Post time 4-4-2019 11:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
1. Paling suka kenduri sebab boleh pakai baju tradisional. Haha. Sebab masa kerja jarang lah nak pakai baju traditisional ni, pakai baju casual je. So masa ada kenduri lah baru boleh nak pakai baju-baju tradisional ni.
2. Boleh jumpa kawan-kawan & sedara mara. Kalau dah kerja ni memang susah lah nak dapat berkumpul. Kena ada majlis-majlis macam kenduri baru semua orang akan try untuk balik.
3. Dapat goodies. Kukukaka suka kalau orang bagi goodies makanan sebab boleh makan. Sekarang pun kan ada trend yang bagi sos/kicap jalen botol kecik-kecik tu kan. Kukukaka rasa berguna betul. Tak payah nak nak pergi beli haha
4. Makan lauk kenduri lah apa lagi. Kalau kenduri yang meriah siap ada dessert macam cendol, aiskrim, tapai tu memang kukukaka suka betul.
Post time 4-4-2019 11:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Owh, lagi satu kalau dapat goodies telur masin tu kawan kukukaka cukup-cukup suka sebab lepastu dia boleh masak lauk salted egg.
Mak Kukukaka pulak suka kalau dapat telur pindang. Tapi susah nak jumpa dah orang bagi telur pindang sekarang. Kukukaka pulak tak berapa gemar sangat rasa telur pindang tu
Post time 5-4-2019 08:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Yang paling saya suka sekali pasal kenduri kahwin ni sebab dapat jumpa saudara mara yg jarang sangat jumpa.. lepas tu semuanya berkumpul serentak dalam satu masa.. waktu hari raya pun kadang2 tak dapat jumpa..
Post time 5-4-2019 12:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Food! Briyani nasi minyak ayam masak merah acar buah sirap kenduri air hijau tu omgggg semua sedap. And the happiness to meet your friends and family! Precious
Post time 5-4-2019 12:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Food! Briyani nasi minyak ayam masak merah acar buah sirap kenduri air hijau tu omgggg semua sedap. And the happiness to meet your friends and family! Precious
Post time 5-4-2019 02:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by nsmj at 5-4-2019 02:40 PM
Suka lauk kenduri yang masak sendiri. Sebab sedap dia lain macam. Mungkin sebab ramai makcik/pakcik expert datang tolong masak. Tambah lagi gulai batang pisang. Pastu nasi yang masak dalam bekas apollo ke ape tu.
Goodies yang bagi kuih yg mengimbau zaman kanak kanak dulu. Baru baru ni dapat kuih cakar ayam. Sedap pulak tu. Besar pun besar.
Suka majlis yang tak guna dj lansung. Ada yang tuan rumah jemput anak anak tahfiz untuk berzanji berzikir sepanjang majlis. Ada yang jemput group makcik makcik untuk berzanji.
Lepastu suka tengok budak budak lelaki cuci pinggan/cawan/gelas sama sama. Bagus kecik kecik dah dididik tolong menolong bila ada kenduri kendara. Yang budak budak perempuan pulak pegi setiap meja yang ada kanak kanak bagi gula gula.
Suka pengantin yang lepas makan terus datang ke meja tetamu tetamu. Pengantin meraikan tetamu dan masa yang sama tetamu meraikan pengantin.
Post time 5-4-2019 02:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tentu la suka makan sebab susah nk jpe nasi briyani, nasi minyak bile hari2 biase.. macam2 lauk ade, belum lagi makanan sampingan die.. air macam2 jenis.. pastu salam keruk dapat goodies lagi
Post time 5-4-2019 04:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by wafer_26 at 5-4-2019 04:48 PM
Bau bilik pengantin..haha bau pandan diracik. Dulu sebelum kahwin teringin sgt nk kahwin boleh bau bilik sendiri. Bila hari kahwin sendiri, baru tau bau sedap tu dtg dr daun pandan, bunga kering. Rasa sebulan juga tahan bau tu..sbb ada byk stok daun tu dlm bilik. Kalau sekarang ni payah nk tumpang bau, sbb org kahwin buat majlis kt dewan. Takde dah peluang acik bawang masuk tgk deco bilik pengantin .Hihihi..jadi paling best bila musim kenduri, bab makan jela sekarang. Dengan aor sirap org kawin..sedap