View: 8817|Reply: 5
|
RM200,000 lebur demi babak 1 minit Impak Maksima 2
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Demi hasil terbaik, RM200,000 ‘dileburkan’ bagi merealisasikan babak kereta drift terbakar hanya untuk adegan berdurasi satu setengah minit dalam filem Impak Maksima 2.
Pengarahnya, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, seperti dijanjikan kesinambungan naskhah aksi pertama terbitan 18 tahun lalu, Impak Maksima sarat elemen dramatik yang digarap semula jadi, bukan menerusi teknik janaan imej (CGI).
“Babak kereta drift dilanggar lori sehingga terbakar menjalani penggambaran selama dua hari membabitkan kos keseluruhan mencecah RM200,000.
“Ini kerana sebuah kereta sahaja sudah berharga RM50,000, tidak termasuk lori, bayaran pelakon lagak ngeri dan anggota keselamatan demi menghasilkan babak berkenaan.
“Kami sanggup keluarkan kos sebanyak itu untuk babak seminit lebih kerana kita perlukan aksi ‘drift’ yang boleh menarik penonton ke pawagam,” katanya ketika majlis kesyukuran Impak Maksima 2, di Saloma, baru-baru ini.
Ahmad Idham berkata, dia turut menggunakan pendekatan baharu bagi mempromosikan filem sekuel terbabit menerusi siaran langsung babak belakang tabir filem terbabit.
Menurut sutradara berusia 51 tahun itu lagi, kemajuan teknologi masa kini perlu dimanfaatkan sepenuhnya termasuk membabitkan promosi dan pemasaran sesebuah karya.
“Laman sosial merupakan medium yang mempunyai liputan meluas jadi kami gunakan platform ini untuk berkongsi belakang tabir penggambaran.
“Buktinya belum pun ditayang, video belakang tabir kereta drift terbakar di Jalan Bukit Bintang sudah tular dengan mencecah hampir sembilan juta tontonan di TikTok.
“Saya tidak sangka ramai teruja menantikan filem sekuel Impak Maksima ini selepas hampir dua dekad ditayangkan di pawagam,” ujarnya.
Menggunakan bajet mencecah RM3 juta, naskhah terbitan Screen Studio Sdn Bhd itu dibintangi Zul Huzaimy, Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Arfie Shah, Nelissa Nizam, Muhsin Nadzli dan Fad Bocey.
Mengambil masa sebulan untuk disempurnakan, Impak Maksima 2 dijadualkan memasuki panggung sekitar pertengahan tahun ini. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This kind of film is so yesteryear. Confirm tak balik modal |
|
|
|
|
|
|
|
Sape lah wayang Tengok cite gini. Yang pertama dulu pun akü tak pernah Tengok, sekarang orang tgok Netflix je |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak ya duit dia invest film..tahun lepas filem peah dgn alif reeza gtr ke apa..even peah as heroin pun tak boom movie tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah minat cerita yg dia berlakon atau yg dia buat |
|
|
|
|
|
|
| |
|