|
baru lepas merempit membaca cerita ni.....
penulis lelaki ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
adesss lama sngt alisha borak dgn nina kan dah ngage najmi call |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 101# qimi08
mengapakah? ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 102# merahsilver
mesti lah bulehh! |
|
|
|
|
|
|
|
best2.... |
|
|
|
|
|
|
|
wah..sambung lagi tt..best jugakk..geram ngn alisha..lyn org lain ..sian najmi... |
|
|
|
|
|
|
|
AH next !!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
helo semua! |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 15
Najmi melilau seorang diri di The Chain. Hari Sabtu yang terasa begitu panjang. The Chain meriah dengan kunjungan manusia. Tapi dia cuma sendiri dalam ramai. Rasanya, sudah hampir dua jam dia merayau seorang diri di situ. Merayau tanpa ada tujuan apa- apa dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Mungkin, ada tujuan tapi hal itu sudah selesai tadi. Dia melangkah lagi, jika ada yang menarik hatinya, dia akan berhenti seketika untuk melihat. Dalam pada itu, hatinya teringat juga. Bilakah kali terakhir dia dan Alisha keluar bersama? Hmm... kali terakhir Alisha menemaninya ialah ketika dia membeli kemaja di Parkson. Saat itu Alisha masih di sisi dan setiap langkah yang diatur terasa seperti di kebun bunga. Tapi sekarang, dia sendiri.
BUKS tersergam indah di hadapan matanya. Hmm... The Alchemist! Tiba- tiba dia teringat, sudah lama dia ingin mendapatkan naskhah itu. Laju langkah dia masuk ke premis BUKS yang cantik susun aturnya. Syurga buku! Najmi menuju ke bahagian Fiction. Matanya meneliti setiap susun atur buku untuk mencari The Alchemist. Dia mengambil, membelek sebelum meletak kembali buku- buku yang dirasakan menarik. Dia belum menemukan buku yang dicari.
Siapa sangka, ada catatan indah dalam diari kehidupannya pada Sabtu, 14 Julai itu.
The Alchemist sudah di tangan. Sengihnya melebar walaupun sejumlah Ringgit Malaysianya bakal melayang bagi sebuah naskhah tersohor itu. Tersohor bukan? Jadi rasanya itu berbaloi. Terus dia berpaling menuju ke kaunter pembayaran namun TUK! kedengaran diikuti dengan bunyi Ouch!
Najmi tergamam! Olalala... aku dah terketuk kepala orang! Ngeee... Najmi ngeri menanti saat untuk di marah di khalayak ramai tapi... |
|
|
|
|
|
|
|
“Abang?” sapa satu suara.
Eh? Najmi seakan tersedar dari pegun. “Sssayang??” tergagap- gagap Najmi melihat Alisha di hadapannya. Dahinya... Merah!
Beberapa pengunjung BUKS memerhatikan mereka seolah- olah mereka sedang melakukan pengambaran drama saja. Mujur tidak lama, mereka segera bubar apabila menyedari yang keadaan baik- baik sahaja.
“Sayang!! Abang minta maaf sayang! Abang tak sengaja!” kata Najmi penuh kekalutan. Alisha sekadar tersengih sambil tangan menggosok dahi. Najmi tunduk melihat dahi Alisha. Terasa ingin diketuk kepala sendiri saat itu juga.
“Icha tak apa- apalah bang. Sikit je,” balas Alisha, tenang. Dia menghadiahkan senyuman kepada Najmi dengan mesej I’m OK!
Najmi masih tercegat memandang Alisha dengan rasa bersalah. Rasanya kalau dahi orang lain yang secara tidak sengaja dia ‘ketuk’ tadi, mungkin dia tidak merasa bersalah begini. Eh betul ke? Nasib baik kena dahi Alisha, kalau di buatnya kena dahi isteri orang, mati aku kena bambu! “Sayang betul tak apa- apa ke ni? Dahi sayang merah,” kata Najmi penuh rasa kesal. Kesal dengan kecuaiannya.
Alisha ketawa kecil. Dia sekadar menggeleng kepala, lucu melihat Najmi yang kalut. “Buku apa yang bertuah dapat ketuk dahi Icha tu?” selamba Alisha bertanya. Dia mencapai buku itu dari tangan Najmi. “The Alchemist? Lepas abang habis baca, Icha pinjam ya?” Alisha bertanya lagi. Lagaknya manja.
Alisha menanti Najmi di luar premis BUKS. Tidak lama pun dia menanti. Najmi menghampiri dengan wajah tidak ceria. Masih rasa kesal mungkin.
“Abang, janganlah buat muka macam tu. Icha happy jumpa abang kat sini tapi muka abang monyok je jumpa Icha,” tegur Alisha. Wajahnya juga sengaja dimendungkan.
“Sayang, bukan macam tu,” cepat- cepat Najmi memintas. Alisha tersenyum. Ada dua sebab. Pertama, gembira jumpa Najmi di The Chain walaupun dahinya merah ‘dicium’ buku. Kedua, Najmi memanggilnya ‘sayang’. Terasa diri disayangi. Memang dia sayang kau Icha, kau je yang buat perangai tak semenggah! Bisik hati kecilnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Lama kedua- duanya sepi ketika membawa langkah dari BUKS. Alisha diam merangka kata, Najmi membisu menyusun bicara. Kalau diikutkan hati, kata- kata terasa ingin diluahkan sederas machine gun mengeluarkan peluru tapi entah mengapa, kedua- duanya tidak tahu dari mana harus mereka mula.
“Erm... Icha pergi dulu lah,” kata Alisha. Gila, lain yang aku nak cakap, lain yang keluar di mulut! Pandainya kau, Alisha!!
“Sayang dah nak balik ke?” pantas Najmi bertanya. Yela Inche Najmi oii, berjalan dengan kau gaya macam jalan sorang je! Perli hati Najmi.
“Ya, tapi Icha nak masuk Cold Storage dulu. Nak beli barang sikit,” jawab Alisha.
“Ok, jom!” balas Najmi. Alisha terkedu. Em?
“Sayang, jom lah. Kenapa tercegat lagi kat situ?” Najmi yang sudah empat, lima langkah di hadapan bertanya.
“Abang nak ikut Icha?” Alisha bertanya.
“Yela, siapa nak tolong tolak troli untuk sayang nanti?” jawab Najmi dengan senyuman manis terukir di bibirnya. Wajahnya bertambah kacak dengan senyuman itu. Alisha mencair melihat senyuman itu. Yeah!, hati Alisha menjerit suka.
Alisha dan Najmi seiringan di Cold Storage. Troli sudah terisi dengan sedikit barang dapur. Ada susu dan gula. Alisha masih mencari barang- barang dapur lain untuk bekalan di rumah sewanya. Senarai barang- barang yang dicari ada di tangan.
Dalam diam, Najmi senyum sendiri. Dia membayangkan keadaan yang serupa selepas dia dan Alisha bergelar suami isteri kelak. Dia menolak troli, Alisha pula memegang senarai barangan yang mereka hendak beli di tangan. Mungkin, kalau dibesarkan lagi skala angan- angannya, anak kecil mereka turut sama di dalam troli. So sweet! Desis hati Najmi.
“Abang senyum sorang- sorang!” seru Alisha sambil paket biskut Oreo berada di tangan. Dia tersengih, kelihatan nakal.
Najmi tersentak. “Mana ada!” Kantoi!
Alisha tergelak kecil. Apalah tunang aku ni, tolak troli pun boleh senyum sorang- sorang!
Alisha berhenti di bahagian makanan ringan. Dia mencari Mr Potato berperisa BBQ.
“Junk food is not good la sayang,” tegur Najmi.
Alisha berpaling dan berkata, “But i love Mr Potato BBQ flavour.”
“I thought you love me?” balas Najmi selamba. Automatik Alisha berpaling ke arah rak kembali. Geez... Suka tau buat aku malu gini...
“Sayang, you love me more than you love Mr Potato kan?” Najmi bertanya lagi. Lehernya dipanjangkan untuk mencari wajah Alisha. Wajah itu kelihatan selamba menahan senyum. Berbunga hati Najmi.
“Abang, tolong ambilkan yang tu... Tak sampai,” Itu yang Alisha balas. Tangannya di hala ke arah bungkusan Mr Potato.
“Kepala konkrit!” usik Najmi.
Alisha menjelir sebelum berkata, “Tak apa, abang sayang juga.” Najmi pula terkedu. Tak sangka kata- kata itu yang keluar dari bibir Alisha. Dia terasa seperti di kayangan! |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka tiba di bahagian sejuk beku. Alisha berkira- kira untuk mendapatkan nugget ayam dan drummet. Menu yang paling senang jika dia dan Nina sama- sama malas untuk masak.
“Sayang, this kind of food contains...” sebelum sempat Najmi menghabiskan ayatnya Alisha sudah menyambung, “Fats which is not good.”
Najmi ketawa. “Pandai tak Icha?” selamba Alisha bertanya.
“Pandai, sebab tu abang sayang,” balas Najmi. Alisha tersipu- sipu.
Troli sudah hampir separuh terisi. Barang- barang makanan sudah mencukupi dan Alisha perlu mendapatkan barangan penjagaan peribadi pula.
“Abang tunggu sini kejap ya?” kata Alisha.
“Kenapa sayang?” Najmi bertanya.
“Icha nak ambil barang kat sana,” balas Alisha sambil tangannya menunjuk ke arah hujung premis.
“Kita pergi sama- sama la,” kata Najmi sengaja menguji. Mengerti tentang barang- barang yang terdapat di bahagian itu. Alisha mati akal, antara segan dan malu. “Tak apalah, kejap je,” dalih Alisha.
“Okaylah, abang tunggu kat sini,” ujar Najmi. Memahami akan rasa tidak selesa Alisha.
Setelah seketika, Alisha datang kembali dengan beberapa barangan peribadi termasuk tuala wanita. Alisha berusaha keras untuk kekal berwajah selamba sedangkan dalam hati, Tuhan saja yang tahu betapa ‘malu’nya dia. Najmi juga bersikap selamba.
“Ada lagi sayang?” Najmi bertanya. Dia menolak troli ke arah kaunter pembayaran. Alisha membelek senarai di tangan dan menggelengkan kepalanya. Mereka beratur di salah satu kaunter. Memandangkan hari itu hari Sabtu, agak ramai pelanggan menunggu giliran. Sementara menunggu, mereka berbual perlahan. Sesekali Alisha ketawa perlahan di dalam perbualan mereka. Najmi berdiri agak rapat ke tubuh Alisha. Wangian Hugo Boss yang dipakai Najmi mendebarkan hati Alisha. Wangian itu memang cocok untuk Najmi. Benar- benar menampilkan sisi maskulin Najmi.
Azmal yang selesai membuat pembayaran di kaunter berpaling semula ke kaunter 4 Cold Storage. Abul turut sama berpaling. “Kau tengok apa? Mosquito repellent ada tak Mal?”
Lambat- lambat Azmal menjawab, “Ada...”
“Kau tengok apa?” Abul bertanya lagi. Macam nampak hantu je...
“Tak ada apa- apa lah,” balas Azmal. Mereka beriringan menuju ke eskelator. Azmal mengetap bibir. Dia yakin dengan apa yang dia nampak. Alisha dengan seorang lelaki. Sosok tubuh lelaki itu tinggi dan tegap. Mereka kelihatan bahagia. Sesekali Alisha dan ‘lelaki’ itu ketawa kecil. In A Relationship, dia tahu itu. Finally I see you Alisha, bisik hati Azmal. |
|
|
|
|
|
|
|
best.. |
|
|
|
|
|
|
|
...sweetnya couple ni!!! |
|
|
|
|
|
|
|
dah berdamai....soo sweet |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah dh baik...jgn Icha wat hal lg dh la...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Salam TT,
ketot tumpang baca..teruskan menulis |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 118# ketotmerah
cik ketotmerah, thanx sudi singgah baca |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|