CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jasmine

All about Green Rose (Go Soo n Lee Da Hae)~ PART 1

 Close [Copy link]
Post time 3-3-2006 04:37 PM | Show all posts
Jung Hyun pergi ke tempat dia menabur abu ibunya di sungai, dia berkata:

搮mak saya sudah pulang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2006 04:57 PM | Show all posts
wah.. thanx kimmy.
semalam tgk separuh jek sebab hubby nk tgk 999.
eee... tak dapat lak tgk adegan sedih..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 09:37 PM | Show all posts
Originally posted by nurul_anati at 3-3-2006 09:24 AM
hensem betul GS mlm tadi..
2-3 mlm x tgk.. terkezut tgk mlm tadi GS dah jadi org kaya..
sib baik ada kimmy.. thanks to kimmy..



macho gi... suka tengok dia buat gaya cam sakit kepala... hahaha... machonya:gila:
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by rukiaichigo at 3-3-2006 04:34 PM









Go Soo cam nak nangis je dalam gambar gambar ni... rukiaichigo tahu tak apa yang diorang tengah bualkan tu??
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 10:30 PM | Show all posts
Nama bodygourd Go Soo ialah Tao Lei kan?? :hmm: Watak orang Cina ke orang Korea?? Go Soo ada cakap dengan dia ke tak?? Rasa rasanya cam tak ada kan?? Bodygourd dia orang baik kan??

[ Last edited by ching_aori at 3-3-2006 10:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 10:43 PM | Show all posts
sakit ati lak bila dengar dubbing dan baca subtitle.. ada ker panggil senior... tak romantik langsung.. terang-terang tunjuk dia panggil oppa.. :agr:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2006 11:57 PM | Show all posts
EPISOD 13   -  epsiod ikut 8Tv ni  memening kan kepala aku..kat cd baru je episod 11


Jung Hyun pergi berjumpa dengan seorang peguam kecil  dipejabatnya. Peguam @ penulis novel ni tgh karang novelnya厃g sekretarinya lak tgh marah orang yg menuntut hutang kat telepon. Pada mulanya peguam tersebut tidak mengendahkan Jung Hyun 卪eneruskan mengarang novelnya.. Jung Hyun kemudian memberitahu 卆da seorang lagi ingin hidup semula disitu, sudikah peguam itu menyelamatkannya?  Dia seterusnya memperkenalkan dirinya pada peguam tersebut.

Kim  Dong Wook yg bekerja sebagai pemandu lori menutup radio sebaik saja iklan SR keluar. Kawanya juga merasa hairan kenapa dia berbuat demikian setiap kali iklan SR keluar.  Kata Dong Wook, dia tidak suka mendengarnya. Kata kawannya, ni mesti berdendam dgn syarikat SR ni. Jawan Dong Wook, syarikat itu telah memusnahkan hidup kawan  baiknya.


Peguam Yoo sedang melihat gambar2 lukisan erotica ( aku rasa 8Tv mesti potong gambar2 ni). Yoo Ran yg sedang memandu pula menghadapi kesulitan dengan keretanya  yg tersangkut2 sehingga berhenti ditepi jalan. Dengan berbaju kuning dan berskirt biru, dia membelakangi rumah peguam Yoo sambil membongkok melihat enjin keretanya. Peguam Yoo sambil minum terlihat kelibat seorang wanita ditepi kereta diatas bukit rumahnya.  Untuk menarik perhatian, Yoo Ran dengan sengaja mengangkat kakinya dan menanggalkan setokin yg dipakainya ( aku tgk cekeding tul Yoo Ran ni卪cm papan sekeping). Memang menarik perhatian peguam Yoo.  Datangnya bertanya, apa masaalah Yoo Ran卼etapiYoo Ran tanpa menghiraukan Peguam Yoo, terus menutup bonet dan masuk keretanya.  Peguam Yoo mula perasan yg Yoo Ran adalah orang  yg membeli lukisan tempoh hari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 11:57 PM | Show all posts
Soo Ah pergi berjumpa  Pendakwaraya, bertanyakan adakah dia ingat akan kes jenayah Lee Jung Hyun?..benarkah mayatnya telah dibakar didepan pendakwaraya ketika itu?...bukan kah dia hanya mengetahuinya setelah mayatnya dibakar ? Bila di tanya kenapa Soo Oh bertanya soalan ini,  Soo Oh terus memberitahu yg dia mahu berjumpa dengan orang yg melihat mayat Jung Hyun. Pendakwaraya memberitahu ada seorang detektif yg mengendalikan kes Jung Hyun dulu.  Soo Ah meminta nombor taliponya.  

Detektif  Jo Sung Ho kemudian menerima panggilan dari Pendakwaraya, bertanyakan mengenai kes Jung Hyun yg dikendalikan olihnya dulu dan sekarang  anak Pengerusi Oh ingin berjumpa denganya. Dia hairan kenapa Soo Ah bertanyakan soalan mengenai Jung Hyun dan mahu Detektif Jo bertanyakan pada Soo Ah.

Soon Ah bertemu dgn detektif Jo  dan memberitahu yg dia ingin berjumpa dgn orang yg terakhir melihat mayat Jung Hyun. Detektif Jo bertanya kenapa Soo Ah mahu mencarinya, sedangkan sudah 3 tahun perkara ini terjadi dan Jung Hyun juga sudah mati. Bila didesak olih Soo Ah detektif memberitahu dia lah orang terakhir yg melihat mayat Jung Hyun. Bertanya Soo Ah, bagaimana mayat Jung Hyun dibakar sebelum pihak pendakwaraya dapat mengenal pasti itu mayat Jung Hyun, bagaimana mereka dapat mengenal pasti itu mayat Jung Hyun.

Jawab detektif  Jo, walau pun tidak mengikut prosedur undang2, tapi dia pasti itu mayat Jung Hyun kerana telah dimaklumkan melalui talipon terlebih dulu. Tanya Soo Ah lagi, bagaimana mereka begitu pasti, sedangakanmayat itu sudah terjatuh ke laut?......mungkin pihak polis membuat silap juga mengakibatkan orang yg tidak bersalah mati?  Berkali2 Soo Ah bertanya, betul ke itu mayat Jung Hyun. Detektif Jo dengan tegas mengatakan itu mayat Jung Hyun. Terduduk Soo Ah bagai kan tidak percaya.

Detektif Jo menalipon pendakwaraya dan memberitahu mengenai perjumpaannya dgn Soo Ah卪alah dia memberitahu yg Soo Ah bertanya mengenai mayat Jung Hyun yg dijumpai dan terbakar itu, Dia juga mengingatkan pendakwraya yg dia pernah menyuarakan keraguannya tentang mayat Jung Hyun semasa melaporkan padanya dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2006 01:03 AM | Show all posts

Reply #1106 rienn's post

Bodyguard dierr ni mmg setia, untung tul jun hyun....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2006 01:05 AM | Show all posts

Reply #1107 Kimmy's post

Wah! Kim, ko dah siap buat sipnosis...Advance tul!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 08:52 AM | Show all posts

Reply #1110 jasmine's post

sbb mata aku bulau duduk depan pc ni...dah siap ni senang
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 09:00 AM | Show all posts
sian kat oh tu, asyik menagis je..
si jahat tu menyampah tengok muka dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 01:28 PM | Show all posts
mlm td aku buat projek tgk cd GR. tq to Jas........jam 5 pg br tido........puas hati tgk bodyguard. kwn2....bodyguard tuh mmg setia....ensem....lawan pun pandai.... ahhhh.. syoknya........

jas.......sy pulun tgk smpi bhs sbb nk tgk bodyguard la. tp tx tgk betul2. byk fwd2...hehhe.....nnt nk ulang blk tgk GS plak....

heroin dia LDH nih keras kong berlakon dlm citer nih. tp masa dia terkejut nmpk GS tuh...real la plak. tp byk2 scene dlm ni...dia kaku la. pengarah tx tlg ker haa??
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 11:01 PM | Show all posts
thanx to kimmy sbb buat sinopsis nyer..!! hari tu tak tgk..
anyway, kat S&M kota raya, berapa ek harga Green Rose ni...sekarang tgh bersemangat nak beli ni.. tq!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 11:12 PM | Show all posts
:dia: ..... jasmine ... thanks utk gambar2 bodyguard tu ... hehehehehe .....barulah puas tengok muka dia .... biasa nampak sikit2 je, kecik lak tu ....:bgrin:

:dia: .... kimmy .... trima kasih utk synopsis detail :hug:



aku geram tul kat soo ah semalam .... dia ni tak pikir lansung ... nak siasat pun, jgnlah terburu cam tu ...sib baiklah polis n pendakwaraya tu tak tanya lebih2 .... kalau polis tu siasat n dapat lak cap jari go so, pecah tembelang .....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 11:24 PM | Show all posts
Hi Jas, Kak Kimmy and everybody ... I'm back !!!

Dah seminggu tak join ... hehehe ... almaklum tak de internet kat rumah ... hujung minggu je boleh pinjam adik .... bila nak masuk pun dah lupa password , itu yg problem tu ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2006 11:35 PM | Show all posts
Originally posted by jasmine at 27-2-2006 06:18 AM
Si Im tu terlampau excited sampai tersilap letak Taiwan! Patutnya Korea..
So maafkanlah dierr...


hahahaha malunya saye ... :dia:

im tengok cerita taiwan gak so get confused jap ...

Go Soo dah pun balik Korea dgn kehandsomemannyer ... bodyguard dia pun kalah ler ... sori la yer pada sesapa yg minat bodyguard tu lebih daripada Go Soo ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 11:43 PM | Show all posts
Originally posted by im_comey at 4-3-2006 11:35 PM


hahahaha malunya saye ... :dia:

im tengok cerita taiwan gak so get confused jap ...

Go Soo dah pun balik Korea dgn kehandsomemannyer ... bodyguard dia pun kalah ler ... :2lo ...


eh im ... rasanye kitaorg tak cakap bodyguard tu dapat mengalahkan kehenseman go soo ..... go soo mmg sentiasa di hati kitaorg ... still no.1 ....
tapi bodyguard tu bolehlah buat simpanan .... mata tetap pandang go soo, tapi sipi2 pandang gak bodyguard tu ..... hehehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 11:43 PM | Show all posts
kat malaysia ada jual vcd green rose version korea punyer tak?(yg ada tulis SBS kat atas tuh..he he..)
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2006 12:11 AM | Show all posts

Reply #1119 kitty_cat's post

for your information......kat malaysia tak ada jual version Korea.....yg banyak dijual semuanya version taiwan. Kalau nak version korea yg original yg ada tulis TV korea...kenalah donlod....yg tu dapat original...

Kebanyakkan drama korea yg ada dijual dimalaysia, semuanya diimport dari Taiwan bukan direct dari Korea.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.313815 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list