CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikna99

Bloggers Gardening Member (Ver.4)

 Close [Copy link]
Post time 18-8-2009 05:35 AM | Show all posts
1116# cguct1970

kakct kena conjunvitis macam sy kena kot...

kalau doc kasi eye drop yg biasa tu mmg lambatlah baik kak... dia kena ubat yg mcm gel tu, baru power...
sy dua kali pi klinik baru baik... tapi syok la... MC seminggu sehhh...

yg x syok mata bengkak, bertaik mata... x bleh kena panas...perit

tu yang shida jumpa sy dengan spek mata sebesar alam... pasai bawah mata bengkak!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2009 08:28 AM | Show all posts
1116# cguct1970

Semuga cepat sembuh yer....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 08:38 AM | Show all posts
smlm saya ke guardian lagi, stock vitamin c 1000mg Flavettes effervescent dah abis. dan redoxon pun dah naik harga dari rm58 sampai rm65. yg amik free dari poliklinik cuma 50mg, kena makan 20 biji baru 1000mg. alamak, makan dua kali dah abis huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 08:45 AM | Show all posts
1116# cguct1970

Saya doakan Kak Ct cepat sembuh apatah lagi ramdhan menjelang tiba.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 09:17 AM | Show all posts
kak CT..
moga cepat sembuh... sy pon penah kena gak conjunvitis tu tahun lepas.
2 minggu mc. gi klinik, derang kata sakit mata biasa..bila apply eye drop lg teruk. terus bengkak dan mata putih tukar kaler merah mcm berdarah..
pastu refer kat specialist. dia boh ntah apa ntah, warna kuning kat mata tu dan beri ointment utk sapu dlm mata... lps 2 hari sy gi sabah naik gunung...
risau gak kan hajat nak tawan puncak tak kesampaian.
alhamdulillah, sampai sana terus baik... mgkn udara yg segar tu membantu penyembuhan yg lebih cepat dan efektif...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 09:18 AM | Show all posts
1116# cguct1970
semoga cepat sembuh ya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2009 09:21 AM | Show all posts
pagi tadi dgr kat radio, kerajaan nak isytihar darurat jika H1N1 cecah tahap 2.
sy nak tau lah..apa yg mereka nak buat jika darurat kesihatan diumumkan..adakah antaranya sekolah akan ditutup?
anak ofis mate dua org sekali kena. tp spital suruh bawa balik  dan kena berulang ke hospital setiap hari utk pemantauan.
ofis mate pon ada sorang kena kuarantin kat rumah...

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 10:21 AM | Show all posts
ang yg saya baca dlm berita pagi tadi, kalau darurat maka sekolah2 ditutup dan semua program awam mcm sambutan merdeka etc dibatalkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2009 10:39 AM | Show all posts
Kes anggreik dan naz mmg sama dengan akak..hahaha..
TQ lah kawan2 atas doa kalian tu...Alhamdulillah.
akak skg risau dan doa banyak2 supaya anak akak yang 1st tak kena...
sebab dia tenagh trial PMR skg.....

huhu, sabarrrrr.....akak dengar cerita, pusat membeli belah kat melaka lenggang..
orang duduk umah..takut H1N1 katanya....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 10:42 AM | Show all posts
anak2 sy tak kena plak jangkitan tu...dia cuma attack mata sy jer...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 10:59 AM | Show all posts
Anggrik, pandai kuman tu memilih kan....?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 11:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by Sunor at 18-8-2009 14:58

----edited-----
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 12:06 PM | Show all posts
1132# Sunor


Darurat ni ada pro dan kontranyer...kalau darurat..abihlaaaa...
habangku takan dapat cuti walaupun raya....
skg ni pon derang stnby jewk......

peliks kan, kenapa bab i tu tak di bunuh ?
n...kenapa ramai orang kita yang kena?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 12:19 PM | Show all posts
1133# cguct1970


Saya rasa memang kita yang ada anak anak ni..dah patut mendaruratkan diri sendiri...sebab nak tunggu Menteri umum ntah bila...nak tunggu ramai lagi mati kot..

Kita yang ada family ni.... elakkan kawasan ramai orang.....tak yah pergi le sambutan merdeka tu.....kalau ada jom heboh ke...karnival sue rasa ke....pesta apa ke....pekan sehari ke..pasar malam.....tak yah pergi......jangan ambil risiko...

sebab taraf layanan rakyat yang kena H1N1 ni tak sama kalau golongan VIP yang kena....tak boleh nak kata la kan sebab kena ikut taraf KeVIPan mereka tu...sebab depa ni la kot dikatakan yang banyak memacu EKONOMI negara yang berjuta juta...rakyat ni sekadar beli barang 3 4 ratus sebulan apalah sangat....jadi tahi gigi je sumbangan rakyat ni...

kesian gak la kat abang abang polis kalau darurat...tapi lagi kesian kat doktor, jururawat, medical assistant, attendan, driver ambulan, pak guard hospital.......sebab depa ni front line  menghadapai H1N1 aka selsema babi ni....lagi saya kesian kat  doktor, jururawat, penghantar makanan yang deal secara langsung di wad kuarantin H1N1..risiko nak dijangkiti LEBIH TINGGI  tu...kan ada kes doktor yang merawat H1N1 kena...doktor yg rawat isteri Tengku Muda Pahang...di HTAR KLANG ada gak doktor yang kena...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 12:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by khairimhd at 18-8-2009 12:36

Isu kenapa melayu ramai kena H1N1?

Sebab kat malaysia ni ramai Melayu....maka tu yang nampak melayu ramai kena...kalau kat mexico ke, china ke, taiwan ke...sure melayu paling sikit kena sebab kat sana melayu sangat sikit.... saya rasa virus ni serang tak kira bangsa dah..janji sesiapa yang terdedah kat virus ni sure kena lah!

detail info pasal H1N1 boleh check kat sini  http://en.wikipedia.org/wiki/Swine_influenza


Kat Malaysia ni terus terang cakap la....banyak benda  POLITIK TAK TENTU HALA..... dulu ada parti A nak teruskan usaha yang di buat oleh parti B buat kandang babi tertutup....satu konsep - tau tau frozen pig meat je keluar.....alih alih parti B balik bantah sebab sensitiviti orang melayu...tak pelik ke? aik dulu parti B yang nak buat...tapi sebab parti B dibersarakan memerintah  negeri S....parti A nak sambung buat je..tak bagi pulak...

Lepas tu ada kes di Negeri K, parti C tutup pusat sembelihan sebab terlalu dekat dengan penempatan orang melayu....aik..parti B marah lagi...sebab tak fikirkan bangsa lain....loh...tak pening ke kita?

Kalau pesakit AIDS dan pengaih dadah boleh diberi jarum suntikan dan kondom percuma untuk elakkan penyebaran...aik...kita yang sihat ni tak layak ke dapat face mask percuma? Kalau tak bagi percuma pun kira OK la kalau beli dengan harga kos iaitu 30sen ke 40 sen sekeping....sebab sekarang rege paling kurang pun dah jadi rm1.

Ada orang nak tolong bangsa sendiri pun marah..tak tolong pun marah...semuanya serba salah....kui kui kui..dah jadi mcm lagu la plak ye...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 12:37 PM | Show all posts
kak ct... moga cepat sembuh. mmg diakui servis spital tuk check mmg slow banget coz dah ader experience masa bawak mak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2009 12:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by khairimhd at 18-8-2009 12:52

1136# MMISS

Memang diakui servis di hospital dan klinik kerajaan slow berbanding dengan private klinik... meh saya yang ada info sikit pasal hal ni share dgn kengkawan di sini..

Kenapa klinik dan hospital kerajaan slow?
Pesakit terlalu ramai...terutama kes pesakit luar...biasa yang akan diberi kad zon hijau....nak cepat kena dapatkan zon kuning-separa kecemasan atau zon merah - kecemasan dan kritikal..... pengkelasan diberikan oleh doktor atau MA di hospital.

Kenapa pesakit terlalu ramai?
Sebab bayar MURAH! Hanya seringgit.....kalau diklinik atau hospital swasta mahal....kurang kurang RM15...lepas tu kalau doktor private pulak..senang je akan layan anda...lepas tu masukkan anda di wad depa...sebab? duit la...lepas tu doktor yang rekemen anda masuk wad ..dapat komisyen lagi.....lepas tu anda boleh order nak mcm mcm ubat..sebab? depa masuk je dalam bil...

Abih tu yang buat polisi rawatan diberi 30minit kenapa?
Bukan doktor2 yang buat polisi tu..yang buat tu Menteri....sebab? senang je, nak tackle undi...sebab realitinya memang susah nak meet the 30min tu....cuba pergi ke HTAR ada depa tampal the reason why tak dapat achieve 30 min tu...lepas tu siap ada artikel dgn tajuk 'WE DON'T TOLERATE RUDE PATIENT' ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 12:57 PM | Show all posts
wahhh...rindu tol nak baca posting lantang tan sri kita nih...
welcome back bro...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 01:05 PM | Show all posts
@cikguct
semoga cepat sembuh ... banyakkan berehat yer

@khairi
politk nih memang mnyesakkan kepala, bila mana kita jadi mangsanya

@para
betullah , kat area umah saya pun susah banget nk cari vitamin C .. epal hijau pun asyik sold out jer ..

------------
alhamdulillah, akhirnya adinda saya selamat menjadi isteri org ari ahad lepas (sama ari ngan akil hay+waheeda)... majlis ala2 private function sahaja .. yg terharunya, wpun mak jemput adik berdaik dia pada khamis, semuanya datang (10 org) ... kira macam family gathering jugak lah ...

lepas kenduri, macam biasalah sok sek sok sek berbunyi .. ini kerana tiada wang hantaran .. bukan kami tak nak (wahai org2 yg berkata), tp mak tegas dengan pendirian laksanakan yg wajib sebelum yg tak elok berlaku .. tau2lah remaja skrg, cinta itu buta ...

insya-allah akan dibuat majlis bersanding bulan oktober/november nnt.. akan dipanjangkan pada rakan2 forummers, insya-allah

last but not least, jaga kesihatan semua ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 01:07 PM | Show all posts
1138# anggerikrimba

Ang..

Ni macam Ayah dan anak-anak la....ayah nasihat anak mcm mcm style...pujuk....belai..tetapi tu kekadang bila anak degil...perlu gak herdik...sekali sekala rotan.... adakah bila anak diherdik dirotan itu tanda Ayah dan tak sayang anak?  mcm tu la analoginye....

Ni ha dari berita harian.. gelombang reformasi ke 2 virus H1N1 pada oktober ni...seriau gak bila baca..sifat lemau orang Melayu yang paling saya nyampes ialah...ALAAA..ASAL TAK KENA KAT FAMILY KITA DAH LA....satu sikap yang haprak!


Gelombang ke-2 H1N1 OktoberOleh S Anand Kumar
[email protected]Musim tengkujuh dijangka percepat wabak

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin menghadapi gelombang kedua virus Influenza A (H1N1) pada Oktober, November dan Disember ini kerana musim tengkujuh dijangka mempercepatkan penularan wabak itu.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengarahkan kumpulan pakar kesihatan kementerian melakukan pemantauan rapi dari semasa ke semasa.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya bimbang virus berkenaan akan merebak dengan serius pada musim tengkujuh kerana hujan berterusan memudahkan orang ramai, terutama kanak-kanak mendapat selesema.

"Kita khuatir komplikasi (selesema) itu kemudian akan bercampur dengan virus H1N1. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) beberapa hari lalu juga sudah mengingatkan semua negara supaya mengambil langkah sewajarnya bagi menghadapi gelombang kedua H1N1.

"Kita memantau keadaan H1N1 secara serius. Jika kita kesan berlaku gelombang kedua, kementerian akan membuat pengumuman awal supaya rakyat dapat mengambil langkah berjaga-jaga," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Penjagaan Kesihatan Asia 2009 di sini, semalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.052980 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list