|
khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .
[Copy link]
|
|
Reply mnm77
tu..mike yg dengor"...teman dengor lain plak!..sebelum tu depa p'gune garam buk ...
fathan Post at 29-10-2010 09:04
betul tu, dlm perubatan islam, garam n air mmg digunakan...kalau gitu knp air yg di baca ayat2 suci al-quran (bkn mentera ya) akan berubah molekulnya..ia jd lebih aktif berbeza dgn air yg x dibaca ayat2 suci? ahli sains pon sdg mengkaji fenomena ni..n knp air zam-zam juga boleh menyembuhkan penyakit?
Garam kasar boleh digunakan utk menghalau gangguan jin dgn disertakan bacaan ayat qursi, 3 qul, surah sajadah cth utk pagar rmh, keselamatan & lain2.
Rasanya TT ni dah terpesong..TT sblm tidur baca ayat qursi & surah al-waqiah tak? jgn itu pulak dikatakan khurafat..
begitu juga berubat guna garam dikata khurafat..Org kristian yg meniru kaedah perubatan Islam...terutama dlm bidang perubatan, sains & maths...kalau x xkan nama ibnu sina jd avecenna, al-jabbar jd algebra?
mmg berdoa itu boleh tp mestilah dgn kaedahnya..mesti ada cara n tertibnya begitu juga dgn berubat..mesti ada medium & alat pengubatan sbg perantara..kalau sakit kena mkn ubat jd ubat itu adalah medium perubatan maknanya itu usaha pesakit & doktor itu....kalau kena ganggu jin, xkan kita nk lawan dia secara fizikal? kita xnampak dia dgn mata kasar jd kita berdoa, zikir, garam & air itu adalah mediumnya...bknnya setakat berdoa aje, kena ada kaedah asal x menyalahi syarak. Sembuh atau tidak itu urusan Allah..we try our best, Allah S.W.T do the rest.
Jgn sesuka hati tuduh org khurafat kalau x tahu...kalau ayah pin, pengasas al-arqam & manusia yg claimed dia rasul melayu tu bolehla dikatakan khurafat.
ada manusia yg Allah buka hijabnya utk melihat perkara2 yg kita x nampak secara zahir tp melalui mata hati & batin...TT ingat manusia n haiwan aje ke yg hidup kat dunia ni ke? ada jin, org bunian & mahhluk2 lain yg kita x tahu...ilmu manusia hanya lah secebis aje.
last but not least, berdoa itu senjata org mukmin..jd saya berdoa agar pembuka thread ni menerima taufiq & hidayah drpd-Nya. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sunsuria3
kalu dah sampe liang lahat mane nak cari ilmunya kaklong oiii!dah xbernyawe.. ...
fathan Post at 29-10-2010 08:46
boleh gak cari ilmu smpai di liang lahat....dah mati kita masih ld diajar utk menjawab soalan munkar & nangkir dlm kubur nt..
pernah dengar org baca talqin kan? setelah si polan binti polanah mati maka,...di dlm kubur akan di soal..marrabbuka...
-siapakan tuhan kamu (kalau x solat & ucap syahadah masa kt donia mcmana nk jwb)
-diimanakan kiblat kamu, maka jwbla Allah itu tuhan ku..(kalau x solat mcmna nk jwb)
-siapakah nabi/imam kamu..(kalau x pernah berselawat mcmana nk balas...)
-apakah kitab kamu (kalau x baca quran mcmana nk jwb)
-apakah amalan kamu.....etc.
dah nk masuk kubur pon, ada org bacakn talqin & ajarkan cara nk menjawab.
Haa...itulah perumpamaan menuntut ilmu walaupon sampai ke liang lahat.. |
|
|
|
|
|
|
|
semalam kelas fiqh ibadah..pensyarah ckp nabi saw mengajar kita benda2 yang khusus dan ada yang diajar secara awam
kalau nabi tak buat sesuatu tu tidak bermakna ia bidaah or khurafat..selagi ia tidak melanggar syariat
kalau semua benda nak bersandarkan nabi tak buat...tak ada pulak nabi ajar driver kereta..so tak boleh lah drive keta gitu?
dulu TT ni ada buku thread yg sama tapi guna air..dikatakan khurafat juga sehingga keluarkan hadis merapu yg bila saya cek
semalam ust ni bagi satu hadis...tp dia ckp tersangat laju...saya cuma dpt tangkap maksud hadis tu...lbh kurang nabi menggunakan air zam zam utk perubatan..ni secara umum katanya maka apa salahnya gunakan air yg boleh kita dapati di negara kita yg tiada air zam zam ni...tiada salahnya baca doa penerang hati pada air utk beri pada anak2..
wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku jawab tulisan kamu ni kang panjang meleret-leret lagi jadi ceritanya... I reserved my ...
kupia Post at 31-10-2010 16:48
Maka, jgn la hang meleret-leret dgn perkara yg hukumnya harus... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 1-11-2010 09:52
maklumat dari thread sebelah, tak taulah sejauh mana tepatnya berita ini:
tadi dah masuk dalam paper harian metro, gadis yg dikatakan ghaib semalam dek jin islam ke gunung jerai rupanya mereka-reka cerita jaaaaa.......sapa yg percaya kat dia memang kesian lah.. dia rupanya naik bas express ke shah alam
dia dijumpai di Jelebu N9 di rumah kawan dia....
http://mforum5.cari.com.my/viewt ... age%3D1&page=22
kupia Post at 29-10-2010 17:44
Salam....
Laa saya ingat sumber tu (budak bukan dilarikan Jin, dia lari naik bas ekspress) sumber yang lebih kuat dari TV3 dan akhbar-akhbar di malaysia yang termasuklah yang perdana. Rupanya sumber tu dari komen forumer yang tak taulah sejauh mana tepatnya berita ini
Boleh jadi cerita yang kemudian tu rekaan hilang ke Gunung Jerai, mungkin ada pihak nak publisiti kot! Atau mungkin ada bomoh yg tak puas hati sebab sebelumni tak berjaya mengubati, tetapi rawatan Ustaz Sharhan tu budak tu dah sembuh, maka tercabarlah bomoh-bomoh tu....
TAPI yang kita cakap PASAL BERITA masa budak tu sering hilang menerusi pengakuan dari ahli keluarganya sendiri termasuklah pihak masyarakat setempat yang menyaksikannya.
Jadi adakah saudara kupia anggap Ustaz Sharhan tu dan peristiwa budak 'ghaib' yang masuk dalam TV3 dan akbar tu SEMUA KELENTONG BELAKA? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 1-11-2010 11:53
kalau dia bacul boleh boleh tulis dalam ruangan komen blog dia yang mana satu yang bacul.... tak gentleman tulis kat belakang dia ya tak?
untuk pengetahuan emjay masih mengajar sains di UTM skudai sampai sekarang.... tapi aku tak kenal siapa ini Blastoff walaupun aku menyokong penuh tulisan dia....
kupia Post at 30-10-2010 15:39
Sheikh... takkan tuan amalkan DOUBLE STANDARD pulak kot?
Kan blastoff tu kasi hantam sama Harun Din kot belakang sampai label ahli sihir tu, tak gentlemen la tapi tuan menyokong penuh PULAK.
Bila ada orang hantam sama itu Emjay di sini tuan kata tak gentlemen.
Tapi bila tak setuju dengan TV3, akhbar dan Ustaz Sharhan tuan pun hantam di sini.... punya la tuan ambil komen forumer kat CI sebagai sumber. Dalam isu menyesatkan, tuan sokong penuh blastoff ni... tanpa hujjah dan kesaksian ULAMA dan siapa blastoff ni pun tuan tak kenal....
tak gentlemen la buat double standard gitu...
Baru-baru ni di tempat saya ada seorang ustaz muda, yang cuba merawat orang yang diganggu, akhirnya dia pula yang kena. Teruk dia kena sampai ahli keluarga pun dah tak mampu nak kawal. Ustaz ni imam tarawih, belajar agama juga, tapi saya rasa dia tak belajar ilmu rawatan Islam berkaitan Sihir dan Jin, dan dia mungkin tak persiapkan diri dengan ayat-ayat pelindung. Saya cuba bantu menerusi nasihat kepada bapanya....
Ibnu Taymiyyah pernah memberi amaran kepada perawat bahawa kalau Jin yang merasuk tu Jin kuat mungkin memudharatkan perawat.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Sheikh... takkan tuan amalkan DOUBLE STANDARD pulak kot?
Kan blastoff tu kasi hantam sama Harun Din kot belakang sampai label ahli sihir tu, tak gentlemen la tapi tuan menyokong penuh PULAK.
Bila ada orang hantam sama itu Emjay di sini tuan kata tak gentlemen.
Tapi bila tak setuju dengan TV3, akhbar dan Ustaz Sharhan tuan pun hantam di sini.... punya la tuan ambil komen forumer kat CI sebagai sumber. Dalam isu menyesatkan, tuan sokong penuh blastoff ni... tanpa hujjah dan kesaksian ULAMA dan siapa blastoff ni pun tuan tak kenal....
tak gentlemen la buat double standard gitu...
Ok Sheikh setuju, you can write behind his back.... nak hantam tu boleh la hantam kan... tapi bagi la point sikit... kita pun bukan hantam sumberono je kita tuduh harun din pengamal/penyokong tarikat naqsyabandi kita bagi point kat mana kan? kalau aku tulis harun din "bacul" tanpa sebarang fakta mesti pencacai bertubi-tubi hantam aku balik betul tak?
Pasal ustaz sharhan tu saya tak tau cara dia merawat yang sebenarnya.... cara dia mandikan perempuan tu dalam gambar tu boleh menjadi andaian bagaimana cara rawatan dia betul tak? lebih kepada kaedah tradisi daripada kaedah Islam sebenar...
Baru-baru ni di tempat saya ada seorang ustaz muda, yang cuba merawat orang yang diganggu, akhirnya dia pula yang kena. Teruk dia kena sampai ahli keluarga pun dah tak mampu nak kawal. Ustaz ni imam tarawih, belajar agama juga, tapi saya rasa dia tak belajar ilmu rawatan Islam berkaitan Sihir dan Jin, dan dia mungkin tak persiapkan diri dengan ayat-ayat pelindung. Saya cuba bantu menerusi nasihat kepada bapanya....
Ibnu Taymiyyah pernah memberi amaran kepada perawat bahawa kalau Jin yang merasuk tu Jin kuat mungkin memudharatkan perawat.
WAllahu a'lam
mnm77 Post at 1-11-2010 11:44
Saya tak boleh komen la ustaz muda ni, kalau dia belajar agama dia jadi imam tarawih dia boleh baca quran dengan baik tak sepatutnya dia mengalah dengan mudah gitu. Semoga dia berjaya pulih... insyaallah.
Sejak dari zaman Imam Ahmad ibn Hambal sampai kepada zaman Ibn Taimiyah dan imam-imam terkemudian banyak sekali riwayat dan tatacara rawatan alQruan yang sampai kepada kita hari ini. Tidak ada satu pun riwayat yang menganjurkan penggunaan garam dan lada hitam.... Di zaman ibn taimiyah diperkenalkan kaedah pukulan dengan rotan bagi mengatasi gangguan jin sihir tetapi amat jarang kedengaran digunakan di negara ini (kecuali sebahagian dari murid wahid abdus salam bali)... ada kala katanya sampai 300 pukulan kalaulah dipukul mangsa yang tidak terlibat dengan gangguan jin sihir boleh membawa maut (riwayat mengenai kaedah pukulannya)... WA |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 1-11-2010 16:19
Ok Sheikh setuju, you can write behind his back.... nak hantam tu boleh la hantam kan... tapi bagi la point sikit...
kupia Post at 1-11-2010 12:27
Salam...
Maksud saya sebenarnya: TIDAK ADIL tuan kupia sokong blastfoff sepenuhnya, sedangkan orang lain yang hantam emjay tu tuan kata tak gentleman. Ini macam double standard. Sepatutnya, tidak patut mencela emjay dari belakang sepertimana tidak patut juga mencela Harun Din dari belakang.
Anyway saya dah berkomunikasi dengan saudara emjay tu di blognya secara terus. Tapi saya tak akan ambil masa yang banyak kat situ sebab itu blog peribadi dan post orang lain boleh dipadam. Saya tidak mahu ganggu manhaj orang lain dengan dalil/hujjah saya. Di sini lebih awam dan terbuka.
Di zaman ibn taimiyah diperkenalkan kaedah pukulan dengan rotan bagi mengatasi gangguan jin sihir tetapi amat jarang kedengaran digunakan di negara ini (kecuali sebahagian dari murid wahid abdus salam bali)... ada kala katanya sampai 300 pukulan kalaulah dipukul mangsa yang tidak terlibat dengan gangguan jin sihir boleh membawa maut (riwayat mengenai kaedah pukulannya)...
Ok setuju dengan riwayat di atas. Ini menunjukkan kaedah rawatan itu boleh berkembang, selagi tidak menyalahi syarak.
Cuba fikirkan, kalau pukulan rotan tu tidak pernah dibuat oleh Nabi (berdasarkan kesimpulan tiada riwayat), adakah Ibn Taymiyyah dikira membuat khurafat?
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Saya berpendapat mereka yang suka hentam menghentam adalah tidak mempunyai ilmu .. hanya cari di Google dan tampal di ruang perbincangan ini ...
Ramai yang memberi pendapat dengan menggunakan fikiran sendiri tanpa merujuk kepada ilmu yang dipelajari secara formal atau tidak formal dengan mengambil quran dan hadith serta Ijtihad 'Ulama .
Ada komen yang menyesatkan orang lain ..jahil dan menjahil kan orang lain ..
Ada komen lebih pada sekular memahami secara bacaan sahaja ..tanpa rujukan alim 'Ulama atau guru yang arif
kalau ada masalah agama sila majukan kepada pejabat agama atau pun majlis fatwa negara ...
Ingat !!! setiap jawapan atau komen yang diberi sekiranya diamalkan oleh sesiapa, maka si pemberi komen itu akan bertanggungjawab ke atas kebaikan atau pun kerosakan hasil dari jawapan atau komen seseorang...
Sekiranya jawapan itu membawa kebaikan dan rahmat anda akan perolehi pahala
Sekiranya jawapan itu melencong membaca kepada fitnah anda perolehi dosa dan berdosa pada orang yang anda tuduh menuduh...
Awas !! Hidup kita sementara ..kita juga akan meninggalkan dunia ini .. dan kita akan dibangkitkan semula di akhirat berjumpa Allah ..disitulah DOSA & PAHALA kita akan di kira ....
Sekian .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1069# saripdolbatu3
sy sgt stuju... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok setuju dengan riwayat di atas. Ini menunjukkan kaedah rawatan itu boleh berkembang, selagi tidak menyalahi syarak.
Cuba fikirkan, kalau pukulan rotan tu tidak pernah dibuat oleh Nabi (berdasarkan kesimpulan tiada riwayat), adakah Ibn Taymiyyah dikira membuat khurafat?
WAllahu a'lam
mnm77 Post at 1-11-2010 16:17
boleh berkembang selagi tidak menyalahi syarak. Apa yang boleh dikatakan kemajuan perkembangan guna garam dan lada hitam? lebih banyak mendatang syubhah dari faedah yang boleh diperolehi... lama sebelum turun wahyu garam diguna oleh bani israel dalam upacara keagamaan menghalau syaitan.... digunakan oleh nasori dalam upacara agama... tasyabuh... sebab itu dalam kaedah menghindar syaitan tidak pernah diriwayatakan penggunaannya baik zaman Rasulullah saw, baik zaman sahabat, baik zaman tabiit, baik zaman tabiit tabiin... apakah tidak pernah berlaku gangguan jin dalam zaman salaf? kalau garam tidak digunakan dalam upacara keagamaan dulu kala atau sekarang, digunakan hanya untuk masalah sakit fizikal... ok no question ask! tapi ini terang-terangan tasyabuh...
kaedah pukulan bukan satu ciptaan atau rekaan baru... cuma instrumen yang digunakan berlainan... riwayat Rasulullah saw memukul dengan tangan baginda belakang seorang anak kecil yang diganggu syaitan... (riwayat akan dikemukakan jika diminta)... sebagai seorang Rasul besar baginda cukup dengan berkata "keluar kamu wahai musuh Allah...." - zaman ini berapa orang yang sikit pun tak punya malu mengaku dan mengangkat diri sendiri sebagi wali besar, mengaku auliya konon lebih hebat mengalahkan Rasul2 dan Nabi2... inilah dia sebesar-besar syaitan sebenarnya...
zaman imam ahmad - cukup diberikan pada orang sepatu yang dipakainya untuk menghalau jin.... belum dipukul baru digertak jin sudah mencecet lari meninggalkan negeri...
jadi kaedah pukulan bukan khurafat, bukan rekaan baru dan tidak menyalahi syarak....
penggunaan garam dan lada hitam berleluasa pada zaman harun din.... tidak pada zaman imam-iman terdahulu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 3-11-2010 12:27
Sekadar cari persamaan dalam zikir-zikir tertentu tu, saya pun boleh cari ustaz kampung yang berzikir sedemikian tapi bukannya pengikut Tarikat Naqsyabandi.
mnm77 Post at 25-10-2010 14:39
Zikir yang menyebut Allah Hayy dan Allah Haqq di rekacipta oleh tarikat naqshabandi , ia muncul dalam laman web tarikat tersebut dan di amalkan oleh para pengikutnya selalu . Samada seseorang pengikut hanya mengikut 10 peratus ajaran sesat tarikat tu atau mengikut 100 peratus ajarannya , yang sesat tetap sesat walaupun cuma mengikut hanya 10 peratus sekalipun .
Zikir itu tidak menepati kaedah bahasa arab dan ia lari dari tajwid yang betul , dan disebabkan ia tidak menepati bahasa arab yang betul maka ia sama seperti bermain dengan bahasa MANTERA yang sesat untuk menghalau jinsyaitan, itu jelas syirik terang-terang !
Tak ada manusia yang akan mengamalkan zikir sesat yang sama sebijik dengan tarikat sesat melainkan manusia itu terpengaruh dengan ajaran pengasas zikir sesat itu in the first place lah , tak ikut 100% ajaran tapi apabila mengamalkan kalimah sesat selalu sebagai zikir walau satu kalimah sekali pun maka sesatlah jawabnya amalan orang tersebut .
Ustaz mana pun kalau terpengaruh dengan amalan harun din , maka tak mustahillah untuk turut sama mengamalkan zikir sesat yang di amalkan harun din itu, tapi ustaz kampung tak memiliki darussyifa yang idea penubuhannya datang dari pengasas tarikat naqshabandi Nazim Haqqani sendiri tu kan , so ustaz kampung tu cuma terpengaruh dengan amalan sesat harun din aje lah nampaknya !
So , dah lah zikir pun zikir naqshabandi, tempat yang di jadikan pengajaran beratus pelajar tu pun di asaskan dari idea pengasas tarikat naqshabandi sendiri , malah sampaikan hari apa yang para pelajar situ nak buat aktiviti pembelajaran pun di tentukan oleh pengasas tarikat naqshabandi sendiri .
So memang harun din adalah pengikut tarikat tu lah dan dah jelas terbukti , dan ustaz kampung yang kau boleh pi cari tu dah tentunya terpengaruh dengan amalan harun din ! Begitulah kesesatan tersebar , dari satu pengikut ke satu pengikut ke orang awam yang jahil ! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 3-11-2010 12:47
Hang kritik sanad tarikat Naqsyabandi, bukan sanad hadis, betui? Walaupun aku bukan ahli tarikat, tp aku respect tarikat Naqsyabandi yg ada guru yg sanadnya sampai kpd Rasulullah SAW baghal Post at 24-10-2010 23:36
Rasulullah tak pernah menyuruh manusia mengamalkan mantera sesat sebagai zikir untuk menghalau jinsyaitan ! Hanya kerana Nazim Haqqani claim kata ajarannya sanadnya sampai pada Rasulullah tak semestinya betul claimnya tu, hanya pengikut ajaran tu sajalah yang akan mempercayai kata-kata pengasas ajaran sesat tarikat tersebut , kau bukan ahli tarikat tapi kau mempertahankan ajaran sesat tersebut dengan mempercayai kata-kata pengasasnya , maka samalah macam kau pengikut ajaran sesat tu kaedahnya ! Penyokong dan pengikut tak dak bezapun . Orang beriman takkan sesekali menyokong ajaran sesat ! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 3-11-2010 12:46
Ini apa yang tertulis di laman web harun din :
"Zikir adalah penting dan merupakan satu ibadah untuk memelihara diri daripada gangguan iblis dan syaitan. Berikut ini adalah amalan zikir yang perlu diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali dan seelok-eloknya setiap hari."
So kita bertanya bagaimana mantera sesat "Allah hu " "Allah hayy" dan " Allah haq" boleh di jadikan sebagai ikhtiar untuk memelihara diri dari gangguan jinsyaitan seperti yang di katakan harun din di websitenya tu ?
Pengikut ajaran sesat adalah sahabat jinsyaitan yang dah terpedaya dengan hasutan jinsyaitan, so mana mungkin pengikut ajaran sesat boleh halau jinsyaitan pulak ! Ibarat menyuruh ayah pin menghalau jinsyaitan laa jawabnya !
Adakah jinsyaitan akan lari atau jinsyaitan akan gelak aje sekiranya jinsyaitan cuba di halau ayah pin dan harun din yang kedua-duanya merupakan pengamal ajaran sesat tegar ? |
|
|
|
|
|
|
|
kaedah pukulan bukan satu ciptaan atau rekaan baru... cuma instrumen yang digunakan berlainan... riwayat Rasulullah saw memukul dengan tangan baginda belakang seorang anak kecil yang diganggu syaitan...
kupia Post at 2-11-2010 20:41
Salam...
Hmmm... jadi guna instrumen berlainan dikira boleh? Dari tangan kepada rotan? Kenapa tak pakai tangan saja? Kan itu Sunnah?
Ada para sahabat dulu guna rotan untuk pukul orang yang dirasuk Jin? Saya bukan nak pertikai kaedah Ibn Taymiyyah.
Jawapan anda itu boleh digunakan untuk perbandingan yang berikut:
Nabi Ibrahim AS pernah melontar/lempar/rejam pada tempat yang ada gangguan/jelmaan Syaitan. Instrumennya adalah batu. Kalau ditukar kepada garam, tetapi perbuatan yang sama, adakah dikira khurafat? Ingat, garam asalnya adalah bahan yang bukannya haram, seperti juga batu. Dan juga, melalui pengalaman perawat, dengan menggunakan garam itu dikatakan dapat mengurangkan kesan gangguan, jadi ia masih lagi dalam kategori ikhtiar yang dapat membantu. Perbuatan rejam/lempar ke arah gangguan Syaitan itu adalah SAHIH dan dijadikan ritual dalam Ibadat Haji.
Dalam rawatan Jin dan Sihir, saya terdengar yang Darul Syifa juga ada guna daun bidara. Dalam fatwa Ibn Baz juga ada sebut rawatan guna daun bidara. Tiada disebut dari Sunnah, TETAPI masih dalam landasan syarak. Dalam kitab Ruqyah Syar'iyyah yang terkandung fatwa Ibn Baz dan Ibn Uthaimeen, pada muqaddimahnya disebut bahawa dalam ilmu perubatan Jin & Sihir masih terdapat ruang ijtihad yang mana sesuatu fatwa tu boleh jadi tidak dipersetujui oleh Ulama lain. Maka saya kata, ruang ijtihad ini TIDAK sepatutnya dijadikan SEBAB untuk MENYESATKAN, selagi ia bukannya JELAS bahan terlarang ataupun kaedahnya mengandungi unsur kesyirikan yang tidak meletakkan kepercayaan pada Allah.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 3-11-2010 15:21
Harun Din tak takut untuk mengamalkan mantera sesat sebagai zikir harian , maka jelas sekali amalan harun din tak mungkin akan terlepas dari syirik apabila dah jelas mantera sesat pun dia tak kisah mengamalkan selalu gitu !
Se syirik manakah tarikat naqshabandi ? Apabila mereka menyebut "Allahu" maka mereka perlu membayangkan yang nazim haqqani ada di hadapan mereka ! Apa makna " Allahu" ? Maknanya "Allah adalah " dan apabila di bayangkan nazim haqqani ketika menyebut " Allah adalah" maka dah jelas maknanya menyamakan Allah dengan Nazim Haqqani !
Kalau tidak buat apa di putuskan nahu menjadi sekerat gitu pulak ! Membaca ayat Quran cara terbalik atau membaca ayat Quran tak betul nahu dan tajwid dengan sengaja , maka semua tu menjadikan ayat yang di baca bertukar menjadi mantera syirik lah jawabnya ! |
|
|
|
|
|
|
|
Zikir itu tidak menepati kaedah bahasa arab dan ia lari dari tajwid yang betul , dan disebabkan ia tidak menepati bahasa arab yang betul maka ia sama seperti bermain dengan bahasa MANTERA yang sesat untuk menghalau jinsyaitan, itu jelas syirik terang-terang !
blastoff Post at 3-11-2010 12:25
Kau ni arif bahasa Arab ke? Jangan tengok yang terjemahan rumi untuk kondem tajwid, tengok la teks Arabya.
Nama Allah kau kata MANTERA? Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun. Taubat.... Taubat....Istighfar !!! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 3-11-2010 15:20
Kau ni arif bahasa Arab ke? Jangan tengok yang terjemahan rumi untuk kondem tajwid, tengok la te ...
mnm77 Post at 3-11-2010 12:54
Nama Allah bukan mantera, tapi apabila di tokok tambah di hujung nama Allah dengan kata-kata menurut nahu yang salah , maka nama Allah dah di salahgunakan ketika itu untuk mewujudkan kalimah mantera !
Ibarat orang kristian meletakkan nama Allah dalam kepercayaan trinity merekalah , mereka tambah selain nama Allah mereka letak nama jesus dan nama holy spirit , maka walau terdapat nama Allah sekalipun di kalimah trinity itu takkan sesekali menyebabkan kalimah trinity menjadi betul , malah kalimah trinity sama macam mantera lah jadinya !
Nak menjadikan nama Allah sebagai zikir, maka kena ikut cara menyebut nama Allah seperti yang di perjelaskan oleh Quran Sunnah ! Kalau berzikir dengan menyebut yang selain itu maka kalimah itu akan bertukar menjadi zikir mantera lah walau terkandung nama Allah sekalipun ! |
|
|
|
|
|
|
|
Kau ni arif bahasa Arab ke? Jangan tengok yang terjemahan rumi untuk kondem tajwid, tengok la te ...
mnm77 Post at 3-11-2010 12:54
Yang saya perhatikan adalah apa yang di sebut menurut audio yang di sertakan di website harun din tersebut, audionya jelas menyebut " Allahu" " Allah hayy" " Allah haq" ..... sebutan tu memang tak menepati tajwid langsung ! Kalau pun kau tak belajar langsung bahasa Arab, kau tak belajar tajwid kah untuk mengenali kesilapan nahu dalam kalimah-kalimah tu ? |
|
|
|
|
|
|
|
Sah kah sembahyang kalau di sebut " AllahAkbar" instead of "AllahuAkbar" ketika mengangkat takbir ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|