CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 10-10-2012 04:43 PM | Show all posts
Di hari Ulangtahunku

Terima kasih
tak terhingga kepada isteri dan anak-anak
yang menyayangi dan menyokongku selama ini
terima kasih dinda dengan kad ucapan
terima kasih azahara dan zharif aimran.

Terima kasih
kepada semua teman-teman di sini
yang mendoakan kesejahteraanku
yang mengucapkan keselamatan diriku
yang selalu menghiburkan diriku.

Ingin sekali
aku jadi yang lebih baik
sedaya upaya jadi yang menyenangkan semua
andai ada kelemahan dan kekurangan
kemaafan jua kupinta.

CNM, 10/10/12, 3.45 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2012 04:43 PM | Show all posts
Telah Tertulis

telah tertulis
segala pahit manis
yang membawaku ke sini
dari ceruk desa yang masih suci
ke dada kota yang penuh seligi
merentasi denai-denai pengujian
dan syukur kepada-Mu
kumasih mampu melolosi...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2012 05:43 PM | Show all posts
jika tiada upaya

jika kamu tiada upaya
menyuarakan rasa jiwa
yang sering kali ditemani air mata
tulis saja di dada maya
akan kubaca tanpa kacamata
memberi pendapat yang cakna
barangkali tenang minda...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2012 06:21 PM | Show all posts
jika

jika tak tahu
kukatakan tak tahu
aku tak buat-buat tahu.

jika tak pasti
kukatakan tak pasti
aku tak buat-buat pasti.

jika tak yakin
kukatakan tak yakin
aku tak buat-buat yakin,

aku tahu, pasti dan yakin apa yang aku tulis.

CNM.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2012 06:34 PM | Show all posts
alam mengerti

bahawa
kala hati dibajiri air mata
sang suria hadir
mengeringkan kolam rasa
hilang luka yang duka...

bahawa
kala hati terik dibakar mentari
sang gerimis hadir
membasahi tasik hati
damai resah yang menyesak...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2012 07:06 PM | Show all posts


Cake 44 Tahun

ini dia cake 44 tahun
isteri hadiahkan
tapi sayang saya tak makan
sudahan bagi zharif aimran
bawa ke sekolah kenduri bersama rakan...

CNM
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2012 08:19 PM | Show all posts
esok dan seterusnya

andai esok dan seterusnya
aku tiada lagi di ruangi ini
usah ditangisi
usah dicari
teruskan berpuisi
kerana pasti
internetku tak berfungsi
komputerku meragam sesekali
ada tugasan yang menagih waktu sepanjang hari.

andai tiada halangan ini aku pasti di sini.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2012 09:15 PM | Show all posts
Ketam

kalau berduaan
jangan suka duduk tempat hitam
nanti ketam tangan berjalan
duduk tempat terang
jelas pada padangan
syaitan tak boleh main peranan
selamat iman...

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2012 10:47 PM | Show all posts
Kulabuhkan Tinta

malam yang gelita
memudarkan pandangan mata
pelayaran jadi tak terhala
maka ingin kulabuhkan tinta
berhenti senjenak di dermaga
sementara menunggu cahaya fajar tiba...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 03:36 PM | Show all posts
mahu kamu tahu

rasa cinta
tidur yang lena
kesihatan yang baik...

tak mampu dibeli dengan wang berjuta.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 05:39 PM | Show all posts
Peminat Ekor

tak asing lagi
ramai yang kecur
bila disebut-sebutkan
sup ekor...

tak pelik
walau tahu ia kotor
ramai yang beratur
beli nombor ekor...

suka ekor!
tak salah
jadi seperti yang berekor!
itu yang salah.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 07:47 PM | Show all posts
Laut Kasih 222

bila hujan menari
membawa irama kedinginan
di malam jumaat penuh romantis
laut kasihku mula mengebu
rindukan haruman wangian kasihmu
menyelinap ke kamar cintaku
memadu kasih
dalam hangatan nafas asmara.

CNM Last edited by Goldkey on 17-10-2012 03:48 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 08:03 PM | Show all posts
Bantal Peluk Hidup

kala hujan merenyai
dingin menerjah ke dada
lalu rindu berputik
pada bantal peluk hidup
yang sedia memberi hangat
di ranjang asmara berapi...

jangan cemburu
pada yang belum miliki
bantal peluk hidup yang memberahi
lekas-lekas jumpa tok kadi
musim banjir tiba kini
bantal peluk hidup bisa mengubati...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 08:27 PM | Show all posts
Monolog Cinta

Aku tak pernah dilihat di mana-mana. Aku adalah rasa yang ada di jiwa.
Aku sebuah rasa yang bertunas dari sebuah pertemuan. Pandangan mata menguntumkan kelopak kasih di sukma. Dari waktu ke waktu, andai aku dibajai kejujuran dan disirami kesetiaan, aku akan hijau merimbun. Subur menaungi dua jiwa. Aku tidak menjanjikan bahagia. Aku juga bukan pemula duka. Pemabuk cinta yang gagal mengawal emosi rasa akan kuhumban ke cenuram kecewa. Pemain cinta yang pandai mengatur langkah di alam cinta akan kupimpin ke takhta bahagia.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 09:39 PM | Show all posts
Laut Kasih 223

jika ditanya padaku
apa yang ada di hatimu
aku pasti gagal memberi jawapan
kerana mataku hanya melihat yang nyata...

inginku mencoret kata
mata hatiku melihat dalamnya laut kasih
yang tak terduga
di kala kumenadah cintamu...

CNM Last edited by Goldkey on 17-10-2012 03:51 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 10:35 PM | Show all posts
Fakta Terlampau

mahu kamu tahu
kenapa keretapi tak bertayar?

sehingga fakta ini ditulis
belum ada sesiapa yang sedia menerima jawatan pengepam tayar keretapi
kamu sudi terima?


Fakta Terlampau II

mahu kamu tahu
kenapa lampu terpadam awal di malam jumaat?

mereka tersenyum
dengan alasan jimatkan bil letrik
betulkah?...

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2012 02:03 PM | Show all posts
Anda Hebat?

anda rasa hebat?
mari kita sama-sama
rebut hadiah terhebat
yang hanya akan dimiliki orang-orang hebat
tak perlukan wang berjuta
mudah saja caranya;
mengucapkan dua kalimah syahadah
solat lima waktu
berpuasa di bulan ramadhan
mengeluarkan zakat
menjadi tetamu Allah di tanah suci
berbuat baik kepada kedua orang tua...

...hendaklah tanpa gagal
jadi bagaimana?
tak teringin hadiah syurga dari-Nya?.

CNM, 12/10/12, 2.02pm
THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 02:27 PM | Show all posts
Fakta Terlampau III

tak pelik
ramai orang nak cantik
maka dibuat pembedahan plastik
belanja wang puluhan ribu ringgit
buat "bumper" melentik
buat hidung terpacak macam tiang letrik
cucuk sana sini bagi tegang bagi terik...

pelik
yang Tuhan suruh tak diusik
sujud kepada-Nya tak terdetik
doa kepada-Nya tak pernah dibisik
Ya Allah jangan Engkau herdik
kurniakan hamba-Mu akal yang celik
membezakan yang baik dan yang jelik...

CNM, 12/10/12, 2.24pm
THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2012 06:57 AM | Show all posts
ambo nak pese

puok klate
balik training lagi
lepah ni nak lawe "geng askar"
nama kea nanar.

puok selangor
kelik training lagi
cubo pulok tahun depe
boleh balah dende.

CNM

p/s baca ikut loghat Klate
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2012 07:10 AM | Show all posts
Bahawa Aku

bahawa aku
lebih rela memilih
daerah yang sepi dan terasing
andai di sana
aku bisa memiliki ketenangan
ditemani yang bisa mengertikan...

bahawa aku
akan meninggalkan
tanpa sekelumit sesalan
sekitaran yang menyesakkan
penuh kata keji bersulam nista
aku redha andai tertakdir sendirian...

mahu kamu bersamaku?

CNM, 13/10/2012, 7.09am
THMK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.072531 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list