CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ainiz81

Misteri doa haikal dan surah-surah lain, betulkah amalan si penuntut ilmu hitam?

[Copy link]
Post time 10-7-2012 01:13 AM | Show all posts
banyaknya perkara baru yang saya pelajari di sini...

saya juga ada beberapa kemusykilan nak tanya.. tapi saya go slow la sebab tak semuanya yang saya ingat pada sesuatu masa..

saya sudah  lama nak tahu tentang Yaasin Fadhilat..

saya pernah diberitahu, ianya sesuai dibaca untuk mereka yang mempunyai hajat yang tinggi, yang sukar dicapai...saya pernah jumpa bacaan Yaasin Fadhilat, yang mana ianya merupakan bacaan yaasin yang disertai doa dalam bacaan tu sendiri.  Tetapi terjemahannya tiada. Dan tidak dinyatakan dengan jelas apa kelebihan-kelebihannya.

jadi bolehkah kita mengamalkannya, seperti juga kita baca surah Yaasin, yang mana kita baca mengharapkan keampunan Allah s.w.t dan apa jua hajat kita, kita pohonkan pada Allah semata-mata.  Dan Yaasin Fadhilat ni, apakah ia juga sejenis hizib?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2012 01:34 AM | Show all posts
Reply 76# te_peng

"Tak semestinya dengan akad... saya sebut akad dia ikut secara total, tapi kalau amal seperti kita tengok buku amalan asmaul husna. Dalam buku sebut jikalau wirid Ya Aziz 313X sbg contoh, maka kita akan jadi orang terpandang. Kita pun amal sedangkan tanpa ijazah khusus tu... yg ni sah2 tentera ghaib mari berdamping kerana menyukai kita. Tapi kalau amal Ya Aziz kerana (seperti sahabat kita Wak Tom cakap ikhlas) atau berijazah betul maka dari situlah ada cop mohor nur, tapi ada ijazah niat jahat pula maka masuk gol sama.

Atau memang kita suka, redha, bila sebut Ya Aziz hati kita berbunga2 dengan kemuliaan Allah maka sedarlah pada masa itu kita telah berzikir pada maqam mahabatullah, kita redha dengan Allah dan Allah redha dengan kita. Nak apa lagi? Lebih dari kemuliaan pandangan manusia, insya Allah masuk kubur kita senang lenang."

saya quote post te_peng untuk rujukan saya.... jadi maksudnya, yang dalam buku Asmaul Husna itu, kalau kita beramal hanya ikut buku tu, tanpa dikurniakan ijazah sebenar dari penyusun, memang akan ada benda ghaib yang ikut kita ya? itu ke maksud penerangan te_peng?  

misalnya, saya guna contoh yang te_peng sebut tu, kalau kita wirid Ya Aziz, tapi hati kita berdoa agar Allah tingkatkan darjat dan martabat dunia akhirat, yang begitu macamana pula...

seperkara lagi, mengenai bilangan zikir/wirid... ada yang 313, ada yang 7, ada yang 111... yang ni macamana pula? pernah kawan saya menyoal apa kepentingan bilangan-bilangan tertentu ini...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 10:24 AM | Show all posts
Reply 100# ariapersanta


   X salah kalau gunakan ustad yg sorang tu. Yang jadi masalah bila semua orang mengaku pandai dalam agama dan mengeluarkan pandangan sendiri. Bila ditanya itu ini sibuk la nak tepekkan begitu begini, tetapi intisari, sirah, tafsir ayat tu sendiri tak kena pada tempatnya.
Ayat2 Al Qur'an yang mutasyabihat dan muhkam pun dibantai nye ambil tafsiran tanpa rujukan dengan golongan alim ulama' yang arif dalam bidang mereka.  

Masa tu mulalah semua org pandai mentafsir ayat al Qur'an ikut apa dia paham. Bercakap Arab pun x reti, ada hati nak tafsir Al Qur'an yang begitu tinggi dan indah ayatnya, walhal para sasterawan / pujangga Arab yang cerdik pandai pun terkedu membaca dan memahaminya di dalam Arab.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 10:29 AM | Show all posts
Reply 103# evilcooler

my point exactly..... terima kasih sebab menyampaikan isi hati saya hehehe.... nak cakap lebih nanti ken bom hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 10:31 AM | Show all posts
Reply 101# darlingangel


Membaca Yasiin fadhilat seperti yg selalu org buat di kenduri dan majlis tahlil tidak salah , malah mendatangkan pahala. Tetapi lebih afdhal jika memahami bacaan2 yang terdapat dalam doa tersebut. Ia merupakan himpunan ayat2 al Qur'an dan doa2 yg diambil dari al Qur'an dan digabungkan sebagai bacaan wirid oleh ulama2 kita yang terdahulu. Sebelum mereka menghimpunnya, mereka sudah terlebih dahulu mengkaji dan membuat solat istikharah utk mendapatkan petunjuk Ilahi.
Bagi kita golongan manusia biasa ni, ikutlah apa yg telah diajari oleh mereka. Jangan fikirkan sangat mengenai fadhilat / khasiat ayat2 Al Qur'an, kerana jika kita benar2 tahu fadhilat tersebut nescaya kita tidak akan ada masa utk berbuat sesuatu di dunia ini pun selain berzikir dan beribadah kepada Allah s.w.t.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 12:50 PM | Show all posts
Reply 102# darlingangel

jadi maksudnya, yang dalam buku Asmaul Husna itu, kalau kita beramal hanya ikut buku tu, tanpa dikurniakan ijazah sebenar dari penyusun, memang akan ada benda ghaib yang ikut kita ya?


Jawapan saya, yang berguru pun syaitan kacau inikan pula tidak berguru. Ini melibatkan wirid nak dapat ilmu hikmat dunia. Tapi ada juga yang jenis bersuluk dengan dipantau guru mursyid lagi boleh juga diganggu sbg ujian atasnya. Mujur baru ada guru yang membimbing dan menasihat. Mana2 ilmu pun kena berguru, contoh silat, kita tengok orang menangkap pukulan dlm tv, kita pun nak try... dia tak akan sama dengan belajar langsung, tangkap tidak akan kemas. Jadi mujur kuda dari badak, mujur ada dari takdok.

misalnya, saya guna contoh yang te_peng sebut tu, kalau kita wirid Ya Aziz, tapi hati kita berdoa agar Allah tingkatkan darjat dan martabat dunia akhirat, yang begitu macamana pula...



Nak zikir tu boleh tapi jangan tetapkan bilangan seperti dalam buku, jadikan Zikir Hasanah semata2 dapat pahala dari Allah. Jangan kerana penerangan ini jadi takmau berzikir pula. Masih harap pahala dan keinginan itu ini... kerana bukan tahap kita lagi nak makam tinggi2... biasa dah makam tinggi tak main dah internet. Harap pahala dulu baru harap yang tinggi2... bak kata orang bagaimana nak mengayuh basikal laju, jikalau nak imbang basikal masih terjatuh atau orang kata bagaimana nak cerita rasanya gula kalau gula pun masih belum rasa. Selawat jangan lupa.

seperkara lagi, mengenai bilangan zikir/wirid... ada yang 313, ada yang 7, ada yang 111... yang ni macamana pula? pernah kawan saya menyoal apa kepentingan bilangan-bilangan tertentu ini...



Kepentingannya dari segi kesungguhan kita, Nabi berdoa ada diulang2 sampai 3X. Bermakna ada pengulangan, banyaknya pengulangan maka betapa kuatlah kesungguhannya. Bahkan dalam Quran ada pengulangan ayat sama seperti, "Telah kami mudahkan Quran untuk diingati atau Nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan". Pengulangan/tikrar ini adanya rahsia/sir bagi orang yang mau mengambil pelajaran.

Keduanya bilangan ini telah dipertunjukkan oleh ulama yang mana kalau saya umpamakan tapak kakinya lebih mulia dari wajah kita. Kerana dia hafaz Quran lebih banyak dari kita, dia ingat Hadis kita tarak ingat, mereka cermat dalam mengeluarkan hukum tapi kita ngaji Iqra' 4 tak lepas dah memandai keluar hukum. Atas kelebihan itu mereka menunjukkan bilangan wirid tersebut. Juga atas tajribah atau uji coba, bila mereka zikir sekian-sekian 313X contohnya ikut bilangan Ahlul Badar maka tercapai hajatnya. Bila gitu mereka pun catit dalam kitab mereka. Setengah ambil bilangan dari bilangan surah al-Quran, bilangan umur pengamal, kadang kalau belajar berguru, guru akan beri bilangan sepatutnya kita wirid mengikut kesesuaian rohani kita sendiri. Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2012 12:59 PM | Show all posts
Reply 105# evilcooler

jadinya, baiklah untuk diamalkan... bukan apa saya ada juga baca di setengah-setengah forum, ada yang kata elok dan ada yang kata tidak baik untuk diamalkan... tetapi saya tak jelas kenapa... yang saya tahu, ianya ialah bacaan Yaasin beserta doa dalam bacaannya...

terima kasih sudi menerangkan... evilcooler ada tak mempunyai terjemahan Yaasin Fadhilat?kalau ada boleh tak post kan di sini..saya dah lama cari tapi tak jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 01:02 PM | Show all posts
Reply 107# darlingangel

Minta maaf saya x ada terjemahannya. Tapi boleh dibeli di pustaka kat jalan TAR kalau ada. Biasanya dalam tulisan Jawi kalau terjemahan yang lama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2012 01:10 PM | Show all posts
Reply 106# te_peng
terima kasih te peng atas penerangan te peng... alhamdulillah, selama ni saya macam tertanya-tanya juga tentang ni... ada juga bincang dengan kawan-kawan tapi tiada kesimpulan pun.... sekadar lahirkan persoalan yang ada dalam fikiran je...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 01:13 PM | Show all posts
Reply 108# evilcooler
insya Allah nanti kalau ke KL saya nak cuba cari juga kat tempat yang evilcooler kata di jalan TAR tu... kawan-kawan ramai kata di Aceh yang senang nak dapat Yaasin Fadhilat dan terjemahan...tapi memang saya tak ada ke Aceh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 02:22 PM | Show all posts
Reply 110# darlingangel

Beli kat 7E acheh la camtu..x pun masuk kongsi2 kat tapak site ke..cuba tnye diorg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2012 07:20 PM | Show all posts

Misteri doa haikal dan surah-surah lain, betulkah amalan si penuntut ilmu hitam?

Alhamdulillah..byk ilmu yg dpt dkongsi oleh kalian..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2012 07:23 PM | Show all posts

Misteri doa haikal dan surah-surah lain, betulkah amalan si penuntut ilmu hitam?

Alhamdulillah..byk ilmu yg dpt dkongsi oleh kalian..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 01:16 AM | Show all posts
off topik ye.
paparan terkini cari forum best. sangat2 suka.
nak tanya, apa makna hot 1 / hot 2 / hot 3 kat sebelah tajuk ye....sapa2 tau?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2012 01:24 AM | Show all posts
sarinah99 posted on 22-7-2012 01:16 AM
off topik ye.
paparan terkini cari forum best. sangat2 suka.
nak tanya, apa makna hot 1 / hot 2 /  ...

kak @sarinah

huhu...mmg out topik pun tu kak...tp mmg best lah paparan baru nih

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 01:28 AM | Show all posts
ainiz81 posted on 22-7-2012 01:24 AM
kak @sarinah

huhu...mmg out topik pun tu kak...tp mmg best lah paparan baru nih


@ainiz81,
sorry yer TT. tapi akak mmg nak tau sgt. tak tau nak mention kat mana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2012 01:42 AM | Show all posts
sarinah99 posted on 22-7-2012 01:28 AM
@ainiz81,
sorry yer TT. tapi akak mmg nak tau sgt. tak tau nak mention kat mana.

haha..takpe kak..asalkan momod tak bising..

just to inform, mak T yg suka baca doa haikal tu baru2 ni sakit masuk spital..kat spital dia terus amalkn doa tu..sungguh pelik kan..
dah lemah longlai tp masih amalkan..padahal mak T ni dah nyanyuk, smpaikan masa kenduri arwah abah ainiz last month, dia siap tnya mak mana abah tak nampak2
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 02:35 AM | Show all posts
ainiz81 posted on 22-7-2012 01:42 AM
haha..takpe kak..asalkan momod tak bising..

just to inform, mak T yg suka baca doa haikal tu ba ...

siannya, something wrong kot....
semayang ok tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2012 02:48 AM | Show all posts
sarinah99 posted on 22-7-2012 02:35 AM
siannya, something wrong kot....
semayang ok tak?

semayang ok sgt2..tapi mmg pun dia sgt misteri....

dia dah kawen 4x kak
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 02:53 AM | Show all posts
Jika berhajat bebenar , tiada upaya dan usaha yang lainnya maka barula disarankan membaca fadhilat Yaasin..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.089906 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list