|
DAFI CIPTA NAMA DI ROMANIA BERTARAF ANTARABANGSA
[Copy link]
|
|
Amanda jawab Miss J
SAYA Amanda Imani ingin menyatakan kekecewaan diatas artikel yang disiarkan dalam Ruangan Pancaindera Mingguan Malaysia bertarikh 3hb November 2013 tulisan Miss J. Saya amat berharap rakan-rakan wartawan hiburan dapat menentukan fakta yang betul dan membuat kaji selidik sebelum penulisan disiarkan dalam suratkhabar.
Apabila artikel tersebut dibaca oleh sesiapa pun memang jelas niat penulis Miss J adalah satu manipulasi yang memutar belitkan apa yang sebenarnya. Saya memandang ini sebagai satu serangan untuk mematikan reputasi saya. Saya atau pihak penganjur festival tidak langsung dihubungi Miss J dan Utusan Mingguan. Penulisan ini sungguh tidak bertanggung jawab sama seklai.
Kenapakah Miss J tidak prihatin untuk memberi galakan dan bimbingan kepada artis seperti saya yang tekad mencari pengalaman, menimba ilmu; membuka minda dalam aspek-aspek muzik yang saya ingin terokai.
Saya betul-betul percaya jika pihak wartawan hiburan, terutamanya jika Miss J dapat menulis idea yang lebih membangunkan dan positif, ini akan memberi lebih makna untuk akhbar hiburan dan memajukan industri hiburan di negara kita. Mengapakah sebagai rakyat Malaysia, saya tidak mewakili Malaysia? Siapakah Miss J untuk menentukan ini?
Menulis secara seratus peratus dalam isi bahasa mencaci, dendam dan merendahkan martabat seseorang adalah satu-satu perbuatan fitnah yang tidak boleh dimaafkan dan tidak sepatutnya diluluskan atau dibenarkan oleh pihak editor dan pengurusan Utusan Mingguan/Malaysia.
Siapakah Miss J yang dengan sengaja membuat penulisan yang bermaksud menjatuhkan maruah dan “character assassination?" Siapakah Miss J untuk membuat penilaian layak atau tidak layak Amanda menjadi panel juri? Adakah ini semua perlu semata untuk mendapat penulisan “gosip baik" iaitu kecaman kepada Amanda. Saya tidak perlu semua ini. Inikah peranan Miss J untuk membinasakan artis, dan memusnahkan nama seseorang. Nikmatkah jika Miss J jika ini terjadi kepada subjek yang ditulisnya. Lagi satu sedap Miss J mengatakan “pakai tak cukup kain" apabila Miss J sendiri begitu bebas memfitnahkan artis dan berselindung atas nama samaran. Yang mana lebih dikeji dari pandangan sosial dan agama?
Selain dari itu, mengeji Festival Crystal Star di Romania sebagai “pertandingan karaoke kenduri kahwin saja" telah pun membangkitkan tentangan mengenai penulisan ini oleh pihak penganjur Festival tersebut. Siapakah Miss J untuk menilaikan “rating" festival ini berpistij atau sebaliknya? Kenapa Miss J sanggup menjadi musuh dengan Penganjur?
Jika penulisan ini tidak ditarik balik, pihak penganjur dari Romania jua mungkin mengambil tindakan kerana memburukkan festival yang dianjurkan di negara beliau tanpa apa-apa maklumat tepat dari penganjur. Pihak pengurusan saya dan Penganjur Crystal Star akan mengambil tindakan seterusnya jika perlu.
Sebagai ketua delegasi Malaysia Amanda Imani juga telah menonjolkan bakat Malaysia Gadaffi Ismail Sabri (Dafi) di dalam pertandingan tersebut. Kenapakah pada 4 November 2013 di dalam Utusan Malaysia, artikel mengenai festival ini disambut secara positif pula? Bagaimanakah pihak Utusan (di bawah satu bumbung) boleh kontradik di dalam dua artikel berlainan untuk satu festival yang sama? Mengapakah mewakili Malaysia di artikel ini “mengharumkan nama Malaysia?" Ini mengiktirafkan Miss J seorang wartawan yang tidak bertanggungjawab dan menulis sesuka hati mengikut perasaan tanpa sebab. Miss J membuat penulisan yang tidak berasaskan maklumat dan menulis secara melulu yang tidak berpada semata mendapat kepuasan hati memburukkan imej saya. Miss J menjaja fitnah yang jelas beliau hanya ingin membunuh watak dan reputasi Amanda.
Penulisan berjudul “Hebat Sangatkah Amanda Imani?" pada 3 November 2013 semestinya ditarik balik oleh Miss J dan pengurusan Pancaindera, Mingguan Malaysia dan satu kenyataan permohonan maaf untuk Amanda Imani dan untuk Crystal Star Festival di Romania secara bertulis Mingguan Malaysia.
Yang Benar,
Amanda Imani.
******copy from utusasn malaysia*********** |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa ya saman sekali pengutuk Dafi dalam forum cari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bayangkan dafi tempat ke 3...... Tempat ke 4 sampai 8 tu camne la agaknyer.... |
|
|
|
|
|
|
|
haluuu haluuuu LAYAK keeeereeee
|
|
|
|
|
|
|
| |
|