|
Beberapa tahun lepas saya ke Sri Lanka masa Tamil Tiger masih bermaharajalela. Jalan sangat mundur, dan cara pemanduan orang-orang sana sangat berbahaya. Suami menempah kereta siap dengan pemandu sekali.
Kandalama saya tinggal di eco hotel mengadap tasik. Lepas itu ke Sigiriya panjat tangga entah berapa ribu sehingga berjalan terhencot-hencot beberapa hari selepas itu. Dari situ kami ke Polannaruwa. Ke Nuwara Eliya ada melalui Kandy, kami hanya singgah untuk makan tengahhari saja.
Di Nuwara Eliya kami menetap di Tea Factory Hotel. Putera Charles pernah pergi situ pada tahun 2000. Pemandangan lebih kurang Cameron Highland tapi lagi exotic. Makan malam di dalam gerabak keretapi lama yang paling romantic antara saya dan suami. Sesekali pelayan akan membunyikan wisel dan menggoyang-goyang gerabak tersebut untuk memberi suasana seperti kami di dalam keretapi yang bergerak.
Lepas tu kami ke Ratnapura yang terkenal dengan batu-batu permata yang bernilai. Kami ke lombong tradisional yang agak2 500mtr dalam atau mungkin juga lebih. Saya ingin turun ke dalam lombong suami tidak benarkan, lagipun kaki saya masih terhencot-hencot.
Dari Ratnapura kami beredar ke pantai Bentota. Tidak ada apa yang menarik. Kesan tsunami jelas kelihatan. Nak mandi laut ombaknya terlalu besar dengan bunyi yang menakutkan. Saya pernah terbaca bahawa salah satu pantai yang tercantik di dunia terletak di Sri Lanka - semestinya bukan di Bentota!
|
|
|
|
|
|
|
|
Sinhalese sangat pembersih dan mesra alam. Walaupun sesetengah rumah dibuat dengan lumpur tetapi amat kemas. Mereka-mereka yang tidak berurusan dengan pelancong selalunya sangat berbesar hati.
Kalau yang selalu terdedah dengan pelancong perangai lebih kurang sama dengan majoriti rakyat Mesir.
Berbeza dikawasan majoriti Tamil yang mana suasananya amat kotor. |
|
|
|
|
|
|
|
berangan jugak nak pegi.... tunggu tiket murah dulu~ apa agaknya shopping yang murah kat sana ek? cuba google blog pengalaman mereka2 yang dah pegi ke sri lanka... tapi tak banyak yang ceritalah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|