CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maa_scoot

Kisah-kisah Kena Kacau

[Copy link]
Post time 29-12-2012 06:44 PM | Show all posts
leenaz posted on 29-12-2012 08:50 AM
Ooo sarawak...boleh kecikkan pencarian lepas ni

nih berita tu --->>>> kredit http://ukhwah.com/viewtopic.php?topic=31545&forum=2  (anis)

Ustazah mungkin kena bunuh: Polis
Oleh M Hifzuddin Ikhsan

Bedah siasat dapati ada kesan cekik di leher


KUCHING: Polis tidak menolak kemungkinan guru agama wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati terdampar dalam keadaan separuh bogel di tebing Sungai Sagang, di sini, kelmarin, adalah mangsa bunuh sebelum mayatnya dicampak di sungai berkenaan.

Bedah siasat Hospital Umum Sibu ke atas mayat, Anizah Othman semalam, mendapati mangsa dicekik sebelum mayatnya dicampak di tebing sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Johar Ahmad, berkata pihak hospital bagaimanapun, gagal mengesahkan sama ada mangsa turut dirogol kerana mayatnya sudah mula reput akibat terbenam dalam lumpur selama tiga hari.

Johar berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh, sekali gus membentuk satu pasukan khas bagi menyiasat kes berkenaan kerana ia dianggap berprofil tinggi.

"Kita mengklasifikasikan kes ini berprofil tinggi kerana ia boleh membawa kesan buruk kerana mangsa berasal dari Semenanjung dan baru empat bulan bertugas di kawasan pedalaman.

“Kita bimbang ia memberi gambaran buruk kepada guru lain mengenai tahap keselamatan mereka ketika bertugas di pedalaman Sarawak," katanya ketika dihubungi di Kapit, semalam.

Johar berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin dipaksa ke kawasan kejadian kerana adalah mustahil untuk dia pergi sendiri kerana jaraknya lebih satu kilometer dari bandar Kapit.

"Mengikut maklumat, mangsa bertolak ke Kapit jam 1.45 petang Sabtu lalu yang terletak satu jam perjalanan menggunakan bot ekspres dari Song untuk membeli barang keperluan dan bertemu rakannya di situ.

“Mangsa dikatakan akan menginap di rumah rakannya di Kapit sebelum pulang ke Song keesokan harinya, namun pada hari kejadian, mangsa tidak muncul sehingga rakannya menghubungi rakan serumah mangsa tetapi dimaklumkan mangsa sudah keluar sejak awal pagi lagi,” katanya.

Anizah yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, mengajar subjek Pendidikan Islam di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Hin Hua, Song, sejak Januari lalu selepas menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Johar berkata, sehingga Isnin lalu, tiada laporan polis dibuat mana-mana pihak mengenai kehilangan mangsa sehinggalah anggota polis yang meronda di Kapit dimaklumkan seorang nelayan Iban mengenai penemuan mayat wanita.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ibu mangsa, Tengku Mon alias Ara Sulaiman, 61, ketika ditemui di Hospital Sibu berkata, anaknya sering menelefon keluarganya di Kota Tinggi setiap Sabtu untuk bertanya khabar.

“Allahyarham sangat rapat dengan kami. Kali terakhir Allahyarham hubungi saya Jumaat lalu untuk memberitahu yang dia hendak ke pekan Kapit esoknya (Sabtu) untuk berurusan dengan bank dan berjumpa dengan kawan,” katanya.

petikah akhbar bharian hari ni..

   
     Dalam Negeri
Ustazah ditemui mati separuh bogel, mati dicekik

KAPIT 9 Mei – Polis hari ini mengesahkan seorang ustazah yang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di sebuah anak sungai terpencil berhampiran kawasan Perindustrian Bleteh, kira-kira tiga kilometer dari sini semalam, mati akibat dicekik.

Ketua Polis Daerah Kapit, Asisten Supritendan Johar Ahmad berkata, punca kematian mangsa itu diperoleh daripada hasil bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat Anizah Othman, 26.

“Bagaimanapun bedah siasat tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa turut dirogol kerana keadaan mayat yang telah bengkak akibat berada lama di dalam air,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian semalam, mayat Anizah, seorang ustazah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Hin Hua, di Song, dekat sini, ditemui dalam keadaan terapung pada pukul 10 pagi.

Penemuan mayat itu dilaporkan kepada polis oleh seorang lelaki Iban.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan seluar jeans yang dipakainya tertanggal dan ditemui kira-kira tiga meter dari lokasi mayatnya ditemui.

Guru tersebut yang baru empat bulan bertugas di sekolah berkenaan mengajar Pengetahuan Agama Islam, dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu, selepas dia bertolak dari Song ke pekan Kapit dengan feri ekspres untuk bertemu rakannya.

Pihak sekolah yang menyedari guru terbabit tidak datang bertugas sejak kelmarin kemudian membuat laporan kehilangan mangsa di Balai Polis Song, pagi kelmarin.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2012 11:28 PM | Show all posts
haiii....
nk citer gak.huhu..
tp bukn i yg kne.ayah i.
ayah i slalu la gak kne kacau ni.

citer 1:
citer ni jd mse ktorg bru pindah umah (dlm 7 thun lps)
mse tu ayah i bgun mlm,buat tahajjud.
mse tgh zikir tu ayh dgr sore budak nangis.
igtkn adk i yg kecik,sbb dia mmg slalu mengigau.
pastu ayah kejutkn mama i, bgtau yg adk nanges.
mama g tgk adk kat bilik,tp adk x nanges pon..sodap je tdo

citer 2:
de stu mlm tu, ayh nk g kenduri kat umah org.
pas isyak kt masjid ayh ngan jemaah laen pegi la umah kenduri tu merempit (naek moto laa...hihihi)
tp mse tu jemaah laen sume dh ke dpn,ayh tertinggal sorg2 kat blkg.
smpai kt stu jln tu,kt tepi tu de pokok besar...
ayh nmpk de lembaga itam berdiri kt situ.
ayh buat dunno je
citer kat mama.
mama ckp 'die nak ikot g kenduri tu...'

citer 3:
mse tu ayh balik kg,nk ubatkn arwah nenek
sblum tu ayh g umah tukang ubat tu.
otw nk g umah org tu,
tetiba de pokok tumbang.
ayh tny kt org tu slm ribut kuat ke?
de pokok tumbang?
org tu ckp xde laa..
mcm de sesuatu yg x bg ayh jumpe tukang ubat tu. wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2012 09:06 PM | Show all posts
Miss_Dabai posted on 29-12-2012 06:44 PM
nih berita tu --->>>> kredit http://ukhwah.com/viewtopic.php?topic=31545&forum=2  (anis)

Ustaza ...

Tq....
kesian ustazah tu....
innallillah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.262364 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list