KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lagi suspek semalam dipercayai dapat membantu siasatan kes serangan dengan asid ke atas pemain bola sepak negara, Faisal Halim.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika mengesahkan perkara itu, berkata suspek ditahan di Bandar Baru Bangi, dekat sini.
"Suspek seorang lelaki tempatan berusia lewat 30-an dan ditahan di Bandar Baru Bangi lewat petang semalam.
"Suspek akan direman pada pagi ini di Mahkamah Petaling Jaya," katanya kepada BH, hari ini.
Semalam, BH melaporkan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kejadian serangan terhadap pemain bola sepak negara ditahan di Pandan Indah, Ampang dekat sini, malam kelmarin.
Suspek berusia 20-an itu ditahan berdasarkan nombor pendaftaran sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Suspek kemudian direman dua hari bermula semalam untuk membantu siasatan polis.
Terdahulu, Faisal yang juga bintang kelab bola sepak Selangor FC mengalami kecederaan teruk di bahagian lengan dan badannya selepas diserang seorang individu tidak dikenali dengan menggunakan bahan dipercayai asid.
Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 5 petang kelmarin.
Faisal dilaporkan mengalami cedera kebakaran tahap empat dan keadaannya semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta, di sini, semalam.
FAISAL Halim disimbah asid ketika di sebuah pusat beli belah Damansara.
Petaling Jaya: Suspek pertama kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang ditahan Ahad lalu, didapati bukan pelaku kes berkenaan.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sebenar kes itu menunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu, namun ia nombor yang sama dengan nombor pendaftaran kenderaan suspek pertama.
"Suspek pertama yang ditahan itu tiada kaitan dengan kes ini dan akan dibebaskan (selepas reman tamat).
"Namun dia akan ditahan semula kerana ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati dia positif dadah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Kes simbah asid Faisal Halim: Suspek kedua direman lima hari - Polis
KUALA LUMPUR: Suspek kedua yang ditahan bagi siasatan kes simbah asid pemain bola sepak negara kelmarin direman lima hari bermula hari ini hingga 11 Mei ini.
Perkembangan terbaharu itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ketika dihubungi BH, sebentar tadi.
Beliau turut memaklumkan siasatan kes berkenaan kini diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
"Suspek direman lima hari hingga 11 Mei, dan siasatan diambil alih oleh USJT," katanya ringkas.
Sebelum itu, Hussein memaklumkan suspek kedua dalam kes ini iaitu seorang lelaki tempatan berusia 30-an itu ditahan di Bandar Baru Bangi dekat sini, lewat petang, semalam.
Beliau turut memaklumkan suspek pertama yang ditahan di Pandan Indah, Ampang, kelmarin akan dibebaskan selepas direman dua hari kerana didapati tiada kaitan dengan kejadian.
Bagaimanapun dia akan ditahan semula selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah.
Suspek pertama berusia 20-an itu ditahan berdasarkan nombor pendaftaran sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian berkenaan.
Siasatan polis mendapati pelaku dalam kejadian itu menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran palsu.
Keadaan Faisal kritikal, tangan kiri sukar bergerak
SINAR HARIAN
07 MAY 2024 1:26 PM
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Keadaan pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, Faisal ketika ini sedang dipantau rapi dan akan menjalani beberapa pembedahan lagi.
Sharil memaklumkan, Faisal mengadu sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan.
Pada Ahad, Faisal telah disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali dan dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya pada Ahad sebelum dipindahkan ke hospital di Shah Alam.
bola sepak malaysia ni tak tara mana pun tapi taksub nye melebihi brazil.. aku dah lama tak tengok liga malaysia sbb membosankan. lepas pasukan kebangsaan kalah dgn Oman 2 kali dan pasukan b23 kalah smua plawanan piala asia b23 aku terus unfollow IG fanpage bola sepak dan FAMB.
apa pun semoga Faisal cepat sembuh, harap yang terlibat bakal dibawa ke muka pengadilan.
JOHAN Kamal berkata Faisal berada dalam keadaan sedar namun kecederaan di badannya agak kritikal. FOTO NSTP
Shah Alam: Tonggak Harimau Malaya Faisal Halim disimbah asid sulfurik pekat hingga menyebabkan beberapa anggota badan termasuk mukanya melecur tahap empat.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon ketika melawat Faisal di hospital swasta, di bandar ini, sebentar tadi.
Beliau yang meluangkan masa melawat pemain Selangor FC itu juga berkata, Faisal berada dalam keadaan sedar namun kecederaan di badannya agak kritikal.
Katanya, pakar perubatan akan menggunakan sejenis ubat khas dari Australia kepada Faisal untuk membantu memulihkan kecederaan melecur itu.
"Keadaan kecederaannya agak teruk dan serius. Dia dalam keadaan sedar tapi badan dia memang sangat teruk.
"Asid yang disimbah kepada Faisal adalah asid sulfurik pekat," katanya, sambil meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan pemain itu.
Terdahulu, Arena Metro melaporkan insiden membabitkan pemain kebangsaan itu yang cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.
Kejadian itu, menyebabkan Faisal cedera di beberapa bahagian badan termasuk mukanya dan kini dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.
Faisal yang juga tonggak Selangor FC dilaporkan sudah selesai menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital di Shah Alam.
Kondisi kesihatan Faisal yang juga nadi kepada Selangor FC semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan itu.
Selain itu, Johan berkata, pemain berusia 26 tahun itu akan menjalani satu lagi pembedahan pada petang ini dalam usaha memastikan kesihatan Faisal berada dalam keadaan stabil.
Post time 7-5-2024 03:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Lentera at 7-5-2024 03:49 PM
hasyahana replied at 7-5-2024 02:12 PM
Semoga mamat ni selamat drpd penjahat2 tu
"ada org2 yg lagi besar dr ketua polis & raja2 melayu & agong kita sendiri"
Tak terjangkau dek fikiran ku yg marhaen