|
[Jenayah]
Inspektor polis mati tertembak atau ditembak?
[Copy link]
|
|
teori detektif conan aku - ade orang bunuh die, lepas tu hntr komen nk bunuh dri (gune fb dari phone), kenw tentutkan dgn waktu kematian pule. agak pelik kalau bunuh diri, bunyi tembakan xkan rakan sekerja xdgr, xkan xdgar bunyi kesakitan sebelum betul2 mati tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dari sumber kazen n kwan2 polis dorang kata kes bunuh diri... Stres tak dapat cuti raya and ayah dia tengah sakit katanya.
Tapi harap2 tak betullah..mungkin siasatan awal saje..  |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut logik saja ..
agak tak logik ..tak kan sesingkat tu pemikiran terus nak bunuh diri sebab tak dapat cuti raya.. makin lah tak boleh nak jaga ayah yang tengah sakit tu
|
|
|
|
|
|
|
|
mummy75 replied at 1-6-2017 03:39 PM
klu dlm kes camni kan if simati tu ada insurans boleh ke waris dpt claim?means sebenarnya dia dibunu ...
Rase nye anggota polis mmg x boleh ambil insurans. Maaf kalau info salah. |
|
|
|
|
|
|
|
tembak kepala memang darah macam air keluar.
biar team csi siasat.. Gun Shot Residue - GSR test mungkin boleh tentukan kot tembakan dari mangsa atau orang lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
drivethru replied at 2-6-2017 12:40 AM
Rase nye anggota polis mmg x boleh ambil insurans. Maaf kalau info salah.
Boleh tapi mahal monthly sebab risiko tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
O.T best tak? FC cuma kumpul DDS - Dan Detective School
|
|
|
|
|
|
|
|
Tt x buang pon gmbr mangsa  |
|
|
|
|
|
|
|
felinecat replied at 1-6-2017 11:44 PM
teori detektif conan aku - ade orang bunuh die, lepas tu hntr komen nk bunuh dri (gune fb dari phone ...
Sgt fishy. Bau darah kuat kot. |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 2-6-2017 12:42 AM
O.T best tak? FC cuma kumpul DDS - Dan Detective School
Dds cite detektif budak sek rendah..hero pun kemetot tapi aku kumpul gak. Mmg cite kindaichi lagi best sbb die remaja kan n situasi misteri dia hampir realistik ngan dunia sebanar. Lain pula ngan detektif conan yg byk situasi die x logik n x abis2 lagi sampai x sanggup nak follow dah |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 2-6-2017 12:37 AM
kalau ikut logik saja ..
agak tak logik ..tak kan sesingkat tu pemikiran terus nak bunuh diri seba ...
Dorang yg cakap..sesama polis jugak.sbb tekanan katanya..tp itulah.i pon tak percaya jugak sbb takkan lah commit suicide sbb bnda remeh..
I cuma sampaikan je uols..biasalah spekulasi.belom tntu sahih nyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Conan memang totally out 
Suka DDS sebab si Ryu 
nanti-nanti lah ada masa FC cari buku Kindaichi tu .. prefer buku dari baca secara online. Thanks 
Utusan :
HULU LANGAT 2 Jun - Pegawai polis yang ditemukan mati dengan kesan tembakan di dahi di pejabatnya di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan pagi semalam, Inspektor Ahmad Al-Syamir Sharif Folidin, 29, merupakan seorang anak yang baik dan taat perintah agama.
Bapa mangsa, Sharif Folidin Jaafar, 63, anak sulung daripada empat beradik itu merupakan bekas pelajar Maahad Hamidiah, Kajang di sini.
"Arwah pernah memberitahu hasrat untuk berhenti kerja sejak dia ditugaskan sebagai pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) IPD Pasir Puteh pada Mac lalu.
"Beliau berulang-kali menyatakan hasratnya itu berikutan tekanan kerja yang dialami dan kami terkejut apabila dimaklumkan tentang kematiannya," katanya.
Menurut Sharif, kali terakhir dia bertemu mangsa ialah ketika menghantarnya ke Pasir Puteh selepas sehari Allahyarham bermalam di rumah mereka di sini pada Sabtu lalu.
Jenazah dijangka tiba dari Kelantan pada pukul 2 pagi ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 16, Dusun Tua di sini pada pukul 8.30 pagi.
Kira-kira pukul 9.40 pagi ini, Ahmad Al-Syamir ditemukan mati dalam di pejabatnya dengan satu kesan tembakan di dahi.
Bagaimanapun punca kematian pegawai polis itu sedang disiasat dan setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kalau betol sbb tekanan...
Once kat function ada org salam my dad sambil perli, ingat tak kat dia tak dpt cuti nak blk kg lawat mak dia sakit 25 thn lps. Pdhal yg approve cuti dia ketua bhgn, ni kes main petik nama org atas. Punya lama dia dendam, salah org plak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la kan .. sama lah kita .. sekadar mengomen sehingga nanti ada berita yang sahih kan ..
ni tadi jumpa kat hmetro :
PEGAWAI polis yang ditemui mati dengan satu kesan tembakan di bahagian dahi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan, hari ini, pernah memaklumkan hasratnya kepada keluarga untuk berhenti kerja akibat tekanan tugas.
Menurut ibu mangsa, Noraida Jalalludin, 55, anak sulungnya, Ahmad Al-Syamir Sharif Folidin, 29, yang baharu empat bulan bertugas di IPD Pasir Puteh sebelum ini pernah memaklumkan perkara terbabit kepadanya.
Katanya, kali terakhir dia bertemu Syamir adalah pada 27 Mei lalu selepas mangsa pulang ke rumah kerana menghadiri kursus selama dua minggu di ibu kota dan sepanjang tempoh terbabit mangsa kelihatan murung.
"Apabila ditanya dia memaklumkan tertekan dengan tugas dan mahu berhenti kerja tetapi saya bersama suami menasihatkan supaya dia fikir terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan.
"Selepas di kembali bertugas di IPD Pasir Puteh, saya ada berhubung dengan Syamir iaitu sebelum berbuka puasa, kira-kira jam 7 malam, semalam.
"Menerusi perbualan telefon itu, dia hanya maklumkan perkara sama sehingga membuatkan saya tidak lena tidur kerana memikirkannya dan saya cuba hubungi dia pada jam 11 malam serta 4 pagi tetapi gagal sebelum dimaklumkan oleh pihak polis mengenai kejadian," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Desa Sentosa Dusun Tua, Hulu Langat, hari ini.
Noraida berkata, dia bersama suaminya, Sharif Folidin Jaafar redha dengan pemergian mangsa dan berharap siasatan sepenuhnya berhubung kejadian dapat dilakukan polis.
"Dia tidak pernah memaklumkan mempunyai masalah lain serta musuh sepanjang bertugas IPD terbabit.
"Dia anak yang baik dan patuh kepada keluarga cuma terkilan dengan apa yang terjadi serta berharap siasatan terperinci dapat dilakukan pihak polis mengenai punca kematiannya.
"Kami difahamkan jenazah akan di bawa pulang di sini esok selepas selesai bedah siasat dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Batu 16, Hulu Langat," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa berpangkat Inspektor yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) terbabit ditemui mati atas kerusi di pejabatnya oleh rakan setugasnya dengan kesan tembakan di dahi.
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_blingblings replied at 1-6-2017 05:20 PM
aku rasa ni kes bunuh lah.....takkan tertekan kerja kat pendalaman kot
ni kt kg ayah sy kak
xde la pendalaman pn kak
pasir puteh ni kira pinggir bandar jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
TT @jiwarasa mohon delete gambar arwah
Bharian :
KOTA BHARU: Polis Kelantan menggesa orang awam menghentikan menyebarkan gambar seorang anggota polis yang ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung penyebaran gambar itu dan mengesan individu yang menyebarkannya.
Katanya, gambar yang viral di laman sosial itu jelas menunjukkan kesan kecederaan teruk di bahagian kepala yang tidak sepatutnya menjadi tontonan orang ramai.
"Kami mengesahkan gambar yang viral itu milik mangsa dan gambar berkenaan digunakan untuk membantu siasatan.
"Kami kesal dengan tindakan individu yang menyebarkan gambar yang mengaibkan si mati, susulan itu, polis membuka satu kertas siasatan bagi mengesan individu pertama menyebarkannya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
BH Online melaporkan seorang anggota polis berpangkat inspektor ditemui mati ketika bertugas dengan kesan tembakan di kepala, di IPD Pasir Puteh.
Mangsa, Ahmad Al-Syamir Sharif Folidin, 29, yang bertugas sebagai pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) IPD Pasir Puteh, disahkan mati oleh pegawai perubatan Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh, pada jam 9.40 pagi tadi.
Mengulas lanjut, Mohamed Zulmazi berkata, pihaknya tidak menolak gambar berkenaan disebarkan oleh anggota bilik gerakan yang memeriksa mangsa di tempat kejadian.
"Mungkin gambar itu tidak disengajakan tersebar. Bagaimanapun, kami akan menyiasat perkara itu kerana boleh mengaibkan pasukan terutama ahli keluarga mangsa," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lolalala replied at 2-6-2017 12:42 AM
Boleh tapi mahal monthly sebab risiko tinggi
Ohh...boleh ye. Ingatkan medical card jer boleh. Life insurans x boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
sian ayah lagsana .. tak memasal d dendami d sebab kan orang lain ...
gerun la orang dendam lelama camni
|
|
|
|
|
|
|
|
sound illogical buat sesetengah org
tp seseorg terkena depression, mende yg luar jangkaan kita dia mampu buat
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Harap bukan kes bunuh diri. Kesian sgt kalau bunuh diri sbb stress. |
|
|
|
|
|
|
| |
|