|
[SERAM HOTEL]kisah seram di hotel (dalam dan luar negara)
[Copy link]
|
|
hehehenasib tak langgar.
situ dulu memalam memang sunyi.
terserempak dengan cik ponti tu dh jadi makanan kami dah
|
|
|
|
|
|
|
|
ooh baru tau...kwn duk sana x habaq apa2 pun
tp kalau ada story lg share lah kat sini, seronok baca
|
|
|
|
|
|
|
|
even bnang ni dah lama..leh x citer experience aku kt cni ..berlaku dlm bulan mac tahun ni...aku dok kt hotel b##v### kat kuah..
masa tu xdela lewat dlm dekat kul 11..aku lak gi sblm LIMA...so xramai org
jumpa mcm mak arab..dia bertembung ngan aku n anak yg otw balik bilik..
bilik kitorang hujung dunia..
mak arab aku tgk pakai baju jubah serba hitam..n dari pagi mmg kelibat arabian je ramai hotel tu
yg menakutkan bila anak aku tegur..`pa apasal org tu macam terbang`.anak aku maksudkan mak arab tu..lepas kitorang berselisih..aku terus tarik tangan dia utk sampai ke bilik secepat mgkn sbb dah terasa xsdp hati...
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas tu, ada sambungan x?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by msamyrazi at 5-9-2017 04:15 PM
i pun ada cerita gak pasal pengalaman seram (bagi i) kat genting highland, tapi tak ingat tahun bila . rasanya kat awana resort kot. masa tu ada event yg ofis i anjurkan . so sbg salah seorang urus setia i dapat sebilik ngan my bff . masa nak masuk bilik tu pun sudah suwey . nak bukak pintu bilik tu punya payah terkial2 kami dok terpusing2 kunci tp still tak boleh bukak. pas tu dah geram gamak nye my bff pun cakap : oii kitaorg nak masuk nie (minah nie hati kering) lepas jer dia cakap gitu terus boleh buka pintu tu.
lepas abis event tu dlm 11++ pm gitu , i with my bff pun nak naik bilik. tapi sepanjang otw nk ke bilik hati i mmg rasa tak sedap . lepas masuk bilik tu i pun borak2 ngan bff i tu . dlam pukul 12 lebih kitaorg decide nk tido pasal esok nk kena bangun awal . tiba2 i terjaga dlam pukul 3 pagi gitu ( sebab mmg habit i if terjaga i akan tengok jam) i tengok sebelah kiri i bff i dok tido lena . tah macam mana hati i nie tergerak nak tengok sliding door kat belakang katil yg bff i tido tu. guess what i nampak mcm ada kelibat org lalu kat balkoni. masa tu i tak de terpikir hantu ke apa. more to takut org ye lah karang di apa2 kitaorg . haru jadinya . pastu i mcm ckp to my self perasaan i jer kot . beberapa mint lepas tu , i dengar mcm bunyi tik2 kat cermin sliding door . masa tu i kejung atas katil . nak kejut member i tak berani. last2 i selubung satu badan dan before i tertido i dengar mcm2 bunyi dlm bilik tu.
i paksa jugak my self tido , akhirnya boleh jugak tido . tp pg tu i jadi panda ye lah i tak cukup tido . pagi tu masa event berlangsung . my bff tu story kat i tp dlm nada berbisik . dia ckp malam tu sebenarnya dia pun tak leh tido gak sebab dia nampak kat sliding door (masa i dengar bunyi tik2 tu) ada mcm cik ponti kat situ , tp dia tak ckp ngan i sebab dia risau kalau i nie takut. last2 kami amik keputusan nk tuka bilik , nasib baik dapat .
no bilik 955 if tak silap . aura dlam bilik tu menyeramkan . so skang nie if i kena kursus/bercuti kat mana2 hotel i akan pastikan yg i bawak portable speaker yg boleh cucuk usb tu. so dlm usb i transfer ayat2 al quran 30 juzuk. dan i akan pasang bermula dari lepas magrib sampai lah pagi . dan i akan make sure bilik hotel tu terang benderang kalau masuk lepas habis event /kursus waktu malam .
|
|
|
|
|
|
|
|
hotel genting yea?
me pun a few years ago check in dekat first world genting, tingkat 35 sebab bawa kids. tak ingat la no bilik berapa tapi paling hujung la. 2nd last gitu. tak ingat pukul berapa, bilik sebelah ni dukla main switch lampu tu...kejap bukak, kejap tutup, kejap bukak, kejap tutup..pastu main tv plak, kejap dengar suara tv, lepas tu diam plak..lepas tu ada balik suara tv,then diam balik...nk tido pun tak senang sbb switch on/off lampu tu betul2 dekat kepala katil. dalam mamai nak tido tu, me merungut la...apa hal la ni main on/off lampu ni? tak pernah check in hotel ke? pastu terlelap...esoknya suami terus pesan, sebelum tido, pasang ayat al-quran...
malam tu pasang la ayat quran thru hp...lena sampai ke pagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
ha ah, duduk atas pokok.
kainnya memang kena kete kami.
dia ala2 duduk atas buaian gitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
haah , tp cerita dh lama masa tu i pun baru2 keje . tp bab2 pasang al quran nie mmg dh jadi habit i pun . even kat dlam bilik i pun i pasang sebab ada kes pernah jadi dlam bilik i tu(pernah cerita tp tak ingat dlm benang mana) . if nak cerita kat sini takut momod marah lak kang pasal ot.
|
|
|
|
|
|
|
|
aigoooo
dia main juntai2 kaki
mujo la korang ramai
|
|
|
|
|
|
|
|
itulah, bila ramai2, last sekali ketawa mengekek kita orang.
abang aku memang, suka ukur jalan waktu malam.
cuma kalau pocong, abang aku yang selalu jumpa.
sebab dorang suka mancing waktu malam.
pocong banyak lepak pantai.
tapi, budak2 sana lebih hantu dari hantu
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chikumanis at 5-9-2017 04:05 PM
beklog benang ni, terbaca part hotel dekat langkawi tu..aku pun tergelak la gak time "dia" menyakat tu..siap main cak2 bagai kan..
aku pernah stay dekat hotel langkasuka (lama dah, x ingat tahun berapa). masa tu belum ada wisma apa ntah yg femes sekarang ni. masa tu pun pekan kuah x sehappening sekarang ni. aku dari langkasuka menapak ke pekan kuah sebab kazen aku bkenan 1 beg ni cumanya dia x sempat nk beli petang tu masa naik van. aku, adik n kazen menapak la dr hotel ke pekan kuah. siap kitaorg jalan lagi dekat shoplot idaman tu masa nak pergi ke pekan. balik tu, kiteorg main kejar2 kat tengah jalan. bhenti kat kedai beger, beli beger...lepak luar hotel makan beger. pastu naik kat bilik. esoknya kazen aku demam. kata arwah nenek, ada benda ikut kiteorg balik, elok je dia duduk dekat kerusi rotan ngadap kazen tido..tu yg agaknya dia terdemam sebab ternampak..aku n adik aku ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penah stay 1 hotel dekat Kl*ng. Dpt tingkat 12, bilik paling hujung. Depan bilik i dinding. Takde bilik. Dari i check in sampai lah i check out (stay 3D 2N), memang tak sedap hati. Tapi i takde pilihan, nak tukar bilik tak boleh sebab fully book katanya. So hadap aje lah. I masuk aje, bau karpet lama aje dah buat i tak syok, then bilik air basah. Mcm ada org baru lepas mandi. Sangka baik, housekeeping baru lepas siapkan bilik i. Then masa solat rasa diperhatikan. Honestly rasa tak sedap hati betul. Sementara nak tunggu lunch, i tertidur. I terjaga tengok telekung i dah terkirai. Ok dah dup dap teruk sebab tak boleh nak sangka baik dahhhh. Then tgh2 malam, dengar org bergaduh betul2 depan bilik i. I call recep mintak tolong tengok, kejap lagi ada bellboy datang bagitahu takde apa2 tp i perasan muka dia agak cuak. Helok aje budak tu pegi, suara bergaduh datang lagi. Lagi kuat. Bila i amat2, rupanya dua 'ekor' tu marahkan i sebab mengadu. Alamakkkk masa menaip ni bulu roma i meremang pulak uols. So i kuatkan semangat, i pekakkan telinga, bukak mp3 yaasin & i baca sekali sampai i tertidur. Subuh tu i terjaga dalam pukul 5 sebab alarm berbunyi, toilet basah mcm pagi i check in tu. Siap toiletries i beralih bersepah atas counter top tu. Kejadian ni berulang sampailah i nak check out. I tak percaya i boleh watlek watpis. Memang spooky lah. Toilet dekat lobby sunyi & eerie gitu.... |
|
|
|
|
|
|
|
`depa` marah lah tu kat u sebab gi report . apa nama hotel tu ? tp `depa tak de menunjukkan diri depa kan kat u ?
|
|
|
|
|
|
|
|
msamyrazi replied at 7-9-2017 08:34 AM
`depa` marah lah tu kat u sebab gi report . apa nama hotel tu ? tp `depa tak de menunjukkan diri d ...
Hotel crown dot dot dot u. Takde penampakan tapi meremang aje bulu roma. Rasa diperhatikan. Serik betullah i. |
|
|
|
|
|
|
|
So far I takda pengalaman buruk, cuma I ada pernah check in kat satu hotel di pantai timur , masuk2 jer dah boleh rasa aura seram. Masuk bilik air dia, terus meremang bulu roma. Tak sampai setengah jam I check out cari hotel lain. Nasir baik ada bilik. Mujur jugak tak kena charge, macam tau2 jer hotel staff tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Awal tahun tuari aku ade ikut suami pegi family day company dia kat melaka. Kitorang stay kat 1 resort ni. Cerita aku ni aku xtau la kategori apa sebab aku tak pasti apa yang aku alami malam tu.
Kitorang stay 1 malam je. Hotel tu ada beberapa tingkat. Aku tak pasti berapa. Aku dapat bilik bawah selang 3,4 bilik ngan receptionist. Malam tu tido ok la macam biasa. Pastu aku terjaga pukul 3 pagi. Aku dengar bunyi pompuan mengilai. Macam tipikal cikpon dalam filem2 horror melayu. Pastu terdengar sayup2 suara lelaki tengah menjerit2 marah. Aku dah fikir bukan2. Xde lain dah aku fikir. Kalau bukan cikpon, takkan la kekakak receptionist yang mengilai2. Gila apa? Tak takut kena komplen ngan cust ke bising memalam? Laki aku dah tido mati. Tanya dia esoknya kompem la cakap x dengar pape.
Tu jela. Sampai skarang la aku tak tau ape yg mengilai tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|