CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: easy81

khatan anak perempuan

[Copy link]
Post time 19-4-2010 10:35 PM | Show all posts
Reply  ApeApeAje

isu ni sebenarnya masih ade khilaf di antara ulama.
tapi imam syafie kata wajib.
memang la khitan perempuan ni tak seperti khatan lelaki
tapi hal agama tak bley main ikut logik akal
buat je...
cmf_comei Post at 19-4-2010 22:17


lorrr....
memanglah benda yg Allah kata wajib kita buat... no question..
sunnah nabi.. kita ikut jugak...

kalau ustaz kata wajib belum tentu wajib..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 10:15 AM | Show all posts
aku dulu mase lepas pantang..terus mak mentua yang sunatkan..aku xberani nak tengok..takut la plak..tapi aku rase xsakit sangat kot..cos anak aku nangis kejap je..heee..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 06:55 PM | Show all posts
Reply 99# aryssaharris

Saya nak kamu fikir, apa yang anak perempuan kamu akan dapat dengan dilukakan kelentitnya. Begitu juga, apa yang akan anak lelaki kamu dapat dengan ditoreh kepala zakarnya.

Orang kata ia boleh mengawal nafsu dan kamu percaya tanpa berfikir seminit pun?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 07:02 PM | Show all posts
Reply 100# cmf_comei
memang la khitan perempuan ni tak seperti khatan lelaki
tapi hal agama tak bley main ikut logik akal
buat je...

Ia adalah 'agama' jadi 'buat je' tanpa banyak soal? Awak ni nak naik tingkat 2 tapi taknak pakai tangga taknak pakai lif. Sebab tu awal-awal lagi saya tanya, mana bukti khatan wanita ni adalah anjuran agama? Sampai sekarang pun tak siapa berjaya buktikan.

Hal agama yang tak boleh main ikut logik akal ni ialah hal ibadat dan taqarrub. Siapa dalam dunia ni boleh buktikan khatan wanita ialah satu bentuk ibadat dan taqarrub kepada Allah taala?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 09:21 PM | Show all posts
Reply 104# manzilla

maaf ye. ilmu saya tak byk.
tak reti nak guna term2 yg sepatutnya

tapi khitan perempuan ni eloknya buat kalau ade yg pandai dan tau buat
klu tade yg pandai, tak payah buat
tak berdosa pun klu tak buat
ini yg ustaz bgtau saya
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 10:32 PM | Show all posts
Reply 105# cmf_comei
tapi khitan perempuan ni eloknya buat kalau ade yg pandai dan tau buat
klu tade yg pandai, tak payah buat

Kebiasaannya orang Melayu kita ni, bila orang kata 'elok dibuat', diorang terus buat, tak tanya dah... apa yang eloknya, betul ke tidak, adakah itu satu-satunya cara, dan sebagainya. Salah satu sebabnya ialah diorang berasa tidak berilmu dalam bab nih, ataupun berilmu tapi tak reti atau malas nak menjawab dengan orang-orang tua. Sikap inilah jugak sebenarnya yang telah menyebabkan bid'ah telah meluas dalam masyarakat Melayu. Bila yang memberitahu dia tu ustaz atau golongan tua, semuanya dianggap betul walaupun dia tu sendiri dah belajar sampai luar negara.

Kalau nak dikira bila ada orang kata 'elok' maknanya kita dah perlu lakukannya, banyak lagi benda-benda yang orang kata 'elok' untuk anak awak, ada yang menyakitkan, ada yang tidak, sanggup ke awak nak aplikasikan semua yang orang kata 'elok' tersebut atas tubuh badan anak awak? Segala jenis suntikan yang orang kata 'elok' semuanya kena suntik kat tangan anak awak, habis penuh parut dan berbonjol-bonjol. Kalau tidak, mengapa kita tidak boleh melupakan saja khatan untuk anak perempuan kita? Sedangkan kita sendiri pun tidak tahu apa faedahnya untuk dia. Kalau kita tidak boleh membenarkan anak kita disuntik dengan sejenis cecair yang langsung tidak berfaedah untuknya, mengapa kita boleh pula membenarkan satu perbuatan menyakitkan yang tidak ada faedahnya untuk fizikal dan mental anak perempuan kita?

Selesmen pun kalau dia kata barang dia 'elok' kita tidak terus beli barang dia. Sebaliknya kita fikir dulu dan buat kira-kira dulu, betul ke tidak kita ni perlukan barang dia. Kalau dengan selesmen kita boleh berfikir macam tu, mengapa tidak di sini?

Sebenarnya isu 'keelokan' khatan wanita ni kalau dibahaskan dan disoal-soal, ia akan balik kepada mengawal nafsu wanita jugak akhirnya. Masalahnya di situ pun dah tak betul. Nafsu ni kerja otak, bukan kemaluan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2010 12:12 AM | Show all posts
Reply 106# manzilla

saya dah tanya pada ramai ustaz sblm buat
kitorg pun dah baca seboleh mungkin artikel2 yg berkenaan
dats y anak dah umur 9 bln baru buat. itupun buat ngan doc
sebab saya buat, pasal ustaz kata seeloknya buat klu ade yg pandai buat
sbb buat tuh bukannya melebih2 sampai luka cam kat negara arab/afrika tuh
buat cuma utk jaga private part tuh supaya bersih
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 11:55 AM | Show all posts
khatankn anak time umur 4bln ari tu,alhamdulillah,xde nangis just terkejut skit jek
no issues bout tis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2010 01:40 PM | Show all posts
anak ixora pun khatan masa umur 4 bulan..
dia tak nangis sikit pun..masa bidan tu mandikan je dia nangis sekejap..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 06:13 PM | Show all posts
Reply 107# cmf_comei

Title ustaz bukan hujah bagi saya kalau ia hujah bagi orang awam sekali pun. Baru 3-4 hari lepas saya pergi ke sebuah kedai buku untuk tengok-tengok buku kat sana. Saya terjumpa sebuah buku karangan seorang 'ustaz' berkenaan masalah-masalah perempuan, antara isi kandungannya ialah khatan wanita. 'Ustaz' itu juga nampaknya salah seorang yang menganjurkan tradisi nih. Dia kata ada hadis sahih pasal khatan wanita dalam Sahih Muslim, dia bagi terjemahan dan rujukannya. Saya balik check sendiri, tak ada pun sebenarnya dalam kitab Sahih Muslim hadis tersebut! Ni kalau orang tak reti baca sendiri kitab Sahih Muslim, pasti akan caya amalan tradisi ni dianjurkan oleh Nabi. Kalau kita bersangka baik dengan mengandaikan itu salah cetak, 'ustaz' tersebut tetap gagal membuktikan tradisi ini adalah anjuran agama, bahkan 'ustaz' tersebut jelas salah kerana mengatakan tradisi ini boleh mengawal nafsu perempuan!

Seorang 'ustaz' tak semestinya bercakap berpandukan hadis dan realiti.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 07:39 PM | Show all posts
Reply 110# manzilla


ye..saya tau
saya pun memang memilih ustaz
mmg saya dan asben dah dimaklumkan tiada hadis sahih
yg ade hadis dhaif
tp since ustaz ygdirujuk bg nasihat gitu, kitorg ikut la
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 08:33 AM | Show all posts
Reply 103# manzilla


kalu anak lelaki tu...mmg sah2la nampak kenapa perlu disunatkan...sbb kalu tak dibuang kulit berlebihan di kepalanya, akan boleh mendatangkan mudarat..in fact, rasanya lagi better kalu anak2 lelaki ni dapat disunatkan dr baby lagi...

cume, bila melihatkan the way people mengkhitankan anak pompuan ni...sprt kekdahnya, mcm tak yah khitankan anak2 pompuan pon takpe...sbb dorang skdr melukakan bahagian kelentitnya sahaja..mcm takde effect besar sprt anak lelaki yg mana dibuangkan kulit extra di kemaluan dorang..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 08:39 AM | Show all posts
Reply 105# cmf_comei


yer betul..hukumnya harus utk anak pompuan...sbb agaknya byk sgt komplen, pakar potong kelentit ni asik terlebih potong..yg suffer??? bakal atau somi anak2 pompuan yg telah disalah potong. Sbb tu gak, i prefer lagik jumpa doktor pakar dr utk menguruskan khitan my doter....

it happened to my close ones yg mana her husband langsung tak bagi their doters disunat disebabkan si somi concern kalu2 anak2 dorang akan jadi sprt mama dorang yg kurang bernafsu disebabkan oleh mengikut kepercayaan si somi..bahawa isterinya itu kurang bernafsu disebabkan telah terlebih khitan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 08:44 AM | Show all posts
Reply 110# manzilla


dah ramai ustad tipu2 kat mesia ni..dorang pon kkdg tak pasti pasal hukum hakam nih..lagipon, dorang bukannya maksum dan tau sume serba serbi sbb pelan2 nak kene belajar juga..

kalu kat kampung tu lagilaaa...asal nampak org tu alim n kuat semayang, bule ngaji sket..dah dorang sng2 je panggei mamat tu ustad!
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 08:57 AM | Show all posts
Reply 91# manzilla


okla, frankly speaking, me mengkhitankan anak pompuan me...adalah disebabkan oleh desakan my mom yg tak abih2 dok follow up bila my doter ni nak dikhitankan..setau me, me and my sis mmg dikhitankan sejak kecil lagi..tapi, alhamdulillah..takde masalah hilang nafsu nak bersama stkt ni..

at the same time, pon me tak rasa rugi pi khitankan my doter yg 4 yo tu..at least, me tak rasa was2 ngan hukum(maksudnya samaada perkara ni wajib atau harus..)...dan juga stress dgn desakan my mom lagi..tak kirala apa jua alasannya org nak kata...khitan ni tradisi atau sebenarnya saranan agama..sekurang2nya, me dah melaksanakan my tanggungjawab to my doter..

dan seperkara lagi, sama ada u all nak khitankan atau tidak anak2 pompuan u all..itu terpulang pada hak individu...tapi, kalu prosedur khitan itu hanya stkt melukakan kelentit shj...me tak nampak plak impak besarnya sampai boleh membantutkan nafsu syahwat anak2 pompuan u all...cume, dinasihatkan sapa2 nak khitankan anak pompuan ni..betterla jumpa kpd tukang khitan yg arif...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 09:47 AM | Show all posts
Reply 115# aryssaharris

ha'ah la aryssaharris.
yg jadi isu besarnya psl org dok kecoh kata nanti besar tade nafsu
ade bukti sahih ke klu khitan ni tade nafsu?
propa jek lebey tu
khitan ni utk jaga kebersihan pp tu
aih...bukannya potong besar cam sunat budak lelaki tu
sebab tu la bila nak khitan budak perempuan, bawa jumpa yg pakar
senang cerita, doktor.
tadelah nanti kes terlebih potong @ ade unsur2 khurafat cam kena bawa ayam la, telur etc
bukan mahal pun klu wat ngan doc, rm20-30 je.

pape pun, kita semua dianugerahkan akal untuk menilai
itu kelebihan kita sebagai manusia
so, gunakanlah ia sebaik mungkin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2010 09:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by manzilla at 26-4-2010 03:57

... dan pesanan saya pulak kepada orang-orang yang nak mengkhatankan anak perempuan mereka, soalan nombor satu dan paling penting sekali awak kena tanya tukang sunat tu ialah, "Apa yang engkau nak potong? Kelentit atau kulit yang menutupnya saja?"

Kalau jawapannya ialah 'kulit yang menutupnya saja', boleh teruskan. Tapi kalau jawapannya ialah 'kelentit', balik saja. Tak peduli la dia cakap potong abis ke atau bahagian hujungnya saja. Kalau awak teruskan jugak dengan dia, saya berani bertaruh 800 kredit anak perempuan awak akan cacat seumur hidup dan akan jadi seperti seorang lelaki yang telah kudung kepala zakarnya dari segi fizikal, mental dan seksual.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 10:02 AM | Show all posts
Reply 116# cmf_comei
ha'ah la aryssaharris.
yg jadi isu besarnya psl org dok kecoh kata nanti besar tade nafsu
ade bukti sahih ke klu khitan ni tade nafsu?
propa jek lebey tu

Bukan propaganda, bukan mitos. Ia wujud. Perempuan yang jadi 'dingin' bila besar ialah perempuan yang telah dipotong sebahagian kelentitnya. Sama dengan lelaki yang telah dipotong kepala zakarnya.

Bukti yang paling sahih tentangnya ialah kelentit wanita sama dengan zakar lelaki dari segi anatomi dan fungsi seks. Kalau awak kurang yakin, saya akan bawakan rujukan daripada buku-buku anatomi berderet kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 12:01 PM | Show all posts
Reply 118# manzilla


x yahle risau bagai ci manzilla oiii....u dah ngk ke camne org pompuan disunatkan? takat lukakan sikit kelentitnya...rasanya takde bendala nak dirisaukan sampai bule dingin napsu...yg penting sblm jumpa dr..tanya kat dr camne prosedur bersunat ni? kalu bunyinya cam extreme..baikle tak yah sunatkan..tunggu jela cam me ni..anak dah 4 years baru nak pi sunatkan..hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 12:05 PM | Show all posts
Reply 117# manzilla


    yelah,,,actually me pon dah confuse..patutnya mmg potong kulit lebihan dan bukan kelentit..mcm bebudak lelaki jugak..potong kulit lebihan dan bukannya potong zakar walaupon sket pon..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54475 Replies : 9
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54570 Replies : 22
Mutu penganjuran konsert Biduanita-Judika dikecam hauk (taraf funfair ramai rasa tertipu)!!
maklukpenggodaMutu penganjuran konsert Biduanita-Judik
Views : 36856 Replies : 78
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3298 Replies : 14
Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?
YgBenarPelancong Malaysia Dihantar Pulang Walau
Views : 49492 Replies : 102
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 283570 Replies : 8376
Berkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di Malaysia Harga Ini Dapat Rumah Kecil’ – Lelaki Ini Beli Rumah Di Jepun Harga RM820,000.Anda setuju?
YgBenarBerkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di
Views : 65698 Replies : 42
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 19483 Replies : 28
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98958 Replies : 1025
'Tak takut ke esok Allah hisab?'- pendedahan bekas kontraktor Che Ta
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 42538 Replies : 162

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.078831 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list