaah an ...

Setuju dengan tindakan Tuan Haji itu.Kita nak beribadat tak perlulah menipu.Islam itukan mudah, dah terang lagi jelas & nyata, ibadat haji ataupun umrah untuk yang berkemmapun sahaja.Kalau perempuan itu tak ada mahram dah jelas dia tak mampu, janganlah dikesali.Mudah-mudahan niat nak beribadat Haji & Umrah mendapat ganjaran sewajarnya InshaAllah.

Lagipun banyak kisah2 tauladan kita dapat ikhtibar.Ada isteri yang cemburu pada suaminya bila berbaik-baik dgn perempuan yg kononnya menjadi mahram tumpangnya.Haramain kan tempat yang tiada ijab.Daripada kononnya jadi mahram tumpang lama-lama jadi mahram betul....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2013 11:44 AM | Show all posts
transporter posted on 6-2-2013 04:02 PM
Dan tidak ketingalan haji_one dengan blog beliau di sini.

hehehe..saya punya ruangan tu bukan blog pun (tak pandai buat blog)..tahap bebenang (thread) je dlm forum panggilan pertiwi..tapi memang gembira jika bebenang tu dapat membantu kengkawan yg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 12:32 PM | Show all posts
Assalamualaikum, berkenaan isu mahram dan kelulusan visa umrah, perlu dipersoalkan kenapa visa tidak diluluskan walhal bapa saudara sebelah ibu menjadi mahram? Adakah pihak arab saudi bermaksud wali? bagaimana jika sepupu yang memang pasti bukan mahram bertaraf wali? Bagi wanita 45 tahun boleh pula? Atas dasar apa? Sudah tua? Ada juga makcik2 yg tergedik-gedik dgn jurujual semasa bershopping di Tanah Haram. Bagaimana bermahramkan sesama wanita yg thiqah? Tidak bolehkah? Ada juga yg pergi dgn mahram yg sah pun, buat hal sendiri2. Suami tak kisah pun isteri keluar bershopping dgn rakan2, waktu malam pula tu. Jika rujuk kepada youtube daripada guru agama yg dipaste sblm ini, guru agama tersebut juga mutawif yg pernah bawa jemaah wanita bermahram tumpang juga. Jika hendak dibincangkan hal ini, banyak perkara yg boleh dipersoalkan. Niat pergi ke sana adalah yg utama! shopping sambil umrah/haji atau sambil jalan2? Atau sekadar boleh berbangga sudah pergi haji/umrah? Saya fikir tindakan kedutaan adalah lebih kepada menghadkan jemaah ke tanah suci. Kita mahu ke tempat orang, terpaksalah mengikut peraturan pihak berkenaan. Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 01:37 PM | Show all posts
sedih betul bila bace perbincangan mengenai mahram...aku las year pun tumpang mahram...kesian pada saper yang belum bersuami...tadek ayah or broter..tapi nak pergi sangat2......semoga Allah bukakan jalan tuk derang2...emmm.....

nasib baik mahram tumpang aku oke...alhamdulillah...tah brapa ramaila yang THTS kol sebelum die setuju aku pun tatau..aku doakan semoga die sentiasa bahagia ....ditambahkan iman .....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 01:38 PM | Show all posts
msaadhamid posted on 7-2-2013 08:38 AM
Assalamu'alaikum wbt

Di Makkah, ATM ar-Rajhi ada di hadapan Bin Dawood (dekat dengan Hilton) da ...

haji.. maksud nya kalau saya keluar kan duit dr maybank yg ada MEPS tu boleh jugak la eh..? cuma kena beritau pihak bank la agak nye eh nak ke sana.. saya dan suami asal nya plan nak bukak akaun al-rajhi.. igt sng nak keluar duit nanti.. saya nanti di mekah insya Allah stay di elaf kindah.. rasa mcm pernah terbaca x jauh dr Bin Dawood ni..

tima kasih byk2 haji..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.097740 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list