CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 2-11-2022 05:13 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 3-11-2022 01:30 PM

Kenapa Aku Berhenti Jadi Pramugari

Cerita aku ni pendek je.  Tapi cukup dah buat aku serik nak berada di atas kapal terbang lagi.

Sedikit latar belakang. Aku dah 3 tahun bekerja sebagai pramugari untuk Northwest Airlines (kini dah bergabung dengan Delta Airlines).  Penerbangan terakhir aku adalah pada Oktober 2009, dari Minneapolis ke Detroit.  Masa awal-awal kapal terbang nak berlepas tu, kami dapat seorang penumpang wanita yang mengaku dia ni psikik.  Dah elok duduk di kerusi dan dah pasang tali pinggang keselamatan pun, tiba-tiba wanita itu berdiri dan mengamuk dalam kapal terbang tu.  "Kapal terbang ni akan terhempas! Kita semua akan mati!".  Dia tiba-tiba je menggila macam tu.  Aku dan krew-krew lain sampai terpaksa bergelut dengan dia dan 'kurung' dia di satu bahagian tersorok dalam kapalterbang tu sebab taknak penumpang-penumpang lain jadi panik.  

Sekali tu, ramalan wanita tu memang hampir tepat.  Kapal terbang kami terlanggar poket angin yang sangat bergelora betul-betul semasa kami sedang menghidangkan kudapan untuk penumpang.  Cawan-cawan air habis berterbangan, bagasi-bagasi yang disimpan di atas ruang atas kepala penumpang pun habis tercampak terkena penumpang.  Satu kapal terbang termasuk krew-krew pun menjerit dan menangis ketakutan.  Perempuan psikik tadi pun dok menjerit jugak, "ha kan aku dah cakap.  Kita semua akan mati, kapal terbang ni akan terhempas!".  Suasana masa tu memang sangat mengerikan.



Sepanjang-panjang perjalanan kami terumbang-ambing macam tu.  Akhirnya kami sampai jugak ke Detroit. Tapi landasan kapalterbang di stesyen Detroit pulak diliputi ais.  Kapalterbang berjaya mendarat tapi kapal tu pulak bersimpang-siur dek landasan yang licin tu.  Sekali lagi suasana dalam kapalterbang tu jadi gegak gempita.  Semua orang ingatkan kapalterbang ni bakal terbalik berpusing-pusing.  Nasib baiklah juruterbang kami cekap.  Kapalterbang tu berjaya jugak diberhentikan.  Semua orang, dari krew ke penumpang bertepuk tangan dan mengucapkan rasa syukur sebab kami dah selamat.

Bila semua orang dah turun je, sekuriti pun naik dan mereka pegi tahan perempuan psikik yang menimbulkan kekecohan tadi.  Perempuan tu tak habis-habis mengaku, 'hey kalau bukan sebab aku, mesti kapal terbang ni dah terhempas tau! Mesti semua orang dah mati! Lepaskan aku! Lepaskan aku!".  Perempuan tu asyik meronta bila dia dibawak pergi oleh sekuriti.

Aku pun tak tau apa jadi dengan perempuan tu.  Tapi pengalaman tu betul-betul sangat mengerikan.  Turun-turun je aku terus mintak berhenti kerja.

Dek pengalaman dahsyat tu, semua penumpang termasuklah krew yang naik hari tu dapat pampasan. Yang penumpang dapat  baucer tiket bernilai USD350, yang kami krew dapat cek USD350 jugak.  Tak pernah-pernah krew pun dapat pampasan tapi itulah yang aku boleh gambarkan betapa dahsyatnya keadaan penerbangan kami masa tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 2-11-2022 05:13 PM
Kenapa Aku Berhenti Jadi Pramugari

Cerita aku ni pendek je.  Tapi cukup dah buat aku serik nak bera ...

kalau i pn i berhenti...mst trauma klau 2, 3 kli jmpa penumpang tu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 01:27 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 2-11-2022 04:53 PM
Panggung Wayang Berhantu Bahagian Akhir

hekeleh sebelum nak berenti tu kajilah dulu apa sejarah bangunan tu.  teringin gak nak tau knp bangunan tu byk sangat puakanya. motipp blah camtu je? ni iols tuju kt tukang cerita ni bkn kt TT ye
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih TT.. Semua cerita memang sangat2 best..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 02:52 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 2-11-2022 04:53 PM
Panggung Wayang Berhantu Bahagian Akhir

beza betul ya hantu omputih dgn hantu nusantara..

thanks TT kongsikan cerita. good job!
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt..sentiasa ternanti2 kisah baru dari tt
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-11-2022 04:57 PM | Show all posts
Rumah Baruku

Aku merupakan seorang ahli bomba di Scotland.  Ada satu malam tu, kami dapat panggilan tapi bukan kebakaran la.  Ada orang buat aduan yang penggera kebakaran kat bangunan tu tiba-tiba berbunyi 3-4 kali dalam satu malam tu.  Dari panggilan tu kami dapat tahu, yang ni bukan pertama kali benda ni berlaku, dalam setahun tu ada beberapa kali lah jugak nanti penggera tu berbunyi tapi malam ni agak serius sikit sebabnya....

Dalam perjalanan tu, aku rasa macam eh macam kenal je alamat bangunan tu.  Bangunan tu merupakan bangunan rumah flat yang dah terbina sejak 1800an lagi. Asalnya bangunan tu dulu macam rumah yang dibina oleh kerajaan khas untuk pekerja-pekerja yang miskin atau dalam bahasa Inggerisnya, poor house.



Bangunan macam ni selalunya banyak dikaitkan dengan perkara-perkara buruk sebab keadaan penghuni-penghuninya.  Dikatakan kebajikan penghuninya banyak terabai dan mereka hidup dalam tekanan, ada yang cerita keadaan hidup kat situ dah macam penjara. Pergi keje balik keje, kalau tak mampu keje mereka akan dihalau.  Majikan pun banyak amek kesempatan dengan desakan hidup penghuni-penghuni kat sini.  Dah tak banyak dah bangunan lama ni, kebanyakannya dah diubahsuai untuk dijadikan pangsapuri moden yang lebih selesa.

Kami pun dah sampailah ke bangunan yang dimaksudkan tu.  Laa... patutlah macam kenal... Rupa-rupanya aku baru je beli sebijik lot rumah dalam bangunan tu.  Aku dijadualkan untuk masuk ke rumah tu minggu depannya.  Kami lihat semua penghuni-penghuni dalam bangunan tu dah menunggu dah kat luar.  Salah seorang penghuni tu cakap, diorang dengar ada suara perempuan menangis.  Diorang beranggapan mungkin perempuan tu tengah gila meroyan kot, sambil meroyan sambil usik-usik penggera tu jadi diorang pun tak beranilah nak duduk lagi dalam bangunan tu.

Aku dan pasukan aku pun masuk ke bangunan yang dah kosong tu.  Ye memang betul kitorang dengar suara perempuan menangis tu, dan suara tu kami kenal pasti datang dari tangga tingkat teratas.  Kami pun menaiki anak tangga tu, makin tinggi makin lantang suara tu tanda kami sedang menghampiri dia.  Memang semua orang dengar ye suara perempuan tu.

Nak sampai ke tangga tingkat paling atas tu kami kena membelok sikit.  Elok-elok je belok tu, jeng jeng jeng..... Suara perempuan menangis tu beralih pulak ke anak tangga tingkat bawah kami ni.  Dan tiada siapa pun di tingkat atas tu.  Meremang bulu roma masing-masing.  Kami saling berpandangan dan semua orang membisu tak tau nak cakap apa.  Untuk beberapa ketika kami cuma membatu je dan lama-kelamaan suara tu pun hilang dengan sendirinya.  Kami pun cepat-cepat periksa penggera kebakaran tu dan tutup suis apa yang patut, lepas tu kami pun berlari macam lipas kudung menuju ke pintu masuk bangunan tu.

Dah sampai ke luar ketua kami pun jumpalah ketua bangunan tu dan maklumkan pada dia yang diorang dah boleh masuk.  Sepanjang perjalanan nak balik ke balai tu masing-masing tak bercakap pun pasal kejadian tadi.  Lepas beberapa tahun, masa tu ketua kami tadi tu dah pencen, ha masa tu barulah kami masing-masing bukak cerita.

Mesti korang nak tau kan adakah aku masih lagi nak duduk kat rumah tu?  Sebenarnya nak tak nak pun aku kena masuk ke rumah tu sebab dah TERbeli kan.  Nasib baiklah jugak rumah yang aku beli tu kat tangga bawah, jadi setiap kali aku masuk aku akan berlari terus ke rumah aku.  Aku tak pernah jejak kaki naik tingkat atas-atas tu tapi kadang-kadang pukul 2-3 pagi suara perempuan menangis tu masih kedengaran.  Aku ada jugak gosip-gosip dengan jiran-jiran aku, diorang cakap dulu tingkat atas tu kuarters untuk pekerja kesihatan, dan seorang jururawat mati dibunuh kat tingkat atas tu.   Aku ada jugak kaji-kaji sikit sejarah bangunan tu tapi takde pulak rekod ada perempuan mati dibunuh kat situ.  4 tahun jugaklah aku bertahan duduk kat situ sampailah aku berpindah ke daerah lain di Scotland tu dan rumah tu sekarang ni dah selamat dijual dah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh seramnye.. Sye doa TT diberikan kesihatan diri yang baik dan boleh update cerita2 best lagi.. Million thanks TT..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2022 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita semua best. Tak pernah menghampakan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2022 05:20 PM | Show all posts
Avery

Pada musim luruh 2018, aku memulakan kehidupan baruku sebagai pelajar tahun satu di sebuah kolej.  Bagi tahun pertama kami diwajibkan untuk duduk dalam asrama, dan asrama aku ni merupakan sebuah bangunan yang terletak di tebing sungai Mississipi dengan sejarah tersendiri.  Ianya dibina pada 1800an sebagai pusat latihan untuk bakal paderi, tapi kemudian ianya ditutup dan tidak digunakan lagi sehinggalah kolej aku ni membeli bangunan asrama ni pada 1990an.  Tu pun bangunan ni diubahsuai dan makan masa lah jugak nak siap tu, awal tahun 2000an barulah ia dibuka dan dijadikan kampus untuk jurusan seni halus (fine arts).  Di tingkat pertama asrama ni adalah deretan kelas-kelas beserta dewan makan, manakala tingkat kedua dan seterusnya adalah bilik-bilik penginapan pelajar.  Jadinya memang takde masalahlah untuk kami pelajar ni pergi ke kelas sebab turun tangga je dah sampai.  Bilik-biliknya pun direka ala suite, dalam bilik tu ada 2 bilik lagi, satu bilik muat 2 orang jadi satu lot tu ada 4 orang lah pastu lengkap dengan bilik mandi, dapur kecil dan ruang tamu.  Mewah kan ala-ala hotel gitu



Masa mula-mula aku masuk ke kolej ni normal je, tapi lama-kelamaan, makin banyak pulak benda pelik terjadi.  Perhiasan yang tergantung di dinding bilik aku asyiklah terjatuh je walaupun dah guna pelekat yang kuat, yang paling kerap jatuh adalah sebatang salib kayu yang aku gantung di tepi almari.  Dari dalam bilik aku boleh dengar bunyi orang bukak tutup peti sejuk yang terletak kat dapur tu, padahal aku rasa aku sorang je dalam bilik masa tu.  Aku terlelap sekejap tapi bila aku terjaga pintu bilik aku dah ternganga, masa tu aku sorang dalam bilik kawan-kawan lain suma tak balik lagi.  Nak masuk ikut pintu utama tu kene pakai kad kunci khas.  Walaupun pelik tapi aku cuba berfikiran rasional, ni suma punca dari kecuaian aku je, aku yang terdengar benda bukan-bukan. Camtulah aku pujuk diri sendiri.

Masuk minggu kedua, salah seorang rakan sebilik aku kasi idea, apa kata masing-masing lekat jadual kelas masing-masing di peti sejuk tu, senang nanti nak tau sapa ada kat bilik nanti.  Semua orang setuju.  Rupa-rupanya diorang setuju sebab diorang pun alami benda yang sama macam aku, duduk sorang dalam bilik tapi macam bukan berseorangan...

Malam tu jugak,  bermulanya episod mengerikan dalam hidup aku.  Dalam minggu tu setiap malam pukul 3 pagi aku akan terbangun dari tidur, aku diserang panik.  Macam ada orang duduk atas dada aku sampai aku tak boleh bergerak atau bernafas.  Malam terakhir tu cukup teruk bagi aku,  bila aku berjaya bangun je aku terus masuk bilik mandi duduk bawah pancuran air sejuk sambil menangis.  Malam tu pukul 3 pagi aku telefon mak aku nangis-nangis mintak dibawak balik.  Mak aku pun pelik dia ingatkan aku mabuk.

Esoknya,  seorang rakan sebilik aku ni balik dari kelas dia, dia cakap ada sorang pelajar dalam kelas dia tanya pasal aku.  Aku pun peliklah sebab pelajar tu nak bercakap dengan aku, padahal aku tak kenal dia pun.  Tapi aku pun setuju jelah jadi rakan sebilik aku tu pun panggil pelajar tu datang ke bilik kami.  Setengah jam kemudian, dia pun sampai.  Dia seorang pelajar perempuan yang kecik molek je.  Dia tanya aku, selama aku duduk sini ada tak apa-apa benda pelik jadi pada aku?  Aku pun cakaplah ada. Aku ceritalah pasal aku kena himpit tiap-tiap malam tu.  Pelajar tu, biarlah aku panggil dia Rina je.  Rina cakap, apa yang terjadi pada aku ni ada kaitan dengan kejadian pada tahun sebelumnya...

Budak-budak yang duduk dalam bilik aku tahun sebelumnya, ada main Ouija atau orang Malaysia panggil Spirit Of The Coin (SOTC),  tak pasal-pasal diorang terpanggil satu entiti yang jahat dan benda tu taknak dah balik ke tempat asal dia. Rina ni agak istimewa sikit, dia boleh nampak benda-benda macam ni, dia kata entiti tu 'minat' kat seorang perempuan dalam bilik ni.  "Mesti kau boleh rasa kan benda tu kacau kau?", Rina bertanya pada aku.

Ye, memang aku boleh rasa.  Rina cakap benda tu minat kat aku sebab aku ni ada aura berupa cahaya yang sangat terang dan menarik perhatian entiti tu.  Rina cakap, dia boleh rasakan ada sesuatu yang sedang melindungi aku, dia tanya ada tak sesiapa dalam ahli keluarga aku yang dah meninggal dunia? Ahli keluarga yang betul-betul rapat dan sayangkan aku.  Aku pun fikir jap, aku rasa ramai je kawan dan ahli keluarga aku yang dah meninggal.  Rina tanya lagi, aku kenal tak John? John tu atuk aku tapi dia meninggal tak lama lepas aku dilahirkan.  Boleh dikatakan aku cuma tahu nama je tapi aku pun tak ingat atuk aku si John jadi aku tak pernah cerita kat sesiapa pasal John, jadi macam mana Rina boleh tahu pasal John?

Aku terlopong sekejap, tapi Rina senyum je. Rina cakap kat aku, jangan risau sebab John akan sentiasa melindungi aku.  Lepas tu Rina pun balik ke bilik dia.  Teman sebilik aku tak percaya dengan cakap Rina, lepas Rina keluar dari bilik tu dia buat lawak pasal kepelikan Rina tu. Aku pun ikut samalah gelak-gelak ngumpat si Rina tu. Sejak tu kitorang namakan entiti tu Avery, kitorang saja buat lawak konon si Avery ni pun rakan sebilik kitorang jugaklah.   

Tak lama lepas Rina datang tu, aku dan rakan sebilik aku tengah lepak-lepak dalam bilik apabila tiba-tiba cermin yang tergantung di dinding jatuh ke lantai.  Spontan aku menjerit, 'celaka kau Avery!'.  Lepas aku marah Avery, tiba-tiba salib kayu aku pulak jatuh.  Tapi bila aku nak gantung balik salib tu, aku nampak kayu cangkuknya masih terlekat di dinding. Maksudnya mustahil salib ni boleh jatuh tiba-tiba melainkan kalau ada tangan ghaib yang jatuhkan....  Rakan sebilik aku pun nampak, kitorang tersenyap.  Tapi kitorang buat-buat gelak macam takde ape...

Lepas tu suasana menjadi tenang dan normal.  Masuk semester depannya, teman sebilik aku cakap, eh lama pulak Avery ni tak muncul kan.  Ha masin mulut ko minah.  Esok paginya, aku nak pergi ke kelas nak kene lalu depan satu deretan cermin hiasan di dinding.  Aku ternampak dalam cermin tu, di belakang aku ada seorang perempuan muka pucat berambut hitam panjang pakai baju tidur putih betul-betul belakang aku.  Aku punya terkejut lari sampai lipas kudung turun tangga nak ke tingkat bawah.

Esok harinya, kami berempat satu bilik tu sembang-sembang di ruang tamu, rakan sebilik aku yang semalam 'rindu' kat Avery tu tiba-tiba je bukak cerita, 'hari ni aku ternampak Avery'.  Semua orang dalam ruang tamu tu tersenyap bila dia cakap macam tu.  Muka masing-masing jadi pucat.  Aku pun ngaku, aku pun ternampak jugak.  Rupa-rupanya kitorang semua nampak 'orang' yang sama tapi waktu dan situasi yang berlainan...

Tapi itulah kali terakhir kami nampak Avery sebenarnya.  Masuk musim bunga, kami dah kena berpindah keluar dari asrama tu.  Aku pun tak pernah terniat nak balik ke bilik tu tapi aku selalu tertanya-tanya, agaknya budak baru yang masuk bilik tu ada jumpa tak ye Avery tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2022 01:03 PM | Show all posts
Pengalaman Pahit Meronda Malam-malam
Aku bukanlah seorang yang percaya pada makhluk halus ni termasuklah UFO ni sampailah kejadian ni terjadi pada aku.

Kira-kira 2 tahun lalu, di satu malam musim panas yang membosankan, aku dan kawan aku ambil keputusan nak meronda-ronda naik kereta amek angin malam.  Kami bercadang nak naik ke satu puncak bukit tu.  Dari kaki nak naik ke puncak tu amek masa sejam jugak dengan kereta tapi kat atas puncak tu ada sebuah bar.  Oh lupa nak cakap kejadian ni berlaku di Norway.

Waktu masa tu memang dah sangat lewat, dalam pukul 3 pagi.  Kitorang tau kalau kitorang sampai ke bar tu mesti bar tu dah tutup, tapi takpelah kitorang cadang nak lepak-lepak je kat kawasan tu sambil tunggu matahari pagi naik.  Jadi kitorang teruskan jugak memandu naik ke bar tu.  Jalan nak naik ke bar tu kene berpusing-pusing mengelilingi bukit tu.  Jadi faham-faham jelah dengan keadaan macam tu selekoh di jalan tu memang cukup tajam tahap korang tak boleh potong sebab tak nampak kenderaan dari arah bertentangan nanti.  Tambahan pula, keadaan sekeliling jalan tu yang cukup gelap-gelita, tapi jalan tu ada masih ada lampu.  Kalau naik waktu siang korang boleh nampak pemandangan indah lereng bukit, tapi malam buta macam ni memang korang nampak jalanraya jelah.

Kitorang dah memandu hampir setengah jam,  suasana masa tu memang sunyi tapi nyaman dan menenangkan, jalan memang kosong cuma ada kereta kitorang je.  Kitorang dah masuk ke satu selekoh ni apabila tiba-tiba aku dijentik rasa tak sedap hati.  Aku ternampak di hadapan kami ada seorang manusia, sedang duduk di tepi jalan tu.  Kawan aku yang tengah memandu tu pun nampak jugak, tapi dia tetap meneruskan pemanduan.  Aku pun tegur dia, 'wei takkan ko tak nampak orang tadi tu?'.  Kawan aku pun mulalah cari kawasan yang lapang sikit untuk dia u-turn balik.

Kitorang pun patah balik, perlahan-lahan supaya kitorang tak terlepas orang tadi.  Bukan ape, manalah tau orang tu baru lepas kemalangan ke, sesat tak larat nak turun dari bukit ni ke.  Kitorang pun berhentikan kereta kami betul-betul sebelah orang tu, tapi enjin tak mati lagilah.  Kami nampak orang tu macam ok je tak nampak pulak apa-apa kecederaan ke darah tumpah ke.  Dari dalam kereta kami tegurlah orang tu, 'awak buat apa kat sini? Awak ok ke?'. Tapi tiada jawapan.

Orang tu perlahan-lahan mendongak dan merenung kami.  Sampai sekarang aku tak boleh lupakan raut wajah tu.

Orang tu adalah seorang wanita, pakai baju labuh putih, rambut panjang lurus tapi muka dia... muka dia panjang sangat, 3 kali panjang dari wajah manusia normal, muka pucat dengan pandangan mata dia kosong je tapi wanita tu senyum lebar kat kami.  Korang pernah tengok tak movie Truth & Dare tu? Ha camtulah dia senyum kat kami



Kami berdua dilanda ketakutan yang teramat sangat sampaikan badan kami tak boleh nak digerakkan.  Menjerit pun dah tak mampu.  Sesak nafas kitorang nampak muka perempuan tu.   Entah camne kawan aku tersedar dulu dan dia pun terus masuk gear tekan minyak dan turun bukit tu laju-laju sampai ke rumah.  Esoknya kitorang terus demam panas berhari-harilah jugak.  

Aku ada buat kajian jugak amende yang kitorang jumpa tu, aku rasa benda tu mungkin Jin.  Tapi tak sangka jugak kat negara lain pun ada. Kt China, El Savador, Pakistan pun ada.  Kalau terserempak ngan perempuan tu mesti lepas tu diorang akan demam. Kat tempat korang ada jugak ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2022 02:08 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 13-11-2022 02:14 PM

Pengalaman Seorang Buddha Di Jepun

Aku pernah kongsi kisah aku ni di Reddit jadi kalau korang pernah terbaca tu kisah sebenar akulah tu.

Kejadian ni berlaku di Shikoku Jepun pada 2006 yang lalu. Shikoku ni adalah sebuah pulau kecil yang terkenal dengan aura mistiknya. Kalau tanya orang Jepun sendiri pun ramai yang tak tau pun pulau Shikoku ni wujud sebab tempat ni agak ketinggalan berbanding dengan tempat-tempat lain di Jepun yang dah menerima arus kemodenan.  Pulau Shikoku ni jugak merupakan lokasi pilihan aku dan seorang kawan aku untuk kami menjalankan ibadah ziarah (pilgrimage) kami.  Kami berdua ni orang Buddha, setiap penganut Buddha sekali dalam seumur hidup diorang kena buat ziarah ni.  Ziarah kami ni memerlukan kami untuk berjalan kaki sejauh 1000 batu sambil melawat 88 buah tokong di sepanjang jalan.  Kami memilih untuk melakukan ziarah ni semasa musim panas dan kebetulan kami pun tak berapa ada duit masa ni.

Ziarah semasa musim panas ni agak seksa lah jugak, sebab semasa musim ni kalau hujan memang tahap ribut kuat dan puting beliung. Kalau tak hujan harinya memang panas membahang.  Sebab kami ni takde duit, kami terpaksa mengharapkan ehsan tokong-tokong dan penganut lain untuk membantu kami.  Kalau nak tidur selalunya kami akan mintak tumpang di tokong, tapi kadang-kala tokong tak kasi dan diorang suruh kami tidur kat  pondok hentian bas tu je.  

Sehinggalah aku dan kawan aku sampai ke tokong terbesar di Pulau Shikoku tu, kami pun tanyalah pihak tokong ada tak tempat untuk kami tidur malam ni.  Sami-sami tu pun berbincang sebentar, salah seorang sami tu masuk ke dalam tokong dan membawa bersamanya sebentuk kunci dan kertas yang terlukis sebuah peta ringkas.  Sami tu cakap, pihak tokong ada sebuah rumah yang tak berpenghuni dan kami dibenarkan untuk bermalam kat situ.

Kami pun ameklah kunci tu dan berpandukan dengan peta yang dilakar dengan tangan tu, kami pun carilah rumah yang dimaksudkan.  Sampai kene masuk celah-celah lorong sempit mana ntah tapi rumah tu terletak di belakang sebuah bangunan komersial.  Rumah tu adalah sejenis rumah tradisional Jepun tapi terlalu besar untuk pekerja-pekerja kelas pertengahan.  Macam rumah orang kaya dulu-dululah.  Tak tahulah kenapa tapi aku dan kawan aku bila nampak rumah lama tu kami rasa tak sedap hati.

Sepatutnya kami kenalah gembira kan sebab akhirnya pertama kali kami dapat tidur dalam rumah yang selesa, kalau nak dibandingkan dengan terpaksa tidur di tepi jalan je.  Aku pujuk kawan aku tu, aku cakaplah mungkin sebab ni bukan rumah kita dan tuan rumahnya pun takde sebab tu kita rasa macam ni.  Untuk itu, aku pun ajaklah dia untuk menjelajah satu rumah tu dulu.  Kami masuk ke tingkat bawah dulu, tapi tingkat bawah tu kosong takde perabot.  Kecuali satu bilik ni yang ada bantal dan tilam nipis.  Kami beranggapan nilah bilik yang disediakan untuk kami tidur malam ni kot.

Aku nak naik ke tingkat kedua pulak, tapi kawan aku tu taknak.  Dia suruh aku pergi sendiri je, jadi aku pun naiklah ke tingkat kedua tu sorang diri.  Kat tingkat atas tu ada banyak bilik-bilik.  Setiap kali aku bukak setiap pintu bilik kat tingkat atas tu, aku macam ternampak kelibat perempuan.  Tapi aku beranggapan tu cuma mainan perasaan aku je.  Cumanya aku tak dapat nak lari dari perasaan diperhatikan dari sejak mula aku melangkah kaki masuk ke rumah tu je...

Aku dan kawan aku pun membersihkan diri setelah menempuh perjalanan 20 batu untuk hari tu, lepas tu kami pun keluar nak cari makanan.  Kami bernasib baik sebab kami dijemput oleh seorang wanita tempatan ni untuk makan secara percuma di restoran dia.  Walaupun kami takde duit tapi bab makan bukan masalah pada kami sebab orang Shikoku ni baik-baik dan rajin bersedekah untuk penganut macam kami.

Dah kenyang makan malam tu, kami pun baliklah ke rumah tu.  Masa tu ada tanda-tanda macam nak hujan dah, dalam hati aku rasa bersyukur sangat dapat rumah untuk berteduh.  Kitorang pun cepat-cepatlah masuk ke rumah tu.  Bukak-bukak pintu je alangkah terkejutnya kami bila tengok rumah tu dipenuhi dengan kucing! Eh mana pulak datangnya kucing-kucing ni padahal kitorang baru tinggalkan rumah tu dalam 2 jam.  Mungkin kucing-kucing ni menyelinap masuk ikut lubang lain kot tapi kami pun tak larat nak halau kucing-kucing tu jadi kami pun teruslah masuk bilik kami bentang toto nak tidur.  Pandai-pandailah kucing-kucing tu nak keluar macam mana, pandai masuk pandailah keluar sendiri.

Malam tu tempat kami dilanda ribut, air hujan mencurah-curah menimpa bumbung rumah kami tapi kami terlampau penat, tutup mata je kami terus lena...

Entah kenapa, tepat pukul 2.30 pagi, aku dan kawan aku sama-sama terbangun.  Kami masih penat tapi badan kami taknak tidur semula.  Masa tu ribut dah reda dan bilik tu pun agak sejuk dek udara yang lembap tu.  Aku bukak pintu bilik tu, pintu bilik tu jenis traditional dinding nipis yang boleh diseret tu nak kasi udara masuk.  Masa tu aku nampak kucing-kucing kat luar sana tu seekor pun dah takde.

Aku dan kawan aku bacalah kitab masing-masing, dalam 15minit tu kami kembali mengantuk, jadi aku pun bergeraklah ke pintu tu nak tutup balik.  Masa tu aku sedang dalam keadaan duduk di atas lutut dengan sebelah tanganku tolak daun pintu.  Masa nak tolak daun pintu kedua tu, tiba-tiba ada segenggam rambut hitam lebat jatuh betul-betul depan mata aku dan mendarat di riba aku.

Pada waktu yang sama jugak, ada segenggam rambut jatuh ke kawan aku, tapi rambut yang kawan aku dapat tu dah beruban macam rambut wanita tua.

Mulanya kitorang tak takut pun, tapi kami terpinga-pinga dan rasa keliru, mana plak datang rambut ni. Bukan sehelai dua, tapi segenggam. Macam ada orang potong rambut depan kami.  Kami pun kumpulkan rambut-rambut tu di satu sudut dalam bilik tu.  Kami pun periksa segenap penjuru siling bilik tu, kami beranggapan mungkin ni bukan rambut tapi wayar kot terjatuh dari bumbung.  Tapi bilik kami ni takde lubang takde retak takde apa-apa bukaan pun.  Bilik tu memang cukup rapat dan kukuh jadi kami pun tak tau mana datangnya rambut tu.

Untuk sedapkan hati kami, aku cakap mungkin rambut-rambut tu dan memang tersangkut kat siling bilik ni kot, bila kami bukak pintu sikit tadi angin masuk dan tertolak rambut tu sampai jatuh. Tapi bila fikir balik camne pulak rambut tu boleh tersangkut kat siling tapi tu je penjelasan paling rasional yang aku boleh fikirkan.

Kami alihkan toto kami ke sudut lain dalam bilik tu dan kami teruskan pembacaan kami.  Kami nak baca kitab sampai kami mengantuk.  Tadi memang dah mengantuk tapi mata kami kembali segar lepas kejadian rambut jatuh tadi.  Dalam bilik tu cuma ada kami duduk tunduk membaca kitab masing-masing.

Sekali lagi, segenggam rambut jatuh ke atas kitab kami.  Sama jugak macam tadi, aku dapat rambut hitam, kawan aku dapat rambut uban.  Rambut-rambut tu kami campak ke sudut tadi tu, pastu kami pun terus masuk dalam selimut masing-masing dan terus berkelubung.  Berdebar-debar jugak hati aku, aku berdoa janganlah ada benda pelik terjadi lagi. Tapi lama kelamaan kitorang pun tertidur....

BAM! BAM! BAM! Pagi-pagi lagi pintu bilik kami diketuk.  Aku pun pergilah tengok sapa tu, rupanya ada seorang wanita tua yang ketuk pintu rumah kami.  Perempuan tu suruh kami cepat-cepat keluar dari rumah tu sekarang jugak.  Aku tak tau sapa perempuan tu dan kenapa dia halau kami dari situ, tapi kami tak cakap banyak.  Dalam 2 minit kami berkemas lipat toto susun bantal dan kami pun keluarlah dari situ.

Walaupun masa tu dah subuh tapi hari masih terlalu awal, masa kami sampai ke tokong tu takde orang pun kat situ tapi kami pergilah ke pejabat tokong tu dan tinggalkan kunci, peta serta selembar ofuda sebagai tanda terima kasih kami.  Kami pun teruskanlah perjalanan ziarah kami sampailah ziarah tu tamat.

Selepas berhari-hari tinggalkan rumah tu, barulah aku dan kawan aku bukak cerita pasal rumah lama tu.  Entahlah rasa macam peristiwa malam tu macam mimpi je tapi kawan aku pun mengesahkan yang benda tu memang terjadi kat kitorang.  

Apapun, 2-3 tahun sebelum ni aku ada jugak mengkaji apa benda tu sebenarnya, adakah ada penjelasan logik di sebalik peristiwa tu, tapi aku percaya sebenarnya malam tu kami diganggu oleh Yurei... Apa itu Yurei? Korang googlelah sendiri


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2022 03:17 PM | Show all posts
Masuk Ke Alam Lain

Puerto Rico adalah sebuah negara yang cantik tapi ramai yang tak tahu di sini pernah berlaku satu tragedi kebakaran yang melenyapkan sebuah kampung terus dari peta negaranya.  Rakyat Puerto Rico percaya yang kebakaran tu ada kaitan dengan perkara mistik sebab kebakaran tu sangat dahsyat sampai tiada yang terselamat, tiada rekod rasmi tentang kebakaran tu dan cerita pasal kebakaran tu pun cuma diperturunkan dari mulut ke mulut je.  Lama kelamaan tragedi kebakaran tu semakin dilupai penduduknya.

Aku ada seorang kawan yang suka masuk hutan kat Puerto Rico ni.  Satu hari tu, dia ceritalah yang dia pernah masuk hutan seorang diri di sebuah tempat yang dinamakan Moca.  Kawan aku selalu je masuk hutan tu tapi kali ni dia nak masuk ikut laluan yang dia tak pernah masuk lagi.  Untuk taknak sesat, kawan aku tanda laluan masuk tu dengan tali berwarna ungu.  Dia berjalan masuk lurus je tak belok-belok.  Tak sampai 5 minit kemudian, dia terjumpa satu jalan lama berbatu.  Dia dah rasa pelik campur teruja sebabnya jalan berbatu ni cuma wujud semasa Puerto Rico masih dijajah oleh Sepanyol.  Jadi dia pun ambil keputusan nak ikut jalan berbatu tu

Untuk memudahkan cerita, perenggan seterusnya aku akan karang dari sudut dia, jadi lepas ni aku dalam cerita ni adalah kawan aku tu ye

"Aku pun ikutlah jalan berbatu tu.  Aku pun agak terkejut sebab jalan tu walaupun jalan lama tapi masih kukuh lagi tak macam jalan-jalan lama yang lain yang korang boleh jumpa kat Yunque ni.  Aku dah beberapa kali masuk hutan ni, aku rasa aku dah kenal benar dah hutan ni, tapi aku tak sangka plak jalan lama ni membawa aku ke satu tempat yang aku tak pernah jumpa lagi dalam hutan ni.  Jalan ni membawa aku masuk ke celahan batu-batu besar. Bukan benda pelik cumanya aku tak penah jumpa lagi dalam hutan ni.  Keluar je dari batu-batu besar tu, benda pertama aku nampak adalah sebuah kabin.  Tapi kabin tu dah rentung, hitam bekas terbakar. Dan dari celah-celah abunya dah naik pokok-pokok menjalar.  Aku jumpa 3 buah kabin yang dah rentung, masa nilah baru aku terperasan yang kat sini sebenarnya bekas sebuah kampung...  Aku boleh nampak ada tapak-tapak rumah di sekeliling kampung dan batu asas untuk pusat kampung tu.  Semakin aku menghampiri pusat kampung tu bau arang tu makin kuat, macam tempat tu baru habis terbakar.

Aku rasa aku dah makin sampai ke hujung kampung, sebab selalunya di hujung kampung akan ada satu rumah besar yang dipanggil alcadia iaitu kediaman rasmi ketua kampung.  Aku pun masuklah ke plot bekas tapak alcadia tu".

Masa ni kawan aku tersenyap kejap.  Dia macam teragak-agak nak teruskan cerita dia tapi selepas beberapa kali tarik lepas nafas barulah dia nak sambung.

"Masa tu aku ingatkan yang aku nampak tu rak simpang barang je.  Aku pun sajalah jenguk, aku tak sangka....tak sangka yang tu sebenarnya tulang..."

Suara kawan aku mula bergetar.  Aku pegang bahu kawan aku ni untuk tenangkan dia.  Kawan aku cuba nak sambung cerita dia.

"Tiba-tiba.... aku boleh rasakan bahang api kebakaran tu.  Bau kulit manusia terbakar, meletup-letup macam bakon digoreng.... Aku melihat sekeliling aku, tiba-tiba aku nampak tempat tu dah jadi kampung. Tapi kampung tu tengah terbakar.  Aku nampak setiap rumah kat situ dijilat dengan api.  Aku boleh dengar orang menjerit kesakitan, ketakutan.   Aku pun jadi panik, aku berlari cuba nak keluar dari tengah kebakaran tu.  Aku boleh nampak bila aku lalu kat tepi rumah-rumah yang terbakar tu, dalam rumah tu masih ada orang.  Mereka terperangkap dalam rumah tu, mereka ketuk-ketuk pintu tingkap sekuat hati mereka.  Aku cuba taknak pandang mereka tapi aku tetap boleh nampak mereka."



"Kat situ ada sebuah bangunan besar, dalam tu lagi ramai orang.  Aku nampak dah ada yang pegang-pegang leher, terbatuk-batuk dek asap.  Dari nafas mereka keluar asap..."  Kali ni kawan aku jadi lagi sukar nak habiskan cerita dia.  Kawan aku mengadu perut dia rasa tak sedap pulak, tapi dia habiskan jugak cerita dia dengan satu butir yang terperinci.

"Bila aku berjaya keluar....bila aku dah lepas je dari susunan batu-batu besar tu, aku dah tak dengar dah bunyi jeritan, haba api, bau daging terbakar tu.  Yang ada kat depan aku sekarang ni adalah hutan tadi je.  Bila aku pandang belakang, aku nampak ada satu papan tanda yang rentung tapi aku boleh baca atas papan tanda tu tertulis "Tumba De Los Dioses".  Sebelum ni papan tanda tu takde.  Lepas tu aku terus lari keluar dari situ balik ke jalan masuk aku tadi".

Aku cuba bantu kawan aku tu, aku cuba kaji sejarah pasal kampung terbakar dalam hutan tu, tapi malangnya takde rekod rasmi tentang kebakaran tu.  Yang aku tau, Tumba De Los Dioses tu maksudnya Kubur Para Dewa.  Daripada sumber tak rasmi aku jugak, aku dapat tahu dulu masa Sepanyol mula-mula nak menjajah Puerto Rico, ada berlaku satu peristiwa di mana sekumpulan orang asli Taino melemaskan seorang lelaki Sepanyol, dan pihak Sepanyol gunakan alasan tu untuk menyerang kampung-kampung kat situ.

Kawan aku dah tak pernah dah nak masuk ke tempat tu lagi, tapi dia ada cakap, dia masih tinggalkan tali ungu tanda pintu masuk nak ke jalan tu.  Kalau korang berminat bolehlah cuba...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2022 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik TT. Sentiasa ternantikan update kat thread nie.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 12:34 PM | Show all posts
terima ksih tt
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 02:49 PM | Show all posts
nice TT.. skali bagi 3 cite terus..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2022 04:14 PM | Show all posts
Ni antara thred feveret aku selain thread Dammerung..oberseas punya antu..mmg lain dari yg lain. Aku betul2 hargai TT punya effort utk translate.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Always THE BEST.. Sentiasa dok menanti update cerita2 baru.. Terima Kasih TT..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemon TT.. Usaha lg ya..thread yg best
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 13-11-2022 03:17 PM
Masuk Ke Alam Lain

Puerto Rico adalah sebuah negara yang cantik tapi ramai yang tak tahu di sini pe ...

i just wondering... knpa memory yg teruk tragis saja di flash back kan  oleh alam...jrg jmpa flash back yg happy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.414194 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list