CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gammbir33

Susah ke nak buang saka?

    [Copy link]
Post time 28-12-2012 02:13 PM | Show all posts
hantukiller posted on 25-4-2012 03:59 PM
MENANGANI MASAALAH SAKA

Terlalu banyak permasaalahan akibat gangguan saka kepada manusia terutama ...

SAKA NI SEBENARNYA ADA PADA DIRI SESEORANG TU ADALAH KERANA PERJANJIAN ANTARA NENEK MOYANG KORANG MASA ZAMAN LAMPAU...ZAMAN TU SIAPA YANG KUAT DIALAH KUDRAT..
PERJANJIAN NI ADA MACAM MACAM DAN SELALUNYA BERJANJI DENGAN SAKA TU SAMPAI KE ANAK CUCU CICIT ONENG ONENG DAN SETERUSNYA SAMPAI BILA BILA MELAINKAN PERJANJIAN ITU DIPUTUSKAN..
ADA YANG HENDAKKAN SAKA NI SEBAB NAK LAWA, NAK KUAT, NAK HEBAT LAH SENANG CERITA. SAKA NI PULAK BIASALAH AKAN BUAT TAWARAN MACAM MACAM..JANJI DIA AKAN TERUS ADA DALAM DIRI SESEORANG TU TURUN TEMURUN SEBAB DIA NAK MAKAN SEDAP SEDAP DAN MACAM MACAM LAGI. SENANG CERITA NAK SESATKAN MANUSIA...
SELALUNYA SAKA NI AKAN PILIH YANG SULUNG ATAU YANG BONGSU ATAU YANG DISAYANGI OLEH PEMILIK SAKA NI...

P/S DAPAT PUSAKA ADALAH LEBIH BAIK DARI SAKA...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2012 02:34 PM | Show all posts
uniq61 posted on 28-12-2012 02:13 PM
SAKA NI SEBENARNYA ADA PADA DIRI SESEORANG TU ADALAH KERANA PERJANJIAN ANTARA NENEK MOYANG KORANG  ...

aku suka pesanan kau
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2012 05:12 AM | Show all posts
hantukiller posted on 28-12-2012 12:42 PM
TAK DE PUN CERITA TENTANG SAKA??????

Kalau ikut takrif SAKA yg biasa² di luar sana tu
mmg patut le dikatakan 'tak de'...
Sbb tu nabi s.a.w. kata "dengar dgn teliti" dan "sampaikan"
Krn punca²nya ada dlm peringatan terakhir nabi s.a.w. ni...

Kalau hang bijak, kt Arab sana SAKA dipanggil apa?
- sbb tu pentingnya pentakrifan 'SAKA' ni
Krn yg dok ke hulu ke hilir dgn SAKA³ itu ini
tanpa menjelaskan SAKA sebenar²nya...penipu je.

ALQURAN ADA SURAH JIN, TAPI PERKATAAN SYAITAN SEBAGAI MUSUH UTAMA MANUSIA ALLAH SEBUT BANYAK KALI

SYAITAN TU APA, APA BEZANYA DENGAN JIN?????
Apa bahayanya si Jin?
Sdg kn yg harus waspada tu kpd SYAITAN
di kalangan Jin dan Manusia
- satu berbisik di hati
- satu lg berbisik kt telinga smpi ke hati

Sebahagian Jin tu syaitan
sebahagian manusia pn ada yg syaitan
makhluk melata lain pn ada yg syaitan

Tp, bila akhir zaman ni
ujianNya lbh dasyat lg dgn:
- Dajjal
- Yakjuj & Makjuj
- Makhluk melata dgn tanahnya...etc.
Entiti² yg ni hang nak campak mana?

p/s: Cuba hang baca isi khutbah tu juga cari rujukan lain
terlalu banyak menceritakan perihal 'HAK SESAMA MAKHLUK'
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.


Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 10:20 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 29-12-2012 05:12 AM
Kalau ikut takrif SAKA yg biasa2 di luar sana tu
mmg patut le dikatakan 'tak de'...
Sbb tu  ...

Dlm Khutbah wada' tu, mana istilah saka yg ko war warkan beberapa hari ni???? tak de pun!!!!


Ingat, setiap saka adalah syaitan, tapi syaitan bukan saka, so apa sebenarnya pengertian saka yg ko cuba nak huraikan yg tentunya berlawanan dengan huraian forumer didalam thread nih... so cuba huraikan ye
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 10:14 AM | Show all posts
hantukiller posted on 31-12-2012 10:20 AM
Dlm Khutbah wada' tu, mana istilah saka yg ko war warkan beberapa hari ni???? tak de pun!!!!

Dh hang gi tutup mata sblh lg tu knp?

Jika, SAKA ditakrif sbg dosa  (evil deeds) sesama makhluk
hang teliti le lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 02:35 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 1-1-2013 10:14 AM
Dh hang gi tutup mata sblh lg tu knp?

Jika, SAKA ditakrif sbg dosa  (evil deeds) sesama makhluk ...

hehehe, dosa = saka????? saka = dosa????? hehehehehehe

Hantam sajalah labuuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2013 05:35 PM | Show all posts
Tu le pasalnye
Kalau SAKA = dosa yg diwarisi
Habis periuk nasi perawat
Sbbnya mmg x susah pn nk buang SAKA ni...dok gtu?
Nk putaq ke lain takut xde pesakit
di ambilnye jin jd penyebabnya...maka ramai ternganga
Lalat masuk terbatal le wuduknye.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 04:52 AM | Show all posts
"kenapa susah.... biasanya manusia yang ada saka kurang beriman atau dekat pada allah kot... "

Tak bermakna yang jadi imam masjid tu tak ada SAKA...kes macam ni lagi merbahaya...perjanjian tu dibuat oleh nenek moyang mereka dan diturunkan kepada anal cucu.

Kepada hantukiller...Saya rasa sdr sudah terkeliru dengan apa itu saka jin atau syaitan ataupun iblis.....
Sdr mungkin keliru tentang penyakit disebabkan oleh makhlus halus seperti jin,syaitan dengan penyakit yang disebabkan oleh virus atau sebagainya seperti yang sdr faham...
mungkin sdr belum faham tentang kejadian manusia atau insan..
"
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu sari pati (berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik." - Surah Al-Mu'minun: Ayat 12-14"

"Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa Mengisi belikat punggungku.
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak Bagaikan laksmana Melayu
~ Mantera Semerah Padi | M Nasir

Sekadar kisah kisah dahulu yang kuat aruhan mistiknya.
Yang pasti, Al Quran telah menceritakan kisah kejadian Adam yg sebenar-benarnya.
Kisah kersani sekadar bacaan infomasi mystic untuk pengetahuan sahaja
~ Raimi Syazwan

Kisah besi kersani di dalam tubuh manusia menurut kajian ilmu batin di Minangkabau adalah sebagai berikut:
Pada awalnya manusia (Adam) dibuat dari unsur api, angin (udara), air dan tanah. Unsur api menjadi darah, unsur angin menjadi urat, unsur air menjadi tulang dan tanah menjadi daging. Kemudian unsur tersebut dicampur dan dibentuk sebuah patung dan diberi ruh, maka hiduplah patung tersebut dan memiliki nyawa. Lalu untuk membuat Adam kokoh dan kuat, diambillah sedikit tiang arasy yang bernama basi karasani yang ditancapkan dari ubun-ubun sampai ke tulang ekor. Basi kursani ini menyatu bersama tulang punggung pada manusia. Ketika basi karasani ini ditancapkan kepada manusia, Adam berkeringat dan keringat inilah yang berubah menjadi sekalian jenis besi di muka bumi. Jadi dapat dikatakan bahwa besi yang ada di bumi takluk kepada besi karasani. Besi yang ada di muka bumi bisa menjadi lunak, jika kekuatan basi karasani itu dibangkitkan oleh pengamalnya."

Api menjadi darah, angin menjadi urat, air menjadi tulang dan tanah menjadi daging Syaitan masuk ke badan manusia melalui darah (API) dan jin itu melalui urat (ANGIN). apa yang saya maksudkan disini dengan mata kasar badan manusia ni sakit sakit disebabkan oleh angin (sakit urat) seperti sdr sangka atau penyakit moden bukan unsur sihir. Soalnya adakah sdr pasti?

SAKA ni sebenarnya banyak jenis....ia terpulang kepada asal kejadiannya dan penyakitnya...

Contohnya: Kalau saka tu ULAR sifatnya macam ular le...bila seseorang tu dah tua..dia akan terima sakit sakit badan (urat) dan kelebihanya ialah boleh mengurut seperti yang dikehendaki oleh tuanpunyanya..atau jadi mak bidan..nampak macam ada kelebihan kan? padahal itu adalah tipudaya syaitan untuk menyesatkan manusia..

SAKA ni memang agak susah untuk dibuang melainkan oleh orang yang bijak pandai dalam bidang ni...sebabnya perjanjian tu telah dibuat oleh nenek moyang korang sampai mereka mati tapi SAKA tu masih hidup silih berganti dalam badan anak cucu untuk teruskan hidup mereka laknatullah ini..

Oleh itu cepatlah buang SAKA tu...boleh saya carikan pengamal perubatan tersebut..

Kalau ada saudara mara yang ada sakit atau dirasuk...mereka ni akan beri beribu alasan untuk tidak berubat sebabnya memang jin dalam badan dia tu takut..dan kalau pesakit tu berani sangat nak berubat dgn pengamal tu maknanya dia tau pengamal tu tak boleh buang dia. Pengamal pengamal ni ada juga yang pakai jin saka mereka untuk mengubat (nak hidup) kalau saka yg datang tu lebih muda dari saka pengamal tu..bolehlah dia usir saka tu utk sementara tapi kalau saka yg datang tu usia dia lebih dari usia saka pengamal tu maka akan jadi lawan melawanlah kononnya..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2013 10:09 AM | Show all posts
uniq61 posted on 4-1-2013 04:52 AM
"kenapa susah.... biasanya manusia yang ada saka kurang beriman atau dekat pada allah kot... "

Ta ...
Saya rasa sdr sudah terkeliru dengan apa itu saka jin atau syaitan ataupun iblis.....



emmm...... jin ataupun iblis...

iblis tu bukan bukan jin jugak ke??

ke  uniq61 ada penerangan sendiri??
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 12:05 PM | Show all posts
uniq61 posted on 4-1-2013 04:52 AM
"kenapa susah.... biasanya manusia yang ada saka kurang beriman atau dekat pada allah kot... "

Ta ...
Kepada hantukiller...Saya rasa sdr sudah terkeliru dengan apa itu saka jin atau syaitan ataupun iblis.....
Sdr mungkin keliru tentang penyakit disebabkan oleh makhlus halus seperti jin,syaitan dengan penyakit yang disebabkan oleh virus atau sebagainya seperti yang sdr faham...
mungkin sdr belum faham tentang kejadian manusia atau insan..
"
Rasanya dah banyak dihuraikan tentang jin saka, syaitan dan iblis itu sendiri...


Atau boleh juga ko huraikan secara terperinci

Jin saka = ?

Syaitan = ?

Iblis = ?

Kejadian manusia? benar, unsurnya api angin air tanah, tapi penghuraiannya tu macam tak tepat lah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 07:00 PM | Show all posts
hantukiller posted on 4-1-2013 12:05 PM
Rasanya dah banyak dihuraikan tentang jin saka, syaitan dan iblis itu sendiri...

apa pula huraian wak tom kalau huraian tu tak tepat? nak tahu gak ni.. sebab kalau sumber selain dari sumber alquran, susah gak nak faham huraiannya..nak kata rujukan dari hadis, tak pula dinyatakan rujukan hadisnya macam kat atas ni..takut hanya cerita2 orang lama yang diwarisi dan ditokok tambah untuk sedapkan cerita..tak berapa nak faham aku dibuatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 03:32 AM | Show all posts

Apa beza jin, syaitan dan iblis?


Satu soalan yang mudah tetapi ramai yang keliru.  Bagi makhluk yang berakal, Allah s.w.t hanya mencipta jin, manusia dan malaikat.  Bapa kepada manusia adalah Nabi Adam a.s dan bapa kepada jin adalah Jan.  Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk  api yang menyala-nyala atau Maarij ).

Malah jin telah diciptakan dahulu sebelum diciptakan manusia seperti yang telah dijelaskan dalam Surah Al-Hijr ayat 26 hingga 27, yang bermaksud : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas."  Sebab itulah jin telah terlebih dahulu menghuni bumi sebelum manusia.  

Iblis juga adalah dari keturunan jin yang bernama Azazil.  “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin…” (Al-Kahfi: 50)
Azazil merupakan ketua para malaikat di langit dan mengajar para malaikat.  Ia digelar iblis, yang dilaknat, setelah engkar untuk sujud kepada Nabi Adam a.s lalu Allah SWT murka.  Hakikat penciptaan iblis yang dicipta dari api sama seperti jin ini disebut dalam al-quran iaitu dalam Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.Bermakna yang Allah ciptakan hanyalah jin, manusia dan malaikat.  Dalam satu hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).

Bagaimana pula dengan syaitan?  Syaitan bukannya makhluk tetapi sebaliknya adalah sifat.  Sama seperti apabila kita menyebut perkataan munafik, ia adalah sifat.  Syaitan adalah merujuk kepada sifat kejahatan.  Sebab itulah dalam surah An-Nas kita meminta berlindung dari Allah daripada syaitan-syaitan di kalangan jin dan manusia.  Maknanya, syaitan ini boleh terdiri daripada jin dan juga manusia.  Oleh itu usah keliru lagi.  Ramai yang silap, keliru dan tidak faham selama ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 03:36 AM | Show all posts
Perbezaan Antara Jin dan Syaitan?

Soalan:


Apakah perbezaan antara Jin dan Syaitan,adakah mereka daripada jenis yang sama?
Jawapan Al-`Allamah Al-Faqih Syeikh Muhammad bin Soleh `Uthaimin rahimahullah:
Syaitan meliputi jin dan manusia sebagaimana firman Allah Ta`ala:


وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا


Dan demikianlah Kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain dengan perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia).


[ Al-An`aam:112 ]


Bahkan boleh jadi syaitan juga wujud dari jenis yang tidak berakal( haiwan) sebagaimana sabda Nabi sallallahu`alaihiwasallam:


الْكَلْبُ الْأَسْوَدُ شَيْطَانٌ


Anjing hitam adalah syaitan.


[ HR Muslim no:265 ]


Adapun jin mereka adalah daripada zuriat keturunan Iblis,sebagaimana firman Allah Ta`ala:


أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلً


Patutkah kamu mengambil dia(iblis) dan zuriat keturunannya sebagai pelindung selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.


[ Al-Kahfi: 50 ]


Terjemahan oleh: Abul Hussein
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 03:43 AM | Show all posts


Apa Beza Jin,Syaitan & Iblis?

Panggilan berbeza namun lebih kurang je.Ada yang berpendapat begitu tak?huhu..Memang Nampak macam sama namun ada perbezaan antara jin,syaitan dan iblis ini.Kelompok paling besar adalah jin sama seperti manusia.Manakal iblis dan syaitan adalah jenama khusu dalam kalangan jin seperti dikategorikan orang Melayu dan orang Banjar.Asal usul jin sepertimana yang dijelaskan sebelum ini adalah daripada api,maka begitulah juga syaitan dan iblis.

Siapakah Syaitan ?
Syaitan adalah kelompok jin yang jahat.Syaitan adalah nama yang Allah S.W.T. berikan kepada jin dan manusia yang jahat.Ini dinyatakan dalam surah al-An’am ayat 112, “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh daripada syaitan-syaitan manusia dan jin...”

Walaupun kedapatan jin yang beragama Islam tetapi sekiranya melanggar perintah Allah S.W.T. maka ia dikategorikan sebagai syaitan.Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya di Madinah ini ada jin yang Islam,sekiranya kamu melihat mereka (di rumah kamu),maka berilah amaran selama 3 hari.Sekiranya dia masih berada selepas ini (selepas 3 hari) bunuhlah ia kerana itu adalah syaitan.” (Riwayat Muslim)
Dalil di atas menunjukkan syaitan terdiri daripada jin dan manusia yang melawan perintah Allah S.W.T. serta mengajak kepada kemungkaran.Sifatnya adalah memusuhi dakwah para nabi walaupun agama anutannya Islam,sementelah lagi sekiranya mereka kafir.
Siapakah pula Iblis?
Iblis bermula daripada jin yang bernama Azazil.Azazil adalah ketua masyarakat jin ketika Allah S.W.T menciptakan Nabi Adam a.s.Penentangan iblis berpunca daripada perasaan sombong dan dengki kepada Adam a.s. dan manusia keseluruhannya.Azazil berasa kejadiannya lebih mulia dan berpendapat golongan jin yang sepatutnya mentadbir bumi kerana mereka telah menghuni bumi 40 ribu tahun lebih awal daripada manusia.Azazil dikatakan mempunyai 2 jantina.Daripadanya lahir keturunan iblis.Mereka semuanya tidak beriman dan mengepalai jin yang lain dalam usaha menyesatkan manusia.

Kesimpulannya,iblis adalah golongan jin sementara syaitan merupakan gelaran kepada mereka yang menentang Islam yang terdiri daripada jin dan manusia.


Bilangan Jenis Kumpulan Iblis.
Kumpulan iblis membentuk 1 kerajaan yang diketuai oleh Azazil yang tidak mati sehingga hari kiamat sementara keturunannya pula berusia panjang melebihi ribuan tahun.

Terdapat 5 jenis iblis yang paling kuat dan berpengaruh iaitu Tsabar,Dasim,al-A’war,Maswath dan Zalnabur.

TSABAR
Berperanan menyesatkan orang yang ditimpa musibah.Tsabar membisikkan keluh-kesah dan menyalahkan ketentuan Allah kepada segala musibah yang dialami oleh manusia.


DASIM
Pula kumpulan yang  berperanan memusnahkan kerukunan rumahtangga.Ia menyuburkan rasa benci,curiga,dan cemburu di antara pasangan suami isteri.Maka terjadilah pertengkaran yang diakhiri dengan penceraian.

AL-A’WAR
Menggalakkan perlakuan zina dan keruntuhan moral.Ia menaikkan syahwat kepada tubuh wanita yang bukan mahram.Wanita yang tidak menutup aurat merupakan kejayaan al-A’war.Apabila lelaki berdua-duaan dengan wanita bukan mahram maka al-A’war akan menggoda hati mereka ini kea rah penzinaan.

MASWATH
Adalah kumpulan iblis yang mencetuskan pembohongan dan fitnah.Ia memberikan idea penipuan dan membantu menyebarkan fitnah di kalangan manusia.Mana-mana media eletronik dan cetak yang disebarkan kepada manusia adalah tempat yang digemari oleh Maswath.

ZALNABUR
Adalah kumpulan iblis yang mengunjungi tempat-tempat manusia berkumpul seperti mesyuarat agung,perhimpunan keluarga,dan diskusi berkumpulan.Ia akan membisikkan kata-kata yang mewujudkan permusuhan dan perselisihan.Ini menyebabkan hilangnya kesatuan dan adakalanya sehingga berlaku pergaduhan dan pembunuhan.

Pembahagian Jin
Al-Quran dan hadis menyebut kumpulan ini berdasarkan kepada perangai mereka seperti Ifrit,al-Marid,al-Awamir dan al-Arwah.

IFRIT
Adalah golongan jin yang cerdik.Ifrit pernah menawarkan kepada nabi Sulaiman a.s. untuk mengangkat istana Balqis sebelum Nabi Sulaiman a.s sempat berdiri dari tempat duduknya sepertimana yang tercatat dalam surah al-Naml ayat 39: “Berkatalah ‘Ifrit daripada golongan jin:Aku akan membawanya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu...”

AL-MARID
Adalah kelompok jin yang degil.Al-Awamir pula kelompok jin yang gemar tinggal di bangunan atau rumah.Sementara Al-Arwah pula jin yang suka menganggu kanak-kanak dan dikenali juga sebagai ‘ummu sibyan’.

Selain itu,ada yang mengkategorikan jenis jin mengikut symptom-simptom gangguan.Sebagai contoh,jin api,jin asyik,jin saka,jin air,jin tandas,jin terbang,jin rumah,jin tempel,jin pintar,toyol dan banyak lagi.

Aku harap kita tak tergolong dalam golongan yang mensyirikkan Allah dengan bantuan jin-jin ni bagi menyesatkan umat manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 04:00 AM | Show all posts

Ada tak macam rupa kamu? Harap harap takde lah kan? Minta di jauhi semua tu. Amin

Jin dan syaitan kedua-duanya dijadikan oleh Allah daripada api. Firman Allah:
Maksudnya: “Dan Kami jadikan jin sebelum Adam daripada api yang paling panas (lidah api)”
“Dan jin pula, kami jadikan dia sebelum itu dari agin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma” (Surah al-Hijr: ayat 27)
Syaitan adalah berasal daripada jin. Allah berfirmanan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.”(Surah al-Kahfi: ayat 50)

JENIS-JENIS SYAITAN
1) Syaitan anak cucu iblis
2) Syaitan daripada jin. (Maknanya jin yang sudah jadi jahat dan jadi iblis)
3) Syaitan daripada manusia.

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.” (Surah al-An’am: ayat 112)

Kejadian Jin ada 3 jenis
Banyak hadith-hadith nabi yang menyebut tentang jenis-jenis kejadian jin. Salah satu hadith menyebutkan:
“Allah jadikan jin itu 3 bentuk seperti anak adam, seperti binatang dan seperti angin diruang udara yang luas”.
Yang berupa manusia itu bermacam-macam jenisnya. Begitu juga ilmu, kekuatan dan kebolehan mereka juga berbeza-beza.
Antara jin yang kuat seperti disebutkan dalam al-Quran ialah “ifrit”. Firman Allah:
Maksudnya: “Berkata `Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin: "Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya".
(Surah al-Naml: ayat 39)
Jin dan iblis itu sebenarnya tidak tahu yang ghaib. Seperti yang berlaku jin-jin nabi Allah sulaiman (a.s.) tidak tahu nabi Sulaiman telah meninggal dunia (wafat) sehinggalah tongkatnya reput dimakan anai-anai. Firman Allah:
Maksudnya: “Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahwa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak tetap dalam siksa yang menghinakan.”
(Surah Saba: ayat 14)

Sebahagian daripada jin itu setengahnya bodoh, lebih bodoh daripada manusia. Contohnya:
1) Jin dihambakan oleh manusa dengan pelbagai suruhan
Jin ditipu oleh manusia, contohnya: Jin disuruh menunggu tumbuhnya sesuatu benda yang mustahil akan tumbuh, misalnya, batu atau kacang hijau atau bijian yang telah digoreng.
Tolong menolong antara jiin dan manusia memang berlaku. Tetapi tolong menolong itu dilarang oleh Allah s.w.t. Allah berfirman:
“Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya, (dan Allah berfirman): "Hai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan) manusia", lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusia: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami". Allah berfirman: "Neraka itulah tempat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)". Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”(Surah al-An’am: ayat 128)
Syaitan menjadi musuh manusia, begitu juga jin-jin yang jahat. Tetapi permusuhan mereka dengan cara persahatan. Disebut di dalam al-Quran; “Tazzyin”, yang salah diperlihatkan betul dan yang buruk diperlihatkan cantik, yang baik diperlihatakan buruk atau jahat dan sebagainya.
Dalam al-Quran semua manusia Allah jadikan mangsa tipu-daya iblis, kecuali orang-orang yang ikhlas.
Mereka yang bersahabat dengan jin dan iblis sebenarnya telah tertipu dan terpedaya.
CARA SYAITAN DAN JIN MENGUASAI DAN MENIPU MANUSIA
1. Dari luar badan, peringkat permulaan.
2. Masuk ke dalam tubuh badan melalui saluran darah dan urat-urat yang besar. Peringkat serius.
Mereka yang dimasuki oleh syaitan atau jin adakala seperti sedar seperti biasa. Adakalanya sampai peringkat tidak sedar. Yang tidak sedar dalam al-Quran di sebut “Majnun” orang terkena jin. Nabi bersabda:

Bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu berlari-lari di dalam pembuluh darah anak Adam”.

Berbagai ilmu tipu daya syaitan melalui berbagai ilmu dan amalan yang salah tetapi diperlihatkan oleh iblis dan jin-jin yang jahat seperti benar, misalnya: Menggunakan ayat al-Quran, nama-nama walil, ulamak, nama pahlawan-pahlawan (Tok Janggut, Hang Tuah, dan lain-lain), nama ahli-ahli tasawuf (Sheikh Abdul Qadir Jailani), nabi-nabi dan Rasul-rasul (nabi Khidir dan lain-lain).
Menerusi berbagai ilmu ini, maka orang yang terlibat itu akan mempmemperolehi kebolehan luar biasa seolah-olah seperti karamah walau pun sebenarnya bukan karamah, tetapi tipu daya jin.

PANDUAN PENTING UNTUK MEMBEZAKAN KARAMAH DENGAN PERBUATAN JIN DAN IBLIS

1 KARAMAH. Merupakan kurnia Allah, pertolongan Allah, tidak dapat dirancang, tidak disangka-sangka atau boleh diprogramkan. Tetapi perbuatan iblis dan syaitan boleh dirancang, dan diprogramkan.
2. Karamah berlaku sekali-sekala dalam hidup seseorang itu hanya mungkin beberapa kali tetapi perbuatan iblis dan jin sentiasa boleh berlaku pada bila-bila masa yang dikehendaki. Contohnya, sentiasa kasyaf, sentiasa kebal, sentiasa kuat dan sebagainya.

Jin boleh masuk ke tubuh kita dengan 5 sebab:
1. Saka atau keturunan.
2. Ilmu salah yang dituntut atau diamalkan.
3. Disihir orang
4. Masuk sendiri kerana disukai jin atau dimarahi.
5. Selalu berdekat atau berubat dengan pawang, bomoh atau suka berdukun dengan orang yang mempunyai atau bersahabat dengan jin.

TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIRESAPI OLEH JIN DALAM TUBUHNYA.
Perasaan dan sifatnya:
1. Marah
2. Murung
3. Putus asa
4. Susah nak tidur
5. Cakap tak betiul.
6. Sentiasa berfikir yang bukan-bukan.
7. Malas

Tanda-tanda fizikal pada tubuh.
1. Panas
2. Sebahagian panas atau sejuk
3. Bila dipegang sakit.
4. Pandangan mata kabur atau tidak terang/jelas
5. Anggota menggeletar
6. Anggota menjadi berat atau kakuPening kepala.
7. Bengkak pada sebahagian anggota tertentu.
8. Bengkak pada sebahagian anggota tertentu.
9. Keras pada bahagian tertentu.
10. Urat-urat tegang.
11. Makan tidak selera atau makan terlalu banyak.
12. Sendi-sendi sakit.
13. Rasa nak muntah.
14. Pening /migrain
15. Terdengar bisikan atau nampak-nampak benda ghaib.

CARA PENCEGAHAN
Daripada dihampiri oleh iblis, syaitan dan jin, Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran:
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung”.(Surah al-Anfaal: ayat 45)

Amalan-amalan lain dijaga, dipelihara dan ditingkatkan. Antara amalan-amalan tersebut ialah:
1. Memperbanyakkan sembahyang.
2. Memperbanyakkan berdoa.
3. Memperbanyakkan membaca al-Quran.
4. Sentiasa membersihkan badan.

PENGUBATAN ATAU RAWATAN
Berdasarkan pengalaman dengan 5 cara akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit seperti sakit pening kepala, migran, sakit perut seperti gastrik atau ulcer, goud, buasir, berbagai penyakit mata, pendengaran, kudis dan pelbagai penyakit kulit, busung, barah, lumpuh, stroke, lemah jantung, darah tinggi, terlalu gemuk atau kurus, lemah-lemah sendi-sendi atau badan, was-was. I.Q. lemah, kuat tidur, tak boleh tidur, ketagihan, membunuh, mengamuk, menangis, selalu demam, takut sejuk dan lain-lain lagi.
Rawatan yang digunakan, sebaik-baiknya ikut kaedah Rasulullah (s.a.w.) dan setengah ulamak-ulamak Islam.
Sebahagian rawatan atau kaedah nabi ialah Nabi Muhammad (s.a.w.) memukul atau menepuk orang sakit dirasuk jin dengan menggunakan tangan ke bahagian-bahagian badan tertentu. Nabi juga menggunakan serbannya memukul kepada orang yang dirasuk jin.
Ulamak Islam yang ada yang menggunakan tongkat dengan memukul pesakit yang dirasuk jin iaity Ibnu Tamiyyah, Imam Ahmad Hanbal menggunakan terompah kayu untuk mengubati pesakit dirasuki jin Last edited by uniq61 on 6-1-2013 04:02 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 04:16 AM | Show all posts
Ni perawat mane plk ni?
- sikit sgt perihal hati
- byk yg ghaib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2013 04:45 AM | Show all posts
uniq61 posted on 4-1-2013 04:52 AM
"kenapa susah.... biasanya manusia yang ada saka kurang beriman atau dekat pada allah kot... "

Ta ...
SAKA ni sebenarnya banyak jenis....ia terpulang kepada asal kejadiannya dan penyakitnya...

Contohnya: Kalau saka tu ULAR sifatnya macam ular le...bila seseorang tu dah tua..dia akan terima sakit sakit badan (urat) dan kelebihanya ialah boleh mengurut seperti yang dikehendaki oleh tuanpunyanya..atau jadi mak bidan..nampak macam ada kelebihan kan? padahal itu adalah tipudaya syaitan untuk menyesatkan manusia..

ha`ah.. baru terfikir gak.. memang macam nampak kelebihan .. dan mungkin memang kelebihan pun .. tapi .. yer la kan bila dah dapat menda2 gni .. kita di uji lagi .. takat mana keyakinan kiter bertahan .. yakin semua datang dan dengan izin dari NYA

Kalau ada saudara mara yang ada sakit atau dirasuk...mereka ni akan beri beribu alasan untuk tidak berubat sebabnya memang jin dalam badan dia tu takut..dan kalau pesakit tu berani sangat nak berubat dgn pengamal tu maknanya dia tau pengamal tu tak boleh buang dia. Pengamal pengamal ni ada juga yang pakai jin saka mereka untuk mengubat (nak hidup) kalau saka yg datang tu lebih muda dari saka pengamal tu..bolehlah dia usir saka tu utk sementara tapi kalau saka yg datang tu usia dia lebih dari usia saka pengamal tu maka akan jadi lawan melawanlah kononnya..

hurm.. logik gak ..



Last edited by FanTasyCreaTioN on 6-1-2013 04:46 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 10:22 AM | Show all posts
'
Ni perawat mane plk ni?
- sikit sgt perihal hati
- byk yg ghaib'

Siapa yang silap tajuk ni????
Adakah soal hati ada sdr terangkan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:09 AM | Show all posts
uniq61 posted on 6-1-2013 03:32 AM
Apa beza jin, syaitan dan iblis?


Tentang syaitan, takde beza pun dengan penerangan aku selama ni, iaitu hanya sifat kejahatan


Tentang iblis pula, nampaknya saudara menjangka bahawa iblis tu asalnya azazil, hanya seekor, betul?????

Dan tuan menjangka bahawa semua jin lainnya seperti ifrit dll hanya keturunan iblis, betul???


Bukankah dah disebutkan bahawa iblis itu salah satu dari GOLONGAN jin???
Ifrit juga salah satu dari golongan jin, betul??? so tentunya itu dah menunjukkan keduanya pun dua golongan jin yg berbeza, betul??

Manakala jin saka, ada tak iblis boleh menjadi saka?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 01:31 AM | Show all posts
uniq61 posted on 7-1-2013 10:22 AM
'
Ni perawat mane plk ni?
- sikit sgt perihal hati

Cuma bertanya, yg ditepek tu drpd perawat mane?

Kn yg kotor bernajis tu hati, tu le puncanya.
Sdgkn perawat2 yg biasa di luar sana
dok meratib SAKA tu perjanjian nenek moyang ke hulu
perjanjian nenek moyang ke hilir...apa perjanjiannya tu?
Dikisahkan sakit2nya tanpa menjelaskan punca2nya
dikisahkan jin2, yg ghaib2 tanpa merungkai kebenaranya yg nyata?
Nk merawat ke nk cari pesakit? - terSAKA lg.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.070868 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list