|
br khatam...tunggu sambungan pasni....
antara rushdi dan rain...
rasa2nya rushdi lg umppph |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lg akak.....best citer ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
rushdi stok ustaz..... |
|
|
|
|
|
|
|
rushdi stok ustaz.....
tudung_bawal Post at 16-11-2011 23:02
angah berkenan rushdi dr rain...
xtau la nnt rain berubah baik |
|
|
|
|
|
|
|
camne agaknya NAD satu flight ngan RAIN... |
|
|
|
|
|
|
|
rusdi .. jgn main terjah je anak dara orang ... kang tekejut si nad kang terus naik nyampah ngan muko hang .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 101# bunick
lama tak nampak bunick
rain mmg noti... he he |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 106# tudung_bawal
idea yg bagusssss
rushdi mesti tak kisah
ikut sunnah katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 110# sang_arjuna
sokong..... |
|
|
|
|
|
|
|
Nadia menyudu buih cappuccino ke mulut. Sudu demi sudu hingga habis , Kemudian baru dia menghirup kopi pekat itu. Haa, baru celik mata. Semalaman dia dan Jasmin mengemas sambil berbual. Sedih sangat rasa bila bermalam untuk kali terakhir bersama di apartmen mereka.
“ Kenapa perempuan suka makan buih cappuccino? Bukan ada rasa pun” komen Rain sambil memerhati Nadia. Aksi gadis itu yang bersahaja membuat dia senyum. Entah kenapa, dia rasa senang bila bersama Nadia. Sudah terpikat? Hmmmm...entah. Tapi aku suka cara Nadia melayan orang tua. Sopan tapi tidak lemah lembut lemau. Natural dan tidak mengada. Wajahnya manis sekali dengan mata yang besar dan bulu mata lebat. Hidungnya tak mancung tapi tak pesek... kira hidung Melayu lah. Bibir atas dan bawah yang sama tebal membuat mulutnya nampak sempurna. Dagunya berlekuk. Sexy! Makin di pandang makin menggoncang jiwa.
“ Memanglah tak ada rasa. Tapi kalau minum terus nanti mulut aku ada misai. Comot lah” Entah apa apa soalan Rain. Dah tak ada modal nak berbual kut. Nadia dan Rain menghabiskan masa di Starbucks sementara menunggu ibubapa Rain dan Jasmin menunaikan solat. Terminal antarabangsa menyediakan bilik khas yang boleh di gunakan oleh sesiapa untuk sembahyang, tak kira agama.
“ Lama nya dia orang sembahyang” Rain melihat jam tangan. Mukanya berkerut. Mereka ada dua jam lagi sebelum penerbangan MAS berlepas ke tanah air.
“ Banyak lagi masa. Jangan risau. Gate kita dekat saja. Kau tak solat?”
“ Biar dia orang balik sini, baru aku pula pergi. Bahaya tinggal kau seorang di sini. Hand luggage banyak ni tak mampu kau nak jaga sorang. Kalau ada orang cuba curi beg kita, macam mana kau nak kejar? ” 5 beg kecil terlonggok di keliling meja mereka.
“ Wah, kau ni gentleman juga rupanya.” Nadia mengorak sengih. Rain ni spesis playboya tapi dia jenis sempoi. Hal peribadi dia dengan awek dia itu lain kira. Sebagai kenalan biasa, dia okay. Cuma Kak Min pantang betul dengan mamat ni. Sepanjang perjalanan sepatah pun dia tak bertegur sapa dengan Rain. Sanggup dia menggalas beg berat dari membenarkan Rain membantu. Itulah sifat Kak Min yang aku tak berapa berkenan. Kuat prejudis.
“ Well, kau kan bakal isteri aku”
“ HAHAHA! Eh, macam mana kau dengan Rachel? Kau tak ajak dia balik Malaysia? Manalah tahu, kot kot mak bapak kau boleh terima dia nanti. Besar pahala kau kalau dia masuk Islam. ”
Rain menggeleng. “ Its over. “
Senang betul dia cakap. Memanglah Rachel itu matsalih tapi semua perempuan punya naluri yang sama. Inginkan hubungan yang berkekalan dan sah dengan lelaki yang di cintai.
” Dah puas usung ke hulu ke hilir, kau tinggal begitu saja. Lelaki oh lelaki..” Geram nadanya.
“ Kau jangan salah faham. It was mutual. We both knew that it was not going to work. Dia tak nak ikut aku balik. Aku pun taknak tinggal di sini selamanya. Susahlah Nad. Diri aku sendiri pun masih tak betul. Aku tak mampu nak bimbing dia. But it was fun while it lasted””
“ Oh ... I’m sure it was fun. “ Nadia mencebik. Tengoklah di akhirat nanti, sama ada fun ke tidak. Dia segera beristighfar, siapalah aku nak menghukum orang. Macamlah Allah dah janjikan aku tempat di syurga. Astaghfirullahalazim. Dia menukar topik.
“ Bila kau nak bagi tahu mak bapak kau yang aku ni cuma berlakun? Cepatlah, aku tak nak Mak Su aku terkejut nanti. Buat malu parents engkau juga”
“ Kau berlakun kah? Macam betul saja aku tengok. Apa kata kita teruskan....Ouch!” Lengan Rain di pukul dengan majalah yang di gulung.
“ Jangan nak main main. Baik kau bagi tahu mereka a.s.a.p.” desak Nadia
“ Yalah... ya lah. Don’t worry.” Nadia menolak mug cappuccino yang sudah kosong dan menopang dagu memerhati orang yang lalu lalang. Semua bangsa dan warna kulit dapat di lihat di sini. Sejenak kemudian dia berpaling semula pada Rain.
“ Apa nama penuh kau, ek? Kenapa mak ayah kau panggil kau Li?” Rain pura pura menjentik hidung Nadia.
“ Caitt! Teruk punya bakal tunang. Sekarang baru nak tanya. Nama penuh aku Adli Zahrain bin Azlan. Keluarga panggil aku Li. Kawan kawan panggil aku Rain tapi tak ada kena mengena dengan artis Korea tau. Nama kau Nadia saja ke?”
“ Huk eleh.. kau pun tak tahu nama aku. Nadia Ilida bt Nadzarudin. “
“Aku terima nikahnya Nadia Ilida bt Nadzarudin dengan maskahwin RM80 tunai. Ok, pass” Rain ketawa melihat Nadia menjegil mata. Kaki Rain di tendang di bawah meja.
“ Hmm... dah tak sabar sabar anak kita ni” Azlan dan Saniah muncul di belakang tanpa di sedari Rain. Muka Nadia bertukar merah. Sengal! Buat malu aku! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 112# sang_arjuna
mcm sweet ajer kalo nadia & rain ni couple...
|
|
|
|
|
|
|
|
Langit biru sudah mula kelihatan di celah kepulan awan putih yang berserakan. Nadia menegakkan tempat duduk dan memasang talipinggang keledar seperti di arahkan oleh pramugari. Hoyeee! Dah nak sampai. Punyalah azab duduk berjam jam dalam kapalterbang. Cuma dua tiga jam matanya dapat di lelapkan. Kalau bukan bunyi bingit tangisan beberapa anak kecil yang mengganggu, penumpang dari Hongkong yang duduk di sebelahnya pula mengoroh. Malang sungguh aku dapat tempat duduk sebelah auntie ni. Tapi sekurangnya lebih baik dari duduk dekat keluarga Rain. Phew! Mereka bertiga duduk jauh di depan. Nadia mula di landa cuak. Harap harap mereka tidak akan bertembung dengan Mak Su. Aku kena pastikan yang kita tidak keluar dari balai ketibaan pada waktu sama. Nasib baiklah KLIA tu besar, banyak tempat aku nak sorok.
Jasmin yang duduk tepi tingkap, membuka mata dan menggosok muka dengan telapak tangan. Tidurnya nyenyak, tidak seperti Nadia. “ Nad okay?” Kawannya nampak gelisah.
“ Okay. Cuma risau sebab tak sempat warning Mak Su pasal keluarga Rain.”
“ Itulah, akak dah cakap. Benda macam ni jangan buat main. Sekarang siapa susah? Kesian makcik Saniah tu.” Mereka berlima sempat berbual dan makan bersama ketika transit di Los Angeles. Saniah siap bawa spaghetti goreng dan karipap sebagai bekal. Rain pun cukup prihatin dengan Nadia sehingga menimbulkan prasangka Jasmin. Sama ada dia pelakon yang hebat atau mamat tu betul betul suka Nadia.
“ Kenapa marah Nad pula? Anak mereka yang punya idea. Rain mesti berterus terang nanti.” Fikir positif Nad, dia menyedapkan hati.
Jasmin mengambil cermin kecil dari beg tangan dan membetulkan letak tudungnya. Sedikit losyen di sapu ke tangan
“ Dah lawa dah tu. Kalau Auntie Aida datang sekali, Nad introduce Kak Min kat dia. Mesti dia berkenan” Aku masih tak putus asa. Entah entah perempuan yang Abang Rushdi suka tu bukan suka kat dia pun. Silap haribulan, dah kawin atau bertunang. Abang Rushdi saja syok sendiri.
“ Nad, Kak Min dah buat keputusan.” Sayu suara Jasmin. Dia memandang ke luar tingkap . Kepulauan hijau bertompok di kelilingi lautan biru pekat. Bumi Malaysia sudah makin hampir.
“ Keputusan apa?”
“ Akak dah buat solat istikharah” jelas Jasmin
“Apa jawapan yang Kak Min dapat? Siapa jodoh Kak Min?” Nad bertanya sambil menekan telinga yang tersumbat. Ini yang aku benci bila nak mendarat. Telinga sakit gila.
“ Tunggu dan lihat”
“ Alaa... Kak Min, nih...” Nadia menyinggul lengan Jasmin. Jasmin tersenyum tawar.
“ Entahlah, Kak Min tak kenal lelaki itu.” Tapi yang pasti bukan Rushdi, mimpinya begitu jelas.
“ Handsome tak? Mungkin lawyer yang jumpa keluarga akak itu kot”
“ Mungkin. Akak terima dengan redha. Jodoh kita sudah di tentukan dari azali lagi, Nad. Akak nak kahwin kerana agama dan Allah, bukan kerana nafsu atau cinta.”
“ Sedih lah....” gumam Nadia. Matanya di fokuskan pada skrin kecil di kerusi depan. In flight movies sudah di hentikan , cuma promo Tourism Malaysia saja yang dapat di tonton. Beberapa minit lagi kapalterbang akan mendarat.
“ Kenapa pula? Sesiapa pun jadi suami akak dan suami Nad, ukhwah antara kita tak akan putus, insyaallah. ” Dia tahu Nadia ralat sebab Rushdi bukan pilihannya. Aku pun sedih tapi apa kan daya, bukan semua yang kita ingin akan kita dapat di dunia ini. Cukuplah kalau aku dapat suami yang beriman dan berilmu.
“ Lepas ini dah susah nak jumpa akak. Tak boleh makan masakan akak yang sedap sedap.Tak ada lagi orang nak berleter kat Nad macam mak nenek” Nadia cuba gelak tapi airmatanya sudah bertakung. Dia pasti akan merindui Jasmin. Jasmin lebih dari seorang sahabat; dia juga kakak, mentor, pembimbing rakan sebaya....
“ Okay, kalau macam tu akak berleter kali terakhir untuk Nad. Tolong jangan pilih lelaki macam Rain. Kalau salah pilih kawan, nanti kita pun terikut perangai dia. Akak tak berkenan langsung lelaki yang bermuka muka dan hipokrit. Orang munafik begitu di laknat Allah. Depan mak bapak, pijak semut pun tak mati. Lelaki macam dia tak layak jadi ketua keluarga. Diri sendiri pun tak terbimbing, ini pula nak bimbing anak dan isteri.” Nasihat Jasmin.
“ Betul Kak. Tapi jangan risau, di KL nanti kita orang tak akan jumpa lagi. Tugasan Nad habis di sini” |
|
|
|
|
|
|
|
best..best...sambung lg akak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Auntie suka Rain dijodohkan dgn Nadia drp Rushdi. Drp penceritaan ini, Rain tu nampak lebih "fun to be with" dan sempoi manakala watak Rushdi agak membosankan. |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke tugas NADIA jadi GF RAIN dah abis... |
|
|
|
|
|
|
|
mau ke si nad ni kat rain... rain ni buaya tembaga... |
|
|
|
|
|
|
|
rain tu baik sebenarnya... kan dia ada kata.....dia x mampu bimbing rachel sebb diri sendiri pun tak terbimbing lagi heheheheh
rushdi tu mungkin sekarang boring tapi dah kahwin nanti kompom romantis |
|
|
|
|
|
|
|
rain dh berubahkah??
go rain go |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|