CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Innrukia

AKASIA: TEMAN LELAKI UPAHAN (TLU) - SPICE VI - SOULMATE FOREVER

 Close [Copy link]
Post time 10-4-2015 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
sitilemon2 replied at 10-4-2015 11:00 AM
boleh tak sesapa explain..

kenapa kyra tak bitau jek yg dia dh tau EL anak org kaya... Kenapa mst ...

1.Kyra dah tau siapa EL yg sebenarnya kat hospital. Plus dia dgr EL ckp  yg dia akan kawin dgn zara if anythg happen.
2.Dia rasa malu sbb selama ni pandang rendah pada EL.
3. Kyra kecewa dan marah pd EL sebab tak transparent pasal diri dia... sedangkan EL beriya2 marah sgt bila kyra hilang pegi cari mak dia.. kyra dah cerita semuanya apa jd pd famili.. takde juga selindung2 pasal fareez..

So she made up her mind to cancel evrythg. But 1st dia dptkan consent dari family/his dad,  which they agree utk ikutkan shj keputusan kyra. Pd saat itu she realized dia dah dpt semula famili dia..her mummy daddy step mom.. and dia pun tau dia ada good friends like haidar n fareez... and she also thinks EL ada  byk peluang utk terus terang tapi he did not. So.. atas sebab2 ini semua la.. kyra just made her decision, cancel everythg,  move on and tak payah nak cakap2 or tanya2 apa dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2015 11:58 AM | Show all posts
willow12 replied at 10-4-2015 11:50 AM
1.Kyra dah tau siapa EL yg sebenarnya kat hospital. Plus dia dgr EL ckp  yg dia akan kawin dgn zar ...

Sudah NikahElizad terpaksa merahsiakan kebenaran atas permintaan bapa
09 April 2015 1:53 PM








0 0 Google +0






Andai diamati secara kasar dan menyeluruh, boleh dikatakan segala persiapan perkahwinan sudah dilengkapkan dengan bantuan ahli keluarganya selain Elizad sendiri. Dari aspek baju kahwin, pelamin, katering, cenderamata, jurugambar dan pelbagai macam lagilah, segalanya sudah tersedia, cuma tunggu majlis resepsi berlangsung sahaja pada Sabtu ini.

Sibuk menjalani penggambaran drama selaku aktres yang semakin mencipta populariti, Elizad sebenarnya akui gelabah menjelang hari bahagianya kerana jadual yang terlalu padat, sehingga dia merasakan banyak urusan yang belum diselesaikannya.
Mengadakan sesi fotografi bersama pemegang watak Kyra Lydia dalam siri popular berkenaan di sebuah butik pakaian yang baru dilancarkan baru-baru ini, gaun labuh berona kuning yang digayakannya tampak cocok dengan tubuh langsing yang dimilikinya.







Bak gaya seorang peragawati, Elizad hanya menggunakan satu sudut di bahagian tangga untuk menjayakan sesi fotografi tersebut yang diaturkan seminggu lalu. Tidak banyak menggerakkan tubuhnya yang mempunyai potongan menarik itu, gaya yang ditampilkan menerusi gerakan minimum tersebut cukup menghasilkan pesona wajah yang manis dan anggun.
Hadir seorang diri memandu kenderaan pacuan empat roda ke lokasi tersebut mengharungi kesesakan lalu lintas selain menghadapi masalah mendapatkan tempat letak kenderaan, gadis tinggi lampai itu tetap ceria, baik dari raut wajahnya yang sentiasa melemparkan senyuman, mahupun gelagatnya yang sedikit aktif, sekali gus menyerlahkan sisi lasak seorang wanita.

Memulakan ceritanya yang gemuruh menanti hari yang bakal mencipta sejarah tersendiri itu, akibat terlalu sibuk dengan kerjaya seninya, kadang-kadang lupa dengan persiapan ke jenjang pelamin.
“Apabila termenung, mulalah dok fikir benda atau perkara yang rasa macam tak lengkap. Macam ada saja tak kena walaupun hal yang saya risaukan itu telah diuruskan ahli keluarga.

“Dalam kesibukan berlakon, saya tidak boleh fokus untuk mengingati perkara yang sudah atau belum dilaksanakan. Walaupun ada senarai yang perlu dibuat, ada masanya, saya lupa untuk menandakan sama urusan itu sudah selesai atau belum.
“Rasa macam berserabut pun ya juga. Sedangkan pada hari-hari biasa tiada pun masalah sebegini timbul, asyik lupa sahaja. Mungkin darah gemuruh saya semakin menjadi-jadi apabila detik dan saat itu semakin menghampiri,” jelas Elizad menceritakan pengalamannya kepada Hits pada 27 Mac lalu.

Menyentuh sedikit perangainya yang kelam-kabut itu, dia bukanlah berhasrat untuk memandang ringan dan enteng hal perkahwinan yang dianggap sebagai peristiwa besar dan penting dalam setiap hidup manusia.
Cuma katanya, hidupnya sebelum dikenalkan dengan Shamsul tidaklah serumit seperti sekarang kerana lebih gemar duduk di rumah jika tidak ada apa-apa aktiviti seni sama ada lakonan mahupun peragaan.

“Dahulu, kalau habis kerja, terus balik ke rumah berborak bersama ahli keluarga yang lain. Sebab itulah jodoh saya lambat sampai agaknya. Ini pun saya mengenali bakal suami menerusi abang saya yang berkongsi minat sama dengannya.
“Jadi, apabila dah berpasangan, sedikit sebanyak saya terpaksa ikut jadual teman lelaki yang boleh dikatakan agak sibuk juga, Bagaimanapun, saya sukakan caranya membahagikan masa. Sesibuk mana pun Shamsul, dia akan cuba meluangkan masa bersama individu-individu yang penting dalam hidupnya,” ujar Elizad memuji pasangannya.

Hikmah tidak popular
Pengabdian jiwanya terhadap dunia seni lakon bukanlah sesuatu yang baharu. Dibimbing oleh aktor Datuk Rosyam ketika sama-sama membintangi filem artistik Berlari Ke Langit kira-kira 11 tahun lalu, graf lakonan wanita ini amatlah memberangsangkan.

Menyahkan isu populariti di awal kemunculannya, Elizad beranggapan dunia glamor bukanlah sesuatu yang menjanjikan kesenangan pada masa akan datang, sebaliknya lebih kepada memantapkan ilmu dan pemahaman seni untuk bekalan di masa hadapan.
“Mungkin ada hikmahnya apabila kehadiran saya dalam industri seni seakan-akan tidak wujud walaupun banyak drama dan filem telah dibintangi. Jika ketika itu populariti menyelubungi diri saya, pasti tiada masa untuk meluangkan masa bersama arwah ibu. Tidak sempat menjaga makan minumnya serta tidak berpeluang mengambil tahu akan kesakitannya.

“Syukurlah, tanpa semua itu, saya diberi kesempatan sentiasa dekat dengan ibu untuk mendampinginya. Walau jasa ibu mengandungkan anaknya, lalu mendidik serta membesarkan zuriat menjadi insan berguna, sekurang-kurangnya saya sebagai anak diberi masa untuk mencurahkan bakti sebelum dia pergi meninggalkan kami sekeluarga pada 2011 akibat penyakit Parkinson,” hujahnya yang mula merasai nikmat populariti atas kejayaan lakonan menerusi Teman Lelaki Upahan.
Mengulas mengenai gaya lakonannya yang dikatakan sangat relaks, Elizad memberitahu bahawa teknik sebegitu yang kelihatan minimum lebih mudah untuk menjiwai watak yang diberikan.

Dahulu, menurut heroin filem Rock itu, gaya lakonannya yang seperti acuh tidak acuh itu mengundang persepsi tidak baik dalam kalangan penggiat industri mahupun maklum balas penonton.
Bagaimanapun hari ini, Elizad bangga melihat kemajuan dalam bidang lakonan yang telah berganjak dari satu takuk lama ke arah satu tahap berbeza untuk cuba mendapatkan impak pelbagai terhadap emosi dan pergerakan bahasa tubuh.

“Kemajuan yang saya maksudkan bukanlah dari aspek mesin berteknologi tinggi atau peralatan canggih tetapi cukuplah apabila minda kita diberi peluang untuk mentafsir secara lebih rasional, bukannya dipengaruhi emosional,” kata Elizad menyimpul katanya pada petang yang sedikit berbahang itu.
Bukan tua tetapi matang

Masih bercerita mengenai Shamsul yang merupakan kakitangan di sebuah syarikat permotoran Harley Davidson di Petaling Jaya, Selangor, lelaki itu walaupun 12 tahun lebih berusia daripadanya, ia tidak menjadi satu masalah.
“Ramai orang kata saya pilih lelaki tua sebagai calon suami. Tetapi saya punya pendirian, Shamsul tidak tua, tetapi seorang lelaki matang yang tahu hala tuju kehidupannya.

“Meskipun berstatus duda dan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu, saya tidak menganggapnya sebagai satu beban menjaga zuriat yang bukan darah daging saya, malah bersyukur kerana diberi peluang menempuhi pengalaman bergelar seorang ibu walaupun bukan anak sendiri.
“Saya menganggap, meluangkan masa bersama anak-anak Shamsul sebagai persediaan untuk menjadi isteri dan juga ibu suatu hari nanti jika dimurahkan rezeki. Ia ibarat kursus praktikal sebelum mempunyai anak kandung sendiri dan berasakan sangat bertuah kerana tidak semua isteri diberi kesempatan mendidik kanak-kanak sebelum memiliki anak sendiri,” jelas Elizad menyatakan pendirian dan pandangan peribadinya.

Berbicara mengenai sikap pasangannya, sesuatu yang membuatkan pelakon filem Coverina itu tertawan ialah sikap penyabar Shamsul tatkala melayan kerenah kedua-dua anaknya.
Sebagai seorang bapa, Elizad memerhatikan keikhlasan lelaki itu menuruti setiap kehendak darah dagingnya, waima untuk melihat kanak-kanak itu dimarahi bapanya amatlah jarang.

“Dia seorang penyabar dan tidak mudah melenting. Fiil seperti itulah yang membuatkan saya tidak menilai rupa mahupun usia, sebaliknya kemuliaan dan sikap baik hatinya. Paling penting, sebagai seorang Islam, dia tahu akan tanggungjawabnya, lebih-lebih lagi, suami perlu menjadi nakhoda membimbing isterinya untuk mengemudi bahtera rumah tangga,” tutur gadis yang sekian lama bermastautin di Kuala Lumpur itu.
Memohon kepada peminat-peminat dan sesiapa jua yang mengenalinya mendoakan kebahagiaannya, pada masa yang sama Elizad mahu agar warna-warni kanvas seninya tidak malap atau pudar selepas berumah tangga.

Lagipun, bakal suaminya sedikit pun tidak mencampuri urusan kerjaya, tetapi selalu berpesan supaya ingat akan batasan masing-masing dalam pergaulan seharian.




Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 12:20 PM | Show all posts
hello soulmates semua. masih meriah restoran spice ni nampaknya. masih tak berganjak ye.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 12:21 PM | Show all posts
eazy replied at 9-4-2015 10:54 PM
gamba bang mael sangat laku sekarang...bahahhaha

most eligible bachelor in town...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
solaris80 replied at 10-4-2015 03:19 AM
suke gile hihihi
tuan director @azmaaizalyusoof boleh tgk2 kot get some idea yg we all suka

Iols rasa mcm terlalu padat, tak sempat sequel kena buat episod slot samarinda

Tapi yg penting flashback el pujuk kyra sblm kawen kena ada
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 12:42 PM | Show all posts
iematulrizal replied at 10-4-2015 11:18 AM
i ols da 2 ari x tgk TLU ni...
klu x ebliday akan tgk/dgr smbil wat keje hakiki...

OKAYYYY NAH!


#Throwback number 23 dari episode 7
Kyra baru sampai ofis dan EL dah sejam tunggu kyra kat dalam ofis.

Adele: EL dah tunggu you kat dalam.
Kyra: Ahmmm, Lama?
Adele: Adalah dalam... sejam.
Kyra: (garu telinga) okay, you dah siapkan file?
Adele: Dah. Kat dalam.
Kyra: Thank you.
Adele: hmm hmm

Kyra masuk dalam ofis.
EL sedang bersenang lenang kat sofa pink sambil baca magazine. Bila dengar ada orang masuk dia melenggak kepala (tanpa pusing badan).

EL: ah ya, masuk.
Kyra: Awal balik?
EL: eh.
Kyra: dah habis honeymoon?

(EL alih kedudukan kat sofa tu sambil mengadap meja kerja Kyra)

EL: ha ha. Jeles ke?
Kyra: No... I cuma tanya.
EL: ya, well... Sometimes bila orang tu tanya pun kita tau, kita dah dapat rasa yang orang tu mungkin macam eh, dia pegi mana yek? (merapu)
Kyra letak satu dokumen.
Kyra: okay baca.
EL: kenapa i kena baca?
Kyra: Senang bila Datuk Azham tanya apa-apa, you dah boleh jawab.


EL: (tengok dokumen tu dari jauh) Oh tu profile u? Macam menu restoren tomyam. Okay, okay ekcili i memang nak tahu pun pasal you, and we need to get to know each other. First thing first. Ni i ada satu soalan cepu emas.

(Kyra tak bagi reaction langsung. EL macam cakap sorang sorang)

EL: HELLO? (sambil petik jari. Kyra tengok dia.) Hai, hai. okay haai.
(Kyra tengok balik keje dia)
EL: aaaa okay. Aaa kenapa you panggil ur dad Datuk Azham ye? I mean dah macam... tak logik pada I. aaa sepatutnya you panggil your dad like...
Kyra: Okay, u tak perlu tahu. ok?
EL: You know? papa? pappy, no?
(Kyra diam and sambung buat keje)

EL: Okay. Tak nak share tak per. (Paused) okay, ahmmm... I nak... u know... dia lagi senang kalau kiter you know... mengenali secara verbal saja. Tak yah nak baca baca neh. Leceh lah. And... you know... I nak tahu pasal you social network, you punya family, you punya love life. KALAU ADA. Ah... you know everything yang... (paused) miserable ni.

Kyra: Okay, boleh tak kalau you baca je? Then you akan tahu semua pasal I. And lagi satu, life I bukan macam yang YOU sangka, ok?. I akan create background pasal you sebab apa... you owner restoren. And you tak der masa depan. So Datuk Azham takkan terima you. You bukan level I. So boleh tak kalau you ikut je apa yang I nak, I suruh. Senang.

EL: (mencebik sikit) Tak der masa depan? (EL bangun dan selok dua2 belah poket belakang suar dia) Okay, okay, okay.

(EL berjalan ke hujung sudut ofis Kyra.)

EL: You tak nak cakap tak per. I boleh cari sendiri je. (dia berenti kat satu sudut yang ada a few things kat satu meja kecil di situ)

EL: OH. you suka main bowling? Of all? Bowling? Really? Okay. Hmmmph tapi gambar you pun satu je kan?

(Kyra tengok EL. Dia mula realise EL sedang 'baca' dia melalui benda benda yang ada dalam bilik tu. EL tengah buat Diagnosis dan Conclusion dari pemerhatian).

EL: tak der gambar famili. Selalunya, orang success ni... dia banyak tau gambar family dia. You ada satu je. Itu pun you nampak CHUBBY sikit.

(EL berjalan ke sudut lain pulak.)

EL: Kat sini pun... just books. Nothing much. Okay kyra Lydia. (Kyra macam tak selesa). Mungkin you belajar tinggilah sekolah you. Tingkat 6 ke... patblas tingkat ke apa... Tapi you punya penampilan ni tak serasi dengan you punya akal yang cetek tu. Tak kena dengan I. May be you are happy. Maybe you are the COO yang mana kitorang semua tahu pun orang orang tinggi semua banyak masalah, banyak hutang. I restaurant owner jer. tapi i happy buat kerja i because i provide something yang ikhlas untuk semua orang. and I was raised by my family lovingly. u know... kita adik beradik rapat sangat. Semua sayang menyayangi. Tak macam you. You are different. You to me somehow... ialah (EL duduk kat buaian gantung di sudut bilik tu) seorang yang... (paused) sebatang kara.

(EL senyum and pusing buai tu membelakangi kyra)

(Kyra senyap. Affected by his words)

Tiba-tiba Haidar meluru masuk opis kyra

Haidar: Kyra.
Adele: Kyra sorry. I tak sempat.
Kyra: Tak per...

(campak satu buku scrap kat meja Kyra.)
(EL pusing mengadap meja kyra - masih dlm buai)

Haidar: What is this? What are you trying to do? You bagi benda ni dengan Najwa buat apa? Nak rosakkan hubungan kitorang?

Kyra: No, setahu I scrapbook ni last pada you, bukan pada I. I tak der masa lah nak...

(EL dok menyandar sedap dalam buai tengok drama free)

Haidar: Hei you ingat I tak kenal you? You sanggup buat apa saja untuk.. untuk rosakkan ni kan? untuk dapatkan I balik kan. apa ni?

(Adele dok kejar Najwa plak yang meluru masuk)
Adele: Kyra...

(Termuncung muncung EL tengok drama semakin menarik. Kepala dia sekejap teleng kanan sekejap teleng kiri. Scene tengah best lah tu)

Haidar: Kitorang dah kahwin lah. Nak buat apa lagi? (Najwa bisik something kat Haidar)
Haidar: Aper?
Najwa: Najwa yang jumpa buku tu. Najwa mintak maaf.

(Haidar terdiam)
(EL dah pusing buai supaya membelakangi meja Kyra)

Kyra: Okay, boleh tak kalau nak gaduh suami isteri kat luar boleh? ok? (Kyra tengok screen computer dia. Bila tak der yang gerak keluar dari bilik dia, dia bersuara lagi) Okay thank you Haidar, thank you Najwa...

Najwa: Jom lah.
Haidar: i'm sorry Kyra...
Kyra: No It's okay.
Haidar: (low voice to Najwa) Kenapa tak cakap semalam...
(diorang keluar)

(walaupun membelakangi scene tu, EL mengintai dari celah-celah lobang buaian tu dengan muka curious)

Kyra: EL you boleh balik sekarang.
(Bila terdengar pintu ditutup, EL buat music seram (ala-ala xfiles pun ada hahaha)  and pusing pelan pelan mengadap Kyra)

Kyra: Please EL! BALIK!
EL: Ayoyoyoi! (suara ala-ala benggali singh) Apa juga sudah jadi? Aku sini juga kesian sama kau.

EL: (suara normal) Teruk kena marah? Gaduh eh? Tu kira gaduh lah kan? Bukan gaduh la kan. Campak campak buku. Buku apa tu? (bangun dan pegi ke meja Kyra dengan tangan masuk dalam poket belakang)

EL: haaaa buku apa ni? (tengok buku tu dan baca) (BISIK KUAT) Kyra, Haidar. Okeh faham! (terus jalan keluar dari bilik tu).

Kyra amik buku tu and baling ke depan (#throwforward! bukan #Throwback. hahahha)


habesssssssssssssss #throwback number 23 dari episode 7.
daaaaaaaaaaaaa




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2015 01:28 PM | Show all posts
hafizadam replied at 10-4-2015 12:41 AM
hmm tak menghairankan langsung melihat pada trend best-selling novel dan juga drama Melayu memang  ...

pandangan yang bernas..
kita sebagai penonton mempunyai pelbagai pendapat,
mgkin pada pandangan kita sesuatu karya tu hebat tetapi
tidak pada org lain..

dan setuju bila awk cakap kena pecahkn kategori suka tu mcmana..
ada org suka sbb hero dan heroin cantik, segak, hensem..
ada org suka watak2 dlm sesuatu karya secara keseluruhan,
ada org suka jalan cerita..
ada org suka sebab shoot yg cantik..
ada org suka garapan yg kemas oleh pengarah..
dan mcm2 lg..

dan semestinya kita tak boleh paksa org suka apa yg kita suka..
cuma kita boleh berharap, penonton lebih kritis dlm menilai karya,
bukan dlm situasi angan2 semata-mata..
filem/drama yg bermutu boleh mendidik manusia begitu juga sebaliknya
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
jaridompok replied at 10-4-2015 02:06 AM
good one. tp kan.. bukan takat budak2 je yg mcm tu. yg dah tahap kakak-kakak, acik-acik pun kadang ...

Masa abpbh pon si ag kenalkan ejad & mael as kyra & el. Sepatutnya sebut la nama betul dorang.. Kuikuii. Kalau komen kt ig dorang sebolehnya panggil la nama betul dorang.. Sesetengah artis tak suka panggil dorang dgn nama watak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2015 01:49 PM | Show all posts
setokinpurple replied at 10-4-2015 01:31 PM
Masa abpbh pon si ag kenalkan ejad & mael as kyra & el. Sepatutnya sebut la nama betul dorang.. Ku ...

purpose panggil sebab nak relate dengan character rasanya.....so kengkonon gimmick relate to TLU thats why address them as El & Kyra....Iols rasa la... *bbusy gila tetap nak masuk*
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 02:03 PM | Show all posts
bungaros replied at 10-4-2015 12:21 PM
most eligible bachelor in town...hehehe

Alaaaa so kena berebut la lepas ni? Lol
Nak kena tulis nama sebenar and nak berkenalan dgn ungku...ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 02:07 PM | Show all posts
solaris80 replied at 10-4-2015 11:13 AM
you know what.... i dah lama x pakai rating2 tv3 skang kalo bkk forum cari i tgk cite mane yg byk  ...

haaa kan...kita-kita memang pikir macam tu...unfortunately they aren't...nak buat cemana kan..they doing business...rating sbb jumlah penonton katanya...jumlah penonton reflects the revenue sbb iklan masuk...but utk zaman sekarang and zaman org tak berapa tgk tv but lebih kepada online, especially org yg acceptance diorg lebih terbuka ni tak bebetul follow tv, mungkin kena ubah how they measure kebagusan sesuatu cerita tu...dah tak boleh rely on ratings...mati la karya yg bagus xde ratings nak bersaing dalam sesebuah anugerah nanti...kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 02:18 PM | Show all posts
elok replied at 10-4-2015 10:53 AM
easy. layan yg ni.kena jugak dgn situasi

haishhh memang sedih2 lagunya kan elok...how bout this one?



kita bukan xboleh move on daripada realiti maelijad ni...maybe we just saja nak ala2 selami real situation between them..we a re not interfere in anybody's business between maelijad ni pn...but I like to considered it as kita semua ada our own perception and judgement atas apa yg berlaku..it might be misperception, kita just throw pendapat...we know our limits and we dont bashing people utk bersetuju dgn kita...we support their talent still...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 02:21 PM | Show all posts



tq.. xyah tgk video, baca tulisan u dh bleh imagine scene tu balik. n i gelak sorg2 kat opis ni time sume tgh tido lg hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 02:25 PM | Show all posts
eazy replied at 10-4-2015 02:03 PM
Alaaaa so kena berebut la lepas ni? Lol
Nak kena tulis nama sebenar and nak berkenalan dgn  ...

i wish u luck sis.
may the best woman wins!
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 02:26 PM | Show all posts

ok! i repeat this scene...smbil bace throwback u...


bahahaa....lawak!


ok..bg i smbong scene EL-adam lepas scene gado tu yer...
sila la tunggu....






Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 02:27 PM | Show all posts
bungaros replied at 10-4-2015 02:25 PM
i wish u luck sis.
may the best woman wins!

hahahhahahahahha memang tak la....minat la mcm mana pun tak la gigih sampai tahap tu...bahahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2015 02:30 PM | Show all posts
marymonroe replied at 9-4-2015 07:20 PM
Tu Ejad jawab kat post IG Ungku yg dia repost pic dengan Zain tu. "Hello my favourite @ungkuismail a ...

iols skodeng td xde pun komen tu? uols cer tgk ade lg ke x?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 02:33 PM | Show all posts
marymonroe replied at 9-4-2015 07:20 PM
Tu Ejad jawab kat post IG Ungku yg dia repost pic dengan Zain tu. "Hello my favourite @ungkuismail a ...

ok2.. dh nmpk. dlm pc xleh load all komen
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 02:37 PM | Show all posts
sesukaje replied at 10-4-2015 02:30 PM
iols skodeng td xde pun komen tu? uols cer tgk ade lg ke x?

ada je lagi komen ejad...jumpa tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
qis13 replied at 10-4-2015 11:58 AM
Sudah NikahElizad terpaksa merahsiakan kebenaran atas permintaan bapa
09 April 2015 1:53 PM


dari jawapan ejad ni saya dapat menggambarkan bagaimana sifat ejad ...i think ejad ni baik lah..hope ejad terus sukses....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.214660 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list