|
zamnie posted on 9-1-2014 11:33 AM 
korang kat sini mmg terbaekkkk... pandai sungguh jimat wang!! jeles ahkak nih...
gaji kecik, kena la beringat..berbelanja mengikut gaji..tapi aku rasa yg terlebih belanja ni biasanya terlepas pandang bab makanan..sbb bila tulis apa yg kita beli, baru nampak duit tu keluar gi mana..biasanya kalau makanan, mmg byk membazir
|
|
|
|
|
|
|
|
TT. umur kita sama, gaji kita pun sama, tempoh bekerja ialah 2 tahun 3 bulan. tahun pertama, takleh simpan sbb masa tahun pertama keja tu lah aku membayar hutang piutang kat mama abah aku sepanjang aku menganggur. tahun kedua, dah habis bayar hutang tapi orang kata jakun kan, baru dapat merasa duit tu sepuas-puasnya. so asyik enjoyyy je. sampai pertengahan tahun kedua, aku baru tersedar yang aku tak simpan sesen pun dalam akaun aku. so aku mula menyimpan. memula simpan rm200 ja sebulan. pastu 3ratus. ikot la, balance duit aku. pastu selepas 4-5 bulan gitu, aku fix kan, sebulan simpan 1.5k. aku simpan dlm asb. kalau ada bonus, aku masukkan lah lebih..
so, lepas dpt gaji, terus aku pi simpan. aku akan fix kan, utk makan brapa rm, minyak,loan kereta n etc. kalau boleh aku nak berjimat seboleh mungkin. so, bila aku ttbe aku rasa nak shopping, aku pk balik,aku da bajet end of this year, ada 30k dlm akaun aku, so klu aku shopping walau sedikit, msti aku xkan dpt 30k tu. so aku xjd shopping. aku ada jugak bukak satu akaun, bulan2 masuk seratus gitu la. akaun tu, utk aku shopping.klu abes dlm akaun tu, maka dok la dendiam. eheheh. aku xpna korek asb aku tu, sbb nnt xcantik dah dlm buku akaun tu. aku suka tgk buku akaun aku tgk, tetiap bulan jumlah wang yg aku masukkan. pastu berangan nak save bebanyak lagi. Last edited by weirdwaniey on 11-1-2014 11:43 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa aku banyak 'jimat' kat perbelanjaan handphone kot. aku guna digi, so boleh beli access untuk setahun dgn hanya RM30. so tak perlu la reload/tambah nilai tiap2 bulan just sbb nak hidupkan nombor tu. setakat 3 tahun aku buat macam ni, rasanya jumlah aku reload/tambah nilai boleh dikira dgn jari (RM100 sekali reload). setkan nombor family (yg juga guna digi) kat fav/buddy. kalau urusan office, guna je telefon office. handphone aku pun tak ada subsribe apa2 pakej internet, guna wifi je. kalau rasa sangat2 perlu, baru la aku beli access yg sehari sahaja. itu pun jarang la. jarang sangat2. call orang pun bila perlu sahaja. penyakit bergayut2 dah lama hilang, so memang jimat banyak juga.
untuk telefon/internet rumah pulak, line telefon rumah tu memang langsung tak diguna. sbb telefon dah disorok. so line tu hanya untuk internet sahaja. masih lagi guna streamyx sbb rasa macam tak perlu je guna unifi. slow pun tak kisah, asalkan tak ada quota. lgpun bukannya nak online secara hardcore sangat. so bil telefon RM0. bil streamyx RM68. 
bab makan pulak, kadang2 boleh jimat. sbb aku jenis yg makan sekali sahaja sehari. & tak kisah pun kalau lauk cuma sayur or sup simbah2 atas nasi. kicap je pun ok. 
tapi apa yg aku rasa sangat2 membantu untuk berjimat adalah 'menyimpan'. aku amalkan simpan duit syiling. sentiasa make sure dalam poket ada 50sen. kalau harga barang yg aku nak beli tu jumlah sen-nya lebih daripada 50sen, aku bayar genap. so baki 50sen tu aku simpan. sama juga macam duit kertas. aku akan simpan RM1 dalam 3 keping. harga barang tu total lebih RM3, aku bayar guna RM5. baki RM2 aku simpan. kadang2 aku simpan RM5 jugak. RM10 pun ada, tapi jarang sangat la. hasil daripada menyimpan 'duit baki' ni, tahun lepas punya duit syiling & RM1/5/10 aku dapat dalam RM800. tahun sebelum tu dalam RM1200.
lagi satu yg agak membantu adalah 'fikir'. pertimbangkan. benda yg kita nak beli/belanjakan tu penting ataupun tidak? nafsu ataupun perlu? bila nak beli something, aku selalu ambik masa yg agak lama. pegang2 & bayangkan. benda yg aku ada rasa macam ragu2 ataupun bertangguh2 untuk beli, biasanya aku takkan beli. contohnya dulu aku nak sangat beli Xbox & PS3 ( ). tapi banyak kali bertangguh. & aku banyak fikir jugak. kalau aku beli, aku ada ke masa nak main? & kalau aku ada masa nak main, aku mampu ke nak beli segala game2 tu? sudahnya memang langsung tak beli. main je console yg dah ada. beli game yg aku betul2 nak main sahaja.
benda2 lain pun sama juga kot. aku tak banyak beli baju. aku bukan jenis yg banyak kasut juga. aku jenis yg tak pakai handbag, cuma guna beg galas macam budak sekolah menengah. so jimat banyak juga. aku tak kisah pakai baju yg sama berbulan2. stok baju kurung aku pun ada yg dari tahun 90's & awal 2000 yg masih muat. aku pergi mana2 pun pakai selipar crocs sahaja termasuk la kenduri kahwin. beg kerja (beg galas) tu pun dah bertahun2 aku guna, kalau koyak jahit saja. kasut kerja yg 'elok' rupa parasnya pun (utk presentation or meeting bagai) dah berumur 3 tahun, sangat jarang guna sbb aku bantai crocs sahaja. & 'syukur' aku jenis yg tak ber-makeup, tak ber-accessories bagai. jadi memang jimat banyak kat situ juga la.
ada aku kisah orang nak kutuk aku asyik ulang pakai baju yg sama or pakai crocs sahaja or pakai beg yg itu sahaja or tak bermakeup tak beraccessories segala? mendengar & mengambil berat akan komen2 orang sekeliling memerlukan perbelanjaan yg tinggi. jadi, sebolehnya, abaikan sahaja. 
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
best baca thread gini. banyak contoh baik boleh diambil. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun dah insaf, tahun ni nak start menyimpan. bukan ape sbb sblm ni aku perasan duit aku banyak habeh utk makan makan je
|
|
|
|
|
|
|
|
azz_azza posted on 14-1-2014 06:41 AM
aku kerja da 3 tahun....
tapi aku pikir2 balik, simpanan aku xde... aku wat potongan gaji tiap2 b ...
Aku mcm ko gak..malas nk azam2 ni..pe aku buat each month tetapkn diri asingkn duit siap2..mindset kna buat spy once dh masuk duit tu dh xde..so start la simpan dr 100 kmudian klau tak rasa kehilangan duit tu..up lg up lg..smpi la tahap masuk satu amount tp korek2..so stop kat amount tu..psl baking,my sis dia buat free bagi sedara,org dtg umah,bwk g opis,opis aku..hehe..so dr situ org bg feedback dn nk tempah..my sis start dr kek.coklat je..skrg dh mcm2 dr rvc,cheese no bake,chocolate indulgence,tiramisu,rainbow cake..tp awal2 dulu dia buat chocolate n kek karamel saje..pokus yg tu |
|
|
|
|
|
|
|
azz_azza posted on 14-1-2014 06:41 AM 
aku kerja da 3 tahun....
tapi aku pikir2 balik, simpanan aku xde... aku wat potongan gaji tiap2 b ...
ko pna solution kna sekat dri dr shopping online tu...limitkn la sebulan klu nk beli pn xleh lbih 500 ke..
aku bca kt mna ntah beli rumah nnt da start byr nk beli brg mekap pn berkira tau...klu ada laki xpe, ni bujang sndri tanggung huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
tiramisuu posted on 14-1-2014 07:51 AM
Aku mcm ko gak..malas nk azam2 ni..pe aku buat each month tetapkn diri asingkn duit siap2..mindset ...
Aku sbnrnye simpan dlm tabung haji dgn niat xnk keluar sbb mls bertair kuarkn duit. Tp skrg ni tabung haji la tmpt plg rajin aku p. Sbb x ramai org. So mmg aku bole keluarkn duit anytime
Tu nape duit simpanan aku susut... |
|
|
|
|
|
|
|
aechae posted on 14-1-2014 07:52 AM
ko pna solution kna sekat dri dr shopping online tu...limitkn la sebulan klu nk beli pn xleh lbih ...
Haih... tu lah
.. mmg aku kena cr side income la ni... aku slalu berazam xnk shopping tp tu la... xkuat semangat aku nih... |
|
|
|
|
|
|
|
azz_azza posted on 14-1-2014 06:19 PM
Aku sbnrnye simpan dlm tabung haji dgn niat xnk keluar sbb mls bertair kuarkn duit. Tp skrg ni tab ...
Haha..susah jgk kn..tmpt aku sibuk gila tbg haji..siap amik no..kuar g tmpt lain pm blh lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
TT ni tatau gaji lg 30% gi mana jawabnya TT selalu buat online shopping la kut tak pun selalu makan fast food hehehee |
|
|
|
|
|
|
|
NEMESIS posted on 12-1-2014 12:07 AM 
aku rasa aku banyak 'jimat' kat perbelanjaan handphone kot. aku guna digi, so boleh beli access untu ...
ni aku berminat dgn pakej dg ko rm30 utk setahun tu. aada ek camtu? aku nk kena cuba ni sbb aku pun jenis xguna sgt fon, kekadang balance kredit berlambak2 lagi tapi dah expired pulak tarikhnya. kena pulak topup lagi. pastu aku pun hnya pkai tenet klu da wifi xpun beli tenet yg utk sehari tu klu terdesak sgt. so, apa nama pakej dg yg setahun rm30 tuh??
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun target ada 500 minimum Sebulan simpan ASB. Loan asb tiap bulan mmg 272 cukup ,2 thn dpt 30k..lg 10 thun |
|
|
|
|
|
|
|
weirdwaniey posted on 16-1-2014 11:07 PM 
ni aku berminat dgn pakej dg ko rm30 utk setahun tu. aada ek camtu? aku nk kena cuba ni sbb aku pu ...
"digi super long life". hanya ada untuk plan "digi best prepaid" sahaja. so ko kena check dulu la ko punya prepaid/call plan. cara nak check : dail *128# , lepas tu pilih 1 (My Account) , lepas tu 4 (Call Plan).
kalau memang dah guna digi best, makanya boleh terus beli la super long life tu. kalau ko guna digi easy/smartplan/etc, ko kena tukar prepaid/call plan tu dulu la. ada kat setting 4 (Call Plan) tu kot? aku pun dah lupa. haha!
tapi nota penting. nak tukar plan tu kena bayar la. berapa entah, RM5 kot? & once ko dah tukar ke digi best, ko tak boleh tukar ke plan lain lagi dah. so, fikir baik2 la ya. 
lepas dah jadi digi best prepaid, lagi sekali dail *128#. lepas tu 1 (My Account). then 7 (Talktime Service). lepas tu 3 (Super Long Life). pilih option yg untuk 365 hari tu (RM30). make sure kredit ko lebih daripada RM30 la masa nak buat tu. kalau tak mampu nak topup RM30, boleh beli long life sebulan sahaja (RM5).
untuk info lanjut & FAQ, boleh rujuk website digi. untuk info (& perbandingan plan) : http://new.digi.com.my/cs/Satell ... paid_plans_overview . untuk FAQ : http://new.digi.com.my/Page/faq/default/faq_digi_best_prepaid .
mod, ni bukan iklan/promo ya. ni info.  |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|