CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

[Tempatan] banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2

[Copy link]
 Author| Post time 6-12-2013 12:06 PM | Show all posts
Statistik terkini banjir


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 12:06 PM | Show all posts
miawpink posted on 6-12-2013 11:57 AM
Permintaan ubi kayu meningkat

walawehh..sedapnya ubi kayu rebus cocoj nyo + kopi o...





Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:07 PM | Show all posts
Amaran Ribut Petir dan Hujan Lebat

Dikeluarkan pada: 11:51am pada 06 Disember 2013

Ribut petir dan hujan lebat di negeri Johor (Daerah Pontian), Pahang (Daerah Rompin dan Pekan) dan Terengganu (Daerah Marang) dijangka berterusan sehingga awal petang, Jumaat 6 Disember 2013.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Johor (Daerah Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai Jaya, Batu Pahat, Segamat dan Mersing), Pahang (Daerah Maran, Bera dan Kuantan) dan Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 12:07 PM | Show all posts
Keadaan terkini di tmn gudang rasau di batu 4 (blkg smk paya besar)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:08 PM | Show all posts
peachRose posted on 6-12-2013 11:10 AM
ada gak yg tak reti knp kita duk persoalkan Najib...adeiiii...
dia kan PM..dia yg pegang kerajaan.. ...

dulu ....kini ....dan selamanya....
gitu ler peel  yang bodoh tak paham bahasa ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 12:08 PM | Show all posts
Keadaan terkini di tmn gudang rasau di batu 4 (blkg smk paya besar)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2013 12:08 PM | Show all posts
miss_kikilala posted on 6-12-2013 11:13 AM
Sebahagian pelajar UMP sedang menunggu utk didaftar sebagai sukarelawan bersama Majlis Belia di Wism ...

belia2 yg terbaikkkk

good job adik2!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:08 PM | Show all posts
umah makcik ni xde dinding ke...
kang sedap golek2 trus msk dlm air...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 12:09 PM | Show all posts
semoga mereka tabah
thanks miawpink for updates
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:09 PM | Show all posts
Jalan terputus punca bantuan lewat tiba





Najib Tun Razak meninjau keadaan banjir di Pahang dari udara ketika dalam perjalanan melawat pusat pemindahan banjir di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang, semalam. - BERNAMA


KUANTAN 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beberapa batang jalan utama yang terputus akibat ditenggelami air menyebabkan agensi kerajaan lewat menghantar bantuan kepada mangsa banjir kerana laluan berkenaan tidak boleh dilalui kenderaan biasa.

Perdana Menteri berkata, agensi terbabit mempunyai sumber kekuatan dalam menguruskan bantuan, namun terdapat masalah menghantar bekalan ke pusat pemindahan atau menyelamat mangsa kerana menghadapi kesukaran tersebut.

"Ini menjadi masalah sebab kita terpaksa menggunakan kenderaan lebih besar. Itu satu daripada pengajaran daripada banjir kali ini.

"Kita mesti ada kenderaan lebih besar dalam menangani keadaan banjir seperti yang berlaku kali ini," katanya kepada pemberita di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Batu 10 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melawat tiga pusat pemindahan di Pekan dan Rompin yang turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Najib berkata, kesulitan lain dihadapi oleh agensi terlibat adalah disebabkan mangsa banjir meletakkan kenderaan di kiri dan kanan jalan selepas rumah mereka dinaiki air.

"Ada sesetengah tempat itu kiri, kanan tak lepas. Masalah jalan itu ada tetapi nak membawa bot ke tempat berkenaan menjadi masalah," katanya.

Tambahnya, penggunaan helikopter juga adalah terhad kerana ada sesetengah tempat menghadapi masalah tidak dibenarkan mendarat.

Walau bagaimanapun, beliau berpuas hati tindakan segera agensi terlibat yang sedaya upaya membantu mangsa banjir.

Mengulas masalah jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang tidak mempunyai stok bekalan makanan kerana terikat dengan peraturan Jabatan Audit Negara, beliau berkata, dalam hal ini, pihaknya memberi pengecualian terhadap perkara itu.

Menurutnya, jabatan atau agensi terlibat dalam operasi bencana alam atau banjir tidak perlu terikat dengan peraturan tersebut.

"Kita beri pengecualian sebab kecemasan dan dalam keadaan darurat perlu membeli makanan dengan segera," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -tiba#ixzz2mfG8dZ6A
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 12:10 PM | Show all posts
Banjir: 10,354 buah keluarga masih terjejas sehingga 10.30 pagi ini

KUALA LUMPUR: Sehingga pukul 10.30 pagi tadi, portal Majlis Keselamatan Negara melaporkan jumlah terkini mangsa banjir ialah seramai 39,100 orang, melibatkan 29,270 orang dari 7,494 keluarga di Pahang, Terengganu (6,696), Johor (1,825), Kelantan (1,284) dan Melaka (25).


Kesemua mangsa adalah daripada keseluruhan 10,354 buah keluarga.


Sementara itu, sebanyak 240 pusat pemindahan masih aktif dengan Pahang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 98 buah pusat, Terengganu (81), Kelantan (34), Johor (26) dan Melaka (1).


Berikut adalah daerah-daerah yang masih terjejas mengikut negeri:


Johor
Batu Pahat
Kluang
Kota Tinggi
Ledang
Mersing
Pontian
Segamat


Kelantan
Kuala Krai
Machang
Pasir Mas
Pasir Puteh
Tanah Merah


Melaka
Jasin


Pahang
Jerantut
Kuantan
Lipis
Maran
Pekan
Rompin
Temerloh


Terengganu
Besut
Dungun
Hulu Terengganu
Kemaman
Marang
Setiu


Berita mula diterbitkan pada: Disember 06, 2013 11:21 (MYT)
Tag: Banjir, Pahang, Kuantan, Terengganu, Melaka, Kelantan, Johor, mangsa banjir






Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... 0-pagi-ini-26533?cp


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 12:11 PM | Show all posts
terkini

Banjir2013

Bandar Kemaman dh isytihar DARURAT. Tiada bekalan air, elektrik dan talian komunikasi.


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:12 PM | Show all posts
penduduk kg paya kechik temerloh dah berpindah kat sek tanjung lalang
dari mlm tadi kereta2 diselamatkan dan diletak kat tepi jln temerloh - mentakab
hari ni dah mula hujan balik semalam panas jap
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:15 PM | Show all posts




Semoga dapat membantu. Share dari info dr FB. Kredit to - Info banjir Kemaman.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:17 PM | Show all posts
Banjir terburuk Pahang - Najib

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
[email protected]




Keadaan kawasan perumahan Taman Desa Solehah, Kemaman yang ditengggelami air dalam tinjauan dari udara, semalam. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM


KUANTAN 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan banjir yang berlaku di Pahang, khususnya di Kuantan sebagai yang terburuk kerana melibatkan kawasan yang luas.

Menurut Perdana Menteri, walaupun terdapat sistem pencegahan banjir di daerah itu tetapi hujan luar biasa selama tiga hari berturut-turut menyebabkan jumlah air itu begitu banyak sekali.

"Dalam keadaan tersebut, walaupun kita telah buat persiapan banjir tiap-tiap tahun, namun kawasan itu (dilanda banjir) luas dan air naik begitu pantas.

"Pada peringkat awal, ada sedikit masalah dan kelemahan serta kekurangan tetapi hari ini sudah lebih selesa... ini dilihat dengan cuaca yang baik dan dapat membantu kerana kebanyakan tempat banjir telah surut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tiga pusat pemindahan di Pekan dan Rompin di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Batu 10 di sini hari ini.

Turut serta Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.

Katanya, beliau berpuas hati dengan pengurusan mangsa banjir yang berjalan lancar dan mendapat layanan baik daripada semua pihak termasuk kerajaan negeri, pejabat daerah dan agensi terlibat.

Beliau difahamkan bahawa keadaan di daerah ini pada peringkat awalnya agak kritikal tetapi kini dapat diuruskan dengan lebih baik.

Mengenai ramalan yang dikatakan akan berlaku gelombang kedua bencana itu, Najib berkata, semua pihak perlu sentiasa berjaga-jaga sepanjang masa.

"Kita ada macam-macam ramalan dan ada yang kata fasa kedua dan sebagainya. Jadi, kita berada dalam keadaan berjaga-jaga sepanjang masa kerana apa yang berlaku terjadi dalam masa singkat.

"Saya menasihati masyarakat terlibat supaya ikut panduan dan dengar isyarat oleh jawatankuasa banjir peringkat negeri," ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan sedia mempertimbangkan bantuan khas kepada mangsa banjir yang terlibat di negeri terbabit.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Najib#ixzz2mfIKcE7I
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 12:18 PM | Show all posts
Mangsa banjir di Pahang meningkat

KUANTAN 6 Dis. - Keadaan banjir di Pahang tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 34,235 orang hari ini berbanding 29,270 orang semalam.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, setakat pukul 9 pagi tadi, Kuantan masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 27,391 orang yang kini ditempatkan di 48 pusat pemindahan.

Tambahnya, ini diikuti Pekan seramai 3,218 orang, Rompin (2,865), Jerantut (451), Temerloh (167), Maran (49), Lipis (33) dan terbaharu Bera sebanyak 61 orang.

"Beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Kilometer (KM) 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, KM72 Jalan Kuantan-Segamat dan KM62 Jalan Kuantan-Rompin. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ngkat#ixzz2mfIb27fA
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2013 12:18 PM | Show all posts
Keadaan terkini di tmn gudang rasau di batu 4 (blkg smk paya besar)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:19 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 6-12-2013 11:48 AM
mekasih for update yg tip top @miawpink

rumah abg ipar - 100% brg dlm rumah rosak

Ya Allah... kesiannyaaaa...
semoga family awak tabah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:20 PM | Show all posts
Hezeri Samsuri

100 kotak air. Hand carried by two guys on to a lorry and heading to Kuantan soon. Hilang lemak 30% tadi. Penat!!! Thank you for those who sponsored the drink and the transport. Only God can repay ur kindness.



Tq geng geng 4x4. Anda memang penyelamat!








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:20 PM | Show all posts
peachRose posted on 6-12-2013 11:41 AM
Salah satu usaha kawan saya yg memborong barang keperluan u dihantar kepada salah seorg individu ...


semoga Allah memberkati kawan awak ni..


mudah2an murah rezki dia sentiasa.. Aminn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.508211 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list