CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: robotech

Busana Muslimah & ikon Muslimah Malaysia.

[Copy link]
 Author| Post time 12-10-2008 09:16 AM | Show all posts
Assalamualaikum

Siapa yg tak kenal dgn primadona 70an, Noor Kumalasari. Seorg pelakon, penyanyi malah seorg supermodel Melayu! Beliaulah ratu catwalk, & merupakan idola fesyen terkini pada 1970an & 1980an. Pendek kata, beliaulah trendsetter pd zamannya.

Tp Allah membuka hatinya utk berhijrah memilih hijabi setealh beliau mula berkeluarga. Ya Allah, transformasinya begitu total, seorg insan yg hidupnya penuh glamor menjd begitu bersederhana.

Itulah insan yg bernama Hajjah Noor Kumalasari. Semoga Allah merahmatinya.

Wassalam.

Sebelum hijrah





Setelah hijrah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2008 09:22 AM | Show all posts
Kisah2 Hajjah Noor Kumalasari [Part 1]

Berlakon: Pintu Hati Noor Sudah Tertutup

KUALA LUMPUR,  27 MAC 2008:   Janganlah mengharap untuk melihat wajah Seniwati Noorkumalasari, 52, kembali ke berlakon atau menyanyi kerana dia tetap berpegang kepada keputusan muktamadnya.

Bekas supermodel Malaysia dan pelakon handalan itu secara terus terang dan merendah diri berkata imej serta penampilan dirinya sekarang, ternyata tidak sesuai untuk sekali lagi bergelumang dengan dunia yang penuh pancaroba dan dugaan itu.

"Bukan menyesal malah Kak Noor tak pernah menyesal dengan apa yang Kak Noor sudah lakukan sebelum ini. Mungkin, Tuhan sudah membuka pintu taubat sebelum Kak Noor menutupkan mata. Alhamdulillah, Kak Noor bersyukur dengan perubahan ini dan tak akan berpatah balik.

"Sekarang kehidupan Kak Noor lebih aman, lebih tenteram, berbanding dengan kehidupan Kak Noor satu ketika dulu. Kak Noor sekarang bahagia bersama anak-anak dan suami, terutama apabila kami dapat menunaikan ibadah bersama.

"Lagipun pula Kak Noor sudah pernah merasa bagaimana teruk berkerja untuk mendapatkan duit. Kak Noor sudah  merasa hidup dalam dunia glamour and I don't want anymore limelight," katanya dalam nada lembut ketika ditemui murai.com.my, kelmarin.

Bekas pelakon dan penyanyi popular pada era 1970-an dan 1980-an itu berkata, pernah juga dia mendapat tawaran daripada beberapa pengarah bagaimanapun terpaksa ditolak dengan baik.

Katanya, prinsip hidup dan waktu penggambaran yang terlalu padat sentiasa menyekatkan dirinya untuk kembali berlakon.

"Kak Noor pernah dilamar Erma Fatima untuk memegang watak utama dalam filemnya, tetapi Kak Noor rasa tak boleh. Mungkin hati ini sudah tertutup untuk berlakon lagi.

"Lagipun Kak Noor sengaja untuk tidak mengikuti perkembangan dunia seni tempatan. Alhamdulillah, Kak Noor sudah pernah merasa pengalaman berkerja di luar negara dan menikmati keseronokan bergelar anak seni. Itu semua sudah cukup," katanya lagi.

Ibu kepada 4 cahaya mata ini berkata, hidupnya sekarang lebih senang ditumpukan kepada suami dan anak-anak di rumah.

Anak teruna sulungnya, Abdul Qauyyum, 25, kini sudah pun berada di alam perkerjaan, berbanding Wan Amin, Wan Amni dan Wan Irfan yang masing-masing masih lagi di bangku sekolah.

Malah Noor bersyukur, mahligai yang dibina bersama suami tercinta, Wan Mohd Yusof, 57, menganugerahkannya sebuah keluarga bahagia, selain mendidiknya untuk menjadi seorang yang lebih penyabar.

"12 tahun dulu, kehidupan Kak Noor hanya hidup dalam dunia glamor. Seronok apabila berjaya membuat peminat gembira, tapi bila pulang rumah Kak Noor merasakan ada sesuatu yang tak kena atau kurang. Jadi Kak Noor kerap berdoa. Berdoa supaya ditemukan dengan kebahagiaan dan hasilnya sekarang hidup Kak Noor lebih tenang dan lebih baik, berbanding dulu," katanya.

Noor berkata, perubahan yang dijalaninya itu bukanlah kesan daripada perkahwinan bersama suami tercinta mahupun dorongan orang lain, sebaliknya bertitik tolak daripada dirinya sendiri.

Noor yang juga adik Superstar Anita Sarawak, berkat doa yang dilafazkannya setiap hari, ia memberi kesan mendalam untuk dirinya  berubah dari segi luaran dan dalaman, tanpa dipengaruhi oleh sesiapa, termasuklah suami mahupun ibunya.

"Tiada sesuatu berlaku yang merubah Kak Noor sekarang. Ini semua urusan Tuhan. Alhamdullillah doa Kak Noor untuk dipertemukan dengan suami yang dapat membimbing Kak Noor ke jalan yang benar termakbul.

"Sehinggalah apabila Kak Noor pergi menunaikan umrah, Kak Noor masih tidak memakai tudung. Puas juga mak dan suami menasihati Kak Noor memakai tudung, tapi bagi Kak Noor biarlah ia datang dari Allah, bukan kerana orang lain.

"Bagaimanapun selepas 3 bulan menunaikan haji, hati Kak Noor terbuka untuk memakai tudung," ceritanya.

Ditanya, bagaimana reaksinya apabila pihak media dan penyiaran masih menayangkan gambar, drama dan filem lakonannya dulu,  Noor yang juga anak pasangan Seniwati Datin Umi Kalthom dan Datuk S Roomai Noor, ternyata tidak melatah.

"Kak Noor tiada hak untuk menyekat mereka daripada terus menayangkan gambar-gambar , drama atau filem lakonan Kak Noor. Itu hak mereka.

"Tapi harapan Kak Noor supaya mereka dapat menghentikannya apabila Kak Noor menutupkan mata kelak. Bagi Kak Noor, kurang sesuai apabila memainkan lagu, filem atau gambar orang yang sudah tiada," katanya yang cukup terkenal dengan filem Adik Manja, Menanti Hari Esok, Abang, Esok Untuk Siapa, Matinya Seorang Patriot, Rahsia dan Mira Edora.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2008 09:25 AM | Show all posts
Kisah2 Hajjah Noor Kumalasari [Part 2]

[quote]Noor selesa tanpa glamor

DI awal penglibatannya sebagai artis sekitar awal tahun 70-an dulu, dia diramal mampu melangkah jauh dalam industri perfileman tanah air.

Selain daripada bakatnya yang menjadi perhatian, kejelitaan Noorkumalasari juga dilihat sebagai aset untuk mara dalam gelanggang hiburan ketika itu.

Sementelah juga, dia memulakan kariernya sebagai seorang model di tanah kelahirannya, Singapura, lalu tiada sebab dia mengecapi populariti yang cukup luar biasa sepanjang bergelar anak seni.

Namun, kini, bidang seni dan juga limpahan glamor sudah jauh ditinggalkan.




Malah, jika dipelawa untuk kembali aktif sebagai anak seni meskipun sudah berubah imej, dengan pantas anak kepada seniman, Allahyarham Datuk S.Roomai Noor dan seniwati Datin Umi Kalthum ini akan berkata tidak.

Bagaimanapun, Noorkumalasari atau nama sebenarnya, Noor Kumalasari Mohd. Taib tidak menolak seandainya jika ditawarkan untuk terlibat dalam sebarang rancangan berbentuk dakwah yang mampu menjana minda dan mendidik masyarakat khususnya remaja hari ini agar lebih menghargai hidup.

Mengakui dia bukanlah arif dalam segenap aspek berhubung hukum hakam, Noorkulamasari yang mesra disapa Noor memberitahu, selama menyepi dari dunia hiburan dia banyak menelaah ilmu agama menerusi pembacaan hadis dan Al-Quran.

揝eandainya ditawarkan untuk menerajui rancangan bual bicara ini, saya lebih selesa dan suka rancangan yang lebih santai namun dalam masa yang sama, mesej sampai kepada penonton.

揔ita perlu faham dengan kerenah remaja hari ini yang tidak berapa gemar dengan rancangan agama yang terlalu serius.

揨aman sudah berubah dan selagi niat kita mahu mendidik dan memberikan pengajaran kepada masyarakat, pelbagai cara boleh dilakukannya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2008 09:31 AM | Show all posts
Kisah2 Hajjah Noor Kumalasari [Part 3]

Cerita hidup Noorkumalasari

Ikrar wanita bertudung hitam ini, dia sudah bersara dari dunia seni, lakonan mahupun nyanyian. Hari berganti hari, tahun berganti tahun, diam tidak diam, rupa-rupanya sudah 12 tahun wanita yang pernah berselimut kemilau popular ini meninggalkan dunia glamor.

Seluruh hidupnya, hanyalah untuk keluarga dan mendambakan diri mencari dan mengutip keredhaan Ilahi.

Itulah kehidupan yang sedang dilalui oleh nama yang pernah mekar harum di laman hiburan tanah air, Noorkumalasari, satu nama yang pernah menjadi sebutan, dalam bidang peragaan, nyanyian mahupun lakonan.

Dia yang juga anak seniman dan seniwati ternama, Allahyarham Datuk S. Roomai Noor dan Datin Umi Kalthom ini juga mengakui, bukan setakat tidak lagi bergiat dalam bidang seni, menonton drama-drama dan program TV berbentuk keagamaan juga sudah lama tidak menjadi agendanya.

"Hidup saya semakin tenang. Entahlah, minat saya terhadap seni sudah lama mati. Dulu, ada juga terlintas di hati saya untuk berlakon filem atau drama bercorak keagamaan, tetapi memikirkan jadual penggambaran dan masa yang terlalu lama di lokasi, saya tidak sanggup," jelas Noorkumalari membahasakan dirinya Kak Noor dengan ramah ketika ditemui pada majlis pelancaran tiga program terbaru Astro di ibu negara, Selasa lalu.

Noorkumalasari turut terlibat dalam program berjudul Cerita Artis Malaysia (CAM) yang akan disiarkan di Astro Ria, 7 April depan. Selain Noor, anak seni lain yang turut menjadi pengisi program ini adalah Fauziah Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Awie, Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza.

Memeranjatkan, Noorkumalasari yang sering menolak untuk muncul dalam program-program hiburan seperti ini, buat pertama kalinya akan mendedahkan kisah keluarganya di layar kaca.

"Saya bersetuju untuk terlibat dengan CAM kerana pada tafsiran saya program ini boleh memberikan satu tauladan kepada semua. Peminat boleh mengenali siapa Noorkumalasari dengan lebih dekat," kata wanita berusia 52 tahun ini penuh ramah.

Realistik dan sedar siapa dirinya sebelum ini, Noor memberitahu semua supaya jangan terkejut sekiranya menerusi program itu nanti, penonton akan disajikan dengan gambar-gambar seksi yang pernah dirakam ketika dia di ambang popular dahulu.

"Saya sendiri mengizinkan pihak penerbit menyelitkan gambar-gambar lama saya. Alasannya, saya mahu penonton khususnya remaja sekarang mengenali saya, siapa saya dahulu dan siapa saya ketika ini.

"Saya anggap itu sebagai dakwah. Saya tidak pernah menyesal dengan dunia dahulu bahkan bersyukur kerana Tuhan tidak mencabut nyawa saya dan memberikan peluang untuk saya meneruskan hidup dengan cara begini hari ini," jelas Noor optimis.

Bahagia dengan corak hidupnya, kata Noor, dia dan suaminya, Wan Muhammad Yusuf, 57, kini semakin menikmati kemanisan hidup sebagai pasangan suami isteri.

"Suami saya sudah bersara, anak-anak pula sudah besar. Jadi, selepas menghantar mereka ke sekolah, masa yang terluang adalah untuk kami. Kami boleh beriadah, pergi berenang, beribadah dan banyak menghabiskan masa bersama," luah Noorkumalasari dalam nada ceria.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2008 09:45 AM | Show all posts
Assalamualaikum

Masaih ingatkah kita dgn saudari Wilma? Beliau seorg pelakon yg menempa nama di akhir lewat 1990an. Dia yg sering dikenali dgn trademark seksi menggunakan bakat lakonan & kejelitaannya menarik perhatian dunia seni suatu ketika dulu. Beliau juga merupakan model majalah2 fesyen wanita.

Tapi beliau pernah menyatakan hasrat utk berhijrah setelah mendapat jodoh yg sesuai. Allah merahmatinya dgn setelah bernikah, beliau terus lenyap dr dunia hiburan setelah penghijrahannya ke alam hijabi.

Masya Allah, perubahannya umpama Hajjah Noor Kumalasari, sungguh dramatik sekali. Semoga Allah merahmati hijrah muslimah ini bersama keluarganya.

Bersama di sini dititipkan link imej saudari Wilma setelah hijrahnya:

http://gambarartis.blogspot.com/2007/08/gambar-terkini-wilma-mohammad.html

[ Last edited by  robotech at 12-10-2008 09:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 09:40 AM | Show all posts
Originally posted by robotech at 12-10-2008 08:43 AM
Assalamualaikum

Kdgkala, yg empunya diri pun bergaya juga, walau di hari Raya sampai naik silau mata memandang. Sebaiknya, spt sy katakn awal td, niat di hati.

Perempuan, kalau dh berjilbab ...




Maaf mencelah...emmm ..maaf krn sha menegur...

keikhlasan itu mmg perlu dlm setiap ibadah yg kita lakukan semuanya "ilallahi ta'ala" ..

tapi sedikit penambahan dan pembetulan...

pemakaian bertudung itu bukan perlu dilihat pada niat sahaja tapi yg penting

ianya adalah arahan/perintah dr Allah SWT yg perlu dipatuhi dan dilaksanakan dgn sebaik mungkin..

sebagaimana yg telah diperjelaskan dalam surah An-Nisa' dan An-Nur (sila rujuk kembali)..

perkara sebegini tiada kompromi dlm melaksanakannya...selidiklah perkara ini dgn mendalam...

jgn kita mudah membuat sebarang andaian krn ilmu agama itu byk cabang dan luas ilmunya...

memang menutup aurat ini wajib, tak kira orang tu  ikhlas ker tak ihklas.

manakala ttg fitnah yg timbul itu..selidikilah kembali  krn ..WANITA ITU MMG FITNAH YG AMAT

BESAR...wallahu'alam..


P/s: harap maaf jika ada terkasar bahasa



[ Last edited by  shachihata33 at 13-10-2008 09:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-10-2008 06:38 PM | Show all posts
Assalamualaikum

pemakaian bertudung itu bukan perlu dilihat pada niat sahaja tapi yg penting
ianya adalah arahan/perintah dr Allah SWT yg perlu dipatuhi dan dilaksanakan dgn sebaik mungkin..


Mmg itu arahan Allah, tp mana paling penting, ikhlas memakai hijab, atau terpaksa pakai hijab atau kena paksa pakai hijab?
Ikhlas, setelah itu ikhsan. Cthnya, ttg org Muslim jahil jarang solat, baru nak belajar solat. Dia angkat takbiratulihram tak betul kita dh tegur, tp mana paling penting, takbiratulihram ke, bersolat tu dulu lbh penting?
Yg lain blh diajar, penting niat kembali ke jalan Allah Taala & dilaksanakan, tak perlu secara total (nanti hangat2 tahi ayam), tp perlahan2 dahulu.

perkara sebegini tiada kompromi dlm melaksanakannya...selidiklah perkara ini dgn mendalam...
jgn kita mudah membuat sebarang andaian krn ilmu agama itu byk cabang dan luas ilmunya...


Dan jgn kita lupa, Islam itu agama yg mudah. Jgn nak disusahkan pula. Kita nak jadi daie, nak berdakwah bukan kata itu tak boleh, ini tak boleh. Kita kena bermula perlahan2, kena cakap serupa bikin. Kita kena tarik hati mrk yg jahil terlebh dulu, baru perlahan2 kita menerangkan apa yg patut. Itu tujuan sy.
Umpama menarik seorg Muslimah nak bertudung. Muslimah jenis ini suka bergaya, jd kenalkan dia dgn fesyen Muslimah yg kena pd jiwanya, mungkin mula2 berselendang aje, lepas tu berskaf mini pula, kemudian, bertudung Wardina, insyaAllah, berkat doa kita, mana tau berjilbab pula.

Subhanallah, waktu dia berhijrah, kita tumpang gembira.

manakala ttg fitnah yg timbul itu..selidikilah kembali  krn ..WANITA ITU MMG FITNAH YG AMAT
BESAR...wallahu'alam..


Sy terdetik utk mempersoalkan perkara ini. Wanita adalah fitnah besar? Wanita akan menjd fitnah sekiranya mrk masih berkepit dgn jantan tak tentu hala, saling bergosip tanpa haluan memfitnahi org lain, berpakaian mmg tak cukup kain menarik perhatian jantan2 bejat.

Fitnah itu tak perlu dtg drp wanita, lelaki pun cukup penyumbang besar juga, especially kes adudomba.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.249102 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list