KENE RANJIT DENGAN PAK ADU
Setelah setahun aku berdiam diperingkat anak2, malam itu PakAdu minta aku ke rumahnya untuk naik ke peringkat pertengahan.. Aku sangat2 lahterujanya dengan keputusan orang tue tu.. Pak Adu ni nampak je lembut, tapihatinye keras macam batu… Pujuk le macam mana pun, kalau bukan masanya naknaik, memang sampai mampos pun dia tak bagi… Ade jugak yang mengaku bergurungan Pak Adu dan siap dah jadi guru lepas tu… Hahahahaha…. “lu mau kencing kakikencing cho….”
Majlis naik peringkat selalunya dilakukan di waktu malam…Pak Adu memilih pukul 12 tngah malam untuk majlis pada hari itu… Aku macam hari2 biasa bila berjanji dengan Pak Adu, aku akan tiba sejam @ 2 jam awal untuk bersiap2 dan memprovok Pak Adu.. hehehehehe.. Tengah dok syok2 melepak n menyembang, datang sebijik kereta di hadapan rumah Pak Adu.. “Aik!sape pulak ni? Bukan aku je ke yang nak naik malam ni?”soal aku dalam hati. “Assalamualaikum…” muncul seorang lelaki dari perut kereta. Salamnya di jawab dan dipelawa masuk oleh Pak Adu. Mereka berdua bersembang diluar rumah sahaja..kelihatan orang itu dalam keadaan tergesa2.. Tiba2 Pak Adu masuk ke rumah, “Diya, ko boleh tolong g rumah orang tu tak? Bini dia tak sihat..Dia mintak tolong tengokkan.. Saya nak tunggu orang lain datang berubat jap lagi.. Ingat nak buat skali ngan kamu, tapi udah orang ni pulak ada masalah, boleh le kita pecah dua.. Kamu g rumah dia, saya tunggu sorang lagi.. Dah habis kang, datang balik sini, kita selesaikan urusan kita. Nanti saya buatkan air sekali utk orang tu..Kamu g buang apa yang ada je kat rumah tu.. Boleh??” panjang lebar hujah Pak Adu.
Memandangkan aku nak naik pangkat malam tu, tak pe la…aku ikutkan aje la.. Aku gerak ke rumah mamat tadi dengan abah. Sebab abah pun ada malam tu.. 15 min kemudian, kami pun sampai kat rumah pesakit.. Macam biasa,rokok sebatang dulu…hehehehe.. Selesai sebatang rokok, aku pun cargas la masuk dalam..Sekali aku tengok bukan saja bini mamat tu yang tak sihat..habis semua anak2 dia lemah, lembik n pucat lesi.. “Apa hal pulak ni? Kata sorang je..” rungut aku dalam hati.
Dipendekkan cerita, kami pun mula la proses membuang.. Mula2 aku sorang je buat keje. Abah just tengok n pantau saja.. Kalau sorang pesakit, mungkin aku boleh handle sorang.. ni 7 orang, sampai nak tercabut tangan aku..Last2 abah turun padang jugak.. Sorang2 kami setlekan.. Memang berpeluh le malam tu.. Kes kali ini tak terok sangat pun, tapi disebabkan ramai dan benda tu banyak sangat. Buang 1 masuk 3, mana nak abisnye.. Last skali, aku terpaksa guna buah last.. 3 kali henjut buah last, terus bedesup2 benda tu masuk dalam botoi..
Jam dah pukul 12.30 malam..aku nak terkejar2 g rumah Pak Adu lagi ni.. Yang tuan rumah pulak, sebok dok tanya sapa buat, sapa hantar, dia tau sapa hantar, tuduh orang tu, tudoh orang ni… kalau ko dah pandai beno, ko suruh aku dtg buat bende? Bingong.. Dah pekena air teh o segelas, kami pun mintak diri. Aku ajak mamat tadi g rumah Pak Adu untuk ambil air doa. Sama2 kami gerak g rumah Pak Adu..
Sampai je rumah pak adu, orang yang nak berubat ngan dia tupun dah balik..kami pulak, baru settle..bayangkan dari pukul 10 lebih sampaikul 12.30 am. Udah rope operation buang usus je lamenye.. Aku dengan muke bengang tak hengat ngan Pak Adu terus masuk rumah.. Pak Adu settlekan dengan mamat tadi tentang air doa tu… Dah settle, mamat tu pun blah le..
“Ntah hape2 Pak Adu…dah tau bende tu banyak, boleh suruhorang g sendiri je…?” marah2 manje aku “Hahahahahaha…Kenape? Melawan ke tadi?melawan ke? ce cite ce cite” soal pak Adu “Idak le melawan..tapi banyak beno..mane larat nak buat sorang..abah pun letih di buatnye…”rungut aku “Ai! Kate nak naik pangkat, kene la test dulu…” kata pak adu “oooo itu kira test la tu? Kalau tak lepas tadi macam mana? Bukan nak turut skali..” tak puas hati lagi…. “kamu ambik SPM dulu, ade ke cikgu kamu duduk sebelah nengok kamu buat test?” soal pak adu.. “memang la tak de…..” jawabku “ha’ dah tu? Takkan aku nak duduk sebelah kamu nengok kamu..pandai2 kamu le….kalau tak lepas, tak balik la sini tadi….hahahahahaha…”
Hampeh betoi…. Kene RANJIT aku malam ni…
Lepas bergurau senda kaso ngan Pak Adu, upacara majlis naik peringkat pun dimulakan.. Aku diijazah peringkat kedua dengan tambahan 20 pukulan lagi..nasib baik lulus ujian malam tu..kalau tidakkkkk memang aku amok rumah orang tue tu…udah le setahun lebih baru boleh naik, dah nak naik dia suruh buat koje pulak…hadooooiiii laaaa Pak Adu… Tapi kini aku dah peringkat 3, dan menunggu untuk ditamatkan…Ntah brapa tahun pulak lagi nak tunggu pun aku tak tau le….
LETEEHHHHHH
Last edited by Adiya on 3-1-2014 11:59 AM
|