CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HaMpEH KoBau

Mengenai Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia (merged)

[Copy link]
Post time 28-10-2004 02:44 PM | Show all posts
bapak aku kata
spore kuar mesia sbb si lee kuan yew mengada2 nak jadi PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2004 09:47 AM | Show all posts
:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2004 01:46 PM | Show all posts
Tunku Abdul Rahman booted Singapore out because Lee Kuan Yew
talked too much

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2004 01:13 PM | Show all posts
lagik satu la..kalo singapore still dalam malaysia..takkan ada la UITM,MARA dsb. singapore pon action ssb dia ada backing USA n ISRAEL. kalo tak silap aku sbb kat singapore ada  markas (bukan pas je ada markas ) tentera USA. lagik satu, kelengkapan perang dema pon sume made in ISRAEL, maju2 semuanya.tak silap aku la, jump jet pon dema ada.kita punya airforce masih guna kapal lama lagik. masa ade ketegangan malaysia singapore tak lama dulu..sebenarnya mmg dua2 negara dah tempatkan tentera kat sempadan.siap askar singapore mengintai2 askar malaysia, tapi bila askar mesia tau dema diintai..dema bukak seluar tunjuk bontot sumber dari abg aku  yg jadik askar yg ada terlibat dlm masa  masa tuh..
Reply

Use magic Report

Undead_2 This user has been deleted
Post time 23-11-2004 09:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2004 09:44 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 11-11-2004 01:13 PM:
lagik satu la..kalo singapore still dalam malaysia..takkan ada la UITM,MARA dsb. singapore pon action ssb dia ada backing USA n ISRAEL. kalo tak silap aku sbb kat singapore ada  markas (bukan pas j ...



tekene jugak askar sungaipooh ni.. lollollol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2005 04:47 PM | Show all posts

ELOKLAH BERPISAH, KATA TUNKU.....

Bagi saya eloklah jika Singapura berpisah dari Malaysia sbb dari tahun 1963 lagi budaya Malaysia & Singapura berlainan bagaikan langit & bumi. Telah terlalu banyak kaum Cina di Singapura dan ini boleh terus menimbulkan masalah yg berpanjangan kepada Malaysia ketika itu.

Mungkin tindakan Tunku & Tun Razak ketika itu adalah tepat berdasarkan keadaan politik pada waktu itu dan akhirnya Tunku dengan berat hati melepaskan Singapura sbg sebuah negara berdaulat.

Kalau ada apa2 maklumat saya akan post kan lagiiiiiiiiii...........
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2005 10:03 AM | Show all posts
Kowang nak tahu tak ?

Pada Ogos 1965, selepas 23 bulan Singapura berada dalam Malaysia, PAP mendesak agar diwujudkan Malaysian Malaysia yang mana akan menafikan hak-hak istimewa orang Melayu di Malaysia. UMNO bangkit dan menentang rancangan tersebut, serentak dengan itu menimbulkan kemarahan orang Melayu hingga terpaksa Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan penyingkiran Singapura dari Malaysia.

Pada bulan Ogos 1965 hingga 1984, Malaysia dan Singapura membawa haluan masing-masing, Malaysia di bawah Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn dan juga Tun Dr. Mahathir terus menerus memajukan negara dan meletakan ekonomi dan status Malaysia gah di mata dunia. Manakala Singapura berkembang mengikut acuan Lee Kuan Yew. Beliau dengan bangga menyatakan bahwa banyak dasar dalam dan luarnya menguntung Singapura , malah beliau juga menjalinkan hubungan dengan Israel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2005 11:04 AM | Show all posts
Rusuhan Kaum 1964 Malaysia-Singapura


(Malaysia-Singapore 1964 Racial Riots)





Perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. telah diadakan di seluruh Malaysia. Di kebanyakan bandar, ia disambut secara besar-besaran. Berbagai-bagai unit tentera, polis, bomba dan bekas kakitangan kerajaan, contohnya, turut serta di dalam perayaan itu di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Di Singapura, 212 organisasi Islam menyertai perhimpunan tersebut. Sehingga pukul 1 petang pada 21hb.Julai 1964, seramai 25 ribu umat Islam berkumpul di Padang. Pada pukul 2 petang, Yang di-Pertuan Negara, ketua kerajaan negeri, memberikan ucapan rasmi.

Umat Islam digesa supaya mematuhi ajaran Islam dan 'bersabar, tabah dan rajin berusaha'. Pada jam 3.30 petang, orang ramai sepatutnya berarak dari Padang ke St. Andrews Road, Beach Road, Arab Street, Victoria Street, Kallang Road, dan akhirnya ke Lorong 12, Geylang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2005 11:05 AM | Show all posts
Semasa perarakan itu, di kawasan Kallang, seseorang telah membaling botol ke arah perarakan. Suasana bertukar menjadi tegang. Apabila seorang polis FRU meminta mereka yang berarak supaya menggunakan laluan berdekatan dengan kawasan kerja petrol Kallang sekitar jam 5 petang, ia telah diserang. Dalam sekelip mata suasana menjadi kacau-bilau. Pada pukul 6.00 petang, perbuatan jenayah membakar bangunan-bangunan berlaku di kawasan Geylang di antara Kallang dan Geylang Serai, dan kereta-kereta diterbalikkan. Pada jam 6.30 petang, pertelingkahan dilaporkan berlaku di Chinatown dan Tanjung Pagar. Pada pukul 6.45 petang, beberapa pertentangan lagi dilaporkan berlaku di Arab Street dan persimpangan North Bridge Road. 50 orang yang cedera, kebanyakannya dengan kecederaan di kepala, dirawat di Hospital Besar Singapura pada jam 8.30 malam. Keadaan kacau-bilau berlaku dengan dahsyat sekali sehingga banyak panggung wayang yang mengumumkan pembatalan tayangan filem sessi 9.30 malam. Pada hari pertama rusuhan itu, 4 orang terbunuh dan 178 lagi mengalami kecederaan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2005 11:06 AM | Show all posts
Kekacauan itu turut merebak ke kawasan-kawasan lain di Singapura pada beberapa hari berikutnya. 2 lelaki diserang di kawasan Upper Serangoon jam 9.15 malam pada 22hb. Julai. Keluarga-keluarga Melayu yang tinggal di Queenstown meninggalkan rumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan mereka. Perintah berkurung dari waktu senja sehingga ke waktu subuh dikenakan untuk seluruh pulau itu bagi mengawal kacau-bilau pada 23hb.Julai, dan hanya ditarik semula sepenuhnya pada 2hb.Ogos, selepas 11 hari. 45 orang yang melanggar perintah berkurung tersebut telah dipenjarakan.

Dengan keadaan yang tidak stabil itu, harga-harga makanan dan bekalan keperluan naik dengan mendadak di dalam tempoh tersebut. Semua kerja terpaksa diberhentikan untuk selama 3 hari.

Yang lebih penting lagi, ketakutan telah merebak. Secara keseluruhannya, 23 orang telah terbunuh dan 460 orang lagi cedera.
Reply

Use magic Report

liyana306 This user has been deleted
Post time 15-4-2005 12:43 PM | Show all posts
Singapura dikeluarkan daripada malaysia kerana Tunku tak mahu tengok orang Melayu merempat di negeri sendiri.
Lee Kwan Yew ni bukan calang2 orang. Dengan pengaruh dan putar belit beliau, ditakuti orang melayu akan merempat kat tempat sendiri. Sekarang pun korang boleh lihat bahawa orang2 Cina masih menguasai ekonomi malaysia. Orang melayu setakat jadi hamba kepada tokey2 & bos2 Cina. Budak2 melayu masuk universiti pun untuk berkhidmat sebagai pekerja, jadi hamba Cina, bukan untuk jadi tokey sendiri.

Cuma Tun Mahathir sahaja yang cukup power untuk lawan putar belit Lee Kwan Yew.

[ Last edited by liyana306 on 15-4-2005 at 12:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2005 05:10 PM | Show all posts
Originally posted by liyana306 at 15-4-2005 12:43 PM:
Singapura dikeluarkan daripada malaysia kerana Tunku tak mahu tengok orang Melayu merempat di negeri sendiri.
Lee Kwan Yew ni bukan calang2 orang. Dengan pengaruh dan putar belit beliau, ditakuti  ...

:setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 12:29 AM | Show all posts
Tak setuju. Siapa jadi tokey siap jadi kuli, bukan LKY ataupun Dr M yang menentukan. Kalau rakyat Malaysia nak maju, hanya rakyat Malaysia yang dpt menentukannya. Mereka yg hanya dok pandai cakap jer tapi malas nak berusaha, tengoklah nasib mereka, jgn kata nak jadi tokey, dpt jadi kuli pun dah nasib baik, drpd merempat dan menyamun. Mereka yg rajin tekun berikhtiar dan berusaha, nescaya akan berjaya.
Samalah seperti hubungan kita dgn negara'jiran', Singapura. Dah berpisah, terus menjadi lebih maju dan kaya, di mana terpaksa kita akui. Bila dia org dah maju, cuma satu yg kita tak puas hati, cara mereka layani dan kekadang hina Malaysia.
Tengoklah isu air, wang CPF, tanah KTM, jambatan baru, pencabulan ruang udara, penambakan tanah Pulau Tekong, Pulau Batu Putih, Pulau Pisang.....apa lagi. Tengoklah dia org perbesarkan dan majukan pertahanan, senjata dan tentera mereka. Tengoklah dia org bersepakat dgn Israel dan US. Apa yg buat mereka bongkak sangat. Ini ke jiran kita? Nak layan 'jiran' macam ni, satu jer caranya. Majukan Malaysia, semua rakyat Malaysia, semua peringkat, semua bidang, semua lapisan. Pasti dia org akan tahu masa tu, dan tidak menjadi mustahil Singapura pasti milik kita semula.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 02:40 PM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 2005-4-22 12:29 AM:
Tak setuju. Siapa jadi tokey siap jadi kuli, bukan LKY ataupun Dr M yang menentukan. Kalau rakyat Malaysia nak maju, hanya rakyat Malaysia yang dpt menentukannya. Mereka yg hanya dok pandai cakap j ...



aku minta maaf kalau pendapat aku yang ini agak harsh sikit. kepada rakyat Malaysia yang
tersekat duit CPF kat singapore tu, berterima kasihlah kepada kerajaan malaysia kerana
mementingkan kebajikan peruk nasi mereka sehingga ruang sempadan pun dicagarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 03:14 PM | Show all posts
Tindakan kerajaan membela, mempertahankan, memperjuangkan dan menjaga nasib dan hak rakyat Semenanjung Msia yg pernah berkerja di Spura adalah satu tanggungjawab, satu kewajipan seperti seorg bapa mmembela anaknya. Ia juga satu tindakan bijak yg munasabah sebab duit berbillion rakyat kita samalah dgn duit negara kita bayangkan berada di negara kita semasa kegawatan ekonomi tahun 1997, bayangkan duit tu kembali kpd negara kita utk pelaburan ekonomi. Saya menyokong penuh tindakan kerajaan kita dan tindakan ini tidak sepatutnya dipertikaikan walaupun secara peribadi bukan wang CPF kita tersangkut di Spura.
Tetapi cadangan utk menebusnya dgn membenarkan Spura menggunakan ruang angkasa udara kita dan seterusnya memberi peluang mereka utk mencabulinya adalah perlu dikaji semula. Seperti di kampung, sekiranya jiran di blkg rumah tumpang lalu jln sebelah rumah kita mmg kita tak kisah, tetapi sekiranya jiran kita ini krg ajar dan mencerobohi halaman dan rumah kita serta menganggu ketenteraman keluarga kita, sudah tentu kita tidak akan melayan jiran kita tu dan memulaunya.
Saya rasa pertaruhan ini hendaklah dipertimbangkan oleh kerajaan Msia dgn sedlm2nya agar kita tidak kerugian. Seperti yg saya sebutkan, kelebihan dlm pertaruhan dan perundingan ini perlu kita perolehi, hanya dgn memastikan kita lebih maju dan perkasa dari segi apa jua lapangan. Dan sekiranya kita hanya sanggup dan masih ingin bergelumang di dlm politik dan mimpi kampung kita, nescaya keadaan kita tidak akan berubah. Sama2lah kita memperjuangkan kepentingan kita dan matlamat kita.
Sama ada Spura berada di dlm atau di luar M'sia, ingat....kita mesti maju, kuat dan perkasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2005 08:55 AM | Show all posts
Singapura tu terlampau banyak chinese .. patut la kena dikeluarkan ..

diorang tu lebih kepada western .. so faham2 ajelah !!
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 12:30 AM | Show all posts
Yahudi Asia kini di seberang tambak johor...siap ler sesapa dok kat Parit jawa tu...
WASHINGTON 22 Ogos - Pentagon memaklumkan kepada Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam mengenai kemungkinan penjualan senjata, kemudahan logistik dan latihan kepada Singapura yang bernilai AS$741 juta (RM2.8 bilion).

Penjualan tersebut merupakan sebahagian daripada perjanjian penjualan pesawat pejuang F-15 di antara kedua-dua negara terbabit.

Agensi Kerjasama dan Pertahanan Keselamatan dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa cadangan penjualan AS itu merangkumi peluru berpandu supersonik udara dan bom kawalan satelit.

Selain itu, ia juga merangkumi penjualan 200 peluru berpandu jarak sederhana model 120 C (AMRAAM), 50 senjata jenis Joint Direct Attack Munitions (JDAMs) dan 30 AGM 154A-1 Joint Standoff Weapons masing-masing dengan keberatan 500 paun (227 kilogram peledak), 30 AGM 154C Joint Standoff Weapons serta 200 AIM 9X Peluru Sidewinder.

``Cadangan AS untuk menjual senjata sedemikian bukan sahaja akan mempersiapkan Singapura dengan keupayaan mempertahankan diri dari musuh bahkan juga menjamin kerjasama yang erat dalam operasi ketenteraan di antara tentera AS dan Singapura pada masa akan datang.

``Ia juga mampu meningkatkan keupayaan ketenteraan Singapura khususnya dalam pesawat antipejuang jarak sederhana,'' katanya. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 02:31 AM | Show all posts
Kayap Menyebabkan Singapura Tersingkir Daripada Malaysia?
(Could Shingles Have Caused Singapore's Exit From Malaysia?)
Oleh M.G.G. Pillai

Ketua editor 'The New Straits Times', Tan Sri Abdullah Ahmad (yang lebih dikenali oleh kumpulan veteran UMNO sebagai Abdullah Komunis - penterjemah) menulis di NST melalui satu kolum yang berunsur 'alter-ego' yang diberi nama 'NST Diary'. Pada 11 Ogos, muka surat 8, dia ada menceritakan betapa penyakit kayap yang ditanggung oleh Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun 1965 (seperti penyakit yang sama ditanggungnya ketika menulis artikel itu), telah menjadi penyebab utama berlakunya satu perubahan besar dalam tindakan negara. Abdullah Komunis membuat andaian betapa Tunku yang sedang kesakitan ketika itu, memberi arahan kepada timbalan beliau Tun Abdul Razak, untuk bertindak menyingkirkan Singapura daripada gugusan Malaysia. Abdullah Komunis berlagak lebih mengada-ngada apabila mendakwa Tun Razak (yang ketika itu menggunakan khidmat Dollah Komunis sebagai Setiausaha politik) telah membacakan sebahagian surat Tunku itu kepada Dollah Komunis sehinggakan Dollah Komunis merayu kepada Tun Razak supaya memujuk Tunku menimbang semula tindakannya. Kalaupun Tunku ada menulis surat semacam itu, tentulah penulisannya itu dibuat selepas berlaku peristiwa itu, kerana Tun Razak menerima arahan itu secara peribadi daripada Tunku yang ketika itu sedang berehat di 'London Clinic' di London.

(Catatan penterjemah: Sila baca komen khas yang penterjemah dapatkan daripada Pak Marhaintua dalam kisah Dollah Komunis ini)

Keputusan menyingkir Singapura telah dilaksanakan pada Mei 1965, gara-gara tekanan yang menghantui Tunku disebabkan karenah perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang sedang mencuba ketika itu agar PAP menggantikan MCA sebagai parti sekutu Perikatan. Tunku tidak mahu melayan karenah Lee agar PAP menjadi parti utama orang Cina. Sewaktu itu Lee berlagak terlebih-lebih dalam merangka satu rencana membuat draf bagaimana Singapura patut keluar daripada Malaysia seandainya usaha beliau itu ditolak. Lee menjangkakan para menteri kabinet Malaysia dapat dipujuk menyebelahi karenahnya. Sebenarnya Lee bersikap 'sedikit-lebih' mengikut tafsiran Tunku sepertimana yang diceritakannya kepada saya ketika zaman persaraannya. Saya kerap menemui beliau sekali setiap minggu di rumahnya di Jalan Tunku. Apabila Lee mengunjukkan draf rencana penarikan Singapura kepada Tunku, beliau telah menandatanganinya dan meminta Lee mendapatkan tandatangan anggota kabinet beliau untuk menyatakan persetujuan yang sama.

Tunku telah bertolak ke London pada bulan Jun. Beliau telah diserang penyakit kayap dan telah dimasukkan ke London Clinic. Ketika itu PBB sedang bersidang dan Tun Dr. Ismail yang bakal menjadi timbalan perdana menteri telah menjadi ketua delegasi Malaysia. Tunku telah meminta Duta Malaysia di Belanda Datuk (gelaran beliau ketika itu) Philip Kuok datang ke London dan kemudiannya terbang ke New York membawa pesan kepada Tun Ismail agar singgah di London dalam perjalanannya pulang ke Malaysia. Tunku mahukan Tun Razak terbang ke London secepat mungkin. Tan Sri Philip yang hampir rabun pandangannya pada tahun 1980-an pernah mendapatkan khidmat saya untuk menulis 'memoir' beliau, pernah menyatakan bagaimana Tun Ismail yang merupakan rakan persekolahan dan sahabat karibnya tidak tahu menahu sebab-musabab arahan Tunku ketika itu. Tunku telah mengarahkan Tun Ismail terus pergi ke Singapura dan mendesak Mr. Lee menyerahkan dokumen persetujuan ahli kabinet Singapura mengenai perpisahan itu. Oleh kerana tidak ada sebarang dokumen rasmi mengenai perkara itu, adalah serba mungkin Dollah Komunis merujuk kepada satu surat yang ditulis pada tarikh yang lebih lewat pada kejadian itu -- selepas berlakunya satu perpisahan yang tidak dapat dielakkan. Ketika itu, segalanya sudah terlambat. Lagipun, apabila Tunku sudah membuat keputusannya, tidak mungkin di merobah pemikiran mengenai tindakannya.

Mr. Lee terjebak dalam satu perangkap bikinannya sendiri. Dia bergegas menelefon Ketua Setiausaha Kementerian Luar ketika itu yang akhirnya menjadi menteri luar Malaysia, Tan Sri Ghazali Shafie untuk campur tangan sambil menyebut dia tidak mengingini perpisahan dan Tunku dikatakannya tersilap tafsiran apa yang dimaksudkannya. Usaha Lee tidak berbaloi. Beliau tidak mahu mempercayai sesiapa kerana memikirkan perkara itu akan reda juga akhirnya. Apabila terserlah kemudiannya pada akhir Julai 1965 bahawa Tunku tidak mahu merobah pendiriannya, seperti pesanan Tun yang amat jelas mengenainya, barulah Mr. Lee mengumumkan perkara itu kepada ahli kabinetnya. Lee tidak mahu berpisah daripada Malaysia tetapi dia sudah tidak ada pilihan lain. Tetapi bukan semua anggota kabinet beliau sanggup menurunkan tandatangan mereka. Yang enggan ialah Timbalan Perdana Menteri, Dr. Toh Chin Chye dan Menteri Luar Mr. S. Rajaratnam. Dalam usaha terakhirnya Dr. Toh telah menulis sepucuk surat kepada Tunku dan berusaha bersemuka dengan Tunku untuk mengelakkan perpisahan itu. Tunku sanggup merobah pendirian hanya kalau Mr. Lee sanggup melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Sejurus pulang kembali, Dr. Toh mendapati Mr. Rajaratnam sudahpun menurunkan tandatangannya kerana tidak mahu berdegil bersendirian dalam hal itu. Demikianlah yang diceritakan oleh Rajaratnam ketika saya menemui beliau seperti biasa di Institute of Southeast Asia Studies yang terletak dalam kampus Universiti Kebangsaan Singapura. Ketika itu Rajaratnam adalah seorang fellow kanan tetap pada tahun 1980-an.

Demikianlah halnya pada 9 Ogos 1975, Singapura yang berlagak terjerit dan melalak tanpa kerelaannya, telah menjadi sebuah negara yang merdeka. Titisan airmata Mr. Lee Kuan Yew sewaktu itu memang ada ketulenannya. Terutama sekali sewaktu seorang wartawan India daripada 'The Statement' bertanyakan sebab-musabab berlakunya perpisahan yang mencetuskan kemerdekaan Singapura. Mr. Lee telah dinafikan keinginan mahu menjadi wakil terunggul masyarakat Cina di Malaysia, kerana dia tersilap langkah. Dia tidak dapat memahami sikap lemah lembut Tunku yang menjadi seorang patriak ketika itu sebenarnya telah membungkus kedegilannya yang sungguh perkasa, yang tidak pun dimilikinya. Lee tidak sedar bahawa Tunku dan bukannya Tan Sri Ghazali Shafie yang mengendalikan dasar luar Malaysia. Kerana itu apabila keadaan genting datang meruncing, tidak ada orang lain di rantau ini yang dapat menandingi Tunku dalam menentukan tindakan kerasnya. Kalau ada sesiapa yang memang digusari oleh Tunku, orang itu ialah Sukarno seperti yang terserlah ketika bermulanya proses konfrontasi yang mengganyang Malaysia. Tunku berjaya menguasai keadaan dan melemahkan Mr. Lee dalam urusan hubungan Malaysia-Singapura. Tidak ada alasan yang lain lagi. Dalam memoir Mr. Lee dia ada a menyebut akan keperkasaan Tunku sebagai kelemahannya juga dan dia mengakui fenomena itu walaupun sudah jauh terlambat tempohnya.

Kalau mahu dikaitkan juga penyakit kayap Tunku itu, memang jelas betapa dia amat berkeras ketika itu dalam menentukan Singapura terpaksa berpisah juga. Tunku mempunyai satu sifat yang sungguh bertanggungjawab dalam tugasnya. Kalaulah dia merasa gusar bahawa penyakit kayapnya itu akan mempengaruhi pendiriannya terhadap isu itu, sudah tentu dia melewatkan penetapan keputusannya. Tetapi, seperti yang diketahui dia memang tidak dihantui sebarang ilusi. Dengan hal demikian, adalah tidak adil untuk Dollah Komunis menyebut betapa Tunku telah bertindak secara tergesa-gesa menentukan nasib Singapura kerana wujudnya unsur penyakit yang dideritainya. Saya amat mengharapkan Tan Sri Abdullah sedar akan kesilapan ini dan balik ke persimpangan yang asal. Kami telah berkawan selama tiga dekad setengah. Persahabatan itu walaupun pernah dicemari beberapa perselisihan faham, tidakpun terputus selama ini. Beliau merupakan seorang Setiausaha politik yang dipercayai oleh Tun Abdul Razak. Saya yakin penahanan beliau sebagai seorang tahanan ISA di Kamunting adalah satu bebanan gara-gara tindak-tanduknya melaksanakan dasar Tun.

Kalau diimbau, kesilapan Abdullah ialah menjadi anggota Parlimen ketika penentangan terhadap Tun Abdul Razak dalam UMNO gara-gara dasar politik dan pembangunan negara ciptaan beliau yang sudah semakin sukar untuk dipatahkan. Apalagi dengan peristiwa kematian Tun pada bulan Januari 1976, yang mencetuskan suasana balas dendam yang semakin menggila jadinya. Abdullah menjadi seorang timbalan menteri ketika ditahan. Antara musuh ketat beliau ketika itu ialah Dato' Harun Idris (bekas Menteri Besar Selangor) dan Tan Sri Syed Jaffar Albar (ayah menteri luar yang sedia ada). Perdana Menteri yang baru ketika itu, Dato' Hussein Onn merupakan seorang aristokrat dan patriak yang dianggap sebagai pemimpin sementara sahaja. Seperti Tunku, Tun Hussein Onn memang mempunyai kecekalan yang sungguh perkasa dan amat yakin dengan segala keputusan yang dibuatnya. Hussein memang rapat dengan Mahathir timbalannya, yang pernah disingkir oleh Tunku daripada UMNO tetapi dipungut semula oleh Tun Razak. Tetapi, Dr. Mahathir tidak boleh campurtangan dalam pendirian Tun Hussein seperti yang sudah disedarinya kini, begitulah juga kedudukan timbalannya Dato Seri Abdullah Badawi. Mereka berdua pernah bersekongkolan menyokong Tun dalam usaha menjalin hubungan rapat dengan Moscow untuk melunturkan pengaruh Cina di kalangan rakyat Malaysia. Tetapi, itu satu kisah lain dalam perjalanan politik Malaysia yang mesti diceritakan satu hari nanti.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my
sumber : http://lamankm2.tripod.com/cgi-bin/m/KM2/7305.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2005 04:34 PM | Show all posts
aku ada tgk cerita kat tv mesia ni. Dari china naik tongkang, punya susah. nak datang sini. Last

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.102996 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list