d'zeck posted on 1-4-2014 04:03 PM
wayang je derang terer
sikit2 amerika je yang kuat,
Tengok contoh Enemy of the State jadilah... lagi satu Captain Amarika.... semua tu cara nak control perception manusia... so berhati hatilah dgn movie yg anda tonton yer
dalam pada kita2 neh kutuk2 gomen sendiri , uols tau tak sebenarnya kuasa2 besar dunia tuh pun dah takut ngan kita??
pada yang pasti ini adalah kes bunuh diri, tau tak dalam kepala dorang terfkir lagi , ada berapa ramai lagi rakyat2 malaysia yang ada kepakaran ini??
uols tau tak kita sememangnya telah dikatakan hub terrorist yang memang teror2 belaka? pegebom2 berani mati ramai yang datang dari negara kita??
korang belum tau lagi bila orang luar dok mengenang balik, satu2nya rakyat dalam dunia neh yang MAMPU lolos dari penjara singapura yang katanya serba canggih keselamatan itu adalah rakyat malaysia?? siap boleh balik kampung dengan jayanya pakcik tuh??
terjawap tak soalan korang kalau tanya kenapa ada negara2 yang tak bagi kerjasama penuh pasal kemampuan2 radar2 dan setelit2 mereka??
korang boleh baca tak susahnya gomen kita nak merayu2 pada gomen lain untuk dapat maklumat semata2 radar2, setelit2 da kepakaran2 kita terhad??
kalau ada sedikit pun hati uols ada sifat patriotik, simpati pada negara sendiri, tolong lah pakai yang itu.. walau sedikit!
KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali hari ini mendakwa Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein cuba mengelak untuk memberi taklimat kepada Pakatan Rakyat (PR) berkaitan dengan misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370.
Menurut Azmin, perkara ini jelas terbukti apabila pada asalnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berjanji untuk mengadakan pertemuan antara Hishammuddin dan Ahli Parlimen PR bagi membincangkan perkara tersebut malam ini, namun sebaliknya berlaku.
"Semalam Shahidan berjanji untuk mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen PR malam ini.
"Namun pagi ini kami dapat maklumat bahawa Hishammuddin telah ke Hawaii untuk menghadiri satu mesyuarat dengan Markas Pasifik Amerika Syarikat berkenaan isu MH370.
"Ini bermakna Hishammuddin seolah-olah cuba 'melarikan diri' untuk mengadakan pertemuan dangan pimpinan PR," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada taklimat tersebut akan tetap berlangsung atau tidak seperti yang dijadualkan.
Dalam perkembangan sama, Azmin turut menjelaskan banyak percanggahan maklumat yang berlaku antara kenyataan Shahidan dan Hishammuddin dalam isu MH370 ini termasuklah untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan diRaja (RCI) bagi menyiasat secara menyeluruh tragedi MH370.
"Shahidan kata akan ditubuh RCI selepas kotak hitam ditemui, tetapi keesokkannya Hishammuddin menjelaskan pula RCI tidak akan ditubuhkan sekiranya kotak hitam ditemui.
"Jadi di situ kita lihat banyak percanggahan maklumat berlaku.
"Oleh itu, bagi kami pemimpin BN perlu memberi kenyataan yang selari dan bertanggungkawab untuk mengembalikan keyakinan rakyat," katanya.
Hishammuddin mulai bermesyuarat di Hawaii hari ini hingga 3 April.
Mesyuarat akan dikendalikan oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel.
KUALA LUMPUR 1 April - Sidang media harian mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada pukul 5.30 petang hari ini dibatalkan.
Pembatalan sidang media itu dimaklumkan oleh sekretariat bilik media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira 1 tengah hari tadi.
Bagaimanapun, petugas media dari dalam dan luar negara tetap berkampung di PWTC bagi menunggu sebarang kenyataan akhbar daripada Kementerian Pengangkutan atau sebarang perkembangan terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 yang kini memasuki hari ke-25.
Sidang media hari ini dibatalkan kerana Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Menteri Pertahanan, kini berada di ibu pejabat Pusat Pemerintah Pasifik Amerika Syarikat di Hawaii untuk menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Amerika Syarikat-Asean.
Dalam sidang media semalam, Hishammuddin berkata beliau akan berkongsi maklumat mengenai perkembangan terkini pencarian MH370 dengan rakan-rakan sejawatannya dari negara-negara Asean dan kerajaan Amerika Syarikat.
Selain itu, lokasi sidang media akan datang yang sebelum ini diadakan di Dewan Tun Hussein Onn kini dipindahkan ke Dewan Tun Razak.-BERNAMA
Changa posted on 1-4-2014 03:48 PM
ala titanic la nanti kot?
berpuluh tahun baharu jumpa bangkai?
tu lah titanic rasanya tenggelam awal 1900an..jumpa 1980an rasanya...
tapi tak leh nak compare tu teknology jaman batu nok...tapi boleh la dijadikan perumpamaan...sbb titanic pon besar 4-5 kali ganda dari kapai kita yg hilang tu...
semalam tgk balik adamair punya kes, sama kes la cuma seminggu hilang pastu jumpa..mamat endon tuh komen lebih kurang bunyiknya " its kinda weird at this state of technology the aeroplane can be missing just like that".....hihihi kes tu dlm tahun 2007 at least tu seminggu jumpalah kepak rasanya....mamat tuh kalo tengok kapai mesia yang hilang tahun 2014 ni ha....musti dlm hati kata " ada lagi yang lebih keji dari kes aku"
pada aku thsi time around kita pasrah dan redho jek la ngan gomen kita ni ha....mmg nampak kesian and pathetic...sb pengalaman tak de ( kita malaysians kije tiptop okeh orang kata kapai MAS buruk laapa...tak de eksiden kemalangan jiwa yg ramai dlm history...so patut berbangga di situ)...negara lain semua pakal ponah tumbang sebab technical....singapore, endon, india, semua ada pengalaman...so jadinya kita mmg lah kebelakang dlm hal ni, dengan aset yg kurang teknology dari segi radar, satelit,asset ketenteraan, semua nampak jauh kebelakang..maka hendak tak hendak ikut sajalh kata big2 brother ni...
sungguh pon gitu...aku tak setuju kita kondem gomen at this point of time...nanti post mortem boleh la...nih pencarian masih berjalan...jadik kita mesti support la gomen menghadapi rintangan dan cobaan....ini bukan cerita BN vs PR...ini isu MALAYSIA vs negara luar....so sebagai rakyat malaysia ..kita musti support najib!!! -------- katanya Last edited by akubest on 1-4-2014 04:27 PM
Kerajaan mempertimbang mengambil tindakan terhadap media yang melaporkan secara salah berhubung usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.
“Kabinet mengarahkan peguam negara mengumpulkan bukti dan menasihatkan (berkaitan perkara itu),” kata pemangku menteri pengangkutan Hishammuddin Hussein dalam Twitter hari ini.
Beliau merujuk kepada laporan Malay Mail yang memetiknya sebagai berkata, kerajaan “patut menyaman” media ekoran “salah laporan”.
“Kami sudah kumpulkan semua laporan palsu sejak hari pertama. Apabila tiba masa yang tepat, kerajaan patut saman mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.
Dalam laporan itu, Hishammuddin juga berkata, kerajaan sentiasa telus dalam pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac – 25 hari lalu itu.
“Kerajaan tiada apa-apa hendak disembunyikan dan saya percaya kebenaran akan terserlah akhirnya,” beliau dipetik sebagai berkata
MH370: Mahfuz akui sangat bersimpati dengan kerajaan
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mengakui beliau sangat bersimpati dengan kerajaan akibat dibidas pelbagai pihak, khususnya oleh media dan waris penumpang China berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu. Katanya, kekurangan maklumat itu adalah kerana kerajaan Malaysia sendiri terpaksa bergantung kepada maklumat yang disalurkan dari negara-negara luar. Namun, bidas beliau, kenyataan-kenyataan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein banyak mengelirukan semua pihak
Ada banyak benda saya nak kongsikan sebagai pemanas badan sebelum artikel Finale mengenai MH370 dipublishkan dalam blog dramaraja. Sebenarnya banyak fakta yang telah saya kongsikan mengenai MH370 dalam blog tersebut.
Di mana lokasi MH370 bersemadi, apa yang terjadi, siapa dalangnya, apakah puncanya, apa kaitannya dengan global dan glokal, apakah percaturan seterusnya, semua ini telahpun saya ceritakan secara halus dengan memberikan hint-hint serta klu untuk para pembaca hadamkan dengan berhati-hati. Banyak sebab mengapa saya langsung tidak memberikannya secara direct. Antara sebab utamanya adalah keselamatan dalam dan luar negara.
Selain itu, saya juga telahpun menyelerakkan jalan cerita MH370 bertujuan agar para pembaca lebih peka dan cekap berfikir disamping rajin mencari bahan sampingan. Jadi, sebelum saya menyajikan fakta yang lebih lurus tanpa berselerak dan tanpa hint-hint atau klu-klu dalam artikel Finale nanti, maka disini saya ingin berkongsikan beberapa fakta yang mungkin anda belum tahu.....
1. Tahukah anda? Malaysia sebenarnya adalah sebuah negara yang ramai pengganas.
2. Tahukah anda? Malaysia sebenarnya telah diakui oleh persada dunia sebagai sebuah negara yang amat handal dalam taktik berperang.
3. Tahukah anda? Malaysia sebenarnya adalah sebuah tempat habouring terrorist dan ia diakui oleh perisikan dunia.
4. Tahukah anda? Malaysia sebenarnya adalah sebuah negara yang amat mahir taktik gerila dan perisikan.
5. Tahukah anda? Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai taktikal unit paling hebat dalam dunia.
6. Tahukah anda? Pihak mata helang telah banyak belajar daripada kita mengenai taktik-taktik perang terutama melawan taktik perang gerila dan komunis.
7. Tahukah anda? Pihak mata helang sebenarnya masih belum khatam semua ilmu perang milik negara kita.
8. Tahukah anda? Revolusi perang dalam negara kita telah bermula seawal tahun 70-an.
9. Tahukah anda? Satu unit khas telahpun ditubuhkan oleh satu badan terancang bagi menjayakan banyak misi bantuan perang di serata dunia.
10. Tahukah anda? Senjata paling hebat di dunia juga berasal daripada negara kita.
11. Tahukah anda? Negara kita adalah satu-satunya yang telah menghantar pelbagai bantuan terhadap semua negara bergolak dalam dunia ini.
12. Tahukah anda? Angkatan tentera kita terutama Komando telahpun diminta bersiap sedia bermula daripada pertengahan Mac baru-baru ini.
13. Tahukah anda? Berakhirnya peperangan di Syria sebenarnya adalah trigger kepada datangnya Dajjal....
WAllahuA'lam Bissawab.
Bukan mudah untuk akal manusia biasa menerima fakta yang didatangkan tanpa bukti seperti ini. Saya dapat menyimpulkannya sebagai bahan bacaan tambahan buat anda semua. InsyaALLAH, saya akan postkan lebih banyak fakta buat pengetahuan am anda semua dari masa ke semasa sementara menanti greenlight utk publish artikel Finale MH370 yang tak kunjung tiba...