CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Modngengade

[Tempatan] 32 beranak berhimpit dalam sebuah rumah

[Copy link]
Post time 2-8-2018 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat anak2. Lagi2 yang dah remaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2018 04:06 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-8-2018 12:09 PM

Yang penting ramai iatu 1.7b? Baru lah ummah bangga!


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x566.

SYAFFREY (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada sebahagian daripada 32 orang yang menghuni rumah pusaka di Kampung Banggol Petai Luar, Pendang, hari ini.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x574.

RUANG tamu rumah dibahagikan dengan tirai kain sebagai bilik untuk setiap keluarga yang menghuni rumah berkenaan. FOTO Nur Syazwana Mansor.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x579.

KEADAAN dapur rumah didiami 32 penghuni di Kampung Banggol Petai Luar, Pendang. FOTO Nur Syazwana Mansor.

KESEMPITAN hidup menyebabkan 32 beranak terpaksa tinggal sebumbung dalam keadaan sempit dan tidak selesa di rumah di Kampung Banggol Petai Luar, Pendang.

Difahamkan, 32 penghuni itu terdiri daripada lima keluarga membabitkan 12 lelaki dan wanita dewasa serta 20 kanak-kanak berusia antara 13 tahun hingga 11 bulan.

Tinjauan wartawan NSTP hari ini mendapati rumah terbabit hanya mempunyai satu bilik tidur dan satu bilik air menyebabkan penghuni terpaksa berhimpit berikutan ruang tamu terpaksa dijadikan bilik ‘berdindingkan’ kain.

Muzaini Che Mustapa, 43, berkata rumah pusaka itu pada asalnya didiami arwah ayah dan ibunya serta lapan adik beradiknya.

Bagaimanapun, katanya, selepas dia dan adik-beradik lain berkahwin, masing-masing tidak mampu menyewa rumah lain menyebabkan mereka terpaksa tinggal sebumbung di rumah itu.

“Selepas ibu dan ayah meninggal dunia, kami masih tinggal sebumbung dalam keadaan rumah sempit dan tidak selesa ini.

“Setakat ini cuma dua adik sahaja yang berpindah keluar, manakala yang lain masih tinggal di sini bersama keluarga masing-masing termasuk adik bongsu yang belum berkahwin,” katanya.

Muzaini berkata, bagi memisahkan ruang antara keluarga di ruang tamu, mereka memasang tirai kain yang menjadi sempadan antara ‘bilik’.

“Saya akui keadaan sekarang memang tidak selesa, namun mungkin kerana sudah terbiasa kami boleh menyesuaikan diri dalam situasi ini.

“Dalam bab makan dan minum, suami masing-masing akan membeli keperluan dapur dan selalunya kami masak sekali sahaja bagi dimakan semua keluarga kecuali jika ada anak yang mahu makanan lain,” katanya.

Beliau berkata, ada ketika mereka kesempitan wang menyebabkan semua keluarga terpaksa makan nasi putih dan bawang goreng sahaja.

Katanya, setakat ini setiap keluarga ada mendapat bantuan bulanan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan bantuan itu diguna bagi keperluan sekolah anak sahaja.

Sementara itu, nasib lima keluarga berkenaan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pendang yang tampil menyerahkan bantuan segera RM300 bagi membeli barangan dapur.

Pegawai JKM Pendang, Syaffrey Ibrahim berkata, pihaknya akan membantu membaik pulih rumah berkenaan agar menjadi lebih selesa selain mempertimbangkan bantuan bulanan kepada keluarga yang memerlukan.

“Kami berharap dengan pendedahan kisah mereka ini dapat membuka mata masyarakat supaya membantu keluarga ini,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2018...nak-satu-rumah



Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 04:07 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-8-2018 12:09 PM

Bawah dapur tempat masak rim motor pun ada!
Saya ada nampak ekor biawak dan ekor tikus bawah dapur tu!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 04:33 AM | Show all posts


Katanya, dia dan suami, Basir Mohd Nor, 44, hanya meniaga kuih untuk menyara kehidupan.


harap bukan buat kuih kat dapur tuh

betol la cakap poremer2 sebelum nih, pemalas dan pengotor seiringan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 2-8-2018 04:33 AM
harap bukan buat kuih kat dapur tuh

betol la cakap poremer2 sebelum nih, pemalas dan ...

pemalas + pengotor tp bila. keluar.. dialah paling lawa.. terutama. pompuan
org suka. melawa ni memang pengotor... sebab dia malas. nak kemas. dan geli nak. pegang kotoran.... eeee geli eee geli last last penuh sampah.. mcm terjadi pd jiran aku yg duduk upstairs
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 05:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik aku tgk org miskin ni anak mesti ramai.. Memang la anak tu rezeki.. Tapi sampai kebajikan anak terabai, makan xcukup.. Xdapat ke sekolah mende rezekinye.. Menyusahkan anak tu ngan mak bapak tanggung beban.. Betul la org kata.. Susah2 gak aktiviti cucuk lubang fuki bini bagi bunting byk2  kena seiring sejalan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2018 05:39 AM | Show all posts
sekngucing replied at 2-8-2018 05:20 AM
pemalas + pengotor tp bila. keluar.. dialah paling lawa.. terutama. pompuan
org suka. melawa ni m ...

mekap berkati dan pakai minyak wangi sebotol tu sekadar camouflage utk menarik pasangan. dah kawen baru nampak true colours
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 2-8-2018 05:39 AM
mekap berkati dan pakai minyak wangi sebotol tu sekadar camouflage utk menarik pasangan. dah kawen ...

jiran janda upstairs.... tinggal rumah 2 bulan dah.. lari tak bayar sewa... tuan rumah suruh kami pecahkan grill.. kami ambik grinder dan potong mangga... tau apa dlm rumah?  longgokan bekas makanan kucing setinggi lutut... sangat jijik... pompuan tua tu memang jenis suka melawa... seksi aja pakaiannya.. tp rumah ya auloh.... sebab tu kalau perhati elok elok jenis pompuan suka melawa + perfume bnyak mekap tebal gila ni.. tgok dia punya perangai closely... dia sangat pengotor sebenarnya.... yg pakai biasa biasa tu yg pembersih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2018 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 x nak mengalah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok dapur pun dah termuntah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 07:11 AM | Show all posts
dah tak kerja tu buat2 lah bersihkan rumah. masing2 pengotor. anak2 pun nt mengikut lah tu perangai mak pak mcm tu. blerghh
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 2-8-2018 04:33 AM
harap bukan buat kuih kat dapur tuh

betol la cakap poremer2 sebelum nih, pemalas dan ...

Kotor sangat2. Ya Allah..takleh brain. Seramai2 itu dlm rumah takkanlah tak boleh nak susun dan lap barang2 sikit sorang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm.. jgn cepat mengutuk n mengeji. Bg yg x diuji mcm ni, mmg sedap sgt berkata2. Manelah kita tau diorg x usaha. Mungkin usahanya jauh berkali2 ganda drpd kita. Doakan mereka n derma itu lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak udang banyak garam..banyak orang banyak ragam..i x boleh ramai2 stay satu rumah dalam tempoh lama..rimas..nak makan sedap2, nak beli barang2 pun kena pikir banyak kali, takut kena ngecek..camne diaorang beratur guna tandas? {:question
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Geli la tengok gambar rumah.. Kemiskinan bukan penghalang untuk jadi pembersih.. Tak mewah takpe..ini serabut..kemas la elok2.. Ke alasan, tak payah kemas, nanti anak2 sepahkan? Atau sibuk jaga anak? Makeup muka ada masa pulak.. Ehhh.. Ter emo pulak..


Minta dijauhkan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 08:04 AM | Show all posts
i was thinking keadaan rumah panjang nun jauh di pedalaman serawak lagi bersih
w/pon konsep tinggal bersama2,anak ramai, kerja petani ttp mereka tidak pernah rasa miskin, why?
berbeza plak dgn kluarga ni ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2018 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni pakej ni..semua ada..malas miskin campoq pengotor sekali....adoi la. Camne le deme hidup hari hari ngadap ipar duai...gila kalo aku
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 08:20 AM | Show all posts
Saya rasa diorg ni tidak berpelajaran atau belajar peringkat paling rendah. Ini bukan menghina tp mahu mencari sebab kepada permasalahan ini. Suami-suami mereka hanya kerja kampung padahal Pendang bukan jauh dari arus permodenan. Alor Star hanya 20 minit naik kereta. Penang hanya sejam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 08:26 AM | Show all posts
kalau 5 keluarga dok satu rumah.. rumah pusaka plak tu, even keje kampung je memasing, aku rasa boleh hidup senang gak la. xyah bayar sewa bagai. ni citer kalau 5 laki /bpk orang tu keje la. kalau ada yg jd biawak je, memang le x cukup duit manjang
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 08:30 AM | Show all posts
ya Allah...duduk ramai2..mostly yg mak2 adalah adk beradik bukannye ipar duai..tp rumah mcm ape ntah...langsung xnak gotong royong ke bersihkan rumah..kalau mcm ni,,beribu kali lah org bagi bantuan betulkan rumah,,tp rumah ttp mcm stor...

anak dah besar2,xde usaha ke nak keluar dr situ..yg sang suami2 pun xde usaha ke nak bawak bini keluar...jenuh nak jaga aurat n batas dlm rumah mcm  ni...

nak marah sbb beranak2,,pun xblh jgk sbb kadang2 rezeki kt anak kite xnmpk..tp kalau jadik suami isteri xreti nak merancang,,nak plan,,susah lah..susah pd anak2 jgk..

yg isteri xnak ke tlg suami tambah pendapatan..korg adk beradik meniaga lah jual kuih ke..nasi lemak ke......

korg mak bapak dah biase n blh sesuaikan diri dgn rumah mcm tu..tp anak2 korg yg sdang mmbesar tu..korg xkesian ke....stress doh duk rumah mcm ni bsesak..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.056819 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list