CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Esmiria

Novel Psiko Online: Fesiran (Episod Dua Puluh SATU) Update!

[Copy link]
Post time 19-9-2014 07:40 AM | Show all posts
Esmiria posted on 18-9-2014 05:22 PM
alaf 21? Bila dia hntor?

tunggu masa nak publish saja... can't wait...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 09:16 PM | Show all posts
  
Episod 1
  
  Afirzkana sedang menangis teresak-esak hingga terhinggut-hinggut kedua bahu. Hatinya  diruntun pilu yang amat sangat. Kesedihan sedang menguasai seluruh jiwa raga.  Bukanlah sedih kerana kerana kehilangan seseorang apatah lagi kecewa dalam  percintaan jauh sekali sedih kerana masalah kewangan. Masalah kewangan? Selama  dia hidup tidak pernah lagi dihadapi. Kedua orang tuannya sangatlah kaya  hinggakan 7 keturunan rasanya harta mereka tidak akan habis.
  
  
Bukanlah  perkara kecil yang membuatkan dia sedih. Padanya, perkara itu tersangatlah  besar hingga boleh menggugat hidupnya. Namun bukanlah kali pertama dia  menghadapinya. Sebelum ini pun, separuh hari dia berkurung, meraung sepuas  hati atas alasan yang sama. Matanya kembali di arah ke skrin komputernya.  Sekali lagi dia meraung. Hatinya memang sakit! Sakit kerana apabila setiap  kali memuat naik statusnya di laman buka buku yang orang panggil Facebook, tiada siapa yang menekan  butang ‘like’.
  
  
Sungguh,  dia merasakan yang dia sedang keseorangan. Terdampar di sebuah pulau yang  tidak berpenghuni. Seolah-olah dia telah tersilap mendarat kapal angkasanya  ke sebuah planet yang sangat asing hingga dia keseorangan di sana. Terasa  dirinya forever alone. Kenapa  mereka tidak mahu ‘like’ statusnya?  Apa, gambarnya kurang menarikkah? Tidak cantik lagikah dirinya yang seksi  seperti seorang diva di Malaysia, Che Ta? Tapi dia seksi lagi dari diva itu.  Walaupun kulitnya bertona hitam manis, menawan apa? Hitam itu kan menawan?  Usianya masih muda ditambah pula dengan susuk tubuh yang rakan-rakannya kata  bergetah seiring dengan hormon badannya yang sedang meningkat.
  
  
Sungguh,  dia tidak faham dengan rakan-rakannya di laman itu. Mengapa berat sangat jari  mereka mahu menekan ‘like’ di  statusnya itu? Apa, mouse mereka  itu beratnya mengalahkan seketul batu besar ke hingga sukar sekali untuk  digerakankah? Lagi sakit mata langsung turun ke hati apabila melihat hanya  satu ‘like’ yang ada itupun dia  sendiri yang berbuat demikian. Dia merengus, geram betul.
  

  Dia ‘menyelak’ laman kepunyaan orang lain. Ternampak status seseorang yang  menggunakan nama samaran Minah  Hudson yang meraih banyak ‘like’ dan  juga komen. Rasa cemburu sudah menyapanya. Hatinya sakit, pedih, pilu... bercampur  aduk hingga sesak nafasnya dibuat. Terasa aturan nafasnya menjadi  tunggang-langgang. Sudah lama dia memerhatikan keadaan itu. Ternyata  populariti Minah Hudson di laman Facebook sangat sukar digugat. Mana  tidaknya, sekali wanita itu memuat naik status, paling kurang 3 ribu ‘like’ akan diperoleh. Ruangan komen  usah dikata, paling sikit pun 400 komen. Belum dikira follower wanita itu lagi. Terbeliak matanya, bagai mahu terkeluar  dari sarung ketika melihat angka 5 ribu follower  di situ. Dahsyat betul!
  
  ' kAt StArBuCk – JoM mINum '
  
  
Itulah status  yang dimuat naik Minah Hudson hari  ini. Status yang begitu ringkas serta sengaja ditaip dengan huruf besar berselang  seli dengan huruf kecil itu sudah macam kanak-kanak terencat akal pula. Tahap  kesedihannya semakin menaik lalu kembalilah dia menangis teresak-esak. Kenapa  dirinya tidak  seperti Minah Hudson? Dia akui, Minah Hudson seorang yang cantik, kulitnya  pula putih dan sering sahaja berpakaian seksi pastilah menarik minat para  jejaka di luar sana. Ditambah pula dengan status ‘single’ lagilah mencanak naik ‘saham’ wanita itu.
  
  “Aku patut mati!” Jeritnya.
  
  
Dia yang  masih mengeluarkan kalenjar lakrima itu segera bangkit dari kerusi dan  membuka langkah ke dapur. Sebilah pisau di dalam laci, diambil. Digenggam pisau  itu. Tidak langsung gentar di hatinya melihat kilauan dari pisau itu. Sekelip  mata mata pisau yang sangat tajam itu dituju ke pergelangan tangan dan... zass. Darah merah kehitaman  yang pekat mula mengalir, menitik-nitik  jatuh ke lantai marmar putih yang licin berkilat itu. Beberapa minit  kemudian, dia sudah rebah ke lantai.
  
  Keesokan harinya, terpampang di kaca televisyen, ‘Kematian seorang gadis yang  membunuh diri akibat pengaruh laman Facebook’.
  
  “Di Kuala Lumpur, seorang remaja perempuan didapati membunuh diri dengan  mengelar pergelangan tangan kerana disyaki tertekan kerana tidak mendapat  perhatian di laman Facebook apabila memuat naik statusnya semalam. Ini  terbukti kerana salah seorang rakan mangsa di laman sosial itu menghantar screenshot status Facebook mangsa yang terakhir sebelum dia ditemui mati di  rumahnya.”
  
  
Screenshort  mangsa,
  

  'Aku  patut MATI! No one like ME!'
  
  Minah Hudson yang sedang menonton  berita itu tersentak. Ada ke manusia macam tu? Dunia semakin tua dan manusia  di muka bumi semakin ketandusan kewarasan akal fikiran masing-masing.


Okey adik Esmiria, akak cuba olah lain adik punya karya. Tengoklah, kalau tak berkenan, adik delete aje.
  
  
  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 19-9-2014 09:16 PM

akak,
your writing is perfect.
sya ni muda lgi.
Cmne dpt idea tuk tulis gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 12:39 AM | Show all posts
Esmiria posted on 19-9-2014 09:40 PM
akak,
your writing is perfect.
sya ni muda lgi.

Tak adalah perfect mana. Biasa aje tulisan akak.
Akak cadangkan buat latih tubi.
Sehari sepotong ayat.

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 01:29 AM | Show all posts
Minah Hudson masih lagi enggan melepas pandang kaca televisyen itu. Merenung ke situ sedang dalam kepala sesuatu memikirkan sesuatu. Seleret senyuman telah disunggingkan di bibirnya. Dia ketawa berdekah-dekah kemudiannya.

"Kesian kau budak. Lapar 'like' ya. Hahaha," semakin galak dia ketawa dan kurang manis pula jika orang melihat seorang wanita cantik ketawa begitu. Setelah puas bergelak, tangannya mencapai I phone Smartnya. Jari yang runcing itu sedang ligat menari di atas papan skrin telefon pintar tersebut, menaip sesuatu di laman Facebooknya.

'BoLeH tAk SaYa DaPaT lIkE ?' Status yang dimuat naik.

Tidak sampai seminit status itu dimuat naik, bertalu-talu notification yang dia dapat. Bukan sekadar sepuluh atau lima puluh malahan hampir mencecah angka seratus dalam waktu sesingkat itu. Punyalah hebat auranya hingga sekelip mata mendapat perhatian. Padahal status itu sekadar biasa-biasa saja. Semakin lebar senyuman bangga dia leretkan. 'Kembang' pula dia rasakan kerana mendapat perhatian yang luar biasa dari orang di luar sana. Bukan dia kenal sangat pun dengan rakan-rakan di dalam laman itu.

'Alangkah bertuahnya aku,' omelnya sendirian.

'Like tu memang pentinglah Minah. Kalau tak, kau akan jadi macam budak tu.' Komen seseorang dalam statusnya itu.

'Ya, memang penting. Tanpa like, siapalah aku, kan?' balasnya juga dalam ruangan komen itu.

'Entah apa-apa awak ni Minah, tulis status macam budak-budak. Sel otak awak tak berhubung dengan baik ke?' Kata komen yang menerjah ke statusnya itu.

Mencerlung mata Minah Hudson selepas membacanya. Dia menggigit bawahnya. Geram ditahan di dalam hati. Nasib baik di alam maya, kalau berdepan sudah lama pengomen itu dengar sumpah seranahnya. Mulutnya boleh tahan laser juga. Minah Hudson mendengus. Sungguh, dia tidak berpuas hati dengan tukang komen itu. Perhitungan perlu dibuat.

'Wei, mulut kau tu jaga sikit ya! Aku tak akan maafkan kau sebab kutuk aku! Ada aku kacau hidup kau ke?' Hamburnya di ruangan komen itu.

'Betul tu, dia tak pernah kacau hidup kaulah Ehhh Aiman,' balas seorang lagi pengomen yang tiba-tiba menjadi pembela Minah Hudson pula.

Minah Hudson menyengih. ''Macam ni barulah betul', kata hatinya.

'Wei apa ni? Dia kakak aku tau. Jangan kutuk-kutuk dialah. Kau tu yang cemburukan dia sebab dia cantik dari kau.' Komen seseorang bernama Zack Hudson.

Banyak lagi komen-komen yang masuk. Kebanyakannya membela Minah Hudson dan ternyata mereka sangat marah tentang komen pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Ehhh Aiman itu. Sebenarnya antara Minah Hudson dan Zack  Hudson, tiada pertalian darah pun. Mereka secara automatik menjadi keluarga adalah kerana nama keluarga mereka sama-sama Hudson. Bukan itu saja, sesiapa yang mempunyai perkataan Hudson di hujung nama akaun Facebook mereka juga dianggap sebagai keluarga. Hinggakan satu group 'Family Hudson' diwujudkan di laman Facebook.
Hubungan sesama mereka tersangatlah rapat sedangkan dengan keluarga kandung sendiri renggang. Kebanyakan dari mereka sering menghabiskan masa melepak bersama-sama dan Minah Hudson selalu saja ada di kelompok itu.

Perut Minah Hudson sudah memulakan rentak keroncong. Lapar pula dia rasakan. Bingkas dia bangun dari sofa jenama antarabangsa lalu menapak ke dapur. Sebaik suis lampu di dapur dipetik, tubuhnya kekejungan. Dia sudah berdiri kaku sebaik melihat sesusuk lembaga hitam yang berbulu berdiri di hadapan. Bau hanyir serta merta menyesak masuk ke lubang hidungnya hingga mahu termuntah dia ketika itu. Tambah meremangkan lagi bulu romanya itu apabila makhluk itu menyeringai, membariskan barisan gigi bertaring yang... ah, macam nak pengsan dia.

Minah
Hudson mengelipkan matanya berkali-kali. Dia mahu menjerit namun terasa tersekat di kerongkong. Lidah yang selama ini tidak bertulang, seperti dipasak dengan tulang yang keras pula hingga kelu jadinya. Kakinya pula bagai sudah sebati dengan simen dilantai, langsung tidak dapat digerakan. Sebaik melihat lembaga itu kian mendekat, jantungnya dipam dengan begitu laju dan akhirnya dia rebah ke lantai.

Sejak kejadian itu, Minah Hudson mengalami demam dan berlanjutan selama tiga minggu. Ternyata imej lembaga tersebut tidak boleh dipadamkan dari kotak ingatannya. Saban hari 'rakaman' itu dimainkan di dalam kepalanya. Mindanya asyik teringat-ingat akan wajah lembaga itu. Selama ini dia tidak pernah percayakan alam ghaib namun dengan terjadinya peristiwa itu, dia semakin keliru pula. Tertanya-tanya di dalam hati, 'wujudkah makhluk yang menyeramkan itu?'



Ini sambungan yang akak olah. Adik cuba baca, kaji gaya bahasa. Kalau berat sangat minta bantuan orang yang suka guna gaya santai. Pesanan akak, bahasa yang nampak agak kasar tolong jangan guna. Kita menulis ni dik ibarat menyampai ilmu. Kalau yang buruk maka buruklah kita akan dapat. Kalau boleh, sampaikanlah mesej yang baik dik. Jaga bahasa kerana bahasa melambangkan siapa kita. Bahasa Melayu ni dik sangat indah, penuh dengan tatatertibnya jika diperhalusi.

Last edited by wipers81 on 20-9-2014 01:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-9-2014 09:26 AM
Tak perlu malu. Nama pun nak belajar...

Jangan tak letak entry terus...

Nicki macam perli Nay

Nay tak letak entry JBDP bukan sebab Nicki komen
Nay tgh mengalami ketidakstabilan emosi sbb masih dalam fasa 1st trimester..... In sya allah Nay sambung balik....



psssttttt : Just nak info pada yang tertunggu2 5 bab terakhir JBDP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2014 09:45 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 20-9-2014 04:37 AM
Nicki macam perli Nay   

Nay tak letak entry JBDP bukan sebab Nicki komen  

Eishhh... mana ada perli. Peringatan utk diri sendiri gak tu...

Wahhh. Tahniah Nay . Ini baby nombor berapa? Iols doakan semuanya baik2 aje.

Takpe. Iols sangat2 memahami. Masa nak siapkan SAK dulu pun, ai preggie yg nombor dua. Mood nak taip cerita ke laut. Nasib sempat gak tamat sebelum bersalin...



Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 10:12 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 20-9-2014 09:45 PM
Eishhh... mana ada perli. Peringatan utk diri sendiri gak tu...

Wahhh. Tahniah Nay  ...

Baby no 3 tu Nicki tu pasal mood ada limbang libu ni


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2014 11:34 PM | Show all posts
La..la..la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2014 10:44 PM | Show all posts
wipers81 posted on 20-9-2014 01:29 AM
Minah Hudson masih lagi enggan melepas pandang kaca televisyen itu. Merenung ke situ sedang dalam ke ...

errr....thnks..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2014 08:54 PM | Show all posts
Update! Maaf if ada saloh faktak.

Sesetengoh tempak hanya rekaan.Tak wujud.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 02:31 PM | Show all posts
tak dak sambungan ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2014 02:56 PM | Show all posts
Ipo posted on 30-9-2014 02:31 PM
tak dak sambungan ka?

Nanti..sekali post, tiga episod wooooooo... thanx baca!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2014 09:10 AM | Show all posts
episod 6-10 akan menyusul.Masuk episod 11 je..PEMBUNUHAN AKAN BERLAKU..HAHA..Jgn risau,tkde ngeri pun...kng tk fsl2 kna reading acces...hahaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2014 06:17 PM | Show all posts
dah update..sori sal nma tu..ptutnya fesiran..bukan ferisan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2014 06:36 PM | Show all posts
Esmiria posted on 9-9-2014 01:28 AM
Episod Lapan

Edzfiani yang kesakitan di bahagian muka serta perut  masuk ke dalam kereta. Kesakit ...

Episod 9

Pintu bilik dikunci rapat. Penghawa dingin yang sejuk itu memberikan rasa  kesejukan terhadapnya. Dia sedang berbaring menghadap ke tilamnya  dengan beralaskan bantalnya yang bercorak Doraemon dan Nobita.

Bantal yang sederhana saiz itu dibasahi air matanya yang tidak berhenti mengalir sejak dia berada didalam biliknya itu. Kesakitan dan kekecewaan yang menusuk hatinya itu membuatkan dia tidak berhenti mengeluarkan kalenjar lakrima. Ditambah dengan memori-memori manis bersama bekas kekasihnya yang diimbas kembali. Lagi teresak-esak tangisannya.

Sangkanya, dia dan Edzfiani akan bersama sampai ke jinjang pelamin. Bersanding di majlis yang besar-besaran diadakan dengan para tetamu yang beribu-ribu melihatnya berjalan dihadapan mereka .Kemudian gambar-gambar persandingan mereka  terpampang di muka  MW,Akhbar Malaysia serta Majalah Penggantin. Video persandingan mereka disiarkan di rancangan Nino dan Mahligai Gading.

Mereka akan hidup bahagia setiap hari.Pergi honeymoon setiap bulan. Berbual tentang mereka setiap kali bersama.


Mereka akan mendapat banyak anak sehingga mereka bergelar nenek datuk serta moyang.Dia mahu cinta mereka abadi untuk selamanya sehingga ke Jannah.Namun, impian tingginya itu takkan menjadi kenyataan. Ia sudah hancur dek kecurangan Edzfiani.

Edzfiani berselingkuh dengan seorang lelaki. Antara percaya atau tidak,dia harus menerima kenyataan itu. Tidak pernah terlintas difikirannya bahawa Edzfiani meminati kaum sejenis sebelum ini. Kerana  baginya, lelaki yang lemah  lembut seperti perempuan mempunyai kecenderungan terhadap kaum sejenis. Takkanlah lelaki sasa dan kuat  ialah gay? -itu fikirannya fasal kaum gay.

Dia sebenarnya tidak pasti adakah Edzfiani pura-pura mencintainya atau benar perasaan cintanya itu terhadapnya selama ini?  Dia tidak pasti Edzfiani memang gay atau biseksual? Kalau dia gay,tentu dia takkan bekerja dengan dia kan? Atau pekerjaan itu hanya lakonan sahaja? Berapa lama hubungannya dengan lelaki itu? Berapa kali mereka melakukan perbuatan terkutuk itu? Dia tidak tahu. Yang dia tahu, Edzfiana mempunyai kekasih sejenis.

Dia sememangnya patut mendengar penjelasan Edzfiani tadi. Tapi....tak. oh tidak. Sudah jelas bukti kecurangannya dilihatnya. Apa lagi penjelasan perlu didengar?

Dia makin menangis. Menangis dan terus menangis.Entah kenapa dia harap perempuan yang menolongnya semasa dia kecil, datang untuk menenangkanya agar tidak menangis lagi. Ingin air matanya dilap dengan tangan perempuan tu lalu memujuknya untuk berhenti menangis...

*****    *******

Sebuah kereta besar dan hitam berhenti dihadapan pagar rumah banglo Dato Redza. Fesiran menguntumkan senyuman kepada Pak Bradd Pitt. Pak Brad Pitt membalas senyumannya dengan ikhlas. Pintu pagar rumah banglo itu terbuka  dengan automatik.

Perlahan-lahan dia memarking masuk ke ruang beranda dengan berhati-hati. Apabila kereta yang dipandunya sudah sepenuhnya berada di ruang beranda, enjin dimatikan lalu menapak keluar.

" Camne your first day? Ada baik ka?"soal Pak Bradd Pitt dengan riak gembira terpamer diwajahnya. Kakinya  diatur ke Fesiran yang berdiri di tepi kereta. Mata mereka saling bertembung.

" Hehe..baik je. Tadi Pak Bradd Pitt sarapan apa? " Fesiran sengih,menampakkan giginya yang sedikit kuning tersusun kemas.

" Pak Bradd Pitt tak sarapan sebab terlajak tidur. Hehe. Nasib baik Dato takde masa Pak Bradd Pitt sampai pukul 8.30 pagi tadi. Kalau tak,habis kena marah." balasnya dengan mesra.

" Oh ..hmmm, Pak Bradd Pitt.Saya nak minta tolong boleh? " soal Fesiran pula. Dia menarik nafas kemudian melepaskan lalu memeluk tubuh.

" Tolong apa? "

" Macam ni.Tadi Dato ada beritahu,lepas pergi cuci kereta,dia suruh saya bawa Mak Lopez dan Mak Ji ke pasar raya. Masalahnya,saya ni...errr, saya tak berkenalan dengan mereka masa saya datang sini haritu. Tadi pun tak sempat berkenalan. Mana satu Mak Ji dan Mak Lopez pun saya tak tahu.Saya cuma berkenalan dengan Pak Brad Pitt kan?  Jadi saya segan ar nak masuk rumah, Faham-fahamlahkan saya ni pekerja baru. So errr..tak sopan lak kalau saya main terjah gitu.... dan terus beritahu yang saya nak bawa mereka ke pasar raya..jadi saya nak minta Pak Bradd Pitt tolong perkenalkan mereka dengan saya..errr ..."

" Oh! Pak Bradd Pitt faham. Tak payahlah kamu err  err lagilah yer. Meh ikut Pak Bradd Pitt . " kata  Pak Bradd Pitt, memotong ayat Fesiran yang tak sempat dihabiskannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2014 06:46 PM | Show all posts
Esmiria posted on 1-10-2014 06:36 PM
Episod 9

Pintu bilik dikunci rapat. Penghawa dingin yang sejuk itu memberikan rasa  kesejukan t ...

Epsido Sepuluh

Plastik -plastik yang berisi bahan basah dan kering yang memenuhi trunk kereta diangkatnya lalu menyerahkan kepada Mak Ji dan Mak Lopez. Mereka saling menukar senyuman setiap kali barang-barang keperluan dapur itu  bertukar tangan.

Fesiran sudah mula menyukai dan berasa  senang serta sudah tidak kekok dengan dua perempuan yang sudah dimamah usia itu.Keramahan dan kemesraan ketika mereka berbual dengannya didalam kereta tadi  amat menggembirakan dan membuatnya seperti dia sudah lama berkenalan dengan Mak Ji dan Mak Lopez.

Mak Ji dan Mak Lopez menanyakannya pelbagai soalan tentang latar belakang dirinya  seperti status dirinya,keluarganya dan bermacam-macam soalan sampaikan dia tak berdaya nak jawab lagi dah. Bila sudah puas menjawab,dia pula menyoal tentang latar belakang Mak Ji dan Mak Lopez.

Mak Ji sudah berkahwin . Dia tidak mempunyai cahaya mata sejak di awal perkahwinannya sehingga
suaminya meninggal  ketika usianya mencecah 47 tahun . Serangan sakit jantung menjadi punca kematiannya.Pemergian suaminya menyebabkan dia terpaksa mencari rezeki untuk menanggung kos sara hidupnya dan juga bil air dan elektrik.

Agak susah baginya untuk mendapatkan pekerjaan dek usianya yang hampir  mencecah usia emas pada mulanya.Namun, berkat pertolongan jirannya yang mendapatkan kerja ini  untuknya , dia mula bekerja disini dan terus meninggalkan rumah sewa kerana Dato Redza menyuruhnya tinggal disini.Kini,sudah 5 tahun dia bekerja disini.


Mak Lopez pula sudah lama bekerja disini sejak  isteri Dato Redza hidup lagi. Dia masih tidak berkahwin kerana takde keinginan untuk berkahwin dan sudah kehilangan ahli keluarganya semasa dia berumur 30 tahun. Dia mula bekerja dan tinggal disini sejak umurnya 32 tahun.

Fesiran dijemput masuk oleh Mak Ji dan Mak Lopez untuk menikmati minuman kopi pada pagi itu . Tidak mahu menolak,dia angguk sahaja.

Fesiran membantu Mak Ji dan Mak Lopez  menyusun atur barang-barang yang dibeli ditempat sepatutnya. Mak Ji  dan Mak Lopez terpaksa mengiyakannya bila Fesiran berkali-kali menyatakan dia ingin menolong mereka. Fesiran tidak lupa bertanya tempat mana yang sesuai untuk disimpan barang-barang kering kepada dua warga emas itu.  

Selesai menolong mereka menyimpan barang,barulah dia menikmati kopi hitam yang disediakan Mak Lopez semasa dia sibuk menolong mereka tadi.

" Betul ke Fes takde teman lelaki lagi? " Soalan yang diaju oleh Mak Lopez kepada Fesiran membuatkan dia tersedak ketika menghirup kopi hitam .

Mak Ji dan Mak Lopez tersentak dengan respon Fesiran itu. Tidak menyangka Fesiran akan tersedak air bila soalan itu terpacul dari mulut Mak Lopez.

Fesiran menelan air liur. Dia merenung wajah Mak Ji dan Mak Lopez yang sedang duduk bertentangannya. Tadi dalam kereta dah tanya, La ni bila dah balik rumah, tanya lagi. - bisik hatinya.

Dia mengulum senyuman. Senyuman yang manis dan menawan.Dia tidak faham, kenapa mak cik - mak cik dihadapannya terlalu ingin tahu akan  status dirinya. Kenapa mereka tak percaya yang dirinya masih solo.Masih tidak punyai kekasih. Malah Dia tidak pernah ada kekasih sebelum ini, apatah lagi kekasih yang berkaum Adam. Huh, bagaimana dia hendak bercinta dengan kaum Adam jika nalurinya lebih tertarik dengan kaum sejenis? Nalurinya itu tidak akan sesekali berubah. Jika nalurinya berubah, maknanya ia sebuah keajaiban yang tiba-tiba  Allah bagi. Lagipun naluri itu sudah dimilikinya sejak dia kecil lagi? Mana bisa boleh mengubah nalurinya itu?

" Takdelah. Saya tak suka  bercinta. " balasnya seraya sengih. Kopi hitam itu dihirupnya sekali lagi. Takkanlah dia mahu cerita yang dia lezbina? Mampus kena kutuk dan ceramah oleh mak cik-mak cik dihadapannya.  Tambahan hal cinta sejenis ini sememangnya sangat-sangat  taboo dikalangan orang melayu.

Perempuan-perempuan tua itu hanya diam. Kemudian Mak Ji bersuara lagi

" Eh, Hari ini hari Isnin kan? "

" Yer, kenapa Ji? " soal Mak Lopez. Fesiran meletakkan cawan yang sudah kosong ke piring kecil semula. Matanya tepat merenung wajah Mak Ji yang berpaling ke arah Mak Lopez.

" Dahtu..Kenapa dia masuk bilik tadi? Dia kan  ada kelas  hari ni. " ucap Mak Lopez.  Kebiasaanya, pada hari Isnin ,Mawar akan pergi ke kolej pada pukul 8.30 pagi bersama Edzfiani. Hari ini dia hairan kenapa Mawar masuk biliknya dan tidak pergi ke kolej. Tapi, dia sempat dengar Mawar bercakap sampai terpekik-pekik dengan Edzfiani pagi tadi ketika dia sibuk mengemas meja makan.

" Oh. Tak tahu pulak aku. Aku tak nampak dia masuk bilik tadi. " balas Mak Lopez.

" Rasanya dia tak pergi kolej harini kot.Mungkin sebab dia bergaduh dengan Edzfiani tu.. "

" Bergaduh? Bila? " soal Mak Lopez. Hatinya tertarik,ingin tahu akan cerita anak majikannya dengan pakwenya.

" Tadi aku dengar diorang gaduh kat luar rumah  masa sediakan makanan atas meja .Kau pergi tandaskan masa tu. Mana nak dengar. Kehkehkeh. "

"  Lepastu Adrifa keluar jenguk diorang.Kemudian bapa Mawar pula." sambung Mak Ji lagi. Fesiran gembira mendengar cerita itu. Dia menyampuk

" Diorang gaduh apa?"

" Entah gaduh apa. Tak pernah dengar diorang gaduh macam tu sampai Mawar  putus dengan Edzfiani. " cerita Mak Ji lagi. Tiba-tiba disentuhnya perutnya. Dahinya dikerut.

" Err,Mak Ji pergi tandas dulu..Sakit perut.Boraklah dengan Mak Lopez ea . " ucapnya sebelum mengatur langkah ke bilik air.

Fesiran tersenyum tanpa disedarinya. Riak gembira terpancar diwajahnya. Sekarang,Mawar sudah kembali solo. Peluangnya untuk memiliki hati Mawar tampaknya sudah muncul.Ya,inilah masanya. Dia cuma perlu berfikir bagaimana untuk memikat Mawar.

" Asal tiba-tiba senyum ni? " soal Mak Lopez.

" Errr..takde apa-apa. Hehe.." tutur Fesiran lalu memberi senyuman kepada Mak Lopez.

" Fes kenal  Cik Mawar dan Edzfiani ea? "

" Errr,camne Mak Lopez tahu? "

"  Sebab Fes tak tanya siapa Mawar dan Edzfiani tadi. Fes kawan diorang ea? "

" Err.tak. Kenal melalui blog hehe. Mak Lopez  tak nak minum? "

" Tak nak .Blog tu apa? " jawab Mak Lopez ringkas.

" Err... ia sebuah laman di internet.Mak Lopez, sedaplah kopi ni.Buat lagi boleh? " kata Fesiran,ubah topik.

" Eh betul ke sedap? "

" Ah,ah. hehe. " Fesiran melihat jam tangannya. Pukul 11.45 pagi sudah. Dia minta diri untuk mengambil Dato Redza yang akan keluar untuk makan tengahari dengan rakannya pada pukul 12.30 tengahari .Sementara menunggunya  nanti,dia berniat untuk mengisi perutnya di satu restoran .

" Hmm..Yelah.. Hati-hati pandu. " pesan Mak Lopez . Kopi hitam baru hendak dibuat sebaik Fesiran meminta diri.

******   ********

Lampu isyarat bertukar warna merah. Serentak kereta-kereta yang berada di atas jalan berhenti di atas jalan raya yang besar. Fesiran berasa sangat selesa di tempat pemandu kerana kesejukan penghawa dingin didalam keretanya. Baju kemeja putihnya diperbetulkan lalu matanya melirik ke cermin yang tergantung di atas. Dilihatnya Dato Redza sedang melihat kereta-kereta di tepi keretanya. Dato Redza kelihatan seperti berfikir sesuatu.Entah apa yang difikirnya, Fesiran tidak pasti.

Dia berdehem kecil lalu bersuara

" Dato, saya nak ucap terima kasih ya sebab ambil  saya bekerja.. "

Matanya beralih ke belakang Fesiran. Fikirannya tentang Aliana,akauantan di syarikatnya sudah lenyap serta merta. Riak tenang jelas tampak diwajahnya.Dia menaikkan cermin matanya yang sedikit jatuh  ke atas hidungnya semula.

" Sama-sama.Sebenarnya,saya terkejut bila Adrifa beritahu saya yang seorang perempuan menelefonnya. Saya tak expect perempuan yang akan menjadi pemandu peribadi saya. By the way, saya tiba-tiba teringat kejadian pagi tadi .Boleh saya tahu, bagaimana awak kenal dengan anak perempuan saya? " jawapan panjang diberikan kepada Fesiran. Satu persoalan terselit dihujung jawapannya. Air liur ditelan Fesiran. Matanya menghala kehadapan kemudian ke cermin semula.

" Well, errr saya kenal dia melalui blog... Dari situ saya tahu nama dia. Kami bukan .kawan .Tapi ada juga saya jenguk blog saya bila free .Maksud  saya gini,saya kenal dia tapi dia tak kenal saya.Err Dato faham dok? "  respon Fesiran teragak-agak. Matanya menghala ke hadapan.  Malas dia hendak beritahu perkara sebenarnya.

" Oh faham Faham. Jangan panggil saya Dato.Panggil saya uncle. Uncle Redza. Mesra sikit.   " ucap Dato Redza dengan senyuman manis diwajahnya. Kotnya diperbetulkan. Fesiran membalas senyumannya dengan rasa ingin tahu.

" Kenapa? I mean, errrr . Maklumlah, Dato kan orang kaya dan ada gelaran. Jadi errr...." Fesiran tak habiskan ayatnya.Dia diam kejap dan angguk. Dia bersuara lagi

" Okay, Uncle Redza. Saya panggil Uncle Redza.. "

Dato Redza hanya meledakkan ketawa kecil. Geli hati dengan kelakuan Fesiran. Tak pernah lagi dia mempunyai pekerja yang berkelakuan sepertinya. Lampu isyarat sudah bertukar warna hijau. Kereta-kereta yang berhenti tadi sudah mula bergerak kehadapan. Keadaan kereta sunyi sahaja sepanjang perjalanannya ke restoran Figiroro. Sesekali mereka bertukar senyuman bila Fesiran mendapati Dato Redza menguntumkan senyuman terhadapnya.

Dia mulai suka kerja ini dan ingin terus bekerja di bawah Dato Redza. Ingin memastikan dia bekerja dengan  baik dan jujur.Tak sangka, Dato Redza bukanlah seorang sombong dan menghina orang bawah seperti anaknya. Dalam diam,dia terbayang wajah Mawar.

*****   ********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2014 06:56 PM | Show all posts
Esmiria posted on 1-10-2014 06:46 PM
Epsido Sepuluh

Plastik -plastik yang berisi bahan basah dan kering yang memenuhi trunk kereta d ...

Episod Sebelas

Adrifa melangkah masuk kedalam rumahnya.Dia baru pulang dari kolejnya.Perutnya terasa lapar tadi,lalu dia pulang untuk mengisi perut. Boleh saja dia pergi mana-mana restoran untuk mengenyangkan perut tetapi bila dia terfikirkan masakan Mak Ji dan Mak Lopez yang lebih sedap dan mampu mengecurkan mulutnya, dia mengambil keputusan untuk makan di rumah sahaja.


Jam di dinding sudah menunjukkan pukul dua petang tepat. Dia memandang sekeliling. Mak Ji dan Mak Lopez sahaja yang dinampaknya di ruang dapur. Kelibat Mawar tidak kelihatan . Persoalan tentang dimana Mawar diajukan ke Mak Ji.

" Dia kat bilik. Tadi , masa nak suruh dia makan tengahari, dia tak keluar. Ad dah makan ? " tanya Mak Ji dengan mesra. Dia serta Mak Lopez sudah biasa memanggilnya dengan panggilan Ad. Ini kerana atas permintaan Adrifa. Lagipula, Adrifa  tidak suka panggilan formal seperti encik digunakan bila berbicara dengan pekerja bawahannya-sama macam bapaknya.Lain dengan Mawar,dia lebih suka dipanggil Cik Mawar.

" Tak.Lapaarr. Mak Ji masok bende? " balas Adrifa sambil diusap perutnya dari atas ke bawah. Bibirnya sengaja ditarik kehadapan seperti budak kecil lagaknya.

Mak Ji ketawa. Dia mengajak Adrifa ke meja makan di ruang tamu.Mak Lopez hanya diam je melihat perlakuan majikannya yang dianggap seperti anak sendiri.Dia membantu Mak Ji menghidangkan lauk dan nasi di atas meja.


Selesai makan, Adrifa menaiki tangga untuk menjenguk adiknya serta ingin memulangkan telefonnya yang dijumpai di tepi jalan pagi tadi. Dia tahu adiknya sedang bersedih sekarang kerana dilanda kekecewaan dalam percintaan. Tidak sangka, adiknya sudah menjadi  solo gara-gara perbuatan Edzfiani. Ahh,mungkin ini sudah takdir. Percintaan mereka yang lama  tidak  membawa mereka ke jinjang pelamin.


Apa-apapun, dia harus memberi kata-kata semangat kepada  adiknya agar teruskan hidup tanpa lelaki itu dan melupakan lelaki itu walaupun susah pada permulaanya-fikirnya. Dia menarik nafas panjang lalu melepaskannya. Diketuknya pintu bilik adiknya itu.


Setelah beberapa kali ketukan pintu kedengaran,dia melangkah malas ke pintu. Air matanya masih mengalir dan wajahnya merah padam. Sudah beberapa jam dia berendam dengan air mata sehinggakan dia takde selera untuk menyantap selera. Kekecewaaan hatinya itu mematikan selera makannya itu.


" Adik menangis ke tadi? " soal Adrifa bodoh. Dah tahu,tanya lagi.

" Nak apa? " Mawar membalas dengan nada suara yang perlahan.Sebaknya masih ada. Matanya merenung wajah Adrifa.

Adrifa mengeluarkan Iphone s5 adiknya dari poket kanan seluarnya  lalu dihulur ke Mawar. Mata Mawar pantas berkalih ke Iphone c5nya.

" Adik tercicirkan henfon di tepi jalan tadi. Abang nak pulangkan fon ni kepada adik..Ia sedikit rosak" ucapnya. Matanya masih menatap wajah Mawar.

" Hmmm, thanks.." Mawar mengambil fonnya lalu memandang  wajah abangnya kembali. Tidak rasa terkejut mendapati fonnya rosak.Dia anak orang kaya kan? Bila-bila boleh beli henfon camtu.

" Abang dah tahu cerita sebenar. Boleh abang cakap dengan Mawar? Boleh abang masuk bilik Mawar? " soalan-soalan diajukan kepada Mawar.

" War takde mood nak borak.  War nak bersendirian. If you could excuse me. "  sela Mawar sebelum pintu bilik ditutup kembali. Adrifa mengeluh. Tampaknya, dia tidak boleh memujuk hatinya untuk berhenti bersedih kerana lelaki itu.



Sebaik menghantar Dato Redza ke pejabatnya semula, Fesiran tidak tahu apa perlu dilakukan. Dia diberitahu oleh Dato Redza bahawa dia dikehendaki untuk mengambilnya pada pukul 9.00 malam nanti.

Banyak perkara boleh dilakukan di dalam jangka masa itu . Namun,tiada satu perkara pun yang terlintas dimindanya untuk dilakukan. Maka, setelah berfikir apa yang hendak dilakukan , dia mengambil keputusan untuk lepak dirumah majikannya.

Fesiran menapak keluar dari kereta. Pintu kereta ditutup. Dia menghirup udara yang segar pada petang itu. Tiba-tiba ada suara menyapa dari belakang

" Ehem. Happy nampak." kata Pak Bradd Pitt di tepi keretanya selepas berdehem kecil. Fesiran segera berpaling kepadanya lalu seulas senyuman dihadiahkan kepada orang tua itu.

" Hehe.Biasa-biasa je.  Pak Bradd Pitt dah minum? "  satu soalan terpacul dari mulutnya. Pak Bradd Pitt mula mengatur langkah ke arahnya.

" Hmm, dah.Minum kopi Mak Janda buatan mak Ji. Meh kita bersembang jap di kerusi batu . " Fesiran hanya angguk dan membuntutinya dari belakang.

Fesiran memandang sekeliling halaman rumah setelah melabuhkan punggung. Dia ternampak pekebun yang sedang giat menanam pokok bunga. Mata mereka bertembung kemudian saling bertukar senyuman.

" Itu Mat.Dia 30 tahun. Dah ada isteri. Satu anak. Asal dari Jawa, Indonesia.Tapi pandai cakap bahasa melayu dengan slang melayu. .." jelas Pak Bradd Pitt tentang Mat tanpa ditanya oleh Fesiran. Fesiran hanya angguk sahaja.

" Mat! Sinilah.Kita borak-borak."  Pak Bradd Pitt memanggil Mat. Mat segera berhenti melakukan kerjanya, dahi yang dipenuhi butir-butir peluh dilapnya menggunakan kain putihnya. Sarung tangan ditanggalkan lalu diatur langkah ke meja batu .

Mat melabuhkan punggung disebelah Pak Bradd Pitt.Jelas bau peluh dibadannya membuatkan Fesiran sedikit tidak selesa tetapi rasa itu tidak terpamer diwajahnya.Sebaliknya,riak tenang yang dihiasi dengan senyuman tampak diwajahnya. Pak Bradd Pitt yang sudah biasa dengan bau peluh  badannya itu, kelihatan selesa sahaja dengan Mat.

Pak Bradd Pitt memperkenalkan Fesiran kepada Mat.  Mereka saling berkenalan.Mat bertanya Fesiran tentang latar belakangnya,Fesiran hanya jawab persoalannya. Pak Bradd Pitt hanya diam mendengar persoalan-persoalan diajukan kepada Fesiran.

Tiba-tiba, Adrifa muncul dimuka pintu.Serentak tiga pasang mata berpaling ke arahnya dan mengukir senyuman.

Adrifa membalas senyuman mereka lalu menghampiri Fesiran.

"  Saya nak tanya sesuatu kat awak. " kata Adrifa. Kemudian dipandangnya Mat dan Pak Bradd Pitt sekejap lalu matanya merenung mata Fesiran

" Apa dia? "

" Ni fasal pagi tadi. Awak ikut saya ke kereta saya. Boleh? Awak tak de kerjakan lepas ni? "

" Takde . Err....yelah, Asal kena ikut encik ke kereta encik? "

" Ikut jelah.By the way, panggil saya Ad. Okay..."  Mat sudah bangkit dari kerusi lalu menyambung kerjanya semula.Pak Bradd Pitt masih duduk sebelah Fesiran.

Fesiran hanya angguk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2014 06:58 PM | Show all posts
@Zamzam2013   @Ipo   @Nicki_Meow @NaylaArisha

Sila baca novel les ni.hahaha



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2014 07:33 PM | Show all posts
Esmiria posted on 1-10-2014 06:56 PM
Episod Sebelas

Adrifa melangkah masuk kedalam rumahnya.Dia baru pulang dari kolejnya.Perutnya t ...

Episod Dua Belas

Sebuah kereta Toyota Vios meluncur keluar dari ruang beranda  rumah banglo yang tersergam indah. Adrifa nampak tenang sahaja. Tangannya pada stereng kereta. Matanya menghala kehadapan. Fokus pemanduannya sudah mencapai 100 peratus.

Fesiran diam.Masih tak tahu apa yang ingin ditanya oleh Adrifa.  Matanya memandang kehadapan dan sesekali mencuri pandang wajah Adrifa. Hatinya berbisik

hensem mamat ni.Ni mesti playboy ni.Kaki betina .

Keadaan didalam kereta sunyi.Tiada radio dibuka.Hanya rasa sejuk dek penghawa dingin yang dipasang.

Adrifa membelok ke kiri dengan kelajuan sederhana. Sebuah keluhan dilepaskannya. Keretanya kini menghala ke  jalan raya besar.

" Errr. Encik eh Ad nak tanya saya fasal pagi tadi ea? " Fesiran memecah kesunyian. Suaranya yang lunak dan perlahan jelas didengari anak majikannya.

" Yer. Macam mana awak ada dengan Mawar,adik saya?

" You mean..Oh I see.Well, mula-mula saya berhentikan kereta saya tepi jalan.Masa saya baru sahaja keluar kereta,saya nampak adik Ad berlari sambil nangis dan ..." cerita Fesiran dengan bersungguh-sungguh.Pandangan Adrifa sekejap ke wajahnya kemudian ke hadapan.

Keretanya sudah berhenti di atas jalan raya kerana lampu isyarat sudah bertukar warna merah.Awan-awan hitam mula berkumpul di langit luas itu. Tampaknya,hari hendak hujan.Pastinya bunyi guruh akan kedengaran nanti.

" Ohh..hmm.patutlah.Terima kasih sebab selamatkan adik saya yer.Kalau tak kerana awak, tentu dia dah jadi Aruah. " Adrifa memberi komen.  Rasa terkejut kerana mendengar akan Mawar yang hampir dilanggar masih bersisa. Dia mula menekan pedal minyak semula apabila lampu isyarat bertukar warna hijau.

"  Err..kecil je.. hehe..Boleh saya tahu, napa  dia nangis? " soal Fesiran.Matanya merenung Adrifa.

" Dia gaduh dengan bf dia. Bf dia curang dengan dia. Dia putuskanlah . Itu dia nangis tu . " terang Adrifa lalu melepaskan sebuah keluhan yang kuat dan panjang.

" Errr... Dah camne dengan dia? Dia ok ke ? Ke masih menangis ? Kenapa dia berlari dari beranda ea?? "

" Well.Okay.Cuma dia nak duduk didalam bilik dia berseorangan.Risau saya fasal dia. Inilah kali pertama dia kecewa dalam percintaan. " cerita Adrifa lagi. Bibirnya digigit.Rasa geram terhadap Edzfiani mula menerjah dirinya. Tanpa disedarinya, kedua-dua tangannya memegang kuat stereng keretanya. Soalan terakhir Fesiran tidak dijawabnya.

" Dia ada cuba nak bunuh diri ? I mean, yelahkan. Orang putus cinta ni.."

" Adik saya tak macam tu.Saya tak percaya. Dia takkan buat benda bodoh demi cinta. Kalau ya, dah lama dia mati kelar tangan dia bila saya berada di kolej.  By the way, seronok tak bekerja? " respon Adrifa, mencantas kata-kata Fesiran.

" Seronok.Semua baik-baik je. Kita nak  pergi mana ni? " tutur Fesiran dengan riak tenang.

" Pusing-pusing sekitar Kuantan.Saya rasa bosan duduk rumah,jadi saya bercadang nak pusing-pusing kat bandar Kuantan ni. Nak ajak member lepak,mereka bz...Bila saya nampak awak, saya teringat kejadian pagi tadi then terfikir nak soal awak.Saya ajaklah awak masuk ke kereta saya. Awak pernah putus cinta tak? "

" Hmm,tak. Napa ea?"

" Saja.Saya sebenarnya terfikir... macam mana nak pujuk hati adik saya yang sedih tu.... "

Keadaan diam untuk seketika.

" Well...err..Orang kata, bila dah kecewa. Masalah penyembuhnya.Jadi  biarlah masa berlalu dan adik Ad akan kembali seperti sediakala? "

" Maybe..." balas Adrifa. Mereka kembali diam semula.

****** ******

Edzfiani meletakkan bungkusan plastik yang berisi ais kemukanya. Lebam-lebam di wajahnya masih belum hilang.Rasa sakit masih menyerang muka serta perutnya.

Entah kenapa, lelaki yang menembak Edrifina asyik terbayang dimindanya. Rada serbasalah menyelinap kedalam dirinya kerana membiarkan jasad Edrifina sebegitu. Namun, terselit perasaan gembira didalam hatinya kerana lelaki yang menipu dan mengerjakannya  sudah tidak bernafas lagi.

Dia tidak faham, kenapa lelaki itu menembaknya? Bagaimana lelaki itu mengetahui nama bekas kekasihnya? Dan siapakah lelaki itu? Adakah lelaki itu seorang pembunuh bersiri ? Adakah lelaki itu mengintip gerak geri dia bersama Mawar saat merek bercinta hangat dahulu?

Siapa dia?
Siapa?

Ke lelaki itu ialah kawan lamanya ketika mereka di sekolah rendah dan menengah dulu? Ahh,tidak mungkin.

Akhirnya sebuah keluhan kecil dilepaskannya. Matanya tertutup.Mahu berhenti memikirkan tentang siapakah lelaki itu. Mahu berhenti membayangkan lelaki itu. Lelaki yang tak berapa jelas rupanya.

Tiba-tiba kedengaran pintu biliknya diketuk. Malas hendak membuka, dia bersuara

" Come in...."

Seorang perempuan yang sudah lanjut usia  berbadan gempal menapak masuk kedalam biliknya. Riak marah jelas terpancar diwajahnya. Renungan tajam dilemparkan kepada Edzfiani. Rasa terkejut melihat anaknya yang penuh dengan lebam kat mukanya menjengah dirinya tetapi sekejap sahaja kerana rasa amarah lebih menguasai hatinya.

" Eh Ma..Bukan Mama suppose kerja ke sekarang ? " soal Edzfiani yang hairan akan kehadiran ibunya pada petang sebegini di rumah mereka. Dia sudah bangkit dari sofa. Ais masih diletakkan atas wajahnya.

" Eh eh dia ni. Ni! Kau tengok ni! " teriak Datin Firazan dengan nada tinggi. Jelas amarahnya sudah menguasai dirinya. Iphone 5s dikeluarkan dari tas tangannya. Edzfiani terpinga-pinga. Matanya berkerdip-kerdip.

Datin Firazan menyentuh  skrin telefonnya dengan pantas.Dicarinya sebuah  video yang dihantar melalui MMS dari nombor tidak dikenalinya didalam telefonnya.

Ditunjuknya video itu kepada Edzfiani. Sekali lagi Edzfiani dilanda rasa terperanjat. Tidak menyangka yang ibunya telah mengetahui videonya bersama Edrifina.  Ditelan air liur. Diletakkan ais ke katilnya semula. Pasti Edrifina telah menghantar video ini kepada ibunya sebelum dia berhenti bernafas.

Edzfiani bersuara

" Betul tapi Edz buat sebab terpaksa. Dia ugut Edz untuk lakukan itu,kalau tak,dia nak sebar video Edz yang bercium dengan lelaki masa Edz mabuk malam tu kat Mawar.." pantas dan panjang penjelasannya itu.

" But it seems, you enjoyed the F? Okay...okay, since kau anak aku.Aku percaya. Kau dengan Mawar, masih bercintakan? "

" Err..unfortunately,dia dah tengok video tu.We have broke up. ...." sela Edzfiani dengan suara perlahan. Matanya berkalih ke lantai. Selepas Mawar mengetahui video lucahnya, ibunya pula tahu akan perbuatan kejinya itu. Lepas ni siapa lagi? Papa Mawar pula? Haih!

Dia meneguk air liur. Perasaan marah terhadap Edrifina mula muncul. Digigit bibirnya. Walaupun Edrifina sudah tidak bergerak lagi didalam dunia ini, kesan dosanya meninggalkan bala kepadanya.Malu dan marah sudah sebati didalam dirinya pada saat ini.

Dia,lelaki sasa yang sudah dipekerjakan. Sudah beberapa kali diganyang lubang  keramat belakangnya. Sungguh memalukan apabila dua wanita telah menyaksikan pekerjaannya bersama Edrifina.

Malu.Marah. Jangan Papa Mawar pula ketahui video ini tapi itu tak mungkin.

Tak mungkin seseorang yang dah meninggal akan menghantar video kejinya itu pada siapa-siapa lagikan ?

" Oh godddd! What I gotta do? Im so shame of you! You! You! Ahhhh! " teriak Datin Firazan sebelum keluar.Hempasan pintu biliknya jelas Edzfiani kedengaran...

Edzfiani menghempaskan punggung di atas katil. Dia mendengus marah.


" Kau Edrifina!!! Youu.Ahhhh" jeritnya sendirian didalam biliknya. Sempat hatinya berbisik- What I gotta do?

*****   ******

Adrifa mematikan enjin keretanya di ruang beranda.Tali keledar ditanggalkannya. Seulas senyuman terukir di wajahya. Senyumannya dibalas Fesiran.

Mereka baru balik dari bandar, bersiar-siar melihat bandar Kuantan.  Ada dua tempat menjadi tempat persinggahan mereka iaitu StarBuck dan Pantai Sepat.

Tiada aktiviti yang dilakukan oleh mereka ketika menyinggah dua tempat itu kecuali minum di Starbuck sambil berbual kosong serta berjalan-jalan di tepi pantai.


Tanggapannya tentang diri Adrifa meleset sama sekali.Adrifa bukanlah kaki perempuan yang difikirnya. Ini kerana Adrifa menyatakan kepadanya bahawa hatinya sukar terpaut kepada perempuan. Baginya, susah untuk mencari perempuan yang ikhlas ingin menerima cintanya .Kebanyakan gadis yang ingin menjadi buah hatinya kerana kesenangannya.Kerana ingin mengikis duitnya.Tiada istilah cinta yang ikhlas bagi perempuan sebegini. Materialistik katanya.

Namun begitu, dia masih mengharapkan seorang gadis yang bukan bersifat materialistik akan muncul didalam hidupnya suatu hari nanti.Dalam sejuta perempuan yang kebanyakannya bersifat materialistik,pasti ada 1-2 yang bersifat baik hati serta mencari pemilik rusuk kirinya yang ikhlas mencintainya sepenuh hati.

Ya, Adrifa berharap begitu.

" Thanks sebab teman saya petang ni.By the way.." Adrifa mengeluarkan wallet  dari seluar jeansnya, dihulurnya wang yang berwarna hijau berjumlah 4 ratus kepada Fesiran selepas dibuka wallet itu.

Fesiran membeliakkan matanya.Dahlah Adrifa belanja dia minum di Starbuck tadi,pastu bagi duit pula. Apakah ini?

" Sebab awak selamatkan nyawa adik saya. Anggaplah ini sebagai tanda terima kasih saya pada awak." Adrifa menerangkan sebab menghulurkan duit kepada Fesiran.

Fesiran diam. Rezeki aku!-bisik hatinya. Dia tahu,dia tak perlu untuk  menolak duit itu dengan alasan ikhlas menolong Mawar seperti babak novel yang cliche  dibacanya di perpustakaan dulu.

Dia sengih lalu mengambil duit yang berkeping-keping itu. Hatinya berbisik kecil - hmm,boleh buat beli barang dapur untuk mak! hehe.

" Thanks untuk duit ni.Ad memang baik."

" Hehe. Bese-bese je.Saya nak masuk dulu ea. Nak saya bukak pintu kereta untuk awak?"

" Err,tak payah! Biar saya buka sendiri..hehe.." mereka saling bertukar senyuman sebelum keluar dari kereta serentak.

******   *******

Jam di dinding ruang tamu yang luas itu sudah menunjukkan pukul 8 malam,waktu yang kebiasaanya Adrifa dan Mawar menikmati makan malam bersama jika papanya balik pada waktu malam.

Adrifa membuka pintu biliknya,mengatur langkah ke pintu bilik Mawar.Sejak siang tadi, Mawar tidak makan dan keluar dari bilik dek asyik mengalirkan kelenjar lakrima. Dia berkurung didalam bilik hampir sepanjang hari.

Pintu bilik adiknya diketuk. Setelah beberapa kali ketukan pintu kedengaran, Mawar dengan malasnya bangkit dari katilnya lalu memulas tombol pintu.

Air matanya masih berlinangan.Mukanya masih merah dan sebak dadanya tidak pernah reda. Masih bersedih atas penipuan Edzfiani terhadapnya. Masih kecewa.

" Apa?"

" Jom dinner.Its dinner time." ucap Adrifa dengan riak wajah yang tenang. Matanya  merenung wajah Mawar. Timbul rasa kesian didalam dirinya melihat keadaan adiknya sebegitu. Tidak pernah adiknya berkeadaan begini. Dia amat risau dengan kesihatan Mawar jika Mawar akan berterusan begini pada setiap hari. Harapnya, tidaklah ya Mawar begini terusan.

" No..." balas Mawar pendek sambil memegang tombol pintunya semula namun Adrifa pantas bertindak, kakinya menghadang pintu bilik Mawar  dari ditutupnya.

" Come on adik.Disebabkan lelaki tak guna tu,adik menangis sampai berkurung dalam bilik. Adik tak boleh begini. Adik kena  berhenti bersedih dan try to move on! " tutur Adrifa dengan suara separa tinggi. Riak serius terpamer diwajahnya kini.

Mawar memandang abangnya. Diam. Kata-kata abangnya itu menusuk ke kalbunya.Cuba mencanai apa yang dikatakan oleh abang kesayangannya itu.. Dia membalas

" Im in love with him.  How could I forget him? "

" Drink magic potion? Like...disney movie? " respon Adrifa. Mawar mendengus marah lalu pintu biliknya dihempas. Adrifa terkesima seketika. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Dia mengeleng lalu melepaskan sebuah  keluhan kecil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.177608 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list