CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: silenceprotess

[Tempatan] UPDATE:Tiket Habis, Red Warriors Merusuh! Jawa Caprut PANAS! TEKA FINAL #128

[Copy link]
Post time 26-6-2013 05:16 PM | Show all posts
buat team yang tak masuk final..baik ngan komen....hehehehehehee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2013 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sori to say, ai lebih mengatakan perangai fan kelate lebih kurang sama dengan fan indon, taksub, Tapi yg pasti selain mengibarkan bendera negeri mesti ada yg kibar bendera parti pas kat stadium nanti.. Ada kene mengena ke bendera tu? Hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2013 08:13 PM | Show all posts
rasa mcm ada video kat buletin TV3..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 12:16 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 12:20 PM | Show all posts

RE: Tiket Habis, Red Warriors Merusuh! Jawa Caprut Panas! #106

Penyokong JDT berang tiket habis

JOHOR BAHRU - Selepas segelintir penyokong bola sepak Kelantan gagal memperolehi tiket perlawanan akhir Piala FA Selasa lalu, hari ini perkara sama menimpa kira-kira 2,000 penyokong pasukan Harimau Selatan.
       
        Tinjauan Sinar Harian di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hasssan Yunos, Larkin pagi tadi mendapati sebanyak empat kaunter dibuka jam 8.30 pagi yang kemudiannya ditutup sementara setengah jam selepas itu.
       
        Operasi jualan dibuka semula sejam kemudian dimana  dalam tempoh lima minit pengumuman dibuat memaklumkan  tiket telah habis dijual.
       
        Keadaan tersebut mencetuskan situasi panas namun terkawal.
       
        Sabtu ini, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) akan bertemu pada perlawanan akhir menentang The Red Warrior (TRW) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. -SH

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 12:25 PM | Show all posts
Rasa simpati kerana selepas kutuk team JDT sebagai indon, berlaku sebaliknya pula.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2013 12:28 PM | Show all posts
sumber : myMetro 27/06/13


Tiket pukal VIP

Kota Bharu: Adakah benar wujud ‘ulat tiket VIP’ yang didakwa memiliki hubungan dengan ‘orang dalam’ membolehkan mereka membeli 500 hingga 1,000 tiket untuk sesuatu perlawanan penting membabitkan pasukan bola sepak Kelantan?  Persoalan itu timbul berikutan pendedahan seorang ulat tiket yang turut mendakwa golongan itu boleh dibahagikan kepada tiga kategori dengan dua yang lain ialah ulat tiket peringkat pertengahan dan kecil-kecilan atau ‘cap ayam.’


“Ulat tiket VIP yang mempunyai modal besar membeli tiket dengan jumlah banyak menerusi orang dalam dan boleh membeli 500 hingga 1,000 tiket sekali gus.

  “Ulat tiket golongan pertengahan pula mendapatkan tiket daripada penaja manakala ulat tiket ‘cap ayam’ mendapatkan tiket di kaunter dengan mengatur ‘konco-konco’ yang berbaris seperti penonton lain,” kata lelaki mahu dikenali sebagai Zali yang mendakwa menjadi ulat tiket sejak 2009.

Zali tampil membuat pendedahan itu selepas banyak pihak menuding jari kepada ulat tiket sebagai punca penyokong Kelantan gagal membeli tiket final Piala FA sehingga mencetuskan kekecohan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV (SSMIV), kelmarin.




Mustahil Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa tak tahu langsung ttg hal ini.....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 12:31 PM | Show all posts


Semalam, Muka Depan Bharian, "Amukan Final Piala FA" Di Kelantan... Hari Ini, "Harimau Selatan Pula Mengamuk" Di Larkin Dalam Laporan HMETRO... Semuanya Gara2 Ulat Tiket Yang Beli Beribu-Ribu Tiket Menggunakan "Orang Dalam" Yang Tidak Amanah (Ambil Untung Atas Angin) Dengan Harga Biasa Dan Dijual Pula Hampir 2 Kali Ganda... Cara Terbaik, Tengok FINAL Di Rumah... Ajar Sikit "Ulat Tiket" Nie... Biar Depa Rugi... Ada Berani Sahut Cabaran Wahai Penyokong JDT & KELANTAN?... Masanya Untuk Penyokong JDT & KELANTAN Bersatu!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2013 12:33 PM | Show all posts
toksira posted on 27-6-2013 12:28 PM
sumber : myMetro 27/06/13

Hapuskan ulat tiket, boikot FAM!

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 03:50 PM | Show all posts
ni kira ulat tak?

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 03:51 PM | Show all posts
melayu johor sokong kelantan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 05:36 PM | Show all posts
Penyokong JDT pulang hampa



SUDAHLAH berbaris panjang, namun terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Itulah situasi yang berlaku di Stadium Tan Sri Hassan Yunos semalam, apabila kira-kira 1,000 penyokong Johor Darul Takzim (JDT) gagal mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala FA bagi menyaksikan pertembungan Harimau Selatan menentang Kelantan di Bukit Jalil, Sabtu ini.

Ia berpunca daripada kekeliruan maklumat mengenai penjualan tiket yang sepatutnya dijual hari ini.

Seorang penyokong, Azlan Ahmad, 35, berkata, dia kecewa makluman mengenai tarikh penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA tidak jelas.

"Kalau esok (hari ini) tiket tak dapat, pasti saya akan kecewa kerana sudah lama kami tunggu JDT beraksi di pentas final," katanya.

Manakala seorang lagi penyokong setia JDT, Samuri Salleh, 42, pula berkata, dia sanggup menempuh perjalanan dua jam dari Mersing ke Johor Bahru, semata-mata untuk mendapatkan tiket namun usahanya itu ternyata sia-sia.

"Dari jauh saya datang semata-mata untuk dapatkan tiket, malah saya tidak bekerja hari ini (semalam).

"Saya harap pihak yang berkenaan bertanggungjawab dalam hal ini dan turut berharap ia tidak berulang lagi pada masa hadapan," katanya.

Biarpun rata-rata penyokong pulang dengan perasaan kecewa, namun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Perkarangan stadium juga dilaporkan lengang kira-kira jam 10.30 pagi.

Sementara itu, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan reaksi daripada Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) gagal.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 05:39 PM | Show all posts
mana bomoh jawa? mana bomoh melayu? kata hebat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 06:42 PM | Show all posts
biar org laki dah la berebut2 tiket nih.....


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 06:46 PM | Show all posts
...tino garit pun berebut nak beli tiket jugak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 09:56 PM | Show all posts
sarajevo posted on 27-6-2013 06:46 PM
...tino garit pun berebut nak beli tiket jugak...

memang pon ramai la nie dok garik pakai baju JDT bagai.. besa la pompuan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2013 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal la sakit ati sgt gan org johor..xpham aku..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 01:19 AM | Show all posts
cmf_rambutan posted on 27-6-2013 06:42 PM
biar org laki dah la berebut2 tiket nih.....

@peYno mmg betul la muka stol jawa tidak syak lagi haha lol.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_rambutan posted on 27-6-2013 06:42 PM
biar org laki dah la berebut2 tiket nih.....

Tu dia.. Perangai dna indon mereka dah keluar dahhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
widuri007 posted on 28-6-2013 01:19 AM
@peYno mmg betul la muka stol jawa tidak syak lagi haha lol.

Kan... Peyno ingat kejadian berlaku dijakarta...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.173241 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list