|
Fasha Berperang Dengan Tiz Zaqyah di Twitter?
10 JUN 2010: Murai Batu pun terkejut bila dapat tahu ni. Sebab setahu Murai Batu, hubungan Fasha Sandha dengan Tiz Zaqyah memang cukup baik sebelum ni. Nak-nak lagi, mereka pernah digandingkan bersama dalam drama bersiri 13 episod, Spa Qistina yang dulunya ditayangkan menerusi Astro Box Office Movies Tayangan Hebat, Saluran 953 sepanjang April yang lalu.
Tup-tup sekarang ni, sekarang ni mereka dikatakan berseteru pulak. Yang tak sedapnya tu pulak, mereka dikatakan berseteru di laman twitter. Puncanya pulak pasal lelaki bernama Jejai yang jugak bekas suami kepada aktres Nora Danish. Tentu korang nak tahu apa kena-mengena Jejai dengan perseteruan Fasha dengan Tiz Zaqyahkan?
Apa yang Murai Batu dapat tahu Fasha khabarnya tak puas hati sebab Tiz dalam diam-diam ada menghantar sms kepada Jejai untuk mengajak boyfriend Fasha ni keluar. Jejai pulak dah buat pengakuan pasal sms yang dihantar Tiz kepadanya itu.
Apa lagi, Fasha bengang dan mengamuk dengan Tiz. Sebab, selama ini dia cukup baikd engan Tiz. Tapi dalam diam dia tak sangka yang Tiz nak rampas boyfriendnya. So, Fasha pun bagilah amaran pada Tiz supaya tak mengacau lagi teman lelakinya itu.
Semuanya ini diluahkan di dalam akaun twitter miliknya dan walaupun dia tidak menyebut nama gadis yang mengacau bfnya itu sebagai Tiz Zaqyah, namun ramai yang dapat tahu bahawa memang Tiz Zaqyahlah yang dimaksudkan oleh Fasha.
Lebih-lebih lagi Fasha meyebut dia (Tiz) mahu merampas Fizz Fairuz daripada Almy. Kebetulan Tiz memang sudah beberapa kali berlakon sama dengan BF Almy itu.
Tidak cukup dengan itu, Tiz Zaqyah pun turut membalas serangan Fasha itu di dalam akaun twitternya. Namun, ianya hanya dapat dibaca oleh segelintir orang saja khususnya pengikut twitternya.
MURAIBATU: Dengar kata ada seorang lagi aktres wanita tak puas hati dengan Fasha Sandha. Sebab apa ek?
|
|