betul2, 2,3 hari lepas dah dapat berat 58.8kg, tapi bila makan malam berat sikit terus naik semula ...
rose_liz Post at 9-1-2012 17:23
tu la syik naik sampai 1kg lak tu..dah turun elok2 dah..haha...
kalau kita memang amalkan mkn malam mesti tak de la effect turun naik berat camnie kan...
Sapa2 yg nak tingkatkan pengambilan air, ha boleh try tips2 ni
Tips Untuk Meningkatkan Pengambilan Air Harian
Minum air amat penting bagi mereka yg ingin menurunkan berat badan. Badan kita hilang air minimum 2 liter setiap hari, bergantung kepada saiz badan, keadaan cuaca dan aktiviti. Sebahagian besar air yg anda minum, badan kita akan ‘booking’ dulu untuk kegunaan keperluan asas utama bagi fungsi-fungsi badan. Oleh itu untuk membakar lebihan lemak dalam badan, kita perlu minum air lebih sikit daripada biasa bagi meningkatkan metabolisma dan memecahkan lemak. Berikut dikongsikan tips untuk membantu anda minum air lebih dari biasa:
Minum segelas air selepas bangun tidur, ia akan meningkatkan metabolisma.
Minum segelas air sebelum makan, ia akan membantu agar perut cepat kenyang dan mengawal pengambilan pemakanan.
Di antara waktu makan utama, jika berasa lapar, boleh amik sedikit snek sihat. Minumlah air bersama snek agar tak ‘over snacking’
Minum air sebelum dan selepas bersenam. Tips ini yg paling saya gemar sebab jika bersenam, memang saya akan minum air ekstra sehingga 2-2.5 liter.
Tengok air dalam bekas air masih banyak tapi tak larat nak habiskan? Pergi berjalan sekejap. Jika di pejabat, pergi ke kereta konon nak ambil barang. Jika di rumah, keluar sejenak dan jalan sekejap di sekeliling rumah. Jika bangunan ada tangga, naik turun tangga. Aktiviti simple ni akan buat kita jadi dahaga.
Makanan tinggi kandungan air pun boleh membantu meningkatkan air badan. Tembikai sangat tinggi dgn air. Makanan bersup pun boleh membantu. Aiskrim batang/popsicle pun bagus, sebab kita boleh sediakan sendiri dari ramuan asli seperti buahan & kurang gula.
Susah nak minum air masak? Boleh tambah perisa tanpa menambah gula untuk memudahkan minum air seperti limau nipis dan lemon.
Putri, berdiet ni sebenarnya suatu kemahiran jugak.. masa kita mula nak pandai, kita akan byk buat salah.. biasalha tu, sama macam kemahiran lain2 macam melukis, bermain alat muzik, mengukir, menjahit, etc.. mula2 mmg kita tak terus pandai..
jgn takut kalau berat menten je, janji u belajar lagi apa kaedah diet yg betul, belajar tips2 sihat, apply pada diri sendiri.. buat secara konsisten. bila time timbang berat, tgk result yg kuar tu. kalau berat turun, good job! kalau berat maintain, bersabar, double our effort, minggu depan pasti turun.
jika berat naik, kita kena tgk balik apa yg kita dah buat minggu lepas & revise semula. kesalahan utama orang diet ialah bila tengok berat naik, jadi tensen, frust, kecewa & give up! cuba muhasabah diri tu dan ingat kembali apa yg kita dah buat.
- ooo, aku tak cukup minum air masakla. satu botol air besar pun tak habis..
- agaknya sbb hujung minggu aku pergi kenduri tapi tak control makan.
- aku patut senam 3 kali minimum, tapi aku buat sekali je minggu lepas
- minggu lepas aku nk siapkan deadline, aku tidur lambat. tu agaknya berat naik..
rasa tensen, frust, kecewa hanya akan membuatkan kita lebih hampir kepada 'give up'. lebih baik kita muhasabah diri sendiri, improvekan program/plan diet kita pada minggu hadapan, insyallah akan mula memberi hasil..
zumba tu jadi lebih penat & berpeluh sbb dia pun macam interval training, iaitu ...
din_hbl Post at 9-1-2012 19:59
ooohh gitu ke...tapi katanya lepas 2,3 bulan exercise jogging 30 min baru boleh buat interval training tu...sy br 2 bulan exercise, ringan2 je..dah boleh buat ke interval training?
Putri, berdiet ni sebenarnya suatu kemahiran jugak.. masa kita mula nak pandai, ki ...
din_hbl Post at 10-1-2012 07:05
berat sy naik!!! 59.6kg pagi tadi...huhuhu...minggu lepas 59.4kg.
masih lagi mencari2 kemahiran...
hari sabtu tu dah turun ke 58.8kg tapi bila masuk prosperity berger jadi naik semula....
yg tu kira ok je, sebab lepas makan beger berjalan seharian berjam2...rasanya kalori tu mmg burn habis dah utk beger tu...
tapi yang silap besar bila hari ahad tak senam langsung, tapi makan malam nasi goreng.
malam tadi pun makan nasi goreng+ aym goreng.
haiyyoohhhh~