CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kembangkembung

Rumah Aku Ada 6 Ekor, Hantu Raya, Kakak Ponti dan Macam2. Coi..

[Copy link]
Post time 25-4-2013 11:19 AM | Show all posts
pot16 posted on 24-4-2013 11:08 AM
looorrrrrrrr...siti, ko join grup ni ke? kenal pian? kemsalam kedia. aku kagum ngn dia sbb berprof ...

pian?? hahahaha.. of course la kenal.. ok2 tak ada masalah. next month nak pergi JB pulak. hehehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2013 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi tt...kiut je cara tt buat citer layan smbil gelak2 imajin tt ni bdak kecik yg baru pandai nk ckp...hahaha...tp gila takut klau kena hdap sampai 6 ekor spesis antu. Moga msalah adik kembung dh setel. Tkde apa2 ke update?lol
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 04:17 PM | Show all posts
meh i tolong edit...harap2 semua paham,.,.

Aku beli rumah kedai 4 tingkat. Yang bawah sekali kedai dan aku beli di tingkat paling atas. Semasa nk beli rumah ni, hanya rumahku sahaja yg kosong dan pemandangan di beranda adalah sangat best. Boleh Nampak PJ, Highway,rumah2 dan bangunan2 . itu pun kalau korang pandang ataslah,,kalau pandang ke bawah banyak pokok pisang jer.

Ketika itu rumah itu masih dalam construction dan setelah 2tahun ia pun siap. Lokasi rumah pun berdekatan dengan rumah familyku dan aku mengambil keputusan utk menyewakan rumah itu. Sebelum disewakan, aku pun membersihkan rumah itu. Semasa hari pertama , Aku pergi dengan sedara mara ku  dan tiada apa2 yg berlaku. Ok je.. Hari kedua pulak aku berdua je dengan sahabat baikku. Selepas selesai kerja pembersihan, aku pun melepak dgn sahabatku di ruang tamu yang menghadap beranda. Sejuk angin menerpa hingga sahabatku terlelap dan semasa dia terlelap,dia merasakan yg dirinya ditindah.Teruk juga dia kena tindih sampai sakit kepala.

Setelah selesai segala urusan aku pun menyewakan rumah ku kepada officemateku. Budak ni aku tak kenal pon sebab dia baru keje di pejabatku. Dia menyewa selama beberapa bulan,selepas itu  dia pon berhenti keja dan pulang ke kg balik. Dia menyewa bersama2 dengan sepupu dia selama beberapa bulan.kemudian dia buat hal taknak bayar sewa dan lari macam tuh jer.,Kurang ajar betul,siap boleh gelakkan aku lagik tuh. setan betul. Takpelah. Aku pun cari penyewa lain. Nasib baik tak lama lepas tuh dapat penyewa lain. Perempuan bujang. Gf kawan aku.

Tak lama selepas dia menyewa di rumahku, dia mula bercerita kisah2 yg pelik. Dia kata nugget yg digorengnya telah hilang dimakan orang padahal pada masa tuh dia sorang sahaja di rumah. Dia pun rasa pelik tapi dia buat tak tau jer. Selepas beberapa bulan tinggal di situ, dia bercerita yg mak dia datang ke rumah itu dan terasa sangat panas dan adik dia pulak sibuk menangkap gambar di dalam rumah itu. Dalam gambar yg ditangkapnya,terdapat seekor Cik Ponti sedang duduk di sebelah emaknya. Hohoho..Sungguh menyeramkan dan mereka pun berikhtiar untuk mencari org yg pandai berubat . Buat seketika keadaan menjadi tenang semula tetapi tidak berapa lama selepas,gangguan demi gangguan mula berlaku.Ada penampakan benda besar di dalam rumah,di dapur,dekat beranda dan tempat2 lain. Kemuncaknya berlaku pada hari khamis minggu lepas.

Penyewa aku yg nuggetnya kena makan tuh dah kahwin. Selepas dia kawen,adik2nya tinggal di situ, seorg lelaki,seorg perempuan. Hari Khamis lepas dalam pukul 4 ptg,adik perempuan dia sorang2 kat rumah sebab abang dia pergi beli makanan. Tengah dia baring2 kat dalam bilik utama,tetiba2 ader seekor ulat (ulat mayat) jatuh kat atas tangan dia. Dia pun tepis ulat tuh. Kemudian dia nampak ada budak2 kecik berlari2 dalam rumah sambil melompat2. Dia terus tergaman dan tiba2 semua pintu bilik terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Dia pun apa lagik terus bangun dan nak keluar. Elok jer dia nak keluar, pintu terus tertutup dan tak boleh dibuka. Terus dia menjerit hingga histeria. Apabila abang dia naik dan tengok adik dia camtu, dia pun call kakak ngn abang ipar dia suruh datang rumah. Dari bawah,kakak dia dah baca ayat qursi dan dia terdengar adik dia menjerit2 pastu terus diam.Bila dia sampai jerk at rumah tuh,dia Nampak adik lelaki dia tengah mencekik adik perempuan dia yg dah pengsan. Abislah dedua pun kena kacau nampaknya. Kakak dia pun memegang kepala kedua2 adiknya sambil membaca ayat qursi.Selepas itu, adik dia pun merangkak2 sambil mendengus seperti beruk Dia pun baca macam2 ayat sampailah adik2 dia ok. Lepas tuh, dia suruh diorang ambik wudhuk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 04:17 PM | Show all posts
Diorang cerita lagik yg baru2 ni, adik dia pernah nampak cik Ponti ni tgh bertenggek kat beranda sambil mengilai2. Bila adik dia nak blah jer,kak ponti tuh berpaling muka dan bertentang mata dengan dia…Perghh..pengsan aku. Dulu abang dia pernah nampak kaki cik ponti tuh dok berjuntai dari atas.

Selepas berlaku kejadian histeria nie, hari sabtu lepas , aku sebagai tuan rumah terus pergi berubat dekat seremban dan jumpa seorg pakcik. Pakcik tuh suruh bawak 6 botol, paku 6 batang, limau nipis dan garam kasar sebab sehari sebelum tuh, masa aku call pakcik ni, dia kata ada 6 ekor. Aku tetap pergi jugak walaupun memula tuh sesat jugak dan tetiba jer aku demam panas. Dia cakap yang hantu raya tuh memang dihantar oleh org dekat2 situ belah kanan. Manakala yg lain2 tuh memang penunggu rumah tuh. Kelas rumah aku ramai penunggu. Pergilah jadik Jag asana,kenapa ko sibuk menunggu rumah aku.

Simple jer cara dia berubat. Dia ketuk belakang aku… aku fuh fuh fuh dah ada 6 ekordalam botol.Sedih jer muka memasing..ekekeke..yg gemuk tu hantu raya katanya. Yg kurus tu Ponti. Ada Hantu galah dan lain2. Aku tak snap gamba. Malas aku.

Pakcik tu aku percaya sikit sebab dia memang tak pakai kemenyan asap, menurun bagai. Pakai ayat2 quran je. Lepas tu bawaklah botol tu dari seremban. Ingat nak buang sungai kat sana tapi tak jumpa pulak sungai. . Coi betul..So terpaksalah bawa ke PJ. Semasa makcik aku meriba botol tu, tangan dia sakit sampai berdenyut2. Hehe..kemain ko kan dah kena kurung pun menyakat.Akhirnya kitaorg buang botol2 tu kat sg klang.. Patutlah sg klang tu berhantu. Masa adik aku buang, yang last tu buny dia macam lain skit. Fuh.Lepas tu, kami ke rumah tu, ya Allah seramnya rasa..Dari bawah aku dgn makcik aku dah start baca ayat qursi.masuk2 jer rumah.. panasnye rumah ni. Memang terasa keseramannya. Tapi semua lampu terbukak sebab time diorang kena tu mmg tak tutop lampu dah. Takut punya pasal. Mmg terasa lah mase tu. Meremang jer bulu2 tengkuk ni.Masa kitaorg sampai tu, anjing jiran depan tak henti2 menyalak ni.walaupun aku tau anjing tu mesti jenis comel. Sbb kiut je bunyi walaupun menyalak kemain lagi.

Kitaorang taburlah  garam, limau nipis sume. Risau gak sbbnya penyewa ari tu dah tabor garam kasar, boleh bertukar jadi gula. Hampeh betul antu ni. Ko tukar jadi gula ye garam tu. So takpe. Kita lawan tetap lawan. Tabor dah sume kitaorg punbalik lah. Hari ahad pergi lagi dalam kul 4 lebih cam tu. Pergi dgn mak dan abg serta adik lelaki. So rasa tenang lak rumah ni. Cam dah sejuk. Garam pun tak bertukar jadi gula. Mungkin mak aku ada. So rasa kuat sikit aku, sbb aku tgh kotor. Yang adik badik aku tu tokleh harap sgt. Penakut ngalah aku. Jantan je lebeh. Coi.

Semalam hari ketiga aku kena pulihkan rumah aku. Pergilah malam tadi sbb siang kerja. Dalam pukul 8 pergi. Dengan adik lelaki dan kazen lelaki. Mak tak pergi sebab tak sihat. Alamak. Takpa. Pergi gamble je. Naik je tingkat rumah aku, anjing depan rumah menyalak lagi.kali ni lagi hebat. Walau tak nmpk anjing tu sbb tuan dia tutop pintu tapi aku tau die mesti dekat pintu menyalak ni. Malam tadi pergi wah lain mcm lak rasa ni. Cepat2 aku tabor airlimau sume garam sume lah. Lps tu terus cabut lah. Sebab lengan aku dah rasa kebas. Smpi skrg ni kebas. Ke penyakit ni haha. Tapi aku rasa keseraman lebih terasa di luar rumah. Mungkin dia takleh masuk. Dah tabor garam sume. Tenguk gak garam. Ada ke tidok. So masih garam belum bertukar.


Pasal jiran kanan tu, aku malas nak percaya. Sebab ye lah kalau salah kang jatuh fitnah. Tapiiii…

Budak2 penyewa aku ada cerita tentang jiran tu. Cuma harap tu sume bayangan gurauan je.

Hehe..sekian cerita kisah seram rumah saya yg dah mcm drama seram dah. HArap semua dah takda untuk selama-lamanya. Harap dah lemas dah setan2 tu ekekeke.. Banyak lagi sebenarnya cerita dierg ni.tapi aku dah lupa.Maklumlah kotak ingatan hampir full..  Mihehe..

Hanya pada Allah saya berserah. Lindungilah kami dari syaitan yang kejam. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 04:38 PM | Show all posts
cm_ikasafia posted on 16-5-2013 04:17 PM
meh i tolong edit...harap2 semua paham,.,.

Aku beli rumah kedai 4 tingkat. Yang bawah sekali keda ...

wah, rajin..br terpikir xde ke yg nk tlg edit..why not boldkan yg edited version ni

aku pasan cara TT ni tulis mcm dia tgh bercerita dgn someone, tu kuar coi coiiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 05:09 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 2-4-2013 01:28 PM
letak je gambar rosmah mansor? sure hantu tu lari takut masuk rumah tt

tt, mohon pm adam ...

nak jugak no tipon org berubat tu..tq adam n tt
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-5-2013 06:00 PM | Show all posts
rospinki posted on 15-5-2013 11:01 PM
Hi tt...kiut je cara tt buat citer layan smbil gelak2 imajin tt ni bdak kecik yg baru pandai nk ckp. ...

hahaha... mmg budak kecik baru nk belajar bercakap nih ekekeke..

rumah tu skrg dalam proses menjual.. tp lepas penyewa kemas barang dalam last week belom lg ke rumah tu.. sebab takut sgt huhu.. belom ada kekuatan nk jenguk or kemas ape yg patot..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 06:01 PM | Show all posts
cm_ikasafia posted on 16-5-2013 04:17 PM
Diorang cerita lagik yg baru2 ni, adik dia pernah nampak cik Ponti ni tgh bertenggek kat beranda sam ...

ya rabbi..rajin nye awok ni hehe..thanks ye.. saya ni umur je tua, menulis tarap  tadika cemerlang lagi.. ekeke

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2013 06:02 PM | Show all posts
tiramisuu posted on 16-5-2013 04:38 PM
wah, rajin..br terpikir xde ke yg nk tlg edit..why not boldkan yg edited version ni

aku pasan ...

awak adelah org keberapa ntah yang cakap kalau saya menulis mmg mcm tgh bercerita kat org hehe.. siap coi bagai haha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 06:02 PM | Show all posts
sitisitu25 posted on 16-5-2013 05:09 PM
nak jugak no tipon org berubat tu..tq adam n tt

nnt sy pm ye
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ko dating kat umah tu yg aku tak tahan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 08:10 PM | Show all posts
sitisitu25 posted on 16-5-2013 05:09 PM
nak jugak no tipon org berubat tu..tq adam n tt



1300 88 2525 adam call dpt pizza hot delivery
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:14 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 16-5-2013 08:10 PM
1300 88 2525 adam call dpt pizza hot delivery

ini ubat terbaekkk la
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Terangi rumah dgn nur.

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=41328
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.921926 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list