|
Reply #1082 AnisSuraya's post
teruk dah nko nih nis.....air dah melimpah masuk kat dlm sistem dah...habis sistem jadik kacau....elok ler nko pakat2 dgn partner nko tuh lepaskan air yg berlebihan tgh hari nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1086 tossee's post
ko nak ambik plate WSE ni perasan WISE guy kee?... |
|
|
|
|
|
|
|
Inspirasi anak panah
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
[email protected]
Mula diperkenalkan sejak tahun 1996, model ini tidak pernah gagal untuk memberikan yang terbaik buat peminat segmen sedan.
--------------------------------------------------------------------------------
Ketika mula melihat secara dekat model sedan ini di Bangkok, Thailand pertengahan tahun lalu, majoriti wartawan yang menyertai rombongan sambil belajar itu bersetuju ia bakal mendapat sambutan di kalangan pengguna di Malaysia.
Tekaan itu tidak meleset. Sebulan selepas dipasarkan iaitu pada Disember 2008, Honda Malaysia sudah pun menerima tempahan sebanyak 5,000 unit untuk model Honda City terbarunya. Pastinya, jumlah itu akan terus bertambah, apatah lagi dengan sesi promosi yang dilaksanakan di seluruh negara.
LAMPU belakang mengetengahkan rekaan lebih kontemporari.
--------------------------------------------------------------------------------
Hakikatnya, Honda City bukanlah satu jenama asing bagi kebanyakan kita. Sejak diperkenalkan lebih 12 tahun lalu, model sedan entry level ini tidak pernah gagal untuk memenuhi jangkaan orang ramai yang mahukan sebuah sedan yang praktikal, tanpa berkompromi daripada aspek penjimatan bahan api dan prestasi.
Kali ini, Honda tampil dengan generasi ketiga Honda City. Harus diakui bahawa versi terbaru Honda City ini merupakan model City paling menarik dari aspek fizikalnya, selain menerima pelbagai pembaharuan teknologi yang jauh meninggalkan pesaingnya.
MAKLUMAT pemanduan dipaparkan pada papan digital yang mudah dibaca.
--------------------------------------------------------------------------------
Konsep rekaan Arrowshoot Form atau anak panah yang akan dilepaskan daripada busurnya ini dihasilkan oleh Ketua Jurutera Honda R&D, Takeshi Nakamura. Menurut Takeshi, dia mendapat idea itu setelah menonton sebuah filem perang klasik Jepun.
Ekspresi bahagian hadapan jentera ini diserlahkan menerusi bilah-bilah gril radiator berwarna kelabu. Diapit oleh sepasang lampu utama yang nipis dan diletakkan di dalam perumah berwarna hitam, ciri sporty pada sedan ini jelas terserlah.
Garis kontur Honda City dari belakang ke bahagian hadapannya kelihatan cukup kemas. Tiang A jentera itu dinipiskan untuk meminimumkan tahap titik buta (blind spot) ketika memandu, di samping rekaan keseluruhannya yang menekankan aspek aerodinamik.
KONSOL tengah yang menempatkan unit audio dan tombol kawalan pendingin udara.
--------------------------------------------------------------------------------
Signatur bahagian belakang model City JINI sebelum ini yang sering menjadi bahan gurauan juga sudah tiada. Ia diganti dengan rekaan yang jauh lebih segar dengan lampu belakang berbentuk tiga segi.
Untuk lebih gaya, dapatkan set aksesori daripada Modulo. Pakej itu meliputi bumper hadapan yang lengkap dengan lampu kabus, skirt sisi, bumper dan spoiler belakang pada tambahan harga RM4,750 selain rim aloi bersaiz 16 inci yang dijual berasingan, pada harga RM2,480.
Saya berpeluang memandu jentera itu dalam satu sesi pandu uji ke Melaka baru-baru ini. Meredah lebuh raya dan menyusuri laluan bengkang bengkok di jalan-jalan kampung sememangnya membolehkan setiap pemandu merasai sendiri janaan prestasi yang mampu ditawarkan oleh City.
UNIT audio ini boleh disambungkan dengan iPod kesayangan anda.
--------------------------------------------------------------------------------
Honda City dikuasakan oleh unit enjin i-VTEC yang baru dan menepati standard pengeluaran asap Euro 4. Berupaya menghamburkan kuasa sehingga 120PS, ia dilihat sebagai paling berkuasa dalam kelasnya.
Pendek kata, enjin bersesaran 1.5 liter itu tidak mengecewakan. Biarpun sesekali anda perlu menunggu sedikit masa untuk benar-benar merasai kuasanya, selain mendengar bunyi enjin dengan agak jelas di dalam kabin apabila pedal minyaknya ditekan rapat hingga ke lantai.
Sekali lagi, City memperkenalkan ciri yang pertama dalam segmennya iaitu transmisi automatik lima kelajuan. Sistem gear tersebut menukar transmisi jenis CVT yang sebelum ini cukup sinonim dengan City.
Ia ditukar berikutan hasil maklum balas pengguna di beberapa buah negara yang mahukan rasa lebih bertenaga ketika memandu City. Jika memilih varian yang lebih mewah (varian E), ia hadir dengan paddle shifter di sebalik sterengnya. Malah, anda boleh mengawal gear sepenuhnya apabila tuil gear dimasukkan ke mode S.
meminjam stereng yang ada pada model Civic.
--------------------------------------------------------------------------------
Tidak perlu bimbang sekiranya anda hanya membeli varian S, kerana City hadir bersama sistem Shift Hold Control yang mengelakkan berlakunya penukaran gear yang tidak perlu, terutamanya sewaktu mengambil selekoh dan membelok.
Walaupun City dilengkapi dengan sistem drive-by-wire yang bertanggungjawab mengawal enjin dan transmisinya, apa yang saya kurang berkenan dengan sistem gear ini ialah masa pertukaran dari gear keempat ke gear lima yang sedikit lama.
Mungkin sekadar mahu mendapatkan lonjakan kuasa, tetapi ia menyebabkan anda terpaksa mendengar deruman enjin dalam kabin dengan tahap NVH yang tidaklah boleh dibanggakan.
Namun, setting sistem suspensinya yang terdiri daripada topang MacPherson (roda hadapan) dan penyerap hentakan jenis torsion beam berbentuk H yang baru, serta kerangkanya yang rigid nyata memberikan pemanduan meyakinkan dan selesa.
Bahagian dalaman City dimonopoli dengan warna hitam. Konsol tengahnya pula dibezakan dengan calitan warna perak, di samping paparan digital masa dan saluran radio dengan latar lampu berwarna oren.
Lebih menarik lagi, unit audio ini mempunyai soket khas bagi membolehkan anda menyambungkan USB atau iPod. Tombol kawalannya juga direka supaya mesra pengguna dan mudah dikendalikan untuk pemandu memilih lagu yang ingin dimainkan.
Tempat duduknya dibalut dengan material kalis air. Jadi, tidak perlu bimbang sekiranya anak-anak atau penumpang menumpahkan air di atasnya.
--------------------------------------------------------------------------------
Untuk memberi keselesaan maksimum kepada penumpang, tempat duduk belakang boleh dicondongkan (varian E sahaja). Di bawah tempat duduknya juga terdapat ruang penyimpanan barang yang membolehkan anda menyimpan payung atau beg kecil.
Ruang kargonya juga cukup luas dengan kapasiti 506 liter dan boleh memuatkan empat beg golf tanpa sebarang masalah.
Honda City didatangkan dengan lima warna pilihan iaitu hitam, emas, perak, kelabu dan biru. Harganya, RM84,980 (gred S) dan RM89,980 (gred E) seunit di atas jalan dengan insurans.
jini
[ Last edited by zzcbr at 24-1-2009 09:21 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1097 zzcbr's post
yang merah kaler tu, bio bener
takkan nak tulis dalam paper |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1098 sixfullbar's post
aniki ni ketua editor majalah kurumaa kat nippon sanaaa.. tapi kalau dia tulis dlm BM. utk pasaran student msiaa jer ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|