|
terima kasih mok_nik kerana bersusah payah scan thesis tu... saya harap mok_nik dpt sambung lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
sama kasih mour ... bukan pun susah nak scan nie, cuma masa yg tak ada nya ...hehhe ..
pasti mok nik akan scan semua thesis tuh hingga habis utk bacaan peninat sejarah di sini
[ Last edited by mok_nik at 6-11-2006 05:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ni sambungan dari bab 2 thesis berkenaan
|
|
|
|
|
|
|
|
p/s muka surat 15, mok nik tak scan sebab gambar lokomotif ...gambar dah tak clear kalau scan lagi lah tak clear |
|
|
|
|
|
|
|
tq mok_nik... yg gambo locomotive tu samer ker ngan yg dipsotingkan kat sini...
ade lagi tak sambungan dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by muor76 at 6-11-2006 06:03 PM
tq mok_nik... yg gambo locomotive tu samer ker ngan yg dipsotingkan kat sini...
ade lagi tak sambungan dia?
nie dia haa gambar lokomotif ..tak brapa jelas ler mok nik scan pun
memang ada sambungan lagi ... ada 4 bab lagi nie ... |
|
|
|
|
|
|
|
PERJANJIAN PEMBINAAN LANDASAN KERETAPI ANTARA JOHOR DAN INGGERIS
Tarikh Peristiwa: 11.07.1904
Pada hari ini dalam tahun 19041, satu perjanjian mengenai pembinaan landasan keretapi di Negeri Johor telah ditandatangani di antara Negeri Johor dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu di London. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim telah menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak Kerajaan Johor dan Sir Frank Swettenham bagi pihak Kerajaan Inggeris. Hadir sama di upacara itu ialah pembesar-pembesar negeri Johor iaitu Ungku Sulaiman bin Daud, Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak dan Datuk Yahya bin Awaludin.
Perjanjian ini mengandungi 41 perkara yang mengandungi berbagai perkara2 mengenai pembinaan jalan keretapi ini, iaitu dari perkara-perkara interpretasi, syarat-syarat hinggalah ke hal-hal pengawalan dan pentadbiran jalan keretapi tersebut. Di antara beberapa perkara yang dipersetujui adalah seperti berikut:-3
1. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu bertanggungjawab ke atas kerja-kerja mengukur, membina dan melengkapkan jalan keretapi tersebut.
2. Keretapi ini dikenali sebagai 'Keretapi Negeri Johor'.
3. Kerajaan Johor bersetuju menyediakan tanah bagi keperluan- keperluan pembinaan jalan keretapi ini termasuk juga bagi tapak stesyen dan rumah-rumah kediaman pekerja-pekerja keretapi dan juga lain-lain keperluan yang berkaitan dengan pembinaan ini.
4. Pengurusan dan pentadbiran keretapi ini akan diletak di bawah kawalan sebuah lembaga iaitu Board of Control yang mengandungi ahli-ahli terdiri daripada Pengurus Keretapi, seorang yang dilantik oleh Kerajaan Johor, Pengurus Besar Keretapi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan dua orang yang dilantik oleh Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
5. Sekiranya Kerajaan Johor bercadang hendak menjual keretapi tersebut, tawaran pertama hendaklah dibuat kepada Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Dengan pembinaan jalan keretapi tersebut perhubungan di antara Johor dan Negeri-negeri Melayu yang lainnya telah bertambah mudah4. Banyak kemudahan kemudahan yang dinikmati oleh Negeri Johor seperti kemudahan membawa pekerja-pekerja ladang getah dan ramai pula rakyat Johor yang berkhidmat dengan keretapi |
|
|
|
|
|
|
|
PEMBUKAAN JALAN KERETAPI KLANG-KUAIA LUMPUR
Tarikh Peristiwa: 15.09.1886
Pada hari ini dalam tahun 1886, jalan keretapi yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Klang telah dibuka dengan rasminyal.
Upacara pembukaan ini telah dihadiri oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Frederick Weld, Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad, Residen British, J.P. Rodger, Raja Laut dan lain-lain pembesar. Upacara ini berlangsung di Perhentian Keretapi Bukit Kuda, Klang, di mana sebuah gerabak khas telah untuk membawa mereka.
Perjalanan ke Kuala Lumpur itu telah memakan masa kira-kira 95 minit. Rombongan ini telah disambut dengan meriahnya, di mana satu perbarisan kehormatan oleh pasukan Polis yang diketuai oleh H.C. Syers, Superintandent Polis Selangor telah diadakan. Residen Selangor, J.P. Rodger, kemudian memberikan ucapan aluan dan menjemput Gabenor Sir Frederick Weld mengisytiharkan jalan keretapi tersebut.
Jalan keretapi Kuala Lumpur-Klang ini merupakan jalan keretapi kedua dibina di Semenanjung Tanah Melayu selepas Taiping-Port Weld dan yang pertama di negeri Selangor. Panjang jalan keretapi ini adalah 20 batu dan mula dibina pada tahun 1884 dengan belanja kira-kira RM750,000.
Faktor yang mempercepatkan pembinaan jalan keretapi ini adalah disebabkan Kuala Lumpur kaya dengan bijih timah dan kos pengangkutan yang ada terlalu mahal. Dengan terbinanya jalan keretapi ini telah mempercepatkan perkembangan ekonomi di Selangor, walaupun kos pembinaannya sama banyak dengan dua tahun hasil pendapatan negeri Selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
PEMBUKAAN JALAN KERETAPI PRAI
Tarikh Peristiwa: 15.7.1903
Pada hari ini dalam tahun 1903, jalan keretapi Prai, di Seberang Prai telah dibuka1. Pembukaan ini telah mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam kemajuan pengangkutan keretapi Tanah Melayu.
Dengan terbukanya jalan keretapi Prai ini, bahagian Pantai Barat Tanah Melayu kini mempunyai rangkaian induk jalan keretapi yang menghubungkan Prai dengan Seremban yang jaraknya kira-kira 450 kilometer. Jalan keretapi ini juga telah menyempurnakan rancangan pihak pentadbiran keretapi Negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk mewujudkan Ialuan terus keretapi antara bahagian Utara dan Selatan Semenanjung.
Jalan keretapi Prai-Seremban ini telah dibina berperingkat-peringkat bermula pada keretapi 1899. Rangkaiannya menghubungi beberapa bandar bermula dari Prai ke Bukit Mertajam hingga ke Nibong Tebal. Ia kemudian bertemu dengan rangkaian jalan keretapi Perak di Tanjung Malim dan disambung dengan jalan keretapi Selangor di Kuala Kubu hingga ke Bangi dan Seremban.
Sejarah pengangkutan Tanah Melayu bermula pada 1855 apabila jalan keretapi pertama antara Taiping dan Port Weld dibuka. Ekoran dari itu dibina pula jalan keretapi yang menghubungkan lpoh, Tanjung Rambutan dan Chemor. la kemudian bersambung ke Sungai Siput dan pada 1898 sampai ke Enggor.
Pembukaan jalan keretapi Prai-Seremban ini telah menjadikan perkhidmatan keretapi bertambah terkenal di kalangan rakyat di samping memberi kemudahan pengangkutan di negara ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|