|
12
“Kak Kirah! Tarik! Tarik! Hulurkan tali.” ujar ku teruja. Layang-layang yang Kak Kirah tarik naik meninggi. Aku dah tergelak-gelak kesukaan.
“Lagi Kak Kirah! Lagi!.” Jerit ku bertepuk tangan seronok.
Kak Kirah terkinja-kinja berlari di padang berumput hijau itu. Hanya kami saya berdua di pandang tersebut. Aku yang dari tadi membantu Kak Kirah cuba memberi semangat pada Kak Kirah yang dah berpeluh-peluh berusaha menaikkan laying-layang tersebut. Dalam keseronokkan tersebut aku terasa sesuatu yang berlaku pada aku. Aku cuba menahan tetapi hanya sebentar sahaja. Akibat dah tak tahan aku terloncat-loncat.
“Kak Kirah! Minah nak terkencinglah.” Jerit aku tidak malu. Aku tidak kisah kerana hanya kami sahaja yang ada disitu.
“Kak Kirah!” jerit ku kuat bila melihat Kak Kirah masih tidak mengendahkan aku.
“Kak Kirah! Minah nak terkencing!” adu ku dan berlari menghampiri Kak Kirah yang masih menaik-naik tali layang-layangnya.
“Kak Kirah! Minah nak terkencinglah. Kak Kirah tak dengar ke?” marah aku pada Kak Kirah yang masih tidak memperdulikan aku.
“Pergi aje lah. Kan akak tengah main layang-layang ini.” marah Kak Kirah bila aku menganggunya.
“Temanlah kak, Minah dah tak tahan ni.” Pinta ku sambil terkepit-kepit. Angin yang bertiup menambah rasa tidak tahan ku.
"Takkan akak nak lepaskan tali ini Minah. Nanti terlepaslah ia.” Luah Kak Kirah sambil mendongak kearah layang-layangnya yang semakin tinggi.
“Alahhh….Kak Kirah, temanlah Minah. Tolonglah Kak Kirah.” Pujuk aku dan kedua-dua kaki paha dikepit oleh kerana tidak tahan untuk membuang air.
“Minah pergi ajelah. Kat balik pokok tu boleh. Orang tak ada.” Ajar Kak Kirah sambil tangannya masih lincah menarik benang layang-layang itu.
“Tak naklah. Malulah Minah.” Bentak ku.
“Habis Minah nak balik ke? Hah! Pergilah. Biar mak tak bagi Minah keluar semula.” Ujar Kak Kirah geram. Aku tidak jadi nak marah bila Kak Kirah berkata demikian.
“Boleh ke kat belakang pokok tu?” tanya ku minta kepastian. Kalau ada orang mengendap malu aku seumur hidup.
“Pergi sajalah. Tak ada orang. Kak Kirah jaga kat sini.” Janji Kak Kirah.
Aku pandang kearah pokok yang pangkalnya ada anak-anak pokok tumbuh merimbun. Antara rasa yang tidak tahan memaksa aku bersetuju dengan cadangan Kak Kirah. Aku tercari-cari tempat yang sesuai untuk melepaskan hajat. Akhirnya aku menemui tempat yang agak tersorok. Dengan pantas aku membuka seluar dan mula mencangkung.
“Aduhhh..lega.” bisik ku perlahan sambil memejam mata melayani kenikmatan lepasnya hajat aku. Tiba-tiba kepala aku sakit bagai dihempap sesuatu dan serta merta aku membuka mata.
“Ehhh..kat mana aku ini?” dalam kelam aku cuba menyesuaikan pandangan mata dengan keadan sekeliling.
Lama aku memerhati. Kak Kirah dah tak ada. Padang yang hijau pun tak ada. Sejuk saja mengigit rasa. Tak tertahan aku dan mengigil seluruh badan. Tiba-tiba hajat yang tak sampai tadi kembali semula bercampur dengan rasa dingin yang mengigit. Aku bingkas bangun dalam gelap itu.
“Ehhh..kat mana ini? Cepatlah! Kat mana nak kencing ni?” luah aku sendiri. Sekali lagi aku dah terkepit-kepit sambil terlonjat-lonjat. Aku masih tidak dapat menyesuaikan keadaan lagi.
“Aduhhh….camner ni?” bentak aku kuat. Tiba-tiba cahaya samar-samar menyala.
“Aminah Amia! Kenapa ni?” ada suara garau bertanya. Aku tidak dapat melihat siapakah gerangan tersebut.
“Cepat! Cepat! Minah nak kencing. Dah tak tahan ni.” Aku dah tak perduli suara siapa itu. Aku masih terloncat-loncat dan terkepit-kepit.
“Bilik air kat kiri tu.” Arah suara garau itu lagi.
Aku pusing kiri dan terus menolak pintu dan dengan tangkas aku melangkah kedalam. Sempat aku menolak kembali pintu tadi dan dalam gelap automatic tangan aku dapat mencapai selak. Dalam gelap aku terus mencangkung dan segera melepaskan hajat. Tiba-tiba lampu menyala dan keadaan yang gelap tadi menjadi terang. Aku cuba memikirkan kembali dimana aku berada. Tadi ada Kak Kirah tapi sekarang dah hilang. Lama aku terfikir dan ingatan kembali nyata setelah terpandang tuala aku yang tersangkut diampaian belakang pintu.
“Alamak! Nikan rumah Haji Din. Macam mana aku boleh tak perasan aku dimana tadi.” Keluh aku sendirian.
Aduhh..malunya aku. Rupa-rupanya aku bermimpi. Aku pandang seluar yang aku pakai tadi dan terdapat kesan basah dicelahnya. Akibat tidak tahan nak terkencing, sedikit dah terkena seluar aku. Segera aku mencuci sebenrsih-bersihnya dan mencapai tuala yang tersangkut. Dalam pada itu aku terfikir bagaimana aku nak keluar dengan memakai tuala.
“Aminah Amia!” suara Haji Din kedengaran dibalik pintu.
“Saayaaa..!” jawab aku perlahan. Aku dah tak lalu nak keluar dari bilik air. Terasa malu dengan stail aku tadi. Mesti Haji Din pelik dan mungkin dia ingat aku sedang melakonkan watak hantu cina.
“Aminah Amia okey ke?” kedengaran lagi bicara Haji Din dari balik pintu.
“Minah okey. Jangan risau.” Jawab aku.
“Okey!” hanya itu yang kedengaran dan terus senyap.
“Haji Dinnnnn!!!” aku panggil nama Haji Din bila rasa tak mampu nak fikir apa.
“Kenapa Aminah Amia. Kamu sakit ke?” rupa-rupanya Haji Din masih berada dibalik pintu.
“Tidak! Minah nak minta tolong Haji Din boleh ke?” aku menjawab dari balik pintu juga.
“Tolong apa Aminah Amia?” tanya Haji Din lagi.
“Minah nak minta tolong ambikkan baju dalam beg Minah.” Pinta ku dari balik pintu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Adilla at 10-10-2011 14:18
“Baju dalam beg? Mana ada. Kan Aminah Amia dah susun dalam almari tadi.” Terang Haji Din masih dari balik pintu. Dah macam cerita Masam Masam Manis pula.
“Hahhhlahhh..”panjang tarikan aku. Jadi bagaimana aku hendak suruh Haji Din mengambil baju yang telah aku susun itu. Yang kecil dan yang besar.
“Aminah Amia! Buka pintu ini.” Pinta Haji Din lembut. Aku dah tak tentu arah. Haji Din nak buat apa? Takkan nak tengok aku yang hanya bertuala saja ini.
“Aminah Amia! Dengar ke tidak saya panggil?” Haji Din masih bersuara.
“Haji Din nak apa?” tanya aku perlahan.
“Buka sajalah pintu ni.” Pinta Haji Din lembut. Suaranya yang mendayu buat aku semakin layu. Aduhhhh….Haji Din.
“Haji Din nak buat apa?” sekali lagi aku bertanya.
“Ni…ada baju untuk Aminah Amia.” Terang Haji Din. Suaranya masih lembut kedengaran.
Jangan-jangan Haji Din nak mengoda. Entah-entah Haji Din nakkan haknya yang masih tak tertunai. Perlahan-lahan aku buka selak pintu bilik air tersebut dan merenggangkan sedikit.
“Bak sini!” aku menghulurkan tangan kiri.
“Nah!” Haji Din menolak sedikit daun pintu dan meletakkan sehelai baju ditangan ku.
Tersentuh tangan dengan Haji Din. Dengan cepat aku menarik dan menutup kembali. Terpegun aku melihat apa digenggam tangan ku. Sehelai baju kelawar bercorak batik berwarna ungu cantik sungguh. Tidak pernah aku melihat baju secantik ini.
“Haji Dinnn!!!!” panggil ku.
“Kenapa Aminah Amia? Aminah Amia tak suka ke atau baju tu tak muat?”tanya Haji Din tidak sabar.
“Bukan, baju ni cantik dan muat-muat dengan badan Minah. Tapi…” tergantung jawapan aku masih disebalik pintu.
“Tapi apa Aminah Amia?” dengan cepat Haji Din menjawab.
“Kenapa baju kelawar?” tanya ku ikhlas.
“Iyalah, saya takut kalau kain batik nanti Aminah Amia pakai terlucut. Sebab itu saya belikan baju kelawar. Sarung terus.” Terang Haji Din masih disebalik pintu.
“Haji Dinnnn…” bentak ku geram. Terasa pipi dah merah. Memalukan sungguh.
“Kalau begitu keluarlah.” Pinta Haji Din. Aku dah teragak-agak nak keluar. Bila mengenangkan kembali perangai aku tadi, rasa membahang masih menguasai pipi ku.
“Aminah Amia keluarlah. Dah lewat sangat ni.”pujuk Haji Din. Aku yang teragak-agak perlahan membuka selak pintu. Haji Din segera menolak daun pintu dan terpampang wajah Haji Din yang risau.
“Haji Dinnn…Minah minta maaf.” Luah ku sedih. Aku takut Haji Din marah dengan perangai aku yang keanak-anakan.
“Nak minta maaf apanya Aminah Amia. Kamu tak salah apa-apa pun.” Pujuk Haji Din sambil menarik tangan aku dan mengenggam jari jemari aku menuju kearah katil.
“Tadi tu Aminah Amia kenapa?” tanya Haji Din lembut.
Ditolaknya tubuh ku supaya baring disebelahnya. Haji Din dengan tidak rasa segan baring disebelah aku. Balik dari makan tadi, aku tidak tahu bila masa aku berada diatas katil dan berada disebelahnya. Bila difikirkan semula aku menjadi malu. Haji Din mengotakan janjinya untuk mendukung aku dan kerana terlena aku tidak sempat nak kebilik air sebelum tidur. Sudah menjadi kebiasaan aku sebelum tidur aku melepaskan hajat yang ada.
“Aminah Amia! Kenapa ni?” Haji Din mengiring memandang aku. Oleh kerana malu aku tidak sanggup memandang Haji Din.
“Haji Din tanya apa tadi?” aku memandang kearah siling takpa mengendahkan Haji Din yang masih merenung aku. Tidur sajalah Haji Din oiiii.
“Saya tanya kenapa Aminah Amia terloncat-loncat tadi?” tulus Haji Din bertanya. Aku dah tak boleh jawab.
“Kena jawab ke Haji Din?” tanya ku dan akhirnya aku terpaksa memandang Haji Din.
“Iya! Kena jawab.” Arah Haji Din lembut.
“Tadi Minah mimpi nak buang air jadi Minah pergilah sebalik pokok untuk lepaskan hajat.
Entah macam mana Minah tersedar dan Minah tengok Minah ada dalam bilik ini. Lepas tu rasa nak buang air tu Minah tak boleh tahan jadi Minah loncat-loncat untuk kurangkan rasa nak buang air itu sementara cari bilik air.” Panjang lebar aku bercerita. Aku dah tak berani pandang wajah Haji Din. Dalam beberapa saat ketawa Haji Din pecah di kedinginan malam yang hampir ke penghujung itu.
“Haji Din ketawakan Minah.” Renggek aku geram.
“Hahaha…”Haji Din masih ketawa dan aku berpaling dan berpusingkan badan.
“Haji Din teruk!” bentak aku lagi.
“Alahhh…alahhhh…sayang saya merajuk. Aminah Amia, berdosa kalau tidur membelakangkan suami.” Usik Haji Din dan menarik tubuh aku supaya telentang kembali. Aku menepis tangan Haji Din.
“Aminah Amia sejuk agaknya. Sebab tu Aminah Amih tak boleh tahan.” Ada rasa nak tergelak lagi.
“Dah…tidur!” arah Haji Din sambil membetulkan selimut aku. Sempat bibirnya mendarat di ubun-ubun aku. Sedikit pun Haji Din tidak mengambil kesempatan pada aku walau kami sudah dua hari berkahwin. Haji Din merebahkan tubuhnya semula. Lampu disisi katil ditutup. Suasana menjadi kelam semula.
“Haji Dinnnn…”panggil ku perlahan.
“Kenapa Aminah Amia?” dalam kelam Haji Din bertanya.
“Minah sejuk.” Ujar ku dengan rasa gigil.
“Aminah Amia nak saya peluk ke?” Haji Din bertanya dan aku tak terkata.
“Bukan! Minah terasa sejuk. Macamana nak hilangkan sejuk dalam bilik ini?” tanya aku pula.
Lelaki itu segera bangun dan mencapai sebuah benda dan menekannya. Perlahan-lahan rasa sejuk tadi hilang dan Haji Din segera mengambil sebuah benda lagi dan menekan. Kipas disiling serta merta berputar.
“Apa tu?’ tanya aku.
“Ini alat kawalan pendingin udara atau dalam Bahasa English air-con.” Terang Haji Din.
“Ohhhh..”hanya itu jawapan aku. Setelah itu suasana kembali membisu.
Aku hanya diam merenung siling dan menanti mata untuk beradu tetapi mata seakan degil tidak mahu lelap. Aku pandang Haji Din dalam gelap. Entah dah tidur atau tidak. Aku tidak mendengar sebarang bunyi dari Haji Din. Aku cuba mengira 123 hingga mata terlelap tetapi tidak berjaya.
“Haji Dinnn..” akhirnya aku memanggil nama Haji Din bila mata bagaikan tak mahu berkerjasama. |
|
|
|
|
|
|
|
“Errmmm….” Jawab Haji Din. Rupanya Haji Din pun tak boleh tidur.
“Minah tak boleh tidur.” Adu ku.
“Habis Aminah Amia nak buat apa malam-malam ni?” tanya Haji Din.
“Minah tak tahu.” Jawab ku jujur.
“Errrmmm…Aminah Amia nak tak kalau kita buat sesuatu untuk menambah pengetahuan kita berdua?” tanya Haji Din. Aku dah terfikir Haji Din nak buat apa dengan aku.
“Haji Din nak buat apa dengan Minah?” tanya aku jujur. Takut juga kalau-kalau Haji Din ajak aku berasmaradana pulak. Mengigil kepala lutut aku.
“Aminah Amia ingat-ingat apa iya?” Haji Din menduga.
“Minah tak tahu tapi Haji Din janganlah buat apa-apa dengan Minah.” Rayu aku dengan sejujurnya.
Aku tidak bersedia dengan apa yang Haji Din akan lakukan pada aku.
“Hahahaha…Aminah Amia suka sangat cakap yang bukan-bukankan.” Jawab Haji Din dalam gelap.
“Habis Haji Din cakap begitu.” Jelas aku membela diri. Geram bila terasa dipermainkan. Nada aku pun dah berubah.
“Lain kali bertanya dengan terang tau. Jangan suka menjawab bila tak tahu apa yang akan saya cakapkan. Aminah Amia bukannya boleh baca hati orangkan.” Suara Haji Din yang ada senda tadi dah bertukar tegas. Aku dah tergamam.
“Maaf! Minah minta maaf.” Aku pinta dalam gelap. Haji Din diam.
“Haji Din, Minah minta maaf.” Luah ku. Haji Din masih membisu.
“Haji Dinnn..” aku cuba merapatkan diri pada Haji Din yang masih tidak bertindak balas.
“Haji Dinnnn..”Panggil ku lagi sambil menarik-narik lengannya. Haji Din berpaling dan menatap wajah aku dalam samar-samar kelam.
“Lain kali tanya okey.” Nasihat Haji Din.
“Baiklah. Minah minta maaf.” Pinta aku.
“Jom!” ajak Haji Din. Aku dah termangu.
“Buat apa?” aku bertanya seperti yang Haji Din cakap tadi.
“Kita buat sesuatu untuk menambah pengetahuan kita berdua.” Sekali lagi Haji Din menyentuh perkara yang sama.
“Apanya?” aku masih tertanya-tanya.
“Ambil wuduk dan kita mengaji.” Sehabis berkata demikian Haji Din menarik tangan aku bangun. Sempat juga bibir lelaki itu menyentuh sekali lagi ubun-ubun ku dan mengosok beberapa kali.
“Lahhhh….Minah ingat apa tadi.” Jawab ku perlahan dan menolak selimut yang menutup tubuh ku.
“Ingat saya cakap apa tadi?” Haji Din bertanya. Rupanya Haji Din terdengar apa yang aku omelkan tadi.
“Ingat!…BERTANYA!.” Jawab aku dan Haji Din segera menghidupkan lampu utama. Wajah Haji Din terakam dalam mata ku bila diterangi cahaya lampu dan senyuman Haji Din menangkap pandanganku. Renungan kami bersatu dan Haji Din menghulurkan tangan. Tanpa segan aku menyambut. |
|
|
|
|
|
|
|
a lalalala...lalala.....best nyee...untung minah...
mcm tak sia2 je kawen ngn hj din wlwpon kwen pakse.... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai minah ni ...
sweeeeettttt ...... |
|
|
|
|
|
|
|
Untung Minah dapat Haji Din yang penyabar dan membimbing Aminah menjadi seorang isteri dan muslimah. |
|
|
|
|
|
|
|
hj din penuh dgn gula..... waaaaaaaaaaaa......... |
|
|
|
|
|
|
|
saya dah muka suka kat haji din nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
kelakolah MINAH nie...
kalu free letak n3 lagi k... |
|
|
|
|
|
|
|
best citer ni...xpuas baca.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 103# Adilla
adilla ... masuk la n3 lagi ... rindu bangat ngan minah and hj din ..
ntah apa cerita ayah dia plak .... :cry: ,.. masih kene buli ngan mak tiri dia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Adilla
adilla ... masuk la n3 lagi ... rindu bangat ngan minah and hj din ..
nt ...
hotmum Post at 12-10-2011 09:26
thanks hotmum krn sudi ikut cerita sya yg tak seberapa ni. tunggu jap ek sya tgh touching2 mana yg patut. byk kali baca byk kali plak kena edit....hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 112# Adilla
thank you my dear .... can't wait to read ...
rasa cam tak leh keje tak baca citer minah and hj din ..... hehehhehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Seronoknya minah dapat somi macam Hj Din....romanik pasti ilmu akhirat pun dapat........ sambung la lagi........... |
|
|
|
|
|
|
|
13
“Dah siap?” Haji Din yang baru turun dari tingkat atas menyapa aku yang sedang seronok menonton cerita kartun di cannel 611. Seronok tengok Sponge Bob aku hampir lupa dengan Haji Din.
“Minah dah siap lama. Haji Din yang siap macam perempuan.” Usik aku. Amboi aku dah pandai mengusik Haji Din.
Terkesan wajah Haji Din yang menjegil mata. Terpegun dengan penampilan Haji Din hari ini. Kacak lelaki ini dengan tshirt merah berkolar dan seluar jeans biru pekatnya. Tidak menampakkan ketuaan. Aku senang melihat gaya Haji Din begini. Jauh sekali dengan gaya ku yang berseluar slack hitam dan tshirt biru lengan panjang.
“Ulang sekali lagi Aminah Amia.” Luah Haji Din sambil mendekati ku.
“Minah gurau saja. Minah usik Haji Din.” Terang ku bila melihat Haji Din dah duduk disebelah aku. Sempat jari kasarnya menarik rambut ku sedikit yang telah terikat cantik.
“Janganlah, rosak rambut Minah.” Marah aku sambil merapikan kembali ikatan rambut ku yang panjang mengurai.
“Lain kali kalau nak suruh saya siap cepat, baik Aminah Amia siapkan saya.” Pinta Haji Din lantas mencapai remote tv.
“Lahhh, Minah dah siap tadi baju dan seluar Haji Din kan.” ujar ku sambil menatap wajah Haji Din yang bersih itu. Matanya tetap garang merenung ku. Itulah kekuatannya untuk menutup kelemahan aku.
“Maksud saya, Aminah Amia pakaikan pakaian saya. Boleh?” tanya Haji Din dan menekan alat kawalan untuk menukar ke rancangan 106 Indahnya Iman.
“Tak mahulah. Minah malulah.” Keluh aku dan terus menutup muka dengan kedua-dua tangan.
Ada ke patut suruh aku memakaikan pakaian Haji Din. Ingat Haji Din bayi ke nak siapkan segalanya. Cubalah bayangkan Haji Din sebagai bayi. Mesti nak pakaikan pampers dan bedak sampai putih. Essshhh..tidaklah aku. Kalau nak mandikan Haji Din dengan tepung aku sanggup. Siap buat cekodok ikan bilis lagi.
“Kenapa nak malu dengan suami sendiri. Ini juga satu ibadah tau.” Terang Haji Din sambil menarik jari jemari yang masih menutup kedua wajah aku.
“Minah tak nak.” Pinta ku lemah. Aku takut dengan kehendak Haji Din.
“Tak mengapa. Saya tak paksa.” Ujar Haji Din tetapi tangannya masih membelai jari jemari ku.
“Betul ni?” tanya aku dan merenung wajah lelaki ini yang telah menjadi suami aku. Walau pada mulanya aku menolak takdir ALLAH yang menyusun perjalanan hidup aku, terbias sedikit demi sedikit kemanisan yang tersorok itu.
“Aminah Amia, kalau saya cakap sikit jangan marah iya.” Luah Haji Din sambil membelai rambut yang ku ikat tadi berulang kali.
Dilurut-lurut dan di belai-belai dari atas hingga ke hujungnya. Aku hanya memandang perbuatan Haji Din yang mendepangkan tangannya dikepala sofa yang diduduki kami. Nampak macam aku berada dalam rangkulan Haji Din saja. Ada masa aku malu dengan Haji Din tetapi lelaki ini bijak menguasai keadaan dan tidak pernah mendesak aku yang baru mengenali alam rumahtangga ini.
“Minah ada buat salah ke?” tanya ku takut-takut. Manalah tahu kalau-kalau aku ada buat salah dan terlepas pandang.
“Dah mulalah tu fikir bukan-bukan.” Marah Haji Din sambil menarik hujung hidung ku. Tempat kesukaannya. Mungkin kerana hidung aku yang kecil ini menarik perhatiannya. Agak-agak Haji Din mana satu diri aku yang menarik minatnya dan membuat lelaki ini sanggup berkahwin dengan aku tidak Kak Kirah. |
|
|
|
|
|
|
|
“Maaf! Minah buat salah lagi.” Aku segera angkat tangan bila melihat wajah Haji Din yang serius.
“Taklah sayang, saya cuma nak sentuh sikit pasal aurat isteri saya iaitu Aminah Amia.” Luah Haji Din dan tangannya mencapai jari jemari ku dan menarik aku lebih dekatnya.
“Kenapa dengan aurat Minah, Haji Din?” tanya ku tidak sabar.
“Sebagai seorang isteri, auratnya adalah kewajipan suami.” Haji Din mula berceramah.
“Minah tak faham Haji Din. Boleh terangkan pada Minah.” Pinta ku sungguh-sungguh.
“Maksud saya, sebagai umat Islam aurat adalah wajib bagi semua penganutnya. Tak kira lelaki atau perempuan. Salah satu aurat perempuan adalah rambutnya. Sekiranya seorang anak perempuan tidak melindungi auratnya maka dosanya ditanggung oleh ayahnya. Mana kala setelah anak perempuan itu berkahwin secara automatik dosa dia tidak menutup aurat akan ditanggung oleh suaminya pula.” Panjang lebar Haji Din menerangkan.
“Jadi selama ini Minah tidak menutup aurat, abah yang tanggung dosa Minah iya Haji Din?” tanya aku dengan sebak. Aku dah mula faham apa yang cuba disampaikan oleh Haji Din.
“Iya Aminah Amia.” Jawab Haji Din ringkas. Aku tatap wajah Haji Din yang merenung aku dengan penuh ketenangan. Lelaki ini bijak menyentuh hati dengan pengetahuan yang dia
ada.
“Minah tak tahu pun.” Luah ku sebak.
Bertapa ceteknya ilmu yang aku pelajari. Masih banyak ilmu agama yang tidak aku terokai walau hampir dua puluh tahun usia sudah ku habiskan. Walaupun aku dilahirkan sebagai penganut agama Islam tetapi kenapa aku jadi begini. Mengapa aku leka dan pengetahuan tidak ku dalami sebaiknya. Airmata mengalir tanpa ditahan. Aku tidak sanggup abah yang menjadi mangsa atas dosa-dosa aku dan sekarang Haji Din pula. Aku yang melakukan, mereka yang jadi mangsa menanggung segala kesalahan aku di dunia ini.
“Hey! Kenapa menangis ni? Saya tidak marah dengan Aminah Amia pun.” Pujuk Haji Din dan menarik aku dalam pelukannya.
“Minah berdosa dengan abah dan sekarang Minah berdosa dengan Haji Din.” Luah ku bertambah sebak. Haji Din memeluk aku erat dan terasa usapan dibelakang ku.
“Sudahlah, jangan cakap begitu.” Pujuk Haji Din lagi.
“Minah dah berdosa!” gogoi aku lagi. Aku terbayang wajah abah yang tiada perasaan itu. Kalau aku tidak menutup aurat, abah tanggung dosa aku dan mak juga tak menutup aurat mesti bahu abah bertambah berat.
“Sekarang Aminah Amia dah tahu apa peranan Aminah Amia harus lakukan?.” Haji Din meleraikan pelukan dan menatap wajah aku yang basah. Inilah pertama kali lelaki itu menatap wajah aku dalam keadaan begitu.
“Jadi kalau Aminah Amia sayang dengan saya, boleh Aminah Amia tutup aurat Aminah Amia tak?” lembut Haji Din berkata sambil jari telunjuknya menyapu air mata ku. |
|
|
|
|
|
|
|
“Boleh! Minah tak mahu Haji Din tanggung dosa Minah pula macam abah.” Luah aku sambil mengangguk kepala.
“Alhamdullilah, saya sayang dengan isteri saya Aminah Amia yang sedia menurut tunjuk ajar saya walaupun baru lagi kita bersama.” Sayu Haji Din berkata dan bibirnya tidak lupa menyentuh dahi aku. Sekali lagi aku di dakap.
“Minah memang banyak tak tahu. Minah nak Haji Din ajar Minah dan marah Minah kalau ada salah Minah.” Pinta ku sambil mengucup tangan kanan Haji Din.
“Kalau begitu, Aminah Amia kena tutup rambut yang cantik ini. Kecantikan Aminah Amia hanya untuk tatapan saya sebagai seorang suami. Kecantikan Aminah Amia juga adalah harta saya dan orang lain tidak boleh sentuh harta saya. Boleh Aminah Amia jaga harta saya ini?” dalam berkias Haji Din mengajar aku lagi. Tangan Haji Din membelai anak rambut aku yang jatuh mengurai.
“Boleh! Minah janji akan jaga harta Haji Din dengan nyawa Minah.” Ikar ku membuat Haji Din tersenyum.
“Tapi macam mana Minah nak tutup rambut Minah ni. Minah tak ada tudung.” Ujar ku.
“Jom ikut saya naik atas.” Pinta Haji Din sambil menarik tangan aku supaya berdiri.
“Nak buat apa? Kitakan dah nak keluar.” Terang aku termangu.
“Ikut sajalah.” Ajak Haji Din sambil menarik bahu aku. Sekali lagi bibirnya mendarat didahi ku dan aku senang dilayan begini.
Haji Din memimpin aku duduk dibirai katil dan memberi isyarat tunggu bila aku mula hendak bertanya. Haji Din mengeluarkan sebuah plastik beg dari almari baju. Isinya dikeluarkan dan dilambakkan diatas katil. Terpegun dengan apa yang terpapar didepan mata. Ku kira ada lima helai semuanya. Warnanya semua lembut-lembut belaka.
“Ni untuk Minah ke?” tanya aku teruja.
“Mestilah untuk Aminah Amia, takkan saya pula yang hendak pakai tudung ini semua.” Usik Haji Din dan mencapai sehelai tudung kontra dengan baju yang aku pakai lantas disarungkan kekepala aku. Haji Din membetulkan letak tudung tersebut. Setelah berpuas hati Haji Din menarik aku mengadap cermin solek. Aku tatap wajah dalam cermin tanpa berkelip. Macam tidak percaya bahawa dalam biasan dari cermin itu adalah aku. Lama aku termangu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Adilla at 12-10-2011 14:07
“Aminah Amia lagi cantik kalau bertudung.” Suara Haji Din lembut berbisik di telinga aku menyedarkan diri yang masih tidak percaya.
“Kalau macam itu Minah tak boleh keluarlah.” Duga ku pada Haji Din.
“Kenapa pula?” tanya Haji Din yang masih menatap wajah ku melalui pantulan imej di cermin. Kedua-dua tangannya sudah mendarat atas bahu ku.
“Kalau Haji Din cakap Minah cantik jadi Minah tak boleh keluar rumah kerana kecantikan Minah adalah harta Haji Din. Minah nak jaga harta Haji Din sebaik mungkin. Minah tak mahu Haji Din berdosa atas kelalaian Minah.” Terang ku.
“Aminah Amia isteri ku.” Bisik Haji Din perlahan dan terus menarik tubuh aku lantas memeluk aku seeratnya. Pertama kali Haji Din meluahkan perasaannya melalui sentuhan yang ku rasa agak hebat.
“Saya bangga dapat memperisterikan Aminah Amia.” Luah Haji Din lagi.
“Tetapi atas kebenaran saya, Aminah Amia boleh keluar rumah bersama-sama saya kerana saya ada bersama Aminah Amia untuk menjaga harta saya.” Haji Din masih tidak melepaskan pelukkannya. Aku dah tersenyum. Baik Haji Din.
“Terimakasih Haji Din kerana menerima Minah seadanya.” Dalam terharu aku sempat menyatakan sesuatu yang buat Haji Din tersenyum lebar.
“Jom! Kita pergi beli-belah. Saya nak beli anak tudung untuk Aminah Amia. Anak rambut Aminah Amia ada yang ternampak sedikit jadi biarlah tertutup elok. Kemudian kita singgah rumah mak. Okey?” tanya Haji Din atas persetujuan aku mengenai rancangannya.
“Minah tak kisah. Minah ikut saja.” Jawapan aku dibalas dengan kucupan di kening ku.
“Itulah isteri saya, Aminah Amia.” Luah kata-kata yang sama dari bibir Haji Din dan tangannya mengenggam seerat-erat tangan ku seakan tidak mahu dilepaskan.
“Haji Din, boleh Minah tanya?” tanya ku ketika kami bersama meniti tangga untuk turun.
“Apanya Aminah Amia?” Haji Din pula bertanya.
“Kenapa dulu Haji Din bercerai?” tanya aku dan akibatnya langkah Haji Din kaku di mata anak tangga paling bawah.
“Ermmm…maaf! Minah dah buat salah.” Jawab ku takut-takut bila Haji Din tepat merenung ku. Wajahnya yang tenang itu seakan tegang. Aku tidak berani menatap wajah lelaki itu lebih lama. Perlahan aku menunduk muka dari membalas renungan tajam Haji Din. Terasa dagu ku disentuh dan perlahan-lahan diangkat.
“Nanti ada masa saya akan ceritakan. Boleh Aminah Amia bersabar?” rasa takut tadi berangkat pergi bila senyuman Haji Din terukir.
“Kalau Haji Din tak mahu bercerita Minah tak kisah. Maaf sebab Minah ni gelojoh bertanya.” Jawab ku untuk meredakan hati Haji Din.
“Tak mengapa. Dalam membina rumahtangga saya tidak mahu ada rahsia antara kita.” Terang Haji Din sambil menarik hidung ku. Anggota badan ku yang lelaki ini suka.
“Jom! Kita dah lambat.” Ajak Haji Din dan tangannya mengenggam dan menyulam kembali jari jemari ku seeratnya. Aku tersenyum bila melihat wajah Haji Din kembali tenang. Haji Din yang penuh rahsia. |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir- ini okey tak? |
|
|
|
|
|
|
|
waaaaaaa..... sungguh inesen yek aminah amia... sgt suka bila dia jenis yg mudah dibentuk... oh hj din, i think im falling for youuuuuuu.... (lagu colbie caillat) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|