CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zal_cool

KISAH BENAR GAGAL DLM NIAGA + TELADAN + PENGALAMAN [merged saatcham,zack,Hiven]

[Copy link]
Post time 12-1-2009 09:12 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 11-1-2009 05:22 PM



Saya rugi kerana kesilapan saya dahulu ialah saya seorang yang terlalu akademik. Background saya pun memang akademik. bermula daripada MRSM, top scorer dan begitulah seterusnya. Rumah saya  ...


Bisnes yang kecik2 inilah yang utuh, yang bisa menyelamatkan kamu. Itu nasi ayam bawah atap zink, biasa dapat RM300 sehari. Cukuplah kerana takda sewa tapak kecuali bagi beberapa ratus duit kopi kat majlis bandaran. Sebulan dapat untung bersih RM4-5 ribu. Cukup lah untuk hidup.

Kenapa perlu spend RM300 ribu untuk buat cafe ala butik cafe sedangkan sales cafe itu silap2 lebih rendah daripada sales orang yang jual nasi kat bawah pokok? Jangan lupa anda ada hutang bank RM300 ribu sedangkan orang yang niaga bawah pokok itu tiada loan bank


Bagi aku untuk peniaga, anda kenal sapa diri anda 1st sebelom anda nak set business. Advise Wonbin tidak salah, tapi aku punya pendapat yang berbedza. Jika anda mempunyai ilmu teori di Universiti 4-5 tahun, kenapa u all takut nak merealisasikan dan practic semoga ianya menjadi nyata?
kenapa masih nak buat business kecil kecilan yang ianya mampu dilakukan oleh makcik macik yang hanya setakat pandai membaca dan mengira? siapa competitor kamu? Lulusan Uni vs Makcik ?

Jangan takut untuk gagal. Dan bangkit jika anda gagal  Itulah masalah orang melayu untuk survival. Kalau anda tidak mempunyai modal yang cukup, anda boleh bekerja dengan ahli korporate yang berjaya. belajar dengan mereka. Sudah  mempunyai modal, set business at least gabungan 30% modal anda dengan loan bank or gov. Jangan 100% loan.  jangan toleh kebelakang lagi.

sampai bila kaum melayu mahu digelarkan peniaga atap zink, peniaga tepi longkang busuk, peniaga bawah pokok dll. Kita megah ada pavilion, KLCC, Midvalley, mereka boleh berniaga tanpa ada ganguan hujan, ribut, dll. Malah warga KL semua bercuti, kedai kedai meerka ttp laris dengan kebanjiran pelancong, dalam dan luar negara. Sebiji cake tiramisu yang sedap dan lazat, walopon dipotong kecil kecil untuk dibahagikan kepada orang ramai, jika anda pencinta cake, rebut dengan orang lain untuk merasainya. Sama dengan lubuk emas Midvalley. KLCC. dll. Masihkan kita ingat kisah peniaga levis di  KLCC yang mahu ditendang? tapi mereka mempunyai semangat juang dan berjuang, hinggakan mereka mampu hire budak cina untuk jadi sales asst. Bukan hanya melayu yang menjadi kuli kepada kaum cina seperti selalu tertulis disebabkan ianya sifat pengecut kaum melayu itu sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2009 10:15 AM | Show all posts
Buku / Akademic.
Setiap kali U all  masuk ke MPH midvalley, berapa ramaikah kaum kita? yang saya nampak, mereka yg mengganggu orang ramai dengan bersila membaca novel novel cinta stupid itulah orang orang melayu,..

Masa aku study dulu, salah seorang housemate aku  seorang pekerja di MNC. Akademic dia mmg smart and brilliant. Balik dr opis, malam malam dia masih study walopn sudah tinggalkan zaman Uni. Dalam masa yg singkat dia telah promoted, even kaum lain2 kena report dengan dia.

Dalam busines pon sama. Kenapa kita mahu tinggalkan buku buku teori kita? Peringkat awal belajar subject marketing, cikgu ajar aku....Customer is Always Right.
tahun akhir undergraduate,, mereka ajar aku..Customer is always right....BUT....ada certain condition..
Masa MBA, cikgu ajar aku....CUSTOMER IS NOT ALWAYS RIGHT.

Dari subject tersebut, aku boleh fight dengan cina dalam sales yang dah menjadi sebati bread and butter mereka. Aku pratikkan market segmentation..........hasilnya aku terus mengenal Targat Market. Begitu juga time nak buat decision samada nak hold or proceed with d offer base on "Economy of Scale". ..Semuanya tertulis dalam buku. Begitu juga subject financial, economics,  and accounting dll,  u all kena belek buku balik. Jika anda lepasan Uni or  lepasan SPM, jika anda ingin terbang macam Tony fernandez, jangan pandang peniaga tepi jalan yang mengaut untung 2-3 ratus sehari dengan usaha mereka yang berbelas belas jam untuk mendapatkannya. Business mereka very fragile disebabkan cuti perayaan, hujan, enforcement by officer dll..Mereka menggunakan KUDRAT untuk bekerja, mereka tak perlu gunakan BRAIN secara effective..

U all kena pandang siapa CEO MBB, CEO MAS, CEO TM,  dll. Mereka academician, tahu kira untung dan rugi untuk buat Turnaround syarikat atau memulihkan dari kerugian. macamana mereka nak buat turnaround jika tidak mengerti Earning Per Share, ratio ratio dll..? Siapa dibelakang tycoon, Robert tauke gula, Syed Moktar atau idola idola U all yg tak berpelajaran tinggi?
ACADEMICIAN...
Kalau anda bayar motivater untuk bercakap bagi teori beribu ribu dengan fee beribu ribu , Lawrence ke, Fadhilah kamsah..mana mereka ambil material? BUKU juga..

Bagi mereka yang membaca, banyak anda membaca terori, kadang2 anda blh jadi confius. tapi jangan taksub dengan penulis buku buku tersebut. Anggaplah sebagai ulasan mereka base on pendapat mereka. tak perlu anda mempecayai bulat, kerana mereka cari makan dengan menulis atau buat seminar. Jika anda ingin mencapai langit ke 7, baca kisah mereka yang berjaya betul betul, contohnya kisah Virgin Blue, kapal terbang USA, Donald trumph yang bangkit..
Untuk basic menyemarakkan soul  bersaing dengan kaum lain anda, whatever apa pilihan parti politik, baca MALAY DILEMMA oleh mahathir. Untuk kaya dengan property, azizi boleh pakai, tapi property sahaja dan jangan ambil semua (review I and kawan2 in finacial)..CHEF LI? bagi aku apa yang dia tulis telah pon diberitahu semasa aku bersekolah di sekolah menengah oleh cikgu cikgu aku...nothing special sangat, tidak sesuai untuk mereka yg ingin control wall street..

Untuk U all usahawan, pandanglah jauh jauh.. kalau kita tak boleh conquer wall street, at least U all conquer Bursa Malaysia. tak seronok ke anda, sambil ke gym exercise, share  dengan collegue yr property beli 2m, dah jadi 3m,  untung 1m, sambil layan rakan rakan kat Bukit kiara Equastrian club naik kuda..saham anda beli tgh rendah mcm skrg, tak sampai seminggu naik 100%, sambil minum coffee or sambil berjemaah disurau, wang anda terus bekerja untuk anda..Bukan anda bekerja untuk wang..

So, mari sama sama kita terbang tinggi.......terbang rendah, selalu kena lastik!

[ Last edited by  kirawang at 12-1-2009 10:18 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 11:33 AM | Show all posts
Sila jawab soalan ini.

1. Kenapa anda berniaga?

2. Apakah objektif perniagaan anda?

Jawab la dengan ikhlas. Aku nak tau gak sebab apa orang berniaga.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 11:35 AM | Show all posts
Contoh jawapan.

1. Kerana saya ingin jadi kaya. Boleh la saya kahwin dua, melancong ke luar negara, pakai kereta mahal-mahal dan sebagainya.

2. Objektif perniagaan saya adalah untuk membuat duit sebanyak-banyaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 11:39 AM | Show all posts
Aku tanya sebab ramai orang yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan niat yang salah. Sebab tu la banyak lingkup.



Jadi jawab le ye. Nanti kita boleh bincangkan sama-sama.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 12:23 PM | Show all posts
kalau ada budget besar dalam RM500-600 ribu, aku berani bukak franchais Big Apple
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2009 12:28 PM | Show all posts
Aku tak percaya dengan academic approach dalam bisnes. Dah biasa dengan market research dan domographic studies siap dengan statistic report lagi tapi ternyata customers ni terlalu comlecated untuk diramal.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 12:30 PM | Show all posts
Wonbin,

Sudi lah kiranya kau jawab soalan aku tadi.

Aku nak tau sangat le

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2009 12:46 PM | Show all posts
aku suka topik ni.. tq abe wombin sebab tulisan yg membuka minda utk lebih berfikir.. bro ni kategori golongan koperat gitu ye.. kita usahawan ikan bilis ni suka sgt nak baca...

rasa cam nak nyampuk.. tapi tatau kat mana.. sat lagi le..


tetiba plak rasa nak tulis... kawe ado daghoh klate jugok..  
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 12:55 PM | Show all posts
pada pendapat saya mereka mempunyai cash flow & backup yang mencukupi.
membuat peniagaan yang lain daripada lain & tidak membelanjakan duit tak related.
bila mereka beniaga mereka membuat dgn sepenuh hati mereka.
akan membayar segala hutang bank & pinjaman bank senang diluluskan..

fakta2 kita tgk :
Peniagaan perkahwinan di sekitar SS2, Bangsar, PJ. Rumah convert ke kedai.
Overhead rendah, Semakin lama ber ninga semakin tinggi value rumah.
Kenapa kita tidak masuk bermain sama ? Buat wedding malayu.
Adakah kita still berfikiran dalam kotak ? Takut nak bersiang ?

Perniagaan equipment photography, semua mereka yang buat.
ini merupakan hobby org kaya. benda2 accessories filter, tripod dll dari local/china dijual
berlipat ganda. Kenapa kita tak buat business ini ? Kalau ada mana ?


1. Kerana saya ingin jadi kaya. Boleh la saya kahwin dua, melancong ke luar negara,
pakai kereta mahal-mahal dan sebagainya.
2. Objektif perniagaan saya adalah untuk membuat duit sebanyak-banyaknya.

(disebabkan statement ini, saya akan mimpi senang2, happy, belanje kawan, beli benda
mahal, renovate rumah, makan mewah)
Apa jadi jika saya target tak capai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by <i>WonBin</i>
kalau ada budget besar dalam RM500-600 ribu, aku berani bukak franchais Big Apple



Saya tidak berani buat. budget too high. tak ada.
saya tak suka menumpang nama & tak classic.
saya buat style sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by GUNDUT at 12-1-2009 11:33 AM
Sila jawab soalan ini.

1. Kenapa anda berniaga?

2. Apakah objektif perniagaan anda?

Jawab la dengan ikhlas. Aku nak tau gak sebab apa orang berniaga.



aku suka soalan ni...

jawapan tahun 2005 -

1. habis tu kerja kuat2 makan gaji pun, bos kasi increment ciput - hati terbakar tgk bos asyik tukar keter, beli rumah....
2. nak tunjuk kat ex-bos, dia tak leh survive tanpa orang yg kerja kuat macam aku...

jawapan tahun 2008 -

1. aku suka develop staf - so, nak sediakan ruang pekerjaan - utk org kita tunjukkan bakat - sebab kalau dorang kerja ngan bangsa asing - sure tak naik naik
2. objektif - A). nak bayar hutang.       B). nak financial freedom (tak yah tunggu hujung bulan)  C). Nak dpt return berbaloi dgn kerja keras....D...KESEMUA DI ATAS.


JAWAPAN TAHUN 2009
1. Kerana Allah SWT
2. mendapat keberkatan Allah SWT

yang lain, cepatlah..... aku pun nak baca jugak korang punya objektif ... janganlah kasi jawapan subjektif lak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 03:35 PM | Show all posts
Originally posted by kirawang at 12-1-2009 10:15 AM
Buku / Akademic.
Setiap kali U all  masuk ke MPH midvalley, berapa ramaikah kaum kita? yang saya nampak, mereka yg mengganggu orang ramai dengan bersila membaca novel novel cinta stupid itulah o ...


Setuju dengan kirawang ...

Bagi saya, isu sebenar bukanlah tahap pendidikan tu. Orang belajar tinggi boleh kaya, belajar rendah pon boleh kaya. Cuma yang jadi masalahnya ialah applikasi ilmu itu sendiri. Kalau kita expect buku-buku yang kita baca nak bagi kita step by step cara menjadi kaya, memanglah tak jumpa. Hafallah buku teks tebal gila ... tapi kalau tak reti applikasi ilmu tu.. takkan kemana ...

Berilmu mesti diikuti dengan beramal. Ramai orang belajar tinggi tapi tak beramal dengan ilmu mereka tu. Maka miskinlah mereka. (tapi mereka kata "takpaa .. kita miskin harta tapi  kaya ilmu").   Bila nak Melayu nak maju macam ni

Contoh benda2 dalam buku teks sekolah yang aku dapat praktikkan dalam bisnes kecik aku ni ..

1) The concept of gross profit dalam accounting. Bila aku buat bisnes, aku target gross profit at least 100%. kalau tak sampai 100% mungkin aku tak buat bisnes tu. Gross profit ni ukuran untuk kekukuhan bisnes kita terhadap faktor luaran (market). Dalam pertandingan harga, kumpulan yang gross profit paling tinggi akan membunuh peniaga yang gross profit rendah. Itu pasal kita dengar cerita "Cine bunuh bisnes melayu dengan kuasa harga". Kenapa boleh jadi gitu? Sebab gross profit sesetengah Melayu terlalu rendah (50% je kot).

2) Konsep equity dan debt. Amat berguna dalam memastikan share agreement anda dan partner anda tidak merugikan anda. Ia membantu anda memahami ape jenis perkongsian yang sesuai. Camana nak share untung? Sape nak tanggung kos? Berapa banyak untung nak bagi kepada org yang ambil risiko? Itu semua ada dalam buku tapi kene pandai apply ler ...

Dan banyak lagi .. tak larat nak tulis ....   selalu gak aku guna konsep2 dalam buku ni untuk pancung bakal-bakal partner2 yang pandai cakap manis tapi sebenarnya  nak makan duit free dari syarikat. Yelah .. nak memancung pon kene guna ilmu .. ye tak .. kalo tak camana nak justify ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by GUNDUT at 12-1-2009 11:33 AM
Sila jawab soalan ini.

1. Kenapa anda berniaga?

2. Apakah objektif perniagaan anda?

Jawab la dengan ikhlas. Aku nak tau gak sebab apa orang berniaga.



1) Berniaga sebab ia memberi kepuasan mental dan fizikal, kebebasan tanpa kongkongan dan menjadi inspirasi org lain memajukan diri..
2) Objektif ialah untuk membuat untung dan nak berjasa. Bisnes yang berjaya menjadi tempat org cari makan. Untung pula boleh disedekahkan.

Bagi aku .. duit sentiasa mengalir dari tangan ke tangan. Kalau jatuh ke tangan yang baik.. untunglah org ramai .. jatuh ke tangan org jahat.. rugilah kita ...
Susah kita nak kawal tangan2 tu .. tapi aku yakin insyaAllah kita boleh kawal tangan2 kita sendiri kan ?
Jadi buatlah duit sedaya upaya agar boleh buat duit sebanyak2nya dan ramai org mendapat manfaat dari kita nanti. InsyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 09:10 PM | Show all posts
Originally posted by thedude at 12-1-2009 03:35 PM


Setuju dengan kirawang ...

Bagi saya, isu sebenar bukanlah tahap pendidikan tu. Orang belajar tinggi boleh kaya, belajar rendah pon boleh kaya. Cuma yang jadi masalahnya ialah applikasi i ...


Dude, kau ambitious untuk membuka atau set up satu satu business besar. mmg bagus.

Yang penting, kau buat feasibilities study 1st.
Check  yr competitors, pricing, cost

kalau buka kedai check location, traffic, demographic, dll.

Kau beli satu buku keusahawanan kat koperasi UiTM.
Guna sebagai guidelines, budak ITM dulu mmg ramai berniaga after graduate,
Subject ni bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 09:23 PM | Show all posts
Aku tak de darah kelantan, tapi family in law aku pure kelantanese.
Dulu stay kat KL, sekarang balik kampung asal usul dia..

Aku selalu ke KB, tapi kenapa aura dan takjub tengok org kat sana berniaga tak ada?
Yg aku suka ialah peniaga2 makcik2 wakaf che yeh..makanan sedap sedap marvelous.......
mesti badanku naik, setiap kali kesana ..sekilo dua..

Tapi aku takjub orang kelantan yang success berniaga dan brilliant  di KL macam CEO PNB, CEO Proton..
Takjub dengan orang kedah macam syed Moktar,
Orang sarawak macam MR Jala (idris) dll..

lagi org kelantan yg aku teruja, consistent berniaga..CT Redzuan dan Sinar bersama rakan2 dia...

[ Last edited by  kirawang at 16-1-2009 09:48 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2009 10:05 PM | Show all posts
Originally posted by kirawang at 12-1-2009 09:10 PM


Dude, kau ambitious untuk membuka atau set up satu satu business besar. mmg bagus.

Yang penting, kau buat feasibilities study 1st.
Check  yr competitors, pricing, cost

kalau buka keda ...


Ooh ade buku usahawan kat UiTM ek ? Bagus tu ... nanti aku usyar ....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 11:22 PM | Show all posts
bagusnya baca orang lama nya post....makin semangat nak berjaya nih...yang penting untung betul x...bisnes apa pun tak kisah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 11:10 AM | Show all posts
Jawapan aku kepada soalan aku:

1. Aku berniaga sebab orang sangat memerlukan perkhidmatan aku.
2. Objektif perniagaan aku adalah untuk mendapatkan pendapatan yang secukupnya untuk menyara keluarga.



Itu aje lah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 09:37 PM | Show all posts
Dari mengenali usahawan usahawan hebat di thread ini...

Aku nak bertanya satu soalan...
Dah lama nak tanya, tapi takut dikatanya takbur, sombong , eksyen dan pelbagai bahasa..
Tapi hari ini, dibandaraya Sydney ini aku kuatkan aku yang celupar dan straight to point untuk bertanya, walopon tak sure ada jawaban ke tidak..

Bukan apa, rasa weird sikit, jika dicompare dengan ind kami...
Iye lah, pernah dulu, kami pernah di label oleh forumer dimana kamii tidak sesuai untuk bergelar USAHAWAN sebelom thread kami di asingkan..

soalan aku..
Untuk meraka yang ada business macam corporate, sekali u all bercerita menyebabkan kami yang berniaga kecil kurang atau tiada modal ini boleh terngaga spt melihat rancangan TV melayu di TV, semua pekerja memakai suit every time..

Adakah susah U all nak dapat 500K - 1million setahun...?
net income after tolak expenses U all..

Macam kami yang dah jadi Group agency Manager (dlm 5 tahun in ind),  1m agak susah in 2009 walo ada yg dapat, kerana komisyen untuk EPF inv telah dipotong.., tapi kalau 500K boleh dapat dalam 8-10 bulan sahaja..tak susah sangat tu..


soalan kedua..
Aku sendiri, walopon ada degree in Hotel Mgt, tak teruja sangat dengan ind food. walopon ada modal. kenapa mereka dalam bidang2 lain keen sangat?
Hingga mahathir buka kedai  roti The Loaf..

Mengutungkan sangat..? Drink boleh untung more than 70%..

Walobagaimanapon, Ind food ini macam cendawan tumbuh selepas hujan. Bukak,  tutup dah jadi lumrah. U tidak blh bekerja smart, close monitoring kena lakukan dialy basis in order to maintain taste.

Banyak sangat, benda2 yg kecil tapi boleh jd big issue. Tp u all kerja kuat, boleh berjaya.

Minta maaf kalau yang terbaca posting ku ni...termuntah uwek uwek macam ni..
Tp, aku betul2 ikhlas nak tahu, dan salah client aku yg dok sibuk dengan Lebar Daun property kat s alam, sekarang ni pon dah ada Pine 8 cafe..

[ Last edited by  kirawang at 16-1-2009 09:43 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.047790 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list