|
salam
Adil imbangi ilmu duniawi dan ukhrawi
Keadilan dalam Islam amat luas dan mendalam.
Antara 3 tiga perkara adil yang dapat d'semai dalam kehidupan ialah:
1. Adil dari sudut pengisian jiwa
Kita perlu berlaku adil kepada diri kita.
Jiwa yang berdepan dengan pelbagai tekanan harian perlu d'tenangkan.
Di sinilah perlunya kita dekatkan diri kepada Allah.
Apabila melakukan solat lima waktu,
anggaplah ia masa untuk merehat dan mendamaikan jiwa dan nurani kita,
waktu untuk jiwa kita mendapatkan semula kekuatan daripada Allah swt.
Jika minda kusut dan jiwa tertekan,
ambil wuduk dan mengadu kepada Allah.
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
salam
2. Adil imbangi ilmu duniawi dan ukhrawi
Seseorang yang adil ialah seorang yang seimbang
dalam pengetahuan berkaitan kehidupan d'dunia dan d'akhirat.
Hanya apabila seseorang itu adil d'dalam mengejar kededuanya
barulah mereka dapat berasa kepuasan hakiki.
Ramai yang mungkin telah meraih kejayaan kebendaan
dengan ilmunya yang pelbagai tentang dunia ini
tetapi tidak berasa puas atau tenang.
Biarpun mereka dapat memenuhi keperluan hidup,
mereka kurang jelas erti kehidupan -
- apa tujuan mereka berada d'dunia ini dan
- ke manakah hala tuju mereka?
Di sinilah letaknya peranan ilmu agama.
Ia menjadi kompas yang menunjukkan jalan kebahagiaan sejati yang harus d'cari manusia.
Dengan pengetahuan demikianlah mereka akan dapat mencapai ketenangan dan kebahagiaan.
Sudahkah kita membekalkan diri kita dengan kededua ilmu pengetahuan ini ?
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillah
adil itu lawannya zalim dan pada zalim ada sifat tamak .
jgn malu untuk bertaubat , sbb dlm zalim & tamak ada dosa .
Wallahu'alam Last edited by mr_evergreen on 29-10-2013 04:33 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
salam
3. Adil dalam membantu orang sekeliling
۞ إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَٱلۡإِحۡسَـٰنِ وَإِيتَآىِٕ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَيَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنڪَرِ وَٱلۡبَغۡىِ‌ۚ يَعِظُكُمۡ لَعَلَّڪُمۡ تَذَكَّرُونَ
Allah swt berpesan (Al-Nahl: 90):
"Sesungguhnya Allah memerintahkan berlaku adil dan berbuat kebaikan,
membantu kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan.
Dia memberi pengajaran kepadamu agar kalian dapat mengambil pelajaran."
Perintah berlaku adil d'ikuti dengan gesaan berlaku ihsan.
Ia mengingatkan kita bahawa dalam mengejar
- kebaikan,
- kejayaan dan
- kesenangan
untuk diri sendiri,
usah lupa menginginkan perkara yang sama untuk orang lain d'sekeliling kita.
Jiwa seorang Mukmin tidak akan senang jika sedar ada
- saudara-mara,
- sahabat-handai atau
- jiran
berada dalam kesempitan.
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
pakwetizzaqyah posted on 17-7-2012 09:47 PM
Reply 1# mierrr
sabar la semua..hidup kat dunia ni sementara je..
bila diuji, itulah musim kt kumpul pahala byk n kosongkan akaun dosa..
moga nanti syurga menanti
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillah
jadikanlah org yg bertanggungjawab itu , lebih bertanggungjawab utk agama dan keluarganya
kita blh lepas tanggungan di dunia , tapi kita patut juga rasa risau kalau tak cukup amalan utk menjawab di Sana
Wallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 5-11-2013 05:31 PM
salam
salam maal hijrah ...
how are you ? |
|
|
|
|
|
|
|
salam
Rasulullah s.a.w. bersabda;
‘‘Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah puasa pada hari Asyura
dan Rasulullah s.a.w. mempuasakannya ketika baginda s.a.w. tiba di Madinah,
beliau mempuasakannya dan menyuruh orang puasa pada hari itu.’’
Sahih Muslim
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya;
‘‘Penduduk Khaibar puasa pada hari Asyura dan menjadikannya sebagai Hari Raya,
di mana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu.
Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda;
’’Puasalah kamu (pada hari itu).‘‘
Sahih Muslim
Significance of Ashura for Sunni Muslims
Not related to Ashura and Karbala,
some Sunni Muslims fast on this day of Ashura based on narrations attributed to Muhammad.
The fasting is to commemorate ..
the day when Moses and his followers were saved from Pharaoh
by Allah by creating a path in the Red Sea.
According to Muslim tradition, the Jews used to fast on the tenth day.
So Muhammad recommended to be different from the Jews
and recommended fasting two days instead of one.
9th and 10th or the 10th and 11th day of Muharram.
صحيح مسلم ١٩١٠: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا هُشَيْمٌ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ يَصُومُونَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَسُئِلُوا عَنْ ذَلِكَ فَقَالُوا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي أَظْهَرَ اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَبَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى فِرْعَوْنَ فَنَحْنُ نَصُومُهُ تَعْظِيمًا لَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْنُ أَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ فَأَمَرَ بِصَوْمِهِ
و حَدَّثَنَاه ابْنُ بَشَّارٍ وَأَبُو بَكْرِ بْنُ نَافِعٍ جَمِيعًا عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرٍ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَقَالَ فَسَأَلَهُمْ عَنْ ذَلِكَ
Shahih Muslim 1910: Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya telah mengabarkan kepada kami Husyaim dari Abu Bisyr dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhuma, ia berkata; Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam belum lama tiba di Madinah, didapatinya orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura`. Lalu mereka pun ditanya (alasan apa mereka berpuasa di hari itu). Mereka menjawab, "Hari ini adalah hari kemenangan Musa dan Bani Isra`il atas Fir'aun. Karena itu, kami puasa pada hari ini untuk menghormati Musa." Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pun bersabda: "Sesungguhnya kami lebih pantas untuk memuliakan Musa daripada kalian." lalu beliau perintahkan agar kaum muslimin puasa pada hari 'Asyura`. Dan Telah meceritakannya kepada kami Ibnu Basysyar dan Abu Bakr bin Nafi' semuanya dari Muhammad bin Ja'far dari Syu'bah dari Abu Bisyr dengan isnad ini, dan ia mengatakan; Maka beliau pun menanyakan hal itu pada mereka.
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 8-11-2013 07:20 PM
salam
ooo .. sorry late reply ..
Hari Asyura?
10 Muharam? kan? or i just missed it ?
hmm?
bila puasa ye ... |
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 8-11-2013 08:36 PM
salam
nolaa .. hehe .. belum miss aahh ..
ooo...thank you Addin...
jadi kita disunatkan berpuasa 14 -15 November bersamaan dengan 10 - 11 Muharam
atau 9 -10 Muharam atau 13 - 14 November ...
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 8-11-2013 08:57 PM
ooo...thank you Addin...
jadi kita disunatkan berpuasa 14 -15 November bersamaan dengan 10 - 1 ...
salam
yap .. very correct ..
Dari Abu Qatadah ketika ditanya Nabi s.a.w. tentang hari Asyura,
baginda menjawab;
‘‘Puasa hari Asyura boleh menghapuskan dosa satu tahun yang lalu.’’
Riwayat Muslim
wassalam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bismillah
menyampaikan perkara yang betul ialah satu tugas , amanah dan tanggungjawab .
Wallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
salam
D'intelligent person's Tongue is behind his Heart ..
When he wants to speak .. he first Thinks ..
D'ignorant person's Heart is behind his Tongue ..
When he merely Thinks of saying something .. he just say it ..
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
sesenjek posted on 17-7-2012 07:21 PM
mierrr, mbhcsf and mnm77,
menangis aku sampai teresak2 kat ofis baca reply korang..
Assalamualaikum,
Pada pendapat saya, awak muhasabah diri sendiri. Mungkin awak ada melakukan dosa, dan dosa2 tersebut yang menghijab doa2 awak. Sedar diri, sedarlah kedudukan diri sendiri. Kumpulkan segala salah silap awak pada Akal, untuk melahirkan keinsafan yang sangat menginsafkan. Kemudian berdoa kepada Allah, agak dipermudahkan segala urusan.. Kerana kepada Dialah makhluk seperti kita harus bertawakal.. inshaAllah, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Keampunan-Nya mengatasi Kemurkaan-Nya... Janganlah berputus harap dengan Allah, kuatkan iman.. and cuba mendekati Allah sebanyak mungkin, seperti amalan2 sunat, membaca al-Quran dan mungkin bersedekah.. Dan INGAT, kehidupan di dunia ini hanya sementara, tipu belaka, tetapi akhirat itu nyata, di situlah kembali nya kita dan ia lebih bermakna.. InshaAllah, kami akan mendoakan kejayaan awak.. dan awak juga doakan lah kami2 disini ya..
|
|
|
|
|
|
|
|
salam
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ
وَلَا تَحَسَّسُوا
وَلَا تَجَسَّسُوا
وَلَا تَبَاغَضُوا
وَلَا تَدَابَرُوا
وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
Dari Abu Hurairah dia berkata,
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Jauhilah prasangka, kerana sesungguhnya prasangka adalah ucapan yang paling dusta,
dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan,
dan janganlah kalian saling menghendap-hendap,
dan janganlah kalian saling membenci,
dan janganlah kalian saling membelakangi,
dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara."
(Al-Bukhari)
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
salam semua...
lama dah tak jenguk sini..
moga kita semua lebih kuat dan tabah dalam menghadapi sebarang ujian/dugaan dariNya..amin.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|