|
Bayi terselamat daripada dibuang-Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch)
[Copy link]
|
|
budak pompuan yg dah kene tangkap tu dah konfem melayu..siap bertudung lagi..ader pic dia dalam metro..bingai,merosakkan ketuanan melayu di mata bangsa asing sungguh!:@ |
|
|
|
|
|
|
|
comelnya nama Baby Hatch. Bunyi macam Pusat Penetasan Bayi... |
|
|
|
|
|
|
|
lps ni statistik baby hatch akan melebihi statistik bb berdaftar ke?sbb gomen lebih terbuka utk memaafkan penzina..so, wat anak luar nikah pun takpe..ade je tempat nak bg kan? |
|
|
|
|
|
|
|
comelnya baby yg kena buang tuh....masa tgk pic dorang tu tedetik di hati napa la mak ko tak nak kat ko, comel, cukup sifat...siannya.. kalau ikut ati nak je amik jadi anak aku tapi apakan daya aku tak mampu.....sayu hati menengok wajah2 dorang nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Risau betul tgk kes2 buang bayi ni.
Generasi2 anak cucu kita nanti mesti kena check asal usul bakal isteri/suami.
Memang diorg tak bersalah tp takut terkahwin lak ngan adik beradik sendiri nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
bolehlah buat anak banyak banyak lepas tu hantar ke anak tak diingini
buat anak nya mau kawen taknak cinabeng betol |
|
|
|
|
|
|
|
along3746 Post at 2-7-2010 12:07
setiap 17 minit ada kelahiran baby 'haram' baru !!! mmg malaysia boleh !! |
|
|
|
|
|
|
|
Takut, malu punca remaja buang bayi
2010/07/02
KUALA LUMPUR: Sebilangan besar individu yang terbabit dengan kes pembuangan bayi dikesan berusia antara 18 hingga 25 tahun mengikut statistik bermula 2004 hingga 2009 yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Saei Kie berkata, sebanyak 20 kes dikesan PDRM membabitkan individu berusia bawah 18 tahun dan sebanyak 33 kes buang bayi dicatatkan individu berumur 25 tahun ke atas, manakala 403 individu gagal dikesan peringkat umur mereka. Katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang. “Faktor lain yang turut dikenal pasti adalah kerana perasaan takut dan malu oleh remaja dan wanita yang hamil luar nikah kerana tidak mendapat sokongan keluarga dan masyarakat mengenai kehamilan mereka.
“Pembuangan bayi juga disebabkan kurang pendidikan agama dan nilai murni serta tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sosial yang disediakan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.
Sementara itu, PDRM menyarankan satu kajian dan perbincangan lebih mendalam dilakukan pelbagai pihak sebelum sebarang peruntukan undang-undang sedia ada diperketat dan dikuat kuasakan bagi membendung penularan gejala seks bebas yang mendorong berlaku pembuangan bayi.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata usaha menangani gejala sosial golongan muda ketika ini perlu diteliti bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mengelak kes itu daripada berleluasa.
Sebagai contoh, katanya, cadangan menguatkuasakan larangan remaja bawah umur 18 tahun keluar rumah selepas jam 12 malam, perlu dibincangkan dengan mendalam kerana ia membabitkan hak kebebasan individu.
“Tidak salah jika remaja keluar lewat malam bersama keluarga tetapi jika keluar bersendirian atau bersama kawan, tidak bermakna mereka membuat perkara tidak elok,” katanya.
“Sebenarnya, tidak kira malam atau siang, polis mempunyai hak secara sah untuk memeriksa sesiapa saja yang mencurigakan termasuk golongan remaja,” katanya.
Ismail berkata, polis sedia menguatkuasakan undang-undang ditetapkan dan terpulang kepada pihak berkaitan untuk menggubal undang-undang yang difikirkan perlu. |
|
|
|
|
|
|
|
LANTAKLA..
BUDAK2 X SALAH..
MAK PAK YG SALAH |
|
|
|
|
|
|
|
Baby Hatch langkah bijak selamatkan bayi
2010/07/03
SAYA amat tertarik dengan OrphanCARE atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini atau ‘Baby Hatch’ yang dinaungi oleh Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.
Bukan ingin membelakangkan agama dan budaya kita rakyat Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya inilah satu cara yang mampu kita lakukan untuk menyelamatkan bayi yang tidak berdosa daripada terus mati dibunuh oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kita perlu sedar dan menerima hakikat bahawa dunia sekarang memang sudah akhir zaman dan ramai manusia yang berhati syaitan yang sanggup melakukan apa saja termasuk membunuh bayi sendiri akibat keterlanjuran mereka. Tidak ada rasa insaf di hati manusia ini dan selepas bergelumang dengan dosa maksiat mereka menambah lagi kerakusan jahat mereka dengan membunuh darah daging mereka sendiri.
Kepada mereka yang tidak dapat menerima kehadiran pusat penjagaan bayi seperti ini, satu perkara yang saya ingin kita fikirkan bersama. Apakah lagi cara yang paling bagus dan berkesan untuk mengelakkan maksiat, pembuangan serta pembunuhan bayi yang tidak berdosa?
Kerajaan, ibu bapa dan agama banyak menekankan akibat pergaulan dan seks bebas. Tetapi, hampir setiap hari kita dikejutkan dengan berita bayi yang mati sama ada dibuang atau dibunuh.
Sampai bila keadaan ini harus berterusan? Apalagi yang kurang di dalam menyedarkan akan akibat pergaulan dan seks bebas ini? Perkara paling mengejutkan ialah apabila pihak media mendedahkan akan penemuan bayi yang dibunuh adalah di kalangan orang muda yang terpelajar dan tak kurang juga di kalangan mereka yang kurang pelajaran tetapi hanyut dibuai keasyikan dunia.
Oleh itu, saya menyarankan agar semua kita dapat menerima program `Baby Hatch’ bagi memastikan semua bayi yang tidak diingini ini, tidak diperlakukan seperti haiwan. Bayi ini tidak berdosa dan berhak untuk meneruskan kehidupan mereka. Yang membawa masalah ialah ibu bapa mereka yang tidak kenal erti belas ihsan kepada bayi yang lahir.
Saya juga menyarankan agar kerajaan mengambil tindakan yang tegas atau menggubal satu undang-undang bagi membolehkan mana-mana individu yang didapati bersalah kerana membuang, membunuh atau mendera anak atau bayi mereka agar disebat sebelum dipenjarakan.
Sebatan yang dikenakan biarlah memberi parut yang amat mendalam kepada ibu bapa ini dan hukuman yang dijatuhkan biarlah maksimum. Untuk apa kita mengasihani orang yang tidak ada perasaan kasihan kepada anak sendiri.
Berilah individu ini pengajaran yang akan memberi peringatan kepada sesiapa juga di luar sana agar tidak melakukan perbuatan yang sama kerana jika tidak mereka juga akan menanggung azab yang serupa.
IBU YANG PRIHATIN,
Kuala Lumpur. |
|
|
|
|
|
|
|
Penubuhan Baby Hatch bukan penyelesaian kekal isu buang bayi
2010/07/10
SAYA ingin berkongsi pandangan dengan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah mengenai peningkatan bilangan bayi yang ditinggalkan menggambarkan Malaysia sedang melalui krisis moral yang serius.
Kita tidak boleh menafikan kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi dan kejadian itu sebenarnya menunjukkan kemerosotan serius terhadap nilai moral yang jika tidak ditangani segera akan menjurus kepada kemusnahan struktur moral masyarakat. Siapa seharusnya mengambil tanggungjawab ini? Jawapannya, semua orang harus dipertanggungjawabkan, ibu bapa, belia dan remaja, pihak berkuasa serta masyarakat secara keseluruhan. Memetik kata-kata Raja Dr Nazrin, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendaftarkan 257,000 kelahiran tanpa nama ibu bapa antara 2000 hingga Julai 2008 yang membuktikan seramai 2,500 bayi lahir luar nikah dalam sebulan atau 84 kes sehari.
Statistik JPN pastinya membimbangkan. Antara tindakan diambil terhadap masalah pembuangan bayi adalah penubuhan Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini atau ‘Baby Hatch’ oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan Orphan CARE dengan sokongan kerajaan.
Saya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap penubuhan ‘Baby Hatch’ kerana saya yakin dapat menyelamatkan nyawa insan tidak berdosa dan mencegah daripada bayi ditinggalkan di tong sampah atau longkang.
Ibu yang melahirkan bayi luar nikah sekarang mempunyai tempat untuk meninggalkan bayi. Begitu juga pasangan suami isteri yang tidak mampu menanggung bayi boleh meninggalkan bayi di ‘Baby Hatch’ supaya bayi itu boleh diambil sebagai anak angkat.
Bagaimanapun, penubuhan ‘Baby Hatch’ mengundang perbahasan dengan persoalan sama ada ia tindakan yang wajar.
Pada pendapat saya, ‘Baby Hatch’ adalah jalan penyelesaian bersifat perikemanusiaan dan belas kasihan kepada mereka yang terdesak untuk meninggalkan bayi di tempat selamat bukan ditinggalkan di tepi jalan, longkang atau tempat pembuangan sampah.
Namun, saya ingin menegaskan, kemudahan disediakan ini tidak disalah anggap sebagai galakkan untuk membenarkan hubungan seks sebelum berkahwin atau menganggap ‘Baby Hatch’ sebagai jalan penyelesaian kepada kes pembuangan bayi.
Penubuhan ‘Baby Hatch’ tidak harus disalah erti atau disalah guna. Ia tidak seharusnya dilihat sebagai laluan untuk meneruskan aktiviti tidak bermoral atau bantuan kepada yang ingin melepaskan bayi mereka.
Apa yang amat diperlukan kini adalah Program Pemupukan Nilai Murni Untuk Negara di mana usaha berterusan harus dijalankan kerajaan, NGO, pihak sekolah dan institusi kekeluargaan untuk memupuk akhlak mulia dalam kalangan belia dan anak remaja.
Lebih banyak kempen umum membabitkan pihak berkuasa berkaitan perlu dianjurkan bagi mendidik pelajar dan remaja mengenai bahaya seks sebelum berkahwin, masalah kehamilan tidak dirancang dan bayi luar nikah.
Pada masa sama, kerajaan harus mempertimbangkan cadangan berasas daripada pelbagai pihak mengenai memperkenalkan pendidikan seks yang komprehensif di sekolah bagi membekalkan maklumat tepat mengenai pencegahan kehamilan tidak dirancang dan pembuangan bayi.
TAN SRI LEE LAM THYE,
Kuala Lumpur. |
|
|
|
|
|
|
|
buat ajer laa undang2, once ko serahkan anak kat baby hatch ni u lost all your rights as parents. Ab ...
Bolayan Post at 29-6-2010 10:43
Betoi tu, banyak parents yg adopt dok tak senang tunggu 2 yrs sebelum mereka ada full parental right utk anak2 angkat. Tapi kan, kalau buat law cenggini, nanti, pikir 2 kali pulak mak bapak kandung ni nak letak babies kat situ, mana la tau, diaorg pikir panjang for once - one day insap dan nak ambik balik baby diaorg? |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulannyer adalah bahawa generasi MELAYU masa kini berkemahuan sex yg memuncak tapi menolak tanggung-jawab yg seharus dipikul.... :re::re: |
|
|
|
|
|
|
|
aku sokong tindakan mak gan bapak baby nie...tapi dorg kena insaf la...walaupun da pertubuhan mcm nie...tkut t dorg ulang perbuatan nie pastu bg jugak kat situ..xbaik la...kena la buat sesuatu kat dorg...ku kesian kat baby tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orphan CARE terima 5 bayi
Oleh Sani Kamarudzaman
[email protected]
2011/11/06
PENGASUH pusat Orphan CARE menerima bayi pertama ketika pusat itu baru dibuka beberapa bulan lalu.
Ibu hamil luar nikah sedia serah anak selepas bersalin untuk dijaga
PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (Orphan CARE) menerima permohonan lima wanita hamil yang secara sukarela akan menyerahkan bayi mereka kepada organisasi itu selepas bersalin pada bulan ini dan Januari depan.
Kesemua wanita itu mengambil keputusan untuk menyerahkan bayi itu atas alasan hamil di luar ikatan perkahwinan, masalah kewangan serta kerana takut berdepan stigma negatif masyarakat serta keluarga.
Ketika ditemui Berita Minggu semalam, Setiausaha Kerja Orphan CARE, Azra Banu, berkata sehingga kini, hanya tiga kes bayi diletakkan dalam kotak disediakan Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch) di sini.
“Kami menerima 41 bayi atau purata tiga bayi sebulan sejak penubuhan pusat ini pada 29 Mei tahun lalu. Semua 41 bayi sudah selamat diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing.
“Malah kami turut menerima banyak permohonan pengambilan anak angkat. Sambutannya amat menggalakkan sehinggakan ada satu kes yang mana seorang bayi yang dilahirkan tidak sempurna, namun tetap menjadi rebutan tiga pasangan belum memiliki zuriat yang mahu menjadikannya anak angkat mereka,” katanya.
Orphan CARE bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memudahkan proses pengambilan anak angkat kepada ibu bapa angkat yang sesuai.
Azra berkata, ramai pasangan yang sudah lama berkahwin menghantar permohonan pengambilan anak angkat ke pusat itu dan kini menunggu giliran. Selepas sesi temu duga oleh ahli panel Orphan CARE, pihaknya mengambil kira faktor ekonomi serta kesihatan pasangan dan usia perkahwinan.
“Selepas memadankan bayi dengan keluarga sesuai, khidmat kaunseling dan pemantauan akan dijalankan kepada keluarga angkat selepas proses pengambilan anak angkat yang mengambil masa minimum dua tahun,” katanya.
Orphan CARE berhasrat menambah tiga Baby Hatch dalam dua tahun akan datang di Johor, Kelantan dan Pulau Pinang sebelum ke setiap negeri.
“Baby Hatch adalah laluan alternatif kepada ibu muda yang terdesak dan daripada bayi itu dibuang, Orphan CARE menyediakan satu kediaman transit,” katanya.
Orphan CARE juga dalam perancangan untuk mengadakan ceramah serta program pendidikan secara holistik kepada ibu muda serta seluruh anggota masyarakat.
“Orang ramai boleh melayari www.orphancare.org.my untuk berkongsi idea dan cadangan bagi memperkasakan penubuhan Baby Hatch di seluruh negara,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
epas ni bolehlah anak2 melayu laki dan pompuan berzina dgn lebih senang hati.
kalo bunting pun, dah ada tmpt mana nak campak baby tu.
takda mana2 pihak ka yg nak berusaha menghalang zina? menubuhkan pusat pengumpulan hasil zina tak bermakna kena berhenti menghalang zina...
Masyitah n Jamil Khir xda ide? |
|
|
|
|
|
|
| |
|