CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

GHAZAL UNTUKMU

[Copy link]
Post time 28-7-2011 08:37 PM | Show all posts
ya ampun harith... npe koling2 lili lg.... sambung lg kak..  bes nih... sikit lg je kn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 10:08 PM | Show all posts
nak lg boleh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 12:22 PM | Show all posts
wahhh bestnya detox, dah tak sabar nak tunggu buku u keluar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2011 01:37 PM | Show all posts
assalamualaikum semua.....

maaf saya tak dapat nak respon kat setiap satu comment. but to all, THANK YOU so much for all kind words and supports.


MIDAR, publisher sama, dan maaf akak kena adil juga pada penerbit utk tidak letakkan keseluruhan cerita ini. Maaf ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2011 01:38 PM | Show all posts
Bab 8       

ROKOK ditenyeh dalam tempat abu. Dia batuk satu kali dan terus mencapai gelas yang terisi air suam. Dia bingung. Lama betul rasanya lorong belakang Pasar Seni tidak di kunjungi lagi oleh Lili. Persoalan malam dulu masih lagi menganggu hidup si Gibran. Tapi kalau pun nanti wanita itu datang mendengar konsert percumanya mahukah dia bertanya. Mampukah dia mengeluarkan pertanyaan itu. Kalau nanti hati wanita itu tergores lagi lantas menitiskan air mata, macam mana ?

Dia menarik nafas dan menggeleng kepala. Aku suka kat dia ke ? Entah. Kalau tak suka kenapa aku ambil pusing dengan hal dia ? Dia menggaru kepalanya. Mungkin juga aku ‘tersuka’ kat dia itu pasal aku sibuk hendak tahu. Sibuk hendak berkongsi rasa. Sibuk nak jadi hero pada Lili.

Gibran tersengih. Lapar pula. Perutnya kosong sejak petang tadi.

Dia buka peti ais, hanya ada botol air kosong yang sudah kosong pun. Ini tentu kerja si Mat Jeng. Bukan reti nak isi air. Dia lihat keliling dapur, habuk biskut pun tidak ada. Cari burger lah ! Nasib baik motor Mat Jeng ada malam itu.

Malam-malam macam itu pun ada lagi yang laparkan burger Kit apabila dilihatnya ada yang menanti pesanan, hanya seorang pelanggan saja tapi nampak Ameng kalut menyiapkan pesanan. Memang burger dia lebih sedap dari burger-burger gerai lain. Tak lembek kena siram sos yang terlebih cair. Si Ameng tokey Kit Burger dulu kerja dekat Burger King, jadi dia guna pengalaman kerja di sana untuk menghasilkan burger yang sedap dan yang penting rotinya tak lembik !  Gibran menghampiri gerai tepi selekoh itu dan dari atas motor saja dia membuat pesanan.

“Lambat sikit bang, ada satu Uncle ni sudah order 15 ketul. Kakak ni punya pun baru nak buat. Boleh tunggu ke ?”

15 ketul ? Buat pesta burger ke apa ?

“Ok lah…” Dia turun dari motor dan berdiri di hadapan gerai melihat si Ameng yang bersendirian malam itu. “Sorang je ke ?”

Ameng angguk dan mengetuk-ngetuk patty daging yang hampir garing. Patutlah si Ameng ni kalut macam nak tercabut tangan membakar daging dan roti. Tu belum kira susun timun, tomato dan bawang atas roti, picit sos cili, sos tomato dan mayonis.

“Aku tolong lah !” Gibran turun dari motor.
“Boleh juga…thanks bro !” Ameng senyum suka hati. “Kejap ye kak, brader ni ada tolong boleh la cepat sikit.”
“Tak apa….kalau tahu saya pun boleh tolong tadi …”
Gibran terus mengangkat muka. Suara itu.
“La, Lili rupanya !”
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 01:42 PM | Show all posts
alahaaaiiii .. cetoet nyaa ... tak puas baca .. detoxxxx .. mau lagi .. hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-7-2011 01:43 PM | Show all posts
MEREKA duduk di bangku plastik merah yang memang tersedia tepi gerai burger itu. Masing-masing diam menikmati burger.

“Sedap kan .” Gibran bersuara sebaik sahaja dia menelan gigitan terakhir Double Cheese Burger. Sebab dia tolong Ameng, dua keping cheese di letakkan di antara dua keping patty daging, baru la betul-betul double cheese. Memang terangkat !

Lili mengangguk. Tadi dia hendak tapau saja,  makan burger sambil menyambung kembali cerita The Sound of Music.  Sudah sering kali di putar-putar lantaran kerana terlalu suka akan cerita itu namun terpaksa berhenti separuh jalan. Perutnya bergegar kelaparan seiring dengan suara Julies Andrews yang sedang menyanyi. Terpasksalah dia bergegas mencari makanan segera. Ternyata perutnya yang berghazal rupa-rupanya hendak menemukan dengan penyanyi itu.

Bila Gibran mempelawa makan bersama, dia tanpa banyak fikir memilih untuk menerima pelawaan Gibran itu. Sekurang-kurangnya tidaklah dia terus-terus berasa bosan. Terkurung dalam rumah dan asyik teringatkan Harith. Geram betul !

“Malam tu kenapa tak tunggu sampai habis konsert.” Tanya Gibran, dia menyapu bibir yang tersisa sos cili. Mukadimah sebelum bertanya satu soalan yang membelengu fikirannya.

“Oh…hmmm…saya sakit perut !” Lili mengerut dahi, macam tidak setuju dengan jawapan yang terkeluar dari mulutnya. Apa punya jawapan da !

Gibran tersenyum sedikit, pilihan jawapan yang ‘busyuk’. Dia tersengih lagi dan Lili mengerut kening sampai matanya jadi kecil. Ketawa kat orang la tu !

“Tinggal kat area ni ke ?” tanya Gibran, dia menukar haluan, biar konar baring dulu sebelum balik ke pokok asal pertanyaannya. Kotak rokok di keluarkan dari saku jeans.

Dia tidak menarik keluar sebatang cuma meletakkan kotak itu di atas peha. Baru Jumaat lepas, dia dengar khutbah. Haram hisap rokok. Namun, dia masih belum ada kekuatan untuk melepaskan ‘kawan baiknya’ itu. Nantilah. Nanti yang entah bila Gibran !

Lili mengerling ke kotak rokok yang ada gambar bayi tidak cukup bulan. Punyalah ngeri gambar itu, tapi perokok tegar buat-buat tak nampak saja. Harith pun hisap Marlboro juga ! Hmm Harith lagi….

“Ye. …SS 5 ” Baru dua hari dia berpindah ke rumah sewa itu. Barang-barang pun masih dalam kotak. Dia hanya mengemaskan barang-barang bersangkutan kerjanya sahaja.

“Oh. Selamat berjiran.”
“Duduk sini juga ke ?”

Gibran menggeleng. Dia memerhati ekspresi Lili yang seolah berkata, habis tu !

“Kat SS6, kira berjiran la dengan SS5.”

Lili tersengih. Lawak la konon.

“Ok lah, saya nak balik. Selamat malam.”
“OK, selamat malam.” Gibran mengigit bibir, memang dia terus terbaring, konarnya terlebih-lebih sampai tak terkawal. Tak sempat nak tanya sudah ucap selamat malam. Alahai !

Gibran perhati sahaja Lili menyeberangi jalan dan hilang dalam gelap malam. Dia terus-terus merakam cara Lili berjalan. Ada satu gaya yang unik. Nak kata kalut tidak juga, tapi macam kakinya ada spring. Jalan macam pocong ? Tidak juga. Emm, sukar betul hendak tafsirkan tapi memang nampak comel saja ! Gibran senyum. Ya, dia tu memang comel. Comel sangat ! Yang teramat-amat ! Gibran ketawa sendiri, Ameng mengerut dahi. Dia langut tengok tiang lampu, mana tahu kot ada yang menumpang lepak atas sana.

“Meng bungkus daging biasa satu..”
“Tak cukup lagi ke Bro ?” matanya mencerlung.
“Untuk Mat Jeng….”

Ameng angguk dan terus membelah seketul roti, dan matanya sekejap-sekejap tengok ke atas. Janganlah nak lepak kat sini pula, doanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2011 01:45 PM | Show all posts
LILI menompang dagu, satu demi satu gambar yang dirakam diimbas. Matanya merenung monitor komputer. Aku nak print gambar ni dan beri pada si Gibran lah sebagai ganti dia belanja burger tadi. Dia menatap gambar ‘close shot’, aksi Gibran memang tampak hebat. Ranggi dengan caranya yang tersendiri. Dia asyik menekan icon next, apabila telefonnya berdering lagi.

“Sorry Ma. Lupa nak call balik !”

Lili diam mendengar. Dia tidak ada daya hendak berdebat malam itu.

“Ya, okay, esok Ili balik. Ya…tapi lambat la sikit…”

Dia diam lagi mendengar.

“Ya, Ili okay. Yes, I still go out, do things, tak de la terperap, I am OK Ma !” perkataan ‘OK’ tu ditekan kuat sedikit. Biar mama tahu kalau dia sudah okay walau dalam masa yang sama sedang berusaha untuk menjadi seratus peratus okay.

Mama terus bercakap, memberi nasihat. Dia diam dan mengangguk saja. Bila talian mati, Lili urut kepala. Terngiang-ngiang lagi suara ibu yang risau. Mama, dah dekat sebulan la Lili kena cerai. Tak apa-apa. Lili dah OK la Ma. Jangan risau. Lili hanya memandang handphone di tangan. Kesian pada Mama. Tiap-tiap malam Mama akan pastikan menelefon bertanya tentang Lili. Lili dah 30 tahun Ma. Tapi jawapan Mama tetap sama, Lili tetap anak Mama, tak kira la 3 tahun ke 13 tahun ke 30 tahun ke…dah tua kerepot pun tetap anak Mama.

Matanya kembali pada monitor, kembali pada Gibran yang sedang beraski. Teringin pula hendak dengar lagu itu. Malam itu juga dia meng-‘google’ lagu Ikan Kekek. Malam itu juga dia jatuh cinta dengan lagu Syair Hang Nadim yang dia jumpa secara tidak sengaja. Memang best lah lagu-lagu Art Fazil , tapi sayang lagu-lagu berentak asli kurang pula mendapat sambutan. Radio pula asyik putar lagu dari seberang saja, sampaikan kadang-kadang terasa bukan di Malaysia. Apa la dia orang ni ! Bebel si Lili tengah-tengah malam buta.

Agaknya kalau Gibran yang nyanyikan lagu Syair Hang Nadim ini macam mana ye. Beranikah aku membuat permintaan. Aku akan cuba. Lili senyum. Dia mahu tidur, mata terasa mengantuk sangat lantaran beberapa hari ini tidurnya asyik terganggu sahaja. Moga esok hari yang lebih baik, doanya dan diikuti doa sebelum tidur, selepas itu mengucap dua kalimah syahadah. Selimut ditarik dan dia terus tertidur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 01:45 PM | Show all posts
Reply 104# detox

it's ok akak...
x sabar tunggu buah tgn baru....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2011 01:46 PM | Show all posts
Reply 106# hotmum


saya dah tepek satu bab, hehehehe ;)
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 01:51 PM | Show all posts
tq detox ... nak tanya la ... cerita one more time u tu ... cemana nak baca .. i try bukak tak bleh lah ... huhuhuhu ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 01:52 PM | Show all posts
Reply 110# detox

heheheh .. cepat sungguh baca .. smpi tak sempat u nak update satu bab ... tq anyway ... hehehe .... u jgn la dera ili teruk2 .. sian dia .. heheheh ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 04:23 PM | Show all posts
detox!!!!
wpun dah lambat aku nak ucap tahniah jugak....
nanti bukunya dah kuar....bgtau.....

aku sukala nama gibran tu...
tapi nadeem jugak lagi best....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 05:56 PM | Show all posts
yes!!!! detox.... tahniah3....
cpt2 la sambung apa yg penerbit tu nak, biar cpt kuar buku...
chengkeh...
kita tgk ye sapa lg loving n lomantik nti.. gibran ke nadeem....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 09:47 PM | Show all posts
wah kak detox ada cite baru... tahniah kak...
tak sabar nk tunggu.. jgn lupa inform klo dah kuar ye kak...

last skali peluk cium utk si comel imran..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 12:42 AM | Show all posts
adeh sweet pertemuan antara gibran dan lili..
nama gibran unik sungguh...
dan nama heroin pendek, senang nak ingat
tak sabar nak tunggu versi buku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2011 12:48 AM | Show all posts
Teganya harith buat Lily macam tu...x beri peluang langsung tuk trus menyelami hati LIly. X suka..x suka..x suka Harith. Kejam.

Kesian Lily...jalu sy jd lily..x kan ku jejak ke majlis x hubby...rasa mcm disayat2.

x sabarnya nak tunggu versi cetak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 09:50 AM | Show all posts
Reply 110# detox


selamat menjalani ibadah puasa.

detox...wah ko kena masok gua bertapa lagi la ya...nak kasi tambah ms...tak pe tak pe...buku punya pasal...sila sila la MIA kan diri ko...aku rela menunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 01:17 PM | Show all posts
Bila nak ada n3?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 01:18 PM | Show all posts
Bila nak ada n3?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.057731 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list