CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

[Tempatan] banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2

[Copy link]
Post time 8-12-2013 09:49 AM | Show all posts


EMAMAN – Cadangan segelintir mangsa banjir agar kerajaan menyediakan khemah di pusat pemindahan untuk setiap keluarga terutama bagi ibu yang menyusu bayi akan dipertimbangkan.

Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagaimanapun berkata, langkah membekalkan khemah kepada setiap keluarga seperti yang dipraktikkan di Jepun kepada mangsa gempa bumi agak tidak praktikal di negara ini yang berbeza iklim dengan negara matahari terbit itu.

Katanya, sekiranya mangsa banjir perlu tinggal lebih lama di pusat pemindahan mungkin tilam yang lebih selesa perlu dibekalkan berbanding penyediaan khemah.

“Ramai yang suruh kerajaan bekalkan khemah kepada setiap keluarga tapi kalau beri khemah mungkin disuruh pasang pendingin hawa pula kerana suhu di negara ini panas berbeza dengan Jepun yang suhunya sejuk.

“Jika pasang khemah, mungkin orang ramai boleh duduk selama sejam sahaja paling lama kerana panas,” katanya ditemui di pusat pemindahan SK Seri Geliga Kemaman selepas makan bersama mangsa banjir di situ semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia ini berkata, di Jepun bila berlaku gempa bumi, mangsa terpaksa tinggal berbulan-bulan di pusat pemindahan dan ia berbeza dengan keadaan di negara ini khasnya di Kemaman kerana mangsa banjir kalau pindah di pusat pemindahan pun tidak melebihi lima hari.

“Cuma kita lihat situasi banjir  selalunya orang berpindah tak lebih lima hari jadi apakah kita nak gembleng tenaga dan menyediakan khemah atau tilam empuk?

“Jadi saya rasa apa yang kita perlukan mungkin tikar atau tilam yang nipis.

"Kalau tilam yang tebal nak kendalikan susah.

"Sekarang kita ada 18,000 mangsa banjir jadi nak kendalikan 18,000 tilam untuk dihantar ia memerlukan beratus trak selain masalah logistik lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta mangsa banjir di Kemaman kekal berada di pusat pemindahan kerana pada malam ini (malam semalam) akan berlaku fenomena air laut pasang.

“Saya harap mangsa banjir bersabar dan kita akan berusaha untuk menghantar bekalan makanan dan keperluan lain ke pusat pemindahan,” katanya.


-NTah apa2 alasan...duk khemah boleh sejam je sbb panas? wth???? takde sapa minta tilam dunlopiilo yg tebal 10 inci tu pun..cukup toto narita biasa tu wat alas elak sejuk..hari tu nak respect sbb rela tinggal PAU tgk rakyat yg kena banjir..tetiba kuar statement mcm ni rasa nak ketuk2 je mamat ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2013 10:01 AM | Show all posts
peachRose posted on 8-12-2013 09:49 AM
EMAMAN – Cadangan segelintir mangsa banjir agar kerajaan menyediakan khemah di pusat pemindahan ...

panas la plak duk dlm khemah tu.....bkn musim hujan bnjir sejuk ke??kite yg duk umah ni pn x on kipas dh, lg plak yg duk kt dewan tu, atas lntai sehelai sepinggang....org nk khemah sbb nk privacy, pmpuan xyah pikir sgt psl aurat tu...

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 10:09 AM | Show all posts
aechae posted on 8-12-2013 10:01 AM
panas la plak duk dlm khemah tu.....bkn musim hujan bnjir sejuk ke??kite yg duk umah ni p ...

Kan nanti senang nk tido, xpayah pakai tudung, nk menyusu anak lagi...

Lagipun khemah skrg dh selesa lah, tpi dripda suro kerajaan beli baik mangsa tu beli siap2 terus

kerajaan beli dgn komisyen lgi, tender terus lagi, kroni lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 10:33 AM | Show all posts
Temerloh tak hujan pagi ni

harap cuaca cerah sampai ke petang
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 10:35 AM | Show all posts


1004hrs... langit di 3 negeri pantai timur cerah... tompok awan mendung di sekitar pantai selatan Terengganu

Last edited by bluemenx on 8-12-2013 10:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 10:37 AM | Show all posts
org kite mmg byk komplen.pastu x habis2 politik.banjir pon dipolitikkan. bile org tegur,ramaiiii sgt keyboard warrior..SEBELUM NI BANJIR X TIMBUL PON ISU POLITIK. tahun ni ramai bajet jadi professor serba tahu. letak la ape topik pon, kompom ramai keyboard warrior.. macam taik .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2013 10:51 AM | Show all posts
liesa10987 posted on 8-12-2013 10:37 AM
org kite mmg byk komplen.pastu x habis2 politik.banjir pon dipolitikkan. bile org tegur,ramaiiii sgt ...

ko bru balik dri PAU k?... kira dh start bertugas balik lah nie jdi cybertrooper UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 10:55 AM | Show all posts
tengah musin banjir camni, alasan cam dak tadika. panas tu lah bagus, save selimut lak. standby jerlah, kalau berkira sangat, jadikanlah khemah tu harta kerajaan, ambil balik... sengall tol lah

nilah kalau budak tak sekolah jadi menteri, alasan ikut logik akal dia jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2013 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
aechae posted on 8-12-2013 10:01 AM
panas la plak duk dlm khemah tu.....bkn musim hujan bnjir sejuk ke??kite yg duk umah ni p ...

Kaaaaaaaaaaaann..xpelik dh dgn apapun stetmen Org politaik la ni...di ketika bencana cubalah fikir8888jutax seblum bg stetmen
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 11:02 AM | Show all posts
ha ha ha last last berbalik kepada massa sediri... di mana mentaliti massa ... nak kemudahan setanding negara maju "jepun" mentaliti tak capai lagik ...so wal asil balik asal...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 11:09 AM | Show all posts
shabery chik nie yg isu konsert k-pop tu kan..selalu bg alasan bengong..cuba dia dgn famili pegi dok kat pusat pemindahan tu sehari dua. kalau tkt panas, buat la khemah tnpa bumbung.yg aku tgk gmbar kt jepun tu xder bumbung pun khemah dia

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 11:11 AM | Show all posts
risau pulak...jalan dari KL ke terengganu ok ke?..ikut gua musang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 11:18 AM | Show all posts
xAthenax posted on 8-12-2013 11:10 AM
takde  nya panas dalam khemah tu
khemah  jam neh bertingkap netting for airflow
di pusat peminda ...

tu la pasal...kt KL ni pn yg kdg2 hujan x ni pn sejuk mmg x on kipas dh mggu ni...lg2 masa tido mlm...

kesian budak2 kecik n org tua lah...sejuk mlm2 tuhan saje yg tau dgn selimut xda,sweater xda....

dia igt duk dlm khemah pns berkuap gtu kot...alahaaiiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 11:18 AM | Show all posts
aku ada tent dari 2 org punya capacity sampai 10 org.. aku tau la keadaan dalam tu, mana ada panas.
kalau korang pasang tent tgh paneh..itu baru paneh. time paneh kek umah pun panehh...




bagi sleeping bag pun ok..
Last edited by bluemenx on 8-12-2013 11:25 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 11:22 AM | Show all posts
trauma aku harung air banjir sampai paras dada
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 11:22 AM | Show all posts
bluemenx posted on 8-12-2013 11:18 AM
aku ada tent dari 2 org punya capacity sampai 10 org.. aku tau la keadaan dalam tu, mana ada panas.  ...

koi setuju..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2013 11:23 AM | Show all posts
kemaman da surut belum air? mcmmane la umah aku tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 11:30 AM | Show all posts


pakai yg jenis ni... macam kelambu, angin pun masuk, nyamuk pun tak masuk, nak tukar sepender boleh tutup semua

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 11:30 AM | Show all posts
bluemenx posted on 8-12-2013 11:18 AM
aku ada tent dari 2 org punya capacity sampai 10 org.. aku tau la keadaan dalam tu, mana ada panas.  ...

tulah, khemah sekarang nie xpanas dan selesa sangat, aku baru balik camping tahun lepas dalam hutan, beza khemah masa aku sekolah dulu

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren posted on 8-12-2013 11:30 AM
tulah, khemah sekarang nie xpanas dan selesa sangat, aku baru balik camping tahun lepas dalam huta ...

menteri x penah tdo.dlm khemah..ape dia tau  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.352392 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list